Saturday, March 30, 2013

Lama tk Update!!!

Salam....

lama sggh mama tk update blog nie.. maaflah agak sibuk kebelakang ini...
mggu nie rasanya ramai yg keja di pusat perbankan mendapat imbuhan bonus serta lkenaikan gaji
begitu juga mama...
Alhamdullilah syukur rezeki murah untuk mama dan family..
walaupun bonus agak memberansangkan tetapi increment tk menarik...
tapi bila difikirkan balik rasanya apa yg mama dpt berbaloi 
sbb kerja yg mama buat tk seteruk org yg keja kontrak
berpanas dan hujan untuk mencari rezeki..
mama nie just duduk di kerusi empuk
asyik tgk calendar bos 
lepas tu search internet
tgk air asia promotion lah
tgk hotel2 yg murah ler..
kononya plan nk pie bawak family bercuti
tp tk berpeluang sbb in-law tk sihat
terpaksa lupakan... so duk umah diam2
selamat gak ler duit mama
simpan ler utk keperluan akan datang

hari nie pun hubby mama sibuk menjaga bapanya di hospital
tinggal lah mama dgn anak2... 
nie pun depa nk tidur..... 
dan seperti biasa mama amek peluang utnuk mengupdate blog nie 
sambil tgk greys anatomy yg mama dh rekod seminggu..
back to back...

seronoknya weekend begini..
tk perlu masak
sbb bekpes pun masih ada di atas meja tu... 
hubby dh tentu mkn kat sana...
anak2 mama plak tk mkn nasi sgt..
suka mkn roti dan biskut.....senang keje mama

oklah.. mama nk sambung update blog bisnes dan fb yea...
esok lusa kita jumpa lagi..
byeeeee

Friday, March 15, 2013

Tazkirah Jumaat 15 March 2013

Sharing is caring… ; )

Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera


ZIKIR kepada ALLAH akan membuat
Redha yang Maha Penyayang dan akan
Menghilangkan kesedihan dihati
Akan membuat timbangan kebaikan
Menjadi berat.








 

1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak bacaAL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan AmalSEDEKAH,

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat2 sangat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim 
ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Kerana, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu memahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
Terus dan terus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya akan terus mati.
Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
"Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda

Thursday, March 14, 2013

Tip Suami Isteri : Ketahui Waktu Ghairah Isteri

Salam hari Khamis... seperti biasa kalu hari khamis nie mama akan post tip2 untuk suami isteri jer.... almaklum ler mlm nie kan mlm Jumaat...malam paling berkat untuk mengadakan hubungan intim dengan pasangan.....mama pun sentiasa bersiap sedia pd malam nie... kalu boleh pakai ler seksi2, pakai bau bauan supaya wangi jer bila dihampiri oleh suami... huhu

untuk para isteri nie sebagai panduan dan untuk para suami perlu amek pendekatan dan kalu boleh praktikan bila ia berlaku...

Bukan semua isteri berani untuk menyuarakan keinginan seks mereka kepada suami. (Mama pun begituler... malu ler nk mintak2 nie... ahaksss) Sekalipun teringin tetapi perasaan malu yg menebal membuatkan segelintir drpd mereka terpaksa bersabar dan menanti ajakan suami.

Hakikatnya tidak ramai suami yg faham gelora di hati isteri. Sekalipun sudah bertahun hidup bersama, dianugerahkan zuriat  tetapi selalunya suami masih belum dapat memahami kehendak seks isteri. Jadi bagi para suami belajarlah untuk  mengetahui bila waktu berahi dan menginginkan layanan daripada anda. Usah biar isteri menunggu, bimbang dia tertidur dalam kehampaan. (yg nie mmg selalu ler, tggu punya tggu, akhirnya terlelap)



Berjauhan dari pasangan
Isteri pastinya sunyi apabila suami meninggalkan dirinya berhari-hari dirumah atas urusan kerja. Paling dirasakan saat tidur sendirian di atas katil. Ketika inilah mainan kenangan manis bersama suami bermain di ingatan sekaligus membangkitkan perasaan ghairah untuk bersama. Secara tidak langsung, keinginan seksnya juga membuak-buak. Suami seharusnya mengerti perasaan ini dengan melaksanakan tanggungjawabnya sebaik pulang ke rumah. Perhatikan bagaimana reaksi isteri apabila anda mengajaknya untuk ‘bersama’.

Berada pada waktu subur
Suami perlu tahu bahawa setiap isteri mempunyai waktu subur iaitu hari ke 14 selepas haid. Ketika inilah isteri berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Biarpun tanpa rangsangan hebat daripada suami, isteri tetap bersemangat dan bersedia untuk ‘bersama’. Jadi usah terkejut sekiranyan isteri memulakan acara. Ia sebenarnya sesuatu yang normal apabila isteri benar-benar bernafsu. Sebagai suami ia seperti bulan jatuh ke riba. Oleh itu manfaatkan waktu tersebut sebaik-baiknya.

Selepas pertengkaran
Bergaduh dan berselisih faham adalah sesuatu yg normal dlm rumahtangga. Malah ia boleh dijadikan rencah untuk mengikat kasih sayang antara keduanya. Apa tidaknya waktu bertengkar, masing masing memasam muka malah isteri cukup gemar menyendiri. Senang cerita merajuk sambil menanti pujukan si suami, sentuhan dan belaian suami di waktu itu berupaya menyejukkan hati isteri biarpun marahnya tadi memuncak. Malah jika kena pada tempatnya, suami berpeluang mengakhiri babak penuh romantik in dengan momen yang lebih indah. Diranjang sambil ditemani pancaran lampu yang samar serta alunan muzik yang cukup mendamaikan. Perhatikan isteri, bagaimana reaksinya ketika itu. Sudah pasti menyeronokkkan.

Dihimpit tekanan
Ramai yang tahu bahawa seks mampu meredakan tekanan tak kiralah suami mahupun isteri, kaedah ini dikatakan cukup berkesan. Jadi sekiranya isteri dirundung masalah, murung dan suka menyendiri maka suami perlu memainkan peranan. Pujuklah pasangan dengan sabar dan berikan sentuhan yang diinginkan. Tetapi awas, sekiranya isteri tidak selesa diperlakukan begitu, jangan sekali-kali memaksa. Barangkali seks bukanlah yang diinginkan. Apa kata ajak isteri untuk bercerita sambil meluahkan masalahnya. Setidak-tidaknya beban yang ditanggung berkurangan juga dan tidak mustahil selepas itu dia akan terbuka hati untuk ‘beraksi’ dengan anda.

Saat berimiginasi
Bukan lelaki ajer yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imiginasi atau fantasi tentang perkara ini. Namun fantasi mereka tidaklah se ekstrem lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya  berfantasi tentang dirinya yang dilayan penuh romantik dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi para suami, penuhilah fantasi isteri anda. Layan dan belailah mereka. Tak adillah jika anda sahaja yang mengharapkan fantasi anda dipenuhi.

Monday, March 11, 2013

Perbetulkan Pemakaian Kita Sebagai Seorang Muslim.

Salam semua...

fuhh lama bebenar mama tk menyingah sini... maaf agak sibuk sket menguruskan anak2, suami tersayang serta bisnes sampingan mama tu... almaklum ler skang nie mama dh kena antar anak2 ker nursery, so kena tmbh lg pendapatan kami sekeluarga bagi menampung pembelanjaan yg semakin meningkat nie...

Tp syukur Alhamdullilah.. rezeki sentiasa ada jer.. berkat usaha dan tawakal dan izin dari NYA, rezeki tk putus2 walupun tk byk tp sket demi sket lepas gak ler duit susu dan pampers anak mama.. huhuu

Ok... kali ni mama nk share ilmu yg mama dpt dari majlis Ilmu yg mama pergi masa lunch tadi...
since mama tk berapa sihat hidung tersumbat, so mama tk pergi gym ler maka mama penuhi masa mama dgn menhadiri majlis Ilmu... Alhamdullilah...

Majlis Ilmu hari bertajuk " Saat Allah menyayangi kita" yg dihoskan oleh Ustaz Fauzi Mustapa dgn artis jemputan Sham Kamikaze dan Diana Amir.

Seperti biasa kalu ceramah nie ada artis, maka penuh ler dewan kuliah tu... smpi tk cukup kerusi dibentangkan plak tikar dan ada juga yg berdiri di belakang dewan. Memang menakjubkan huhuhu

Byk yg mama dpt dr majlis nie... walaupun hanya sekadar pengalaman depa berdua berhijrah jer, tp amat berkesan di hati mama. mereka begitu bertuah kerana dibeikan peluang orlh Yang Maha Esa untuk berubah menjadi insan yg disayangi oleh Allah swt. Penghijrahan mereka begitu tragik... mama berbanga dgn mereka.... mama pun dulu pakai tudung kerana mengikut kekwn..

teringat zaman persekolahan mama dulu... pie sekolah pakai tudung, sbb kwn2 semuanya bertudung bkn sbb mama ikhlas pun... balik jer sekolah baru kuar dr pinti pagar, tudung mama dh terbang ditiup angin.. ahaksss... bkn ditiup angin tp mama dh lipat2 simpan dlm beg sekolah... lepas tu dgn bangga lepaskan rambut mama yg panjang mengurai.. masa nie rasa mama ajer yg cantik.. muhaaaa perasan bangat..
lepas tu kt umah mama pakai short2 jer.. budak ler katan.. eh budak apanya dh sekolah menengah pun... tp sbb tkdak larangan dr mak ayah mama, so mama ok jer ler...

mama mula berudah semasa umur mama ganap 17 tahun... masa tu hari pertama mama pie tuisyen tuk exam SPM... masa tu pakai tudung tp masih lg pakai tshirt lengan pendek... blum bertutup penuh lah...
sket demi sket bila lepas spm dan keje partime.. masa ni amam dh mula pakai elok2 dh..
dan skang nie bila dh berumur 35thn... Alhamdullilah mama dah mula pakai dgn elok dan cantik dimata suami dan anak2....

In Sha Allah.. mama akan sentiasa memperbaiki pemakaian hijab mama nie.. masih ada yg perlu mama tingkatkan... mam tgk kt luar sana ramai yg memakai hijab tp masih ada yg memakai pakaian yg menjolok mata... seperti pakai baju ikut bentuk bdan la... pakai kebaya ketat la... bakai blause yg paras punggung dan pakai seluar yg nampak punggong... lepas tu ada gak yg pakai tudung fensyen2 tp mededahkan dada... tudung yg sepatutnya mestilah menutupi paras dada kita tk kira ler dada tu size 30A je ke kan..

yg size 38D tu sure2 ler kena pakai hijab tutup tang mahkota kita tu.. bkn kasi free2 org lain tgk...simpan untuk suami.. biar kasi surprise kan dimalam pertama.. muhaaa..

oklah mama dh mula mengarut nie...kepala pun dh kembali sengal sbb selesema masih menghuni hidung mama nie... so mama benti dulu yea.. esok lusa mama jengah lg dan share apa2 yg patut...

smg jumpa lagi.. adiosssssss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!