Friday, March 30, 2012

Renungan Hari Jumaat

Salam hari Jumaat... penghulu segala hari.... mama nk share ilmu akhirat khas untuk kaum wanita untuk diambil iktibar dan lelaki sbg petunjuk dlm memilih isteri.... jgn cantik diluar tetapi pilihlah yg cantik didalam... InsyaAllah... kehidupan kita sentiasa dilindungi yg Maha Esa... amin...
---------------------------------------------------------

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

"Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang," balas Arifin.

"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

"Orang rumah saya sakitlah, ustaz", kata Arifin.

"Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

"Entahlah." katanya perlahan,

" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,"kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

"Sakit apa, doktor pun tak tau,"tambahnya.

"Dah pergi berubat kampung?"saya bertanya.

"Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh," jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

"Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

"Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu

"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.

"InsyaAllah." Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"

"Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,"kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

"Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

"Jemput masuk ustaz,"Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

"Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,"kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;"Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung".

"Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.

"Err,. dari mana datangnya bau yang." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

"Ooo. mmm, dari alat sulit dia,"kata Arifin perlahan.

"Keluar lendir bercampur nanah."

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."

"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

"Ustaz,"katanya,

"Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustaz"

"Kenapa?"pantas saya bertanya…

"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya "Kenapa?"

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."

"Ampunkan dia?" Arifin bertanya balik.

"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

"Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

"Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

"Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

"Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

"Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini.
Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.
Wallahualam.

Tuesday, March 27, 2012

Senyum Pagi Selasa.


Salam.. mama email pg nie... lawak bangat 


so...  mama just nk share lawak yg boleh menceriakan hari anda hari nie.... huhu


Penjual telur ayam
 
Pembeli: "Dik, telur 1 papan"
Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"
Pembeli: "Telur ayam."
Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"
Pembeli: "Ayam biasa."
Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"
Pembeli: "Yang tempatan."
Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"
Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).
Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"
Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"
Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan.Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Lesen " P "

Pada suatu hari, adela pak mat amik lesen kat bandar. Beberapa bulan kemudian,die pun balikla kampung,tetapi die lupe nak lekatkan 'P' kat kereta.sewaktu dalam perjalanan,die ditahan polis....

POLIS: Pakcik,'P' mane?
PAKMAT: Pi balik kedah.
POLIS: Pakcik jangan main-main ngan saye. 'P' mane?
PAKMAT: Ape yg main-main, saya kate nak pi balik kedah, Aloq Staq.
POLIS: Saya kate 'P' mane...?
PAKMAT: Skarang sape yg main2.awak sebagai polis,tidak ada kuasa untuk menghalang perjalanan orang yg tak bersalah.awak juga harus ......pok,pek ,pok,pek.
POLIS: (selepas puas mendengar ceramah) Baiklah. Pakcik pergilah teruskan perjalanan pakcik.
PAKMAT: Asallamualaikum.
POLIS: Waalaikummusallam.

Ok, dah kena!

Seorang ibu mahu mengundur kereta, seperti biasa dia cakap dengan anaknya. Anak dia ini baru berumur 8 tahun. Dia cakap "Mak nak undur kereta, kalau kena cakap ye!"
"Ok!" kata anak dia.
Si ibu pun undur keretanya.
"Lagi mak undur lagi" kata anak dia.
"Lagi lagi" kata anak dia.
Si ibu pun undur lagi, tiba-tiba "DAMM" kereta yg dia undur tu terlanggar
pokok kat belakang.
Anak dia pun menjerit" OK! Mak, dah kena!"

Pak Pandir Yang Bijak..

Suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macam mana di tengah perjalanannye tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih ‘kompius’ sama ada bende yang dia jumpe tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "Bentuk macam taik." Lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata, "Lembik macam taik." Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu. Lepas tu dia berkata, "Bau macam taik." Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keputusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit…

"MEMANG SAH TAIK..NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!"

Berapa Jumlahnya??

Tiga orang perompak berjaya merompak sebuah bank di ibu kota..
Apabila sampai di tempat persembunyian... mereka bercadang hendak membahagi-bahagikan wang yang telah dicuri tadi..
"Mari kita bahagikan wang ini secepat mungkin dan terus lari keluar negara..!" kata bos
Tiba2 mereka jadi pening kerana terlalu banyak wang yang ada diatas meja itu dan tidak larat hendak mengira kesemua sekali...
Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata..
"Apa susah2.. malam ni kita tidur aje.. esok pagi kita tengok dalam akhbar.. berapa jumlah wang ini"

Kisah Si Kembar

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua."
"Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"

Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

Ayah Buat Silap Mata

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."





AHAKSSSSSS SENYUMMMMMMMM HEHEHHE

Sunday, March 25, 2012

Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya di Propaganza



Video Awal Ashaari lamar Scha Al Yahya live dalam TV Show Propaganza


Awal Ashaari telah membuat kejutan terhadap buah hatinya, Scha Al Yahya dengan melamar gadis itu secara langsung dalam TV di set Propaganza Astro Ria!
Sesiapa yang ON AIR tengahari tadi mesti dapat tengok sweet dan romantiknya pasangan kekasih scha alyahya dan awal ashaari. Tapi bagi mereka yang tak dapat tengok Awal propose Scha live tadi, boleh lihat di bawah ini!
Pasangan yang bakal berkahwin ini akan mengumumkan tarikh perkahwinan mereka di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac 2012. Itu kata-kata terakhir Awal Ashaari dalam video Scha Alyahya dilamar Awal Ashaari dalam Propaganza
tahniahhhhhh

Foto : Honeymoon Lisa & Yusry


Tk ada apa nk dibicarakan... 
mama just nk share foto honeymoon lisa dgn yusry.. 
check it out....

 

 

 

 

 

 

 
 

 

 


Saturday, March 24, 2012

Fasha & Jejai

emm... selepas Yusy & Lisa sah jadi suami isteri dan diraikan cukup gemilang... kini tiba giliran Fasha Sandha yg dikhabarkan akan menamatkan zaman daranya pada 28 April 2012.
Alhamdullilah... akhirnya Fasha bertemu buah hati pengarang jangtung yg akan menemaninya seumur hidup iaitu Jejai (ex-hubby Nora Danish).... walau pelbagai dugaan menimpa dan rintangan yg menghalang..
namun berkat kesabaran dan izin Yang Maha Esa.. akhirnya mereka disatukan juga....

Jom layan gambar merpati sejoli nie.. huhuh
foto i google ajer yea... 

 


 

 


 

 
 

 

 


 

 
 

 


Friday, March 16, 2012

Bantu : Menderma untuk Adik Shikin

Assalamualaikum... Mohon rakan-rakan yang berkemampuan memberi sedikit sumbangan kepada adik shikin (seperti dalam gambar)

Sedikit sejarah, adik shikin dilahirkan normal, tetapi pd umur dia 7 hari kena demam panas, terus sarafnya rosak. Dia sekarang berumur 3 tahun, sudah 40 kali menjalani pembedahan, tak boleh makan, tak boleh nangis, dan matanya tidak nampak. Sebab banyak sarafnya sudah rosak. Dalam kepalanya penuh dgn tiub2 yg ditanam. Dia juga selalu kena sawan.

Marilah kita bersyukur dgn nikmat allah, walaupun kita kadang2 meniaga turun naik, kerja tak seronok. Ada lagi insan yg kurang bernasib baik.

Ayahnya hanya seorang despatch, ibunya terpaksa berhenti kerja demi menjaga anak kecil ini. Biasanya kita hanya lihat di dada2 akhbar, kisah begini. Hari ini sy bawak kan anda secara life.

Semoga derma tuan2 semua akan diterima utk saham akhirat kelak. Insya allah....

Ini number akaun ibunya
Maybank  112102087656 - Syarifah Salwa
CIMB 1226 007 8917 528- Syarifah Salwa
Ini number phone ibunya : 012 2828312

Semoga hari jumaat kita beroleh berkat

ILMU : Pahala cium anak!!!


Just nk share info yg mama dpt dr seorg kwn... mmg bagus untuk pengetahuan kita bersama sbg seorang ibu.. huhu...

PAHALA CIUM ANAK!!!

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuaannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takukan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. 

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjay ialah 500 darjat. Nisbah di antara dua darjat ialah kampong kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pecan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. 

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. 

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata : 
“Anakku sepulau orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” 

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tifak menyanyangi tidak pula akan disayangi…” 

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah, pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasullulah, kepada siapakah harus aku berbakti?” 
Jawab baginda: “Berbaktikan kepada ibu bapamu.” 

Kata lelaki itu lagi; “Ibu baoaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalu begitu berbaktikan kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dam anakmu pula berhak ke atas dirimu.

Tuesday, March 13, 2012

Foto Nabil & Isteri

Salam... mama nie sejak dua menjak nie asyik post foto2 artis kita ajer... maklum ler idea nk mengarang pjg lebar nie tk ada ler... puas dh perah otak nk karang cerita nie.. huhu

so yg paling senang mama just share ttg hal hiburan serta artis2 kita ler... bergosip ler kejap kan.. huhu.. 
kali ni mama nk share foto2 romantis antara Nabil (raja Lawak) dgn wifenya .....
comel sgh pasangan nie.... maintain ayu ajer zira nie... bila nk tambah bilangan ahli keluarga nie?
takkan asyik berdua ajer... cukup2 lah berhoneymoon kan.. hehehehhe
check it outttt











Saturday, March 10, 2012

Foto : Post Wedding Lisa & Yusry


salam...hari nie mama nk share video post wedding Lisa & Yusry... ahaksss 
pasti yg ramai boring sbb mama asyik post ttg yusry & lisa... kalu nk tahu mama mmg minat bangat dgn yusry nie..
sejak mama di bangku sekolah lagi... gambar yusry jgn cakap ler berlambak2 mama ada...
so thats why ler mama suka bangat citer ttg dia nie... huhu..

so nie mama nk share foto post wedding mereka tu.. so sweetttttt.. check it outttt

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa



gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa



gambar post wedding yusry lisa

gambar post wedding yusry lisa

mmg terbaekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!