Sunday, February 22, 2015

Ilmu : Tip Mendidik Anak2

Tip Mendidik Anak 

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.

 

1. “Buatlah Pilihan Sekarang.”
Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupun ketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.


“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatih dia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.

2. “Mama Sayang Kakak, Tapi Cara Kakak Tu Tak Betul.”
Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.


3. “Boleh Kakak Tolong Mama?”

Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas. Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.


4. “Apa Sebenarnya Yang Kakak Nak Cakap?”

Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidak dapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya.


Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.

5. “Kakak Kena Faham. Tidak Semua Orang Sama.”
Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat.


Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.

Friday, February 6, 2015

Khas untuk Wanita

PERKONGSIAN TERAKHIR..  PERKARA YANG SANGAT-SANGAT PERLU DIJAGA OLEH WANITA ISLAM.

1. BULU KENING – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. KAKI DAN LOCENG – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan –(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng… sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah….

3. WANGIAN– Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)
 
4. DADA– Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. GIGI– Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
 
6. MUKA DAN LEHER – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
 
7. PAKAIAN YANG NIPIS (JARANG) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja. (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)
 
8. TANGAN – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)
 
9. MATA – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)
 
10. MULUT (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak atau sengaja meliuk lentuk (gedik) dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (lihat Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
 
11. KEMALUAN – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)  Tambahan.  Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)
 
12. PAKAIAN – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.)
 
13. RAMBUT – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

KESIMPULAN:
Mohon kepada gadis-gadis. Saat memandang kain sempit mu, seluar ketat mu, baju sendat mu, tudung singkat mu,  solat dan ibadahmu. Kami bimbang di akhirat kelak. DIKau akan mempersoalkan. Kenapa kalian tidak menegur kami duhulu? Kami kurang ilmuagama. Dikau yang tinggi ilmu agama. Kenapa membiarkan kami..  Allahurabbi. Saudara-saudara ku semua ayuhlah bantu mereka. Sebarkan peringatan ini buat mereka. Wallahu a'lam.. Semoga bermunafaat..

Friday, January 2, 2015

Selamat Tahun Baru 2015 & Salam Maulidur Rasul

Assalammualaikum dan salam tahun baru 2015...

Alhamdullilah mama masih diberikan peluang untuk hidup di tahun ini. Dan semakin naik tahun semakin naik ler umur kita.... Udara yang nyawan dan keindahan alam yg diciptakan oleh NYA masih mampu mama nikmati.  Allah masih memberikan mama masa untuk mmeperbaiki diri menjadi hambanya yang taat akan perintah NYA. In Shaa Allah akan mama manfaatkan peluang yang diberikan ini....

Tahun baru nie mam tk ad setkan azam pun.. sbb dulu punya azam pun tk ada yg tercapai pun... cuma kali nie mama cuma mahu perbaiki diri menjadi insan yang diredhai dan sirahmati oleh NYA. Mgk dulu mama ada lalai dan terleka dgn keghairahan dunia... mulai tahun nie mama nk merperbaiki diri, mempersiapkan diri serta memenuhi ilmu didada dgn amalan yang diredhai oleh NYA.

Mgk dulu mama hanya buat solat 5 waktu jer-perbanyakkan solat sunat... sejak bln 12 2014 mama dh mula buat solah Dhuha dan juga solat sunat sebelum dan selepas Solat 5 waktu tu... Alhamdullilah mama dh boleh buat ... Puasa pun mama akan cuba untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis.. harap keinginan puasa sunat ini akan dapat mama tunaikan... In Shaa Allah..

Dari segi keperluan di dunia pula, mama cuba ingin mengurangkan sikap berbelanja mengunakan Kad kredit dan IN Shaa Allah bonus tahun nie mama ingin menyelesaikan hutang yg berbaki lagi nie.. so mama mahu hidup tanpa hutang kad kredit.. In Shaa Allah... :-)

Hari nie mama cuti tuk antar Zafril yg mula bertukar ker Taska lain.. terpaksa berpisah dgn abgnya Nadim sbb taska lama tk ada sekolah Pra Sekolah .. so mama pilih  Zafril tuk dihantar ke Taska yang ada Tadika skali.. senang... dan Mama telah memilih Tadika Emas Cahaya - Islamic Pre School.

Pagi tadi mama antar Zafril ok jer.. walaupun muka mcm tak puashati jer tapi dia tk menangis... Masa kami nak beredar dari Tadika tu.. dia ok jer.. tgh layan tgk tv... sakang waktu skolah blum buka lagi.. so aktiviti bebas ler... Mggu depan baru mula Tadika.. skang hanya day care jer...  harap petang nanti balik amek dia.. dia excited nk pie lg Tadika tu... almaklum ler esok lusa cuti.. nk tggu hari isnin lama plak.. huhuhu

Oklah.. mama nk sambung tido ler... ngantuk plak mata nie... cuti kita rehat la sepenuhnya kan.. anak2 kt taska.. huhu

anyway... Selamat tahun baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul buat anda semua pembaca setia blog mama nie... ada ker? huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!