Saturday, October 22, 2016

Resepi ; Keuyteow Ladna

Hi Uollsss.....

Mama nie mmg suka memasak....tapi masak lauk pauk dan makanan ler... bab buat kuih muih moden dan traditional tu mmg tk brp pandai ler... ada ler 5 6 jenis kuih yg mama blh buat.... hehehe

Kali nie mama nk kongsikan resepi yg sgt mudah dan senang disediakan iaitu KEUYTEOW LADNA... Nie salah satu makanan favaorite mama selain Laksa. Sejak minggu lepas mama asyik nk makan nie jer... pie kedai makan order nie... kadang2 sedap kadang tak sedap makan kt kedai nie... ada tu sayur sket la... udang 2 ketul ler sotong kecik sgt ler... hehehe

Akhirnya mama pun jumpa cik Google dapat ler resepi mudah nk buat Keuyteow Ladna nie... apalagi mama pun masak ler ikut apa yg kita nak letak...udang sotong dan ayam letak byk2 ... sayurpun pelbagai mama letak tuk kasi cantik dan meriah bile dihidangkan...hehehe

ok nie resepinya yg mamaolah sket

Keuyteow Ladna Cara Mama

Bahan-Bahan "menghitamkan kuey tiaw"

  • Kuey Tiaw (1bungkus) - ikut la bape rmai yg nk mkn..Cuci sehingga bersih n hilangkan bau..
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
Bahan-Bahan tuk kuah ladna
  • Sayur sawi
  • Kobis bunga
  • Putik jagung
  • Lobak merah
  • Cili merah- yg nie mama tk letak sbb dh habis dlm peti ais
  • 2 Ulas Bawang putih (mama ketuk jer) 
  • 2 sudu Tepung jagung 
  • Udang/ayam (Ikut rasa brp byk nak letak)
  • 1 Kiub ayam - mama guna maggi brand
  • Sos Tiram
  • Air
Cara-cara Memasak

1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.

2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng keuyteow tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..

3. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tumis bawang putih 

5. Masukkan ayam 

6. Masukkan sos tiram & kiub ayam

7. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.

8. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.

11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....
12. Hidangkan. 


Inilah hasilnya mama punya Keuyteow Ladna...mama mkn dgn cilipadi potong letak kicap... heheheh
smpi 2 mangkuk tau mama makan... hehehehe


Oklah...slmt mencuba...adiosssssss

Friday, October 21, 2016

TIP : 10 Tip Bekerja Dengan Gembira

21102016
 
Assalammualaikum wbt dan selamat pg uollsss.... Salam Hari Jumaat penghulu segala hari... Alhamdullilah mama rasa bersyukur sgt sbb masih lagi diberikan peluang utk bernafas dimuka bumi Allah swt nie.... Mama berharap hari ini adalah hari yg baik dari semalam hendaknya.... :-) :-)

OK..... kali nie mama just nak share tip yg amat berguna sekali... terutama bagi anda yg berkerjaya dan bekerja demi mencari sesuap nasi... chewahhh ayat tak boleh blahhh ahakssssss.... tip nie amat bermanfaat sbb kalu kita mahu bekerja dengan happy sentiasa or setiap kali bangun pagi bersemangat nak pie keje.. bolehlah ikut tip nie... sure lepas nie dah tak ada istilah monday blues... hehehehe

check it out!!!!!

10 Tip Bekerja Dengan Gembira
Pencapaian kerjaya seseorang bergantung kepada sejauh mana individu tersebut mampu memberi perhatian penuh terhadap tugasannya ketika di pejabat. Manakala perhatian penuh itu pula didasari oleh rasa tenang, bersemangat dan gembira ketika bekerja. Jika anda bekerja dengan perasaan marah, sedih dan sebagainya, pastilah prestasi kerja anda merosot.
 
Dibawah mama ingin berkongsi 10 tip untuk anda praktikkan agar anda dapat mewujudkan perasaan gembira ketika berada di pejabat dan melaksanakan tugasan.
 
1-Ketepikan masalah peribadi
Jangan sekali-kali membiarkan fikiran anda dibelenggu dengan masalah peribadi di pejabat. Set di dalam minda, saat menjejak kaki di pejabat, terus ketepikan apa jua masalah peribadi untuk seketika.
 
2-Cipta ‘dimensi pejabat’
Apabila anda mencipta ‘dimensi pejabat ‘ di dalam fikiran, anda cuba untuk menjadikan ia sebagai ruang yang cukup selesa untuk anda bekerja dan terasing dari dunia luar.
 
3-Dapatkan teman pemberi semangat
Pastikan ada seseorang di dalam pejabat itu yang boleh dipercayai, menjadi tempat untuk anda berkongsi masalah dan meminta nasihat.
 
4-Jaga pola pemakanan
Makan makanan yang berkhasiat dan minum 8 gelas air putih sehari dapat meningkatkan tenaga serta membuatkan anda lebih segar. Kesihatan diri menyumbang kepada perasaan yang  positif.
 
5-Atur tugasan kerja
Tugasan kerja yang diatur dengan baik dan tersusun dapat menghilangkan rasa bebanan di dalam fikiran anda. Ia mengelakkan anda membuat kerja dalam keadaan tertekan dan kelam kabut.
 
6-Berjalan-jalan untuk seketika
Sekali-sekala ambillah 2-3 minit untuk berjalan-jalan di sekitar pejabat atau melihat pemandangan luar supaya fikiran anda boleh ‘refresh’.
 
7-Jangan cuba mengubah
Anda boleh mengubah sikap anda daripada bermuka masam ke bermuka manis dengan senyuman. Namun, anda tidak boleh mengharap atau memaksa orang lain berbuat begitu untuk anda.
 
8-Beri ganjaran
Apabila anda berjaya menyiapkan tugasan yang anda sasarkan pada hari ini, beri ganjaran kepada diri anda seperti pergi menonton wayang selepas waktu kerja bersama rakan.
 
9-Amalkan senaman
Dengan mengambil sedikit masa, mungkin 10 minit untuk melakukan senaman pernafasan, senaman ringan atau yoga akan membantu anda untuk lebih tenang melakukan kerja.
 
10-Fikir yang positif
Fokus kepada perkara yang positif sahaja di pejabat. Jika ada satu sahaja perkara positif, tetapi 10 perkara negatif, usaha untuk tetap membangkitkan semangat diri anda dengan yang positif itu sahaja.
 
OK... SELAMAT BEKERJA UTK ANDA SEMUA!!!!
 
ADIOSSSS!!!!!!

Tuesday, October 18, 2016

Drama Online : myflm4u

17102016

Assalammualaikum dan selamat malam.... jam di komputer mama nie sudah melewati jam 11.50pm. Mata mama masih lg celik nie... sebenarnya mama baru bangun tido td dlm kul 10.30 bangun... itupun sbb teringat nak tgk drama "Patahnya Sebelah Sayap". hehehe

Mama tahu tentu ada antara anda yg sdg layan citer "SuriHati Mr. Pilot" kan.... drama nie pun mama layan gak tp mama tgk online jer.... sbb mama nk tgk Patahnya Sebelah Sayap dimana siarannya sama.... so mama akan tgk citer SuriHati Mr. Pilot tu di online ler... mgk jap lg mama akn tengok.... kalu anda nk tgk drama2 melayu secara online blh ler tgk kat website nie.... mmg up to date....nie websitenya.....


 myflm4u : http://myflm4u.org/


 Kpd anda yg tk berkesempatan nk tgk Drama Patahnya Sebelah Sayap Episod12 @ 17102016 ...blhla click SINI
 
 Image result for patahnya sebelah sayap



oklah... mama nk tgk citer Surihati Mr Pilot nie.... esok kita sambung lagi..

 Image result for surihati mr pilot


Adios
11.56pm

Monday, October 17, 2016

TIP: 10 Petua Islami Untuk Tampil Cantik & Segar

 17102016 @ 10.49pm
 
Assallammualaikum dan hi uollsss..... nie kali ke-2 mama post tuk tahun 2016....masih tak ada idea... mama just nk kongsi tip2 jer.... kali nie tip yg mama ingin kongsikan adalah

10 Petua Islami Untuk Tampil Cantik & Segar
Kecantikan yang ditampilkan melalui penggunaan kosmetik bukanlah bersifat hakiki. Ada kala ia mengundang bahaya. Ayuh ikuti petua untuk cantik, segar dan sihat secara Islami. Ia membantu menyerlahkan kecantikan diri anda dari luar dan dalam.
 
1-Amalkan meminum air teh ‘o’ setiap pagi sebelum menjamah sarapan pagi. Amalan ini boleh menurunkan berat badan secara peringkat demi peringkat.
 
2-Untuk melansingkan badan, amalkan mandi pagi iaitu sebelum Subuh. Amalan ini mampu mengurangkan lemak berkumpul dalam badan dan mampu menguruskan badan.
 
3-Ikut cara Rasulullah SAW iaitu meminum segelas air sejuk setiap pagi. Ini boleh mengelakkan anda terkena penyakit yang boleh menghilangkan seri.
 
4-Bagi yang mempunyai masalah migrain, amalkan sesudah Solat Subuh kita sujud selama lima minit. Ia mampu menyembuhkan penyakit migrain berikutan edaran darah yang betul kepada otak dan kepala.
 
5-Makanlah dengan menggunakan tangan kerana dikatakan enzime banyak terkandung dicelahan jari, dan ezime-enzime ini mampu mencernakan usus dan penghadaman.
 
6-Selalulah berwudhuk’. Ia mampu menaikkan seri wajah tanpa perlu bersolek tebal.
 
7-Amalkan meminum air masak yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas setiap hari. Pengambilan air putih mencukupi mampu menghilangkan wajah kusam dan kulit menjadi lebih lembut.
 
8-Elakkan mengambil kafein berlebihan kerana ia boleh menjadikan kulit wajah lebih kering.
 
9-Bagi yang bertudung, jagalah rambut dengan rapi dan jangan biarkan ia menjadi kering atau rosak.
 
10-Bijak tangani tekanan dan banyakkan beristighfar. Cara ini membantu anda untuk terus awet muda dan memiliki jiwa yang tenang.

Mari kita amalkan.... mana tahu ia menjadi.... InShaAllah... heheheh

Sehingga bertemu lagi 

ADIOS!!!!!

Sunday, October 16, 2016

HI... Tanya Khabar jer!!!!!

Assalammualaikum...

Hi uollsss....lamanya mama tak menjenguk blog mama nie...agak sibuk sket dan ada masalah keluarga. Anyway ni sekadar utk permulaan bagi tahun 2016 setelah setahun lebih mama tak menulis. Skills pun dah lupa... tak reti nk menulis panjang lebar dah....ahaksss

Buat masa nie...hanya ini yg mampu mama coretkan... nanti mama citer apa yg berlaku sepanjang tahun 2016 yg hampir melabuhkan tirainya lg 2 bulan....

sehingga jumpa lagi... rajin2lah singgah sini yea...

adios
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!