Monday, July 11, 2011

PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI PADI

Salam,

Mama nie tgh free nie... tu yg sakan antar posting... muhaaaa Mama teringin bangat nk makan pucuk ubi masak lemak cilipadi....sedapnya!!! Jom mari kita memasak...heheheh

PUCUK UBI MASAK LEMAK CILI PADI

Pucuk Ubi Masak Lemak

(Hidangan untuk 5 orang)

BAHAN-BAHAN:
1 kg pucuk ubi
5 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
3 cm halia (kisar)
2 cm kunyit hidup (kisar)
20 gm udang kering (kisar)
3 batang serai (ketuk)
3 helai daun limau purut
3 cm lengkuas (ketuk)
10 tangkai cili api (kisar)
1 liter air
5 cawan santan
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Rebus pucuk ubi hingga masak. Kemudian ketepikan dan tus.
2. Dalam periuk yang lain masukkan air, santan, bahan kisar, serai, lengkuas dan daun limau purut, lalu dikacau hingga santan mendidih.
3. Selepas itu masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata

SELAMAT MASAK!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!