Friday, June 26, 2020

Musim Durian Jun 2020

Assalammualaikum...

Hai uolls.... apa khabar? Sekejap je dh hari Jumaat kan.... Mama masih work from home. Bila work from home (wfh) ni, mama ada banyak masa sbb sebelum ni mama kerja balik rumah dh sampai waktu malam. Mmg masa terhad. 

OK.. back to cerita yang mama nk ceritakan. MUSIM DURIAN kembali lagi. Memang setiap tahun mama akan balik kg di Lenggong, Perak untuk makan durian. Actually tu kampung arwah hubby mama. Tanah mak mertua. Hubungan mama dgn mertua mmg baik. Mertua ajak mama dan anak2 balik kampung untuk makan durian. mmg syok sbb kita sendiri yang kutip durian. Dusun durian tu agak besar gak la. Paling best ada sungai. Anak2 mama mmg suka kalu kata balik kg kutip durian, sbb bkn sbb nk kutip durian tp nak mandi sungai je. hahaha

Plan nak balik kg ni last minute. Mama balik dgn family mama. Ada parents, ada adik dan isterinya serta tk lupa anak2 mama dan anak saudara mama. Kami pie 2 buah kereta. Dari KL bertolak dah pukul 12pm. Sepanjang perjalanan tu kami lalui sekejap hujan sekejap panas, sekejap jam sekejap jalan laju je. Kami hanya singgah di RNR Tapah utk lunch. Lunch pun agak lambat la dalam kul 3pm. Lepas lunch dan solat kami meneruskan perjlnan. Sampai kawasan Lenggong lewat petang dah. Tak sempat nak singgah dusun tuk kutip durian dan nk kasi anak2 mandi sungai. Lagipun hujan so mama malaslah nk singgah. Terus balik ke rumah mertua mama. 

Mertua mama ada juga kutip durian dlm hujan2 tu. Banyak gak la. Mama dapat merasa durian tu fresh baru gugur tu. huhu..... 

Kesesokkan nya, pagi2 selepas subuh hahah taklah dalam kul 7am mama dh bersiap2 tuk pie dusun. Anak2 tak sabar nak mandi sungai. Pie satu keta je le. Sampai dusun anak2 terus nk pie mandi sungai. Bayangkan pagikan.. sejuk tu, depa nak mandi gak. Mama kasi jelah asalkan pandai jaga diri. Mama dgn adik dan isterinya pie le mencari durian yang baru gugur. Alhamdullilah banyak gak dapat durian baru2. Adik ipar mama suka sangat dgn durian. Banyak sungguh dia makan. Mama tak berapa sangat durian ni, bukan addict la sgt. Mama paling suka buah manggis, boleh hadap la 3 4 kilo sorang. hahaha

Mertua dan abg ipar mama ada dtg kendian, Mereka plan nak bakar ayam, ikan dan jagung manis. Mama ada gak tolong2. Kami tengahari dah bersiap2 nak balik, sempat la jamah ayam bakar tu. Anak2 dah puas mandi dr pagi smpi tengahari.  Oklah meh mama share gmbr2 disana....

Check it out!!!!















oklah.. till we meet again.. 😘😘😘😘😘😘













Tuesday, June 23, 2020

MINI BIRTHDAY CELEBRATION - BEN AMIR TURNS 30YRS 🎂

Assalammualaikum wbt...

Apa khabar uols? Alhamdullilah mama sihat walafiat nie. Masih work from home so ada la curi2 masa menulis disini. 

Harini mama just nk share sambutan hari lahir pelakon kesayangan mama iaitu Ben Amir. Mini celebration je sbb mana boleh kan PKPP boleh berkumpul hanya 20org je. So dari team Ben Amir dah 5 org then lg 15 org adalah dr fan yang bertuah terpilih. Mama bkn lah salah sorg yang lucky tau. Cukuplah mama dah lucky dulu Ben dtg rumah hantar baju... gambar and video2 nie mama dpt dr Fanclub Ben Amir.

Hadiah untuk si kacak nie, kami ahli peminat Ben Amir tleh mengumpul duit untuk membeli hadiah si kacak ni. MMg target nk beli IMAC, yes Alhamdullilah kami BAOFC dapat mengumpul duit sebanyak tu sehingga boleh membeli hadiah IMac tuk si kacak yg diidam-idamkan olehnya.. huhu

Check it out... 

Birthday KING

Senyum simpul.. 😍

Durian Bouquet 😅😅


Minmin BFF si kacak Ben Amir 😍

Kek buah dalam ada syiling 50sen 😆😆😆



Jenuh nk potong...


Kegembiraan terserlah bila dapat hadiah IMac... 

Beruntung Hero kami Ben Amir 💖💖💖


Team dan Fan yang bertuah 😍

    

Senyum sokmo adik kacak ni.. 😇😇




Sunday, June 14, 2020

05 Jun 2020 : Ben Amir Delivery Baju BenTutu

Assalammualaikum dan Selamat pagi (jam menunjukkan pukul 1am) hahahahah
Hi uolls... disebabkan mama tak boleh tidur, mama nak mencoret lah sesuatu di sini. Tak ada yang menarik sangat cuma nak share keseronokan mama je.

Jumaat mggu lepas iaitu 5 Jun 2020, mama telah menerima kunjungan dari Hero Idaman Malaya iaitu Ben Amir. Memang tak disangka sangka dan memorable la moment tu. Kebetulan mama WFH, so mama memang adalah dirumah. Tujuan Ben Amir datang adalah untuk delivery baju yg mama beli melalui FanClub Ben Amir. Mama kiranya salah seorg peminat yang bertuah yang pesanan bajunya di hantar sendiri oleh Ben Amir. Alhamdullilah bertuah badan.. hahahaha

Tahu tak macamana perasaan mama bila dapat wasap dari PA Ben Amir iaitu Sis Julie Hana. Lebih kurang dalam jam 2.30pm la gitu, mama punya melompat kegembiraan macam kanak2 ribena la... sambil menjerit2 beritahu pada mak mama dan anak2 mama yang Ben Amir nak datang rumah. Ya Allah, mama memang happy giler sampai mengigil satu badan tau. Lama gak mama amek masa nk digest wasap tu. hahahaha

Mama cuba cool down emosi happy mama tu. Sbb mama dah mula nervous dan tak senang duduk. Bayangkan dari jam 2.30 mama tunggu, dalam jam 4.50pm baru Ben Amir tiba. Masa diorg sampai tu, mama dah ok dah, tak nervous. Tapi serius suara mama mengigil bila bercakap depan Ben Amir. Dah habis control tau, tapi masih tk leh cover gak. Sebab tu kalu tgk video mama yg akan mama share jap lagi tu suara mama ada rasa gementar la. 

Masih tk percaya la bila tengok Ben Amir depan mata. Nie dah kali keberapa pun tk pasti, tp kali nie lain sikit sebab mama dapat berjumpa berdua bertentang mata (tp Ben Amir pakai sunglasses) hahaha... Saat tu mama masih rasa diawangan seperti di kayangan sebab dapat jumpa adik kacak Ben Amir. Dapat berborak2 lagi dengan dia, walaupun hanya 2 minit je Ben Amir singgah, tapi ia cukup memberikan kenangan yang paling Indah dan Manis buat mama.

Terima Kasih Allah kerana memberi mama kenangan yang priceless, memorable and amazing.

Kacak nak mateyyyyy 😘😘hahahahah

Collage skali lagi senang..😂

Ni budak comey Sofea Jasmine (MinMin)
Foto dirakam oleh Ben Amir... 😍

Mama sengaja kasi besar ini gambar sebab jenuh mama screenshoot tau nak ambil wajah kacak adik Ben Amir... hahahhah

Bersama dengan PA Ben Amir
(Foto dirakam oleh Ben Amir)

Inilah baju dan merchandise yang delivery by Ben Amir... 😊









Adios....





Thursday, June 11, 2020

23 May 2020 - Selamat Hari Raya AidilFitri (New Norm PKP)

Assalammualaikum....

Hai uollssss.... Harini mama nk berkongsi pengalaman menyambut Hari Raya semasa PKP. As usual mama tak ada masalah dengan sambutan raya dengan new norm iaitu PKP and Covic-19. Sbb memang every year mama sambut di KL je. Lenih2 lagi parents mama tinggal dengan mama. In Law pulak tinggal pun berdekatan dengan mama. No issue ler. 

Berbalik pada sambutan raya tempoh hari, mama seperti biasa memang akan menyediakan juadah hari raya seperti rendang ayam, nasi impit, ketupat palas(beli and kukus) dan kuah lodeh serta sambal tumis ikan bilis.

Mama nak ceritalah nie, mmg setiap kali raya mama akan menerima tempahan rendang dr officemate mama. Adalah kaka sorang tu, memang tiap2 tahun akan menempah dengan mama. dan mama tak sampai hati nak menolak. huhu

Even mama wfh tapi mama still ambil cuti raya tau. Mungkin ada yang kata kenapa nak ambil cuti raya sedangkan mama memang dh kat rumah. Pokoknya mama ambil cuti sbb mama tak mahu on laptop and tak mahu diganggu oleh bos. So bila mama cuti, diorang faham la yang mama nk masak apa yang patut. Kalau kerje nanti asyik nk tgk laptop plak, mahu hangit rendang mama nanti. hahahahah

Mama masak byk gak tapi habis licin tau. Yang makan hanya mama and family je. Takyah tggu sesiapa datanglah, kami makan je habis. hahahah 

Nie mama share gambar2 Raya haritu...Tema Raya tahun ni Emerald Green, gigih mama cari baju melayu untuk anak2 dan kurta tuk ayah dan anak buah. Mak mama pulak, mama belikan jubah, last minute shopping tau.... :-)

Family Mama cuma adik no 2 je takder sbb kerja.

Tema Emerald Green

Mama dengan Hero2 mama Nadim & Zafril

Hero Kesayangan Mama Nadim & Zafril

Adik Ipar yang baru je nikah pada 20hb May, 3 hari sebelum Raya

Mama dengan Adik Zafril

Mama dan Mak

Salam2 mohon maaf dengan ayah dan mak



Oklah... till we meet again... byeeeeee


Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP)

Assalammualaikum dan selamat malam

Lama sangat mama tak menulis disini. Sejak arwah suami mama tiada lagi, mama agak struggle untuk mendidik dan membesarkan hero2 mama iaitu Abg Nadim dan Adik Zafril. Macam2 ragam dan kadang2 memeningkan kepala. Dahla mama nie berkerja dan masa utk mereka mmg terhad. 

Alhamdullilah mama ada parents yang sama2 tinggal dengan mama. So tak perlu mama hantar hero2 mama nie ke nursery. Mama hanya sediakan  bas sekolah je... :-)

Sejak PKP nie mama bekerja dr rumah. Actually mama tak berapa suka sgt kerja dr rumah nie, sbb panas... hahahaha panas giler tau. Kalau kerja office sejuk je, nyaman kan,,, duk 8 jam dioffice lagi heaven dari duduk rumah sbb cuaca skang nie panas kan... 

Sekolah masih lagi tutup untuk sekolah rendah. So anak2 mama seronok sgt. Yang pening nya sbb ada online class. Nak suruh depa buat payah bebenar. Asyik nak main game je. Buat kejap keje sekolah lebihnya main je... geram mama tau..

PKPP baru jer bermula harini. Mama tahu ramai yg plan nak balik kampung untuk berjumpa dengan mak ayah yg dah lama tak jumpa 3 bulan kan... Mama taklah tersenarai pun sbb parents and in-law mama ada kat KL je. Alhamdullilah mama bersyukur sbb mama tk lalui perasaan rindu sbb mama jumpa diorag hari2. 

Yang mama pikirkan skang nie nk plan bercuti bawak anak2 sbb diorg dh lama duk terperap kat rumah 3 bulan lamanya. Dah mula boring dah diorg nie. Maybe nk bawa pie Port Dickson or Melaka. Tu je yang terpikir dalam kepala nie. Kalau pie Melaka byk tempat boleh singgah sbb kampung mama. Ada adik2 and kakak2 mak mama. So sambil bercuti kita jalan2 raya le.... huhu

Oklah.... mama nk beradu la. Lewat dah nie. Walaupun work from home but still kena bangun awal siapkan bfast tuk family then kul 9am sharp kena on keje. Tapi selalunya mama kul 730am dah on laptop and sambil2 tu buat le keje rumah. Untungnya WFH nie sbb kita boleh wat rumah skali. Huhuhu...



Till we meet again.

Adios.... Assalammualaikum wbt...

 

IG : mamasas78

FB : mamasas anaz


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!