Sunday, June 29, 2014

Rehatkan diri di Holiday Villa Subang


Hjg minggu lepas mama menghabiskan waktu bersama dgn hubby dan hero2 ku yg comey dan nakal tu. Pd mulanya mama booking bilik kt Hotel Holiday Villa tu sbb ada event.. tup2 event tu tk jadi wat masa tu. Habis tu mama dh booking bilik tk blh nk kensel kan.. kal kensel tetap kena charge gak.. bkn 50% yea tp tuk satu malam punya charge.. rugi plak kan.. so mama just ajak depa lepak2 kt sini jer ler... bwk hero2 mama mandi kt swimming pool. 

Yg bestnya mama book bilik deluxe jer.. tup2 depa kasi executive room... wahh best ler dpt bilik executive then byr deluxe room... rezeki jgn ditolak kan.. muhaaaaa 

Kami sampi agak lewat skt ler dlm kul 3pm.. sbb nadim ada ganti sekolah pagi, lepas tu ada kenduri kt umah in-law.. jiran2 kat situ ler... lps tu baru pie subang... 

Tak susah nk carik hotel nie.. sbb tgh2 town gak.. dekat sgt dgn subang parade.. huhuhu Dapat kunci jer terus naik bilik.. skali bukak jer pintu bilik hotel... mak aiii besarnya bilik nie... walaupun hanya ada katil size king (muat ler mama tidur 3 beranak) dan ada sofa panjang gak (boleh ler papa tidur kt situ) huhuhu... mmg kagum ler... dan amatlah berpuashati... hero2 mama berlari sakan dlm bilik tu.. luas giler.... 

Katil size king boleh muat kami berempat.. huhu

luas sggh biliknya..

adik n abg posing dlm bath tub

Permandangan dr bilik di tkt 15


Ptg2 sket dlm kul 5pm mama bawak hero2 mama turun mandi kolam... suka bebenor depa nie... kt sini ada 4 swimming pool dan 1kolam jacuzi. 4 kolam tu iaitu Olympic, adult, kids and infant pool. Mmg puas giler anak2 mama berenang... dan mama pun tumpang sekaki ler tp ber jakuzi.. huhuhu.... syokkk bangattt... 

comey adik

Dugong berendam muhaaa

Mlm kami kuar kejap tuk dinner jer... kami just jalan kaki ke depan sket.. ada kedai mamak, cafe dan fastfood.... kami mkn di kedai mamak jer then tapau dominos pizza kut2 lapar ker tgh mlm nanti kan.. muhaaaa...Anak2 mama tidor awal sbb kepenatan mandi pool agaknya.... kul 10pm dah berdengkur semuanya termasuk ler papanya... mama pun apa lg amek peluang tido awal ler.... aircond plak sejuk giler walaupun temperature mama letak maksimum 30darjah celcius... patutnya panas ler.. ni tak sejuk menusuk2 ke tulang sum sum nie.. muhaaa... Rasanya kul 11pm dh berlayar kut.... 



Keesokannya... lepas bekpest mama bawak hero2 mama berendam lg di swimming pool... suka ler depa... lgpun tk ada aktiviti nk wat... baju2 smua dh siap packing dh... lebih kurang sejam stgh kami naik dan bersiap2 nk checkout. 

Lepas checkout anak2 mama sibuk nk main bowling... sbb mlm semlm kt hotel ada ler bowling.. nk kasi ler depa main.. tup2 management tu kata kanak2 bawak 7thn tk blh main... geram gak ler tp nk wat cemana kan.. so lepas checkout kami pie ampang point tuk main bowling.. seronok benar depa main nie.. huhu lepas main dan lunch kami pun pulang ke rumah... keletihan melanda.. bila tgk baju ada sebakul tuk dilipat dan sebakul lg uk dibasuh... best jer tgk depa semua smpi rumah bleh tidor.. tp mama dr sampai umah hgga ler ke mlm tk henti2 keje rumah kena buat.. hukkkkk... letih bangatttt 

Menunggu turn nk main bowling.. lane penuhhh..

Abg mengajar adik main bowling

seronok adik

Itulah cerita hujung minggu mama dgn family. Walaupun penat tp amat gembira bila dpt menghabiskan masa dgn family tersayang... mmg berbaloi... 

oklah hingga jumpa lagi.. daaaaa 

Friday, June 27, 2014

Ilmu : Ramadhan Datang Lagi

Kuliah puasa dr sudut kesihatan. 
Oleh Dr Norhissam Mustafa, 
CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)

Tajuk ' Ramadhan Pesta. Makanan.....Jom Ubah ke Pesta Ibadah '

-Zaman kegemilangan Islam, puasa adlh kemuncak kekuatan. Bln Ramadhan adlh pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar, dn berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat

- Kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adlh pesta makanan 


-Ramadhan adlh bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluarga


Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa;--
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adlh kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sbb buka puasa bkn utk perut tetapi utk beri tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akn tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
-makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......


4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lbh lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi mcm burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan x basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang terawik solat dengan perlahan dan santai. Jgn cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan ringan ambil moreh. Mkn lps pkl 10.30 adlh kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sdh cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adlh tadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan blh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Slps itu sebaiknya tidur sblm pkl 12 mlm utk kerehatan. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda

9. Slps itu bangun pkl 3 utk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn renjis air sejuk dgn ujung jari. Boleh mandi. Xde masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Slps qiam, blh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ni di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hgga 5 pg. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kpd banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik2 sahur adlh seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur slps subuh krn gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami
Puasa adlh detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lbh dr  8 jam
Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan. Satu perkongsian yg baik utk persediaan menjelang ramadhan

Wassalam.

Friday, June 20, 2014

Ilmu : 7 Sunnah Hebat


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.


Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.


Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.


Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.

Wednesday, June 18, 2014

Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Langkawi 31/5 - 3/6/2014-Part 2

Assalammualaikum... wahh hampir seminggu mama tk update blog nie.. iter trip ke Langkawi pun baru citer day 1 kan.. maaflah tk berksesmpatan nk menulis nie... sibuk sket.. so mama nk sambung ler trip cuti2 malaysia mama dgn family ke Langkawi awal bulan hari tu.

Day 2 - 1/6/2014- Ahad
Sblm memulakan perjalanan kami bekpes dulu di Hotel. Mkn secukup-cukupnya blh cover smpi lunch muhaaa... so senang ler sket nk berjalan kan...

Destinasi pertama kami hari nie nk pie Cable Car dulu... perjalan amek masa dlm 15 mini gak sbb mama stay hotel kt town Kuah. Cable car nie kt area Padang Mat Sirat.... Sampai di tmpt tu, mama tgk ramai sggh org di situ.. dh terpikir dh nie sure pjg beratur nak naik nanti... mmg benar ler apa yg disangka... Org dh beratur pjg dr bawah lg.. yg kat atas tu jgn ckp ler sbb beratur dh bentuk cam ular kan... akhirnya kami decide nk pie esok jer. So kami pun berlalu dr situ pie pula ke destinasi lain.

amek gmbr jer.. esok baru naik cable car.. huhuhu

Sblm berlalu pie tu kami try ler yg 6D motion movie tu.. dh tu yg tk ada org... kami pun try ler merasainya. harga tiket dewasa RM15 dan kanak rm10. Best gak tgk 6D motion picture nie.. terasa kita betul2 berada di tmpt tu... mmg syok.. mama rekemen ler hangpa pie try kalu smpi sini yea.. kalu tk silap mama kt KL pun ada ler.. kt Wangsa Walk kut.. heheheh tp harga mama tk tahu ler yg kt KL nie.. heheheheh







Kami pie Taman Buaya dulu.. sbb anak2 mama nk sgt tgk buaya dr dekat kan.. amma mmg takut dgn buaya nie.. nk tgk dekat walau dlm sangkar pun ngeri kan.. teagk bulu roma mama.. huhuhuu kami sempat gak ler tgk pekerja disitu beri buaya2 mkn.. depa balik sekor2 ayam pd buaya nie.. buaya tu ngap skali jer terus masuk dlm tekaknya.. ngeri sghh ler mama tgk.. bayangkan kalu org yg dia ngap... muhaaa... oh yea harga tiket cuma dewasa RM4 dan kanakrm2 jer.. murah sesgt ler...




Lps tgk buaya tu kami pie Bird Paradise plak... yg nie mmg si adik nk sgt pie. dr smlm dia nk pie situ katanya nk tgk bird... so hari nie ler kami dpt pie. Harga tiket dewasa rm15 dan kanak rm10. Kt sini mmg depa berdua suka sgt.. sbb dpt bagi burung2 dan haiwan lain makan... seronok dggh diorang nie... mama dn papa just layan jer ler... sibuk amek gmbr depa berdua jer.. huhuhu











Lps Bird Paradise kami singgah sat di Galeria Perdana. Disini ditempatkan pelbagai koleksi serta potret peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad. Org tk ramai pun.. rasanya kami satu family jer kut... lps tu baru ada org lain... kt sini kami puas ler posing amek gmbr kan... tiket tk mahal sgt.. dewasa rm 10 kanak2 rm 4 jer... murah ler.. huhuhu


Hampir kul 4pm.. perut dh lapar sgt nie... akhirnya kami balik dan plan tapau jer nasi... sblm balik ke hotel kami sempat pie msuk kompleks HIG nk belikan beg travel yg adik mama pesan.. pilih punya pilih mama pun tersangkut satu ler.. huhu.. lps tu beli mangkuk yg boleh guna tuk masak direct ke api. Beli 2 unit satu tuk mama satu tuk MIL. Tuk mak mam.. mama beli grill pan yg skang tgh popular tu.. kalu kt KL mahu 2/3 ratus tp kt sini baru 65 jer.. mama sambar dua unit ler.. spt biasa mama satu ler.. huhuhu... coklat2 mama tk beli lg.. plan beli mlm esok sblm balik ke KL... 

ini hasil tangkapan hari nie.. huhuhu

Mlm dinner kami mkn tapau jer n mkn di hotel... tido pun awal sket sbb letih seharian berjalan kan.. smuanya lena awal.. huhuhu

itulah cerita tuk hari ke-2 mama di Langkawi...

nk baca part 1- Day 1.. 

adiossss

Wednesday, June 11, 2014

Cuti-Cuti Malaysia - Pulau Langkawi 31/5 - 3/6/2014-Part 1


Minggu lepas mama n family bercuti2 Malaysia ke Langkawi jer... nk bwk anak2 merasa naik kapalterbang... Yg Abg mmg dh pernah merasa naik tp lupa gak kurt sbb naik flight pun masa umurnya baru 2 tahun.. ingat2 lupa ler tu.. yg si adik plak baru nk merasa naik ler nie.. first time excited ler.. tk saba2 nk naik tau... 

31 May 2014 
Flight kami kul 1.10pm... mmg sajer jer amek flight lambat sbb almaklum ler bkn senang nk kejutkan anak2 bangun awal pagi kan. Itu pun kul 9am dh kuar umah. Panggil teksi antar kami ke station putra lrt jer.. sbb nk naik ERL kat KL Sentral. adik mmg suka bebenor ler naik train nie. Smpi KL Sentral kami breakfast dulu, lgpun dr KL Sentral ke KLIA cuma 30 minit jer dgn ERL kan... 

Adik dgn papa... suka bebenor adik dpt naik ERL

Abg muka keletihan.. huhu

Papa melayan karenah adik.. masa nie di KLIA waiting area.

Mama dgn Papa berselfie jap..

merenung jauh nampak.. huhuhu

Citer dlm flight plak ler... dh berebut nk duduk tepi tingkap... silap mama gak pie book seat satu row jer... so seat kt tingkap cuma satu ler... dh si adik n abg berebut... yg adik nie mmg tk reti bahasa kan... si abg plak tak mau mengalah.. pening mama dan hubby.. yg best plak flight plak full house... nie MAS tau bkn Air Asia... harga blh thn gak ler mahal tiketnya... huhuhu 


so spjg dlm flight si abg buat muka tk puas hati ler... pujuk dgn game ler.. main ler tab mama dan adik plak main ipad mini. lps 30 minit tu si adik cam tk larat bukak mata dh... mama offer dia tido... dgn lemah longlai adik angguk.. lena dia tido... ngantuk bebenor... lgpun mmg waktu dia tido kan.. huhu 

selfie dulu sebelum take off.. huhu

abg tak puashati dgn adik sbb tk dpt duk kt tepi tingkap

adik main game

Adik terlena kejap dlm flight

Smpi di Airport Langkawi adik bangun dgn cerianya.. bila tgk byk kapalterbang kt airport tu lg dia suka..... Kami mmg tk booking keta pun lg, mmg plan nk usha kat airport tu, sbb sure mesti ada yg offer murah2 kan... seperti biasa mama tanya2 dulu kt kaunter sewa keta tu.. tgk saper yg blh kasi best rate kan... tkmau keta yg besar sgt atau kecik sgt.. biar sedang2 jer... puas memilih akhirnya mama memilih Mitsubishi Mirage. Sewa tuk 4hari 3 mlm Rm270 jer... jimattt kan... mula2 nk gak amek keta honda city ker, toyota vios ker or keta paling terbaru masuk kt Langkawi Nissan Almera... Bila dipikirkan sewanya agak mahal gak ler dlm RM350-380 kan.. Mirage nie minyak pun jimat.. Mama just isi minyak RM30 tuk 3 hari.. itupun tk habis ada lg stgh tank lg.. rezeki org yg sewa keta tu ler lps nie.. muhaaaa 


Dpt keta n lps isi minyak kami singgah jap Atma Batik.. tk jauh dr petrol station... Dh lalu kan singgah ler sat.. nanti tkyah ler nk pie sini lg.. heheheh Lbh kurang 30 minit kami dlm Atma tu.. sempat ler gak tgk demo wat batik kan... mmg kagum dgn depa nie, lukisan corak dihasilkan secara spontan. Ikut imiginasi setiap pelukis tak akan ada double corak yea.. stp kain coraknya satu.. itu kelebihan batik nie.. sbb tu harganya mahal kan... mama hampir berkenan ler dgn baju kelawar kain sutera tu.. skali tgk harga RM500, tertelan air liur tau.. muhaaaa 

Adik bergaya di dpn Atma Batik

Sempat kami bergambar, sedangkan dlm nie tk blh bergambar.. huhu

Perut dah berkeroncong minta diisi, kami singah makan dulu. Anak2 n hubby mkn nasi.. mama nk makan laksa jer... nasi lauknya blh tahan ler tp laksanya hampehhhh huhu.... Bdn dh rasa letih perlukan rehat skjp. Lps mkn kami terus memandu pie hotel. Smpat gak ler singgah kedai Gamat iaitu Nusantara Maju tepi jalan jer. Kt sini mama beli ole2 sket tuk kwn opis iaitu bam gamat. Harga boleh ler tahan... kena gak ler dlm Rm88 habis beli kt kedai gamat nie.. huhuh 

Papa shopping gamat.. abg n adik sibuk gak..

 
Bergambar dgn botol gamat besar...huhu

Kami smpi hotel dh kul 5pm. Blum sempat landing atas katil si abg dan adik ajak mandi swimming pool. Uhhhh ikutkan hati malas nk pie, tp nk memuaskan hati anak2 mama terpaksa gagahkan kaki pie pool. Hubby sedap2 duk dlm hotel tido.. huhu Tk lama pun depa berendam dlm kul 640 mama dh ajak naik... sbb nk bersiap2 tuk pie dinner plak. 

Nk dinner plak adik wat hal tak mau mkn kt kedai. Dia ajak balik, mgk sbb ngantuk kan penat mandi td. So kami mkn bergilir2 ler... mama mkn dulu smtara hubby bwk adik jln2 jap.. lps tu mama amek turn jaga adik. 

sementara tggu hubby mkn mama bwk ler adik masuk ke HIG kompleks. Sbb tgk ramai yg kuar dr kompleks tu bwk plastic byk sgt penuh dgn coklat2. Mama pun tertarik hati pie ler singgah sat. Rupanya HIG pusat jualan segala benda disini. Ada coklat, ada kacang, ada periuk, ada pinggan mangkuk, ada beg dn mcm2 lagi ler. 

Wahh senang nie.. nanti boleh beli kt sini jer.. tkyah pie kt tmpt lain.. hehehehe Rupanya HIG tu singkatan kpd Haji Ismail Group, dulu kedainya nun kat pekan kuah dkt dgn Bayview Hotel. La nie dia dh kaya kut noo... sbb dh ada hotel n kompleks sendiri. Lokasi tk jauh gak ler dr Bayview hotel tu.....mmg berbaloi.... 

Menu dinner kami di gerai dpn Hotel HIG....

Itulah cerita trip mama tuk hari pertama yea... nanti mama sambung  cerita tuk hari ke2,3 dan 4 yea.. tgguuuu...

byeeeeee

Wednesday, June 4, 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!