Saturday, January 28, 2012

OPEN BOOTH @ SUBANG PARADE ESOK 29 JAN 2012

latest update for my bussiness matter....

Come and see us Honey's Collection at
on
29 January 2012 - SUNDAY
from
11am - 9pm...
at
booth #26..

pasti berbaloi2 membeli belah di sana
kerana harga yg ditawarkan berbeza di FB and blog..
kalu tk percaya... datanglah yea... huhu

don't forget yeahhhhhh


see u there!!!!!!

Wednesday, January 25, 2012

Tip Rumahtangga : Fahami Teknik Agar Seks Lebih Asyik

Jom kita menambahkan ilmu pengetahuan dalam rumahtangga agar lebih manis dan ceria selalu.. huhu

Dalam kehidupan, rata-rata pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga gemar melakukan seks secara terus tanpa memikirkan impak yang bakal diterima. Menganggap ia sebagai aktiviti mingguan yang wajib dilakukan tetapi langsung tidak menitikberatkan teknik-teknik menarik yang boleh dipraktikkan bagi memancing hati pasangan.

Walhal teknik inilah yang perlu dititik beratkan. Tapi apabila bercakap tentang teknik jangan hanya ingat tentang posisi seks saja, ada perkara yang lagi yang berkaitan. Antaranya seperti teknik ucapan, sentuhan selain pemanasan yang semuanya membawa kepada hubungan intim yang menarik.

Ucapkan Dengan Cinta
Harus diingat bahawa komunikasi yang baik berlaku secara dua hala. Kerana itu, ungkapan penuh perasaan cinta dan sayang hendaklah dilakukan dengan telus dan terbuka. Hilangkan rasa malu pada pasangan dan anggaplah bahawa anda adalah sebahagian dari hidupnya. Katakan apa yang kalian inginkan dan berbincanglah dari hati ke hati. Renungi wajahnya dan tanyalah dengan lembut sama ada pasangan dirundung masalah. Sekali-sekala, belailah rambutnya dan ramas tangannya perlahan-lahan bagi membuktikan keikhlasan. Tentu pasangan berasa selesa dan ‘bersedia’ untuk beraksi dengan anda setelah merasai betapa prihatinnya anda padanya.

Ekspresikan Ciuman Dari Hati
Ciuman? Ia biasa dilakukan sama ada ingin ke tempat kerja atau melelapkan mata di kamar peraduan. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan ialah ciuman yang mendalam dan terkesan di ingatan? Mungkinkah ia juga kerap dipraktikkan?
Tahukah anda bahawa ciuman sedemikian mampu mengikis perasaan ‘badmood’ sekali gus menaikkan nafsu ghairahnya. Hadiahkan ciuman yang paling menggoda dan berbisa hinggakan pasangan terlupa bahawa sebentar tadi dia sebenarnya dirundung masalah yang membebankan kepala.

Pentingnya Pemanasan Dalam Hubungan
Malas melakukan pemanasan atau ‘foreplay’? Janganlah begitu kerana itulah ‘kunci’ keasyikan yang bakal ditemui sebaik anda mula berasmara. Cubalah usahakan perlahan-lahan, apatah lagi sekiranya pasangan anda menginginkan.
Susuli dengan sentuhan-sentuhan lembut di bahagian sensitifnya. Jika perlu, selang-seli dengan gerakan erotis bagi menaikkan keinginannya. Suasana pastinya lebih romantik dengan irama lagu serta pencahayaan yang remang-remang. Tentunya ia akan menaikkan gelora cinta kalian berdua.

Cetuskan Perubahan Dan Berfikirlah Lebih Kreatif
Bagi menghindarkan perasaan jemu dan bosan, usahakan untuk satu perubahan. Mungkin anda perlu luangkan lebih banyak waktu intim berdua seperti mengatur makan malam yang ditemani cahaya lilin ataupun cukup di halaman rumah sahaja dengan simbahan cahaya rembulan.

Segarkan ingatan bersama ketika menikmati bulan madu serta melayari ‘malam pertama’ yang cukup memberi makna. Kembalikan kehangatan pelukan dan ciuman tersebut ke kamar peraduan. Aplikasikan waktu bersama dengan mengembalikan memori cinta sewaktu mula mendirikan rumah tangga. Tentu ada sedikit kelainan berbanding asmara yang dilakukan sebelum-sebelumnya.

Road Closure For "HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2012"


Salam rabu... mama just nk share nie ajer.. tkdak mood nk menulis pjg2 huhu
 
Traffic Announcement from ITIS

Road Closure For "HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2012"
 
1. RehearsalDate        : 25 January 2012 (Wednesday)
Time        : 6.00 a.m until finish
Location : Jln Hishamuddin/ Jln Raja, Persimpangan Jln T.A Rahman/ Jln Raja, Jln Cenderasari/ Jln Lembah, Jln Perdana/ Jln Lembah, Jln Damansara/ Bulatan Hishamuddin, Jln Kinabalu/ susur Bukit Aman, Jln Leboh Pasar Besar/ Jln Tun Perak, Lencongan Jln Raja/ Jln Raja Laut
 
2. Full Rehearsal
Date        : 26 January 2012 (Thursday)
Time        : 5.00 a.m until finish
Location : Jln Hishamuddin/ Jln Raja, Persimpangan Jln T.A Rahman/ Jln Raja, Jln Cenderasari/ Jln Lembah, Jln Perdana/ Jln Lembah, Jln Damansara/ Bulatan Hishamuddin, Jln Kinabalu/ susur Bukit Aman, Jln Leboh Pasar Besar/ Jln Tun Perak, Lencongan Jln Raja/ Jln Raja Laut

3. Real Event
Date        : 28 January 2012 (Saturday)
Time       : 5.00 a.m until finish
Location : Jln Hishamuddin/ Jln Raja, Persimpangan Jln T.A Rahman/ Jln Raja, Jln Cenderasari/ Jln Lembah, Jln Perdana/ Jln Lembah, Jln Damansara/ Bulatan Hishamuddin, Jln Kinabalu/ susur Bukit Aman, Jln Leboh Pasar Besar/ Jln Hang Kasturi/ Jln Tun Perak, Leboh Ampang, Jln Raja/ Jln Mahkamah Persekutuan, Lencongan Jln Raja
/ Jln Raja Laut

Saturday, January 21, 2012

TIP : Mendidik Anak

Salam... wat apa hari nie? cuti panjang pie mana? Mama tk pie mana2 pun just balik umah in-law ajer... mama nk share tip2 mendidik anak2.... mama baca kt majalah wanita then copywrite balik kt sini... baik tuk pengetahuan kita bersama.. adiossss
-------------------------------------------------
Kehendak Anak Tak Semua Perlu Dituruti


Memperoleh cahaya mata adalah saat yang paling bahagia. Apatah lagi jika waktu penantiannya cukup lama. Kerana itulah ramai yang menuruti segala kemahuan anak kerana tak mahu insan yang disayangi rasa kecewa.

Antara sedar atau tidak, ibu bapa sebenarnya telah memberikan didikan yang salah dalam usaha menggarap potensi diri si anak menjadi lebih berdikari dan cemerlang di masa hadapan. Mungkin kerana tak ingin anak yang disayangi merasai kesusahan yang dilalui ibu dan bapa satu ketika dahulu, lantaran itu kemewahan diberi tanpa tapisan.

Wang dan kemewahan hanyalah elemen sampingan dalam menjayakan watak yang dikehendaki. Mungkin ada yang terlupa, insan kecil ini adalah amanah dari Yang Maha Kuasa. Disebabkan itulah mereka perlu diberi ilmu yang berkualiti serta sahsiah diri yang sejati. Antaranya suami isteri perlu praktikkan petua berikut dalam mendidik anak-anak:-

1. Gunakan Nama Atau Panggilan Yang Baik
Nama yang baik dikatakan membantu memperelok peribadi diri si anak. Biarpun dalam nada gurauan, anak tidak sepatutnya digelar ‘Si Bulat’ atau ‘Mat Kopi’ kerana fizikal yang kurang disenangi. Sebagai ibu bapa, mereka seharusnya peka pada emosi dan sensitiviti anak masing-masing agar keyakinan diri anak berkenaan tidak berkurangan.

2. Rahsia Pelukan Dan Ciuman
Kajian menunjukkan, anak-anak yang dipeluk dengan penuh kasih sayang setiap hari akan membesar dengan emosi yang baik, berkeyakinan dan memiliki kekuatan IQ yang tinggi. Nah, sudah mengetahui rahsianya maka usah sekali-sekali biarkan anak kesayangan anda tidur atau bangun tanpa pelukan dan ciuman.

Fahamilah bahawa mereka mempunyai perasaan ingin dibelai, dimanjakan serta disayangi oleh ibu bapa biarpun ada ketikanya kerenah yang ditunjukkan sedikit menjengkelkan. Terimalah bahawa ia hanya untuk menarik perhatian dan bukannya sikap yang sebenar.

3. Dorong Anak Buat Kebaikan
Setiap kali si anak membuat kebaikan atau mencapai suatu kejayaan maka berilah kata semangat seperti ‘bagus’, ‘pandai’, ‘tahniah’ atau apa sahaja bagi menggerakkan diri mereka untuk lebih seronok melakukan perkara-perkara baik.

Seeloknya iringilah dengan perlakuan seperti pelukan, ciuman, pemberian hadiah atau pujian untuk menunjukkan betapa anda menghargai usaha yang ditunjukkan. Selain itu, boleh juga pamerkan sikap ambil berat dengan membuat persiapan majlis hari jadinya atau menyediakan hadiah biarpun harganya tidak seberapa. Anak-anak yang lahir dari persekitaran yang menghargai dirinya akan belajar untuk menghargai orang lain juga.

4. Hargai Barang Kesayangan Anak
Cubalah hargai barang-barang kesayangan anak terutamanya permainan biarpun tayar lorinya sudah hilang sebelah. Jangan sekali-sekali membuangnya tanpa meminta kebenaran kerana dikhuatiri si anak akan berkecil hati apabila mendapat tahu perkara yang sebenar.

Perlahan-lahan, ajarlah si manja anda bagaimana untuk mengemas dan menyimpan kembali mainan yang telah digunakan. Nescaya dengan cara ini, barang kesayangan anda juga akan dijaga dengan baik kerana anda menghormati barang kesayangan mereka.

5. Jangan Letakkan Harapan TinggiUsah pertaruhkan harapan yang tinggi untuk kejayaan anak-anak dalam semua perkara. Sedarlah bahawa mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran dan tentunya tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Ketahuilah bahawa proses perkembangan mereka berperingkat dan berkemungkinan besar pengajaran bukanlah pada kali pertama ilmu itu diterima. Jangan mudah berikan hukuman atau herdikan sekiranya mereka gagal penuhi ‘kehendak’ anda setelah perkara yang sebenarnya diketahui.

6. Carilah Masa Berkualiti
Berikan sepenuh perhatian pada anak-anak. Caranya mudah sahaja iaitu dengan mengelakkan diri dari membawa bebanan kerja ke rumah. Secara tidak langsung ia membuatkan si anak beranggapan bahawa kerja lebih penting dari mereka.
Sedarlah bahawa anak-anak ini memerlukan anda untuk membuat sebarang keputusan. Peruntukan masa yang berkualiti untuk mereka dan sekiranya keluar bersiar-siar, usah sesekali lupa untuk memegang tangan sewaktu berjalan bersama. Ia sebenarnya menjadikan si anak berasa lebih selamat dan berfikiran bahawa kehadirannya sentiasa diperlukan.

Lahirkan Anak Kreatif Dan Cemerlang
1. Ibu yang sedang mengandung perlu sentiasa berfikiran positif dan menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang.
2. Memberi tugasan dan tanggungjawab kepada anak bersesuaian dengan usia mereka.
3. Cuba meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti serta permainan yang menggunakan minda.
4. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup
5. Melatih anak menyempurnakan tanggungjawab sebaiknya terutama soal perintah agama.

credit to Majalah Wanita

Friday, January 20, 2012

Ally Iskandar dan Farah Lee Sah Suami Isteri

Mama tk mau citer pjg2... just nk share foto2 pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee
comel and ayu sungguh isteri Ally nie... beruntung Ally memiliki isteri yg manis akhlaknya..
semoga perkahwinan ini kekal ke akhir hayat hendak NYA...
Selamat Pengantin Baru dari Mama sekeluarga.... enjoice tgk yea...

Credit tu OH BULAN

Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.

Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.
Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.

Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

ISU SEMASA - Shahrizat fail saman RM100j

hehe.. rajin bebenor plak mama post entry nie... tp yg pasti semuanya mama cilok ajer..
bila mama baca dan menarik ajer... mama share ler.. huhu
tp yg nie pasa isu semasa yea!!!.. huhu
-----------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli dan Ketua Wanita parti itu, Zuraida Kamaruddin berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Shafee & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Mohd. Rafizi dan Zuraida masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Menurut pernyataan tuntutan, Shahrizat selaku plaintif mendakwa Mohd. Rafizi dan Zuraida telah melancarkan satu kempen strategik untuk mencemarkan nama baiknya dengan mengaitkan diri beliau dengan NFC sedangkan menteri itu tidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam projek tersebut mahupun Agro-Science Industries Sdn. Bhd. (Agro-Science).
Agro-Science yang diterajui oleh suami Shahrizat, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dan anak-anaknya, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran serta Wan Izzana Fatimah Zabedah merupakan syarikat induk yang memiliki hampir kesemua saham terbitan NFC.

Tender projek yang mempunyai impak tinggi itu pada mulanya dianugerahkan secara bersama kepada Agro-Science dan sebuah lagi syarikat, Lamberts Agriculture Trade Sdn. Bhd. namun syarikat terbabit telah menarik diri sebelum penyerahan rasmi dibuat.

Sharizat yang sedang bercuti rehat selama tiga minggu mendakwa, ahli-ahli parti politik pembangkang itu telah mengeluarkan kenyataan akhbar di beberapa lokasi termasuk di lobi Parlimen yang dikatakan bertujuan mengecam NFC, suami dan keluarganya.

Kenyataan-kenyataan lisan itu didakwa telah disiarkan di pelbagai laman sesawang termasuk portal propembangkang seperti www.keadilandaily.com.
Mohd. Rafizi juga didakwa telah mengeluarkan beberapa artikel di laman blog beliau, http://www.rafiziramli.com/.

Penyiaran dan pengulangan kenyataan berbaur fitnah itu didakwa Shahrizat telah memberi gambaran bahawa beliau menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan menteri agar projek NFC diserahkan kepada Agro-Science.

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan secara lisan yang turut disiarkan di laman-laman sesawang, blog, Twitter, Youtube dan sebagainya, Shahrizat mendakwa beliau telah menanggung kecederaan terhadap reputasi dan nama baiknya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO, menteri, ahli Dewan Negara, individu dan sebagai seorang muslim.

Beliau turut mendakwa terpaksa menanggung malu, keresahan mental, keaiban di dalam dan luar negara ekoran kenyataan-kenyataan berbaur fitnah tersebut.

Oleh yang demikian, menteri terbabit menuntut ganti rugi am atas fitnah lisan sebanyak RM50 juta sementara ganti rugi teruk dan teladan juga sebanyak RM50 juta.

Selain itu, Shahrizat memohon perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat sebarang kenyataan bertulis atau lisan terhadap dirinya atau lain-lain perkara yang melibatkan NFC mahupun syarikat-syarikat bersekutunya.

Turut dituntut adalah faedah, kos guaman dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

adiossssss

PANAS!! Rita Rudaini Terima Surat Tuntutan dari Aidil...

Salam.. hari nie mama punya post mengenai artis ajer ler...
almaklum ler malas bebenor nk kuar lunch...
lagipun mmg mama skang nie dh tk kuar lunch dh...
setiap hari isnin-khamis, mama pie gym during lunch time
dan friday... mama sibuk membaca paper, blog2 hiburan
sambil2 tu ceduk sket gosip2 panas dr blog2 tersebut
dan paste kt sini tuk dikongsikan bersama....
harap anda enjoiceeeeeee
 --------------------------------------------
Credit to MD

Rita Rudaini Terima Surat 'Tak Masuk Akal' Daripada Suami
..

 Nampak gaya seminggu kebelakangan ni adalah 'minggu Rita Rudaini & famili'. Mula-mula kisah  kontroversi perang dingin dengan adik ipar - Zaquan Adha. Kemudian suaminya pula dikatakan lari dari rumah. Semalam, dilaporkan Rita menerima sepucuk surat yang betul-betul memeranjatkan ibu anak dua ni.

Enggan mendedahkan apakah kandungan sebenar surat tersebut. Namun yang pasti surat yang yang kononnya kiriman dari peguam suaminya Aidil Zafuan, disifatkan sebagai 'tak masuk akal', berikutan tuntutan yang dibuat oleh bintang bola sepak kebangsaan itu. 

Surat tersebut sampai ke tangan Rita setelah diberikan oleh pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara pagi semalam. Ketika itu dia hendak keluar rumah untuk ke lokasi penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn.

Surat itu kini di serahkan kepada peguamnya untuk diteliti terlebih dahulu. Peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu-satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.

Kata Rita, seandainya ada yang tidak kena, kenapa tidak dibawa berbincang untuk mencari penyelesaian. Sedangkan ini bukan bukan pertama kali dia dan suaminya mempunyai masalah. Sebelum ini hubungan mereka pernah dingin bagaimanapun dalam tempoh lapan bulan lalu, mereka berjaya menjernihkan kekeruhan dalam rumah tangga.

Sehingga kini Aidil Zafuan tidak pernah pulang sejak meninggalkan rumah lebih seminggu lalu. Rita hanya mengetahui suaminya keluar dari rumah menerusi SMS yang dikirim oleh Aidil. Ketika itu dia dan anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqin (3 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (9 bulan) baru balik dari Kangar, Perlis (pada 10 Januari lalu).

Beberapa hari kemudian Rita diberitahu oleh pembantu rumahnya bahwa, adik kembar Aidil iaitu Zaquan Adha bersama isterinya pelakon, Ayu Raudhah, yang 'membawa lari' suaminya.

Apapun, jelas Rita lagi, Aidil masih suaminya. Dan mereka tidak bercerai pun. Seandainya Aidil rindukan anak-anak, dia boleh pulang ke rumah pada bila-bila masa.


*ps: harap2 hubungan rita dan suami kembali terjalin...jgn terlalu ikutkan perasaan.. ingat masa depan anak2..

Sembang Santai Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak

mama nk share nie... menarik dan bagus tuk pengetahuan bersama.... mama dpt dpt opismate td...
mama baca naik tergelak ler plak...huhu enjoiceeeee
************************

Sesi Sembang Santai Islamik antara Ustaz Azhar Idrus & Zizan Raja Lawak 31/12/2011

nak tgk vidoe boleh pie SINI yea

1. Apakah Hukum sambut countdown…?
UAI:”countdown tu mende”…??
Zizan: !@#$*…emm..”count tu, kire..down tu, bawah…2011 ke 2012..”
UAI: “count up la gitu..11 ke 12….”
zizan: !@#*…. =)
–> Kata ulama’ countdown bukan perayaan…ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite…jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll….
2. Apakah hukum main bunga api…?
–> Ulama’2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus…samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit…kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata…
3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi…smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi…
–> Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk… Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika
itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2…
4. Betul ke alat muzik tu najis..??
UAI: “Betul…..sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu”….=)
–> Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan… kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram… bunyi2-an ni dibenarkan… dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat
Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti…
5. “Isteri kena hiburkan suami dirumah…kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke…?” =)
–> Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga… hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh…isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami..
cara berjalan…ni tidak,bile kt opis berjalan “catwalk”..dlm rumah plak “elephantwalk”…=) cara layanan juga hiburkan hati suami…dll…
6. Hiburan itu haram sebab melalaikan…ape pendapat ustaz…
–> Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)…tu yg
jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah…
7. “Saya tgk vcd kuliah Ustaz…ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya”…=) betul ke perempuan xwajib pkai tudung…??
–> Betul perempuan xwajib pakai tudung…yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT… aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam(tudung nipis bayang) haram jgk…kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk..
pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk…pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..
8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha…batal tak..?
UAI:”Batal…sekiranya si ayah terkentut”…=)
–> Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis… dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus
bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun…dalam solat,boleh meraikan kanak2…
9. “Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak…?”
–> Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke…datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan…kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda
datang kuliah…yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah…kite nk hasilnye….
10. “Saya suka tengok cerite hantu…sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut…” =)
Apa hukum tengok cerite hantu…?
–> Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut,tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh… Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat…
Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite ‘tak sihat’…=)
11. “Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)…?” =)
–> Boleh mitak balik…dengan syarat kena bersumpah dulu…jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi… fikirkan hikmah…mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite…redha aje lah…
12. “Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk”….=)
–> wanita mcm bdk2…suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah…mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas
suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg…kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll…suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll…
13. “Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal…boleh tak nk jd menantu ustaz..?”….=)
–>Boleh…dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya… nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)…tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)…
14. Apakah hukumnya mengambil wudhu’ dalam keadaan bogel..?
–> “Ulama’ sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu’ berbogel….di khalayak ramai”…=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh…

*Ni je yang sempat saya ambil..Jika ada salah dan silap..silalah tegur…kerana kesilapan itu dtgnye drpd kelemahan diri sy sendiri…sama2 kite belajar(menuntut ilmu) mencari redha Allah dan juga sama-samalah kita berkongsi2…=)

Wednesday, January 18, 2012

Jam giler pagi td!!

Salam....
pagi tdi nk pie opis jalan jam giler..... tk tahu knp..
dr pantai dalam lagi dh jam...
rupanya ada kebakaran di KL Sentral... jalan tutup..
tu yg jam smpi ke pantai dalam tu...
 
patut ler mama ada nampak asap byk naik ke udara.. nampak cam dr bangunan yg sedang dibina di area KL Sentral... mama tunjuk ler kat hubby... cuba tgk tu... cam terbakar ajer kt atas bangunan tu?
lepas tu hubby mama kata.. aha la.. namapak percikan api.. masa tu mama dari kuchai lama nk masuk ke Klang lama... nk lalu jln kt loji pie pantai dalam... nk antar anak2 ku kt sana ler....
sekali smpai ajer kt loji dh jam... fuhhh sure jalan jam teruk kt area bangsar nie... dgr plak info dari Suria Fm mengatakan jalan ker KL Sentral ditutup akibat kebakaran tu... huhu
 
jom baca kisah tu kt sini yea... mama copy dr berita harian online.. huhu
 
pix_gal0

 
KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi.

Kejadian dipercayai berlaku di Tingkat 29 bangunan blok komersial dan pejabat berkenaan kira kira jam 3 pagi tadi.
Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang giat dijalankan, selain mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Belum dapat dipastikan ada kecederan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.53 pagi mengenai kebakaran bangunan di alamat 348 Sentral berhampiran Little India, Brickfields.

"Kebakaran bermula di tingkat 30 di bangunan 33 tingkat itu yang pembinaannya dijadual siap penghujung tahun ini," katanya.
Katanya, sebanyak 10 jentera pemadan dengan 72 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Polis turut berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas bagi memastikan tiada kesesakan berikutan penutupan beberapa
jalan menuju ke KL Sentral dan Brickfields. 

Tuesday, January 17, 2012

Takutnya!!!

Salam.... Alhamdullilah mama masih diberikan peluang untuk menikmati kehidupan yg lebih aman dan tenteram.... Mama cukup selesa tinggal di rumah "burung Merpati"... ahaksss apartment ajer ler...mama takut sungguh tingga di rumah atas tanah nie... heheheh rumah teres ler... sbb mama rasa tk berapa selamat.. senang orang nk masuk mencuci kan...kalu duk apartment ker, kondo ker... ada security guard kan... so bkn sesenang perompak nk masuk... lagipun rumah mama hanya leh masuk dr pintu depan ajer.... dapur for sure tk leh masuk perompak2nie.. susah bangat.... balkoni pun susah nk masuk.. kalu berani panjat ler tgkt 2 umah mama tu... Alhamdullilah mama rasa syukur sesgt tinggal di rumah merpati nie... hehehe

kesian dgn wardina sbb rumahnya di Bukit Utama, Bukit Antarabangsa (kawasan elit kan) dimasuki pencuri...... kesian rasanya bila baca luahan hatinya... dgn izin Allah, beliau terselamat.. skang nie kes merompak mesti diakhiri dgn pembunuhan tau... mama risau.... selalunya pencuri nie suka pie kwn rumah yg besar2 dan elit spt di Bukit Antarabangsa, Damansara, Sering Ukay dan byk lagilah tempat2 camtu... sbb dlm pikiran diorang.. rumah besar2 nie byk duit....sbb tu suka pie tmpt tu.... cam umah mama yg seperti rumah merpati mana ler pencuri nk masukkan... apa2 pun mama tetap berdoa supaya di jauhi perkara2 seperti itu....

jom baca luahan hati Wardina... check it out...
------------------------------------------------------------------------------------------

Mereka merompak “perasaan selamat” saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya.

Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.


Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.
“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu. Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
“Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan. Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan. Dan kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.
Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.
Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”
Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina

Friday, January 13, 2012

Kisah Sana Sini

salam Jumaat!!!!
huihhhh lamanya mama tk menulis... almaklumler sibuk sket
menguruskan nadim yg mula bersekolah tadika....nantilah mama ceritakan mengenai tadika nie yea....huhu
kali nie mama nk share cerita2 menarik yg berlaku sepanjang minggu nie....berkaitan isu semasa, politik serta hiburan yg berlaku dan hot skang nie.. huhu

Semasa
Anwar Ibrahim Dibebaskan <---- klik SINI
Gelagat Memalukan Muslimat Pas <-- nak tahu lebih lanjut klik SINI
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA Malaysia) -<--- klik SINI yea
Sato Sri Sharizat Abdul Jalil cuti 3 Minggu <---- klik SINI yea
Hiburan
Happy Birthday to Dato' Siti Nurhaliza ke 33thn -<---- klik SINI yea
Suria FM lebih ceria dgn kehadiran Nabil & Kenchana <---- Klik SINI yea
5 Celebrity Wanita Tercantik <---- klik SINI
Rita Rudaini Gaduh Zaquan Adha (Adik iparnya) <----klik SINI
Shila Amzah Bercinta dgn Sharnaaz <---Klik SINI
Selamat Pengantin Baru Ezlynn & Adam <---- klik SINI yea
Gambar Memey (Isteri Norman Hakim) terbaru <-----Klik SINI yea
Fasha Sandha & Jejai akan bernikah <----- Klik SINI yea
Scha & Awal tangguh nikah <--- klik SINI yea

ok.. selamat membaca yea... huhu

Thursday, January 5, 2012

Happy New Year 2012

Salam...
lama bebenor mama tk menulis kan... busy sket ler.. huhu
sedar tk sedar... dh masuk tahun baru dh kita yea...
bye2 2011 and welcome to 2012...huhu

apa azam tahun baru korang? Mama? emmm apa yea....
cam tk ada azam ajer rasanya.... malas nk buat azam tahun baru dh..
sbb azam yg dolu2 pun belum tercapai lg... camna nk wat yg baru.. huhu

so azam tahun nie mama nk tunaikan azam yg lepas2 ler.... spt

1. Lebih hardworking dan successful dlm kerjaya dan bisnes
2. Memperbetulkan lagi ibadah2 yg masih berlubang2
3. Memperbaiki diri menjadi wanita sempurna, isteri solehah, ibu mithali, kawan sejati, pekerja dedikasi, anak yg baik serta menantu kesayangan.. LOL
4. More saving and less shopping <--- hopefully successful ler... almaklum ler dkt sgt dgn Sogo & TAR Road kan... huhu
5. Nk menguruskan badan yg makin montel nie...huhu
6. Hopefully dpt mengerjakan umrah bersama family
and last but not least
7. Mahu tambah anak <---- kalu ada rezeki dan izin NYA...
InsyaAllah.... amin

oh yea.... new year hari tu mama celebrate dgn hubby yg 2 hero mama tu
di Bagan Lalang Beach Resort....
best giler tgk firework dgn jelas dan dekat ajer...
kuar ajer dr bilik resort nampak dh firework tu...
tk caya.. jum tgk gmbr nie... smpt gak ler posing
nadim tk mau amek gmbr... leka tgk ajer
yg si zafril dh terlena dh... puas gak ler leka2 kan dia supaya jgn tido
tp dia tido gak dlm kul 11.30 tuuuuu
tk dpt ler dia tgk....

nie ler gamb2nya... mama muka dgn pisat2 tk make-up lg
buruk ghupa mama... natural beauty ler katakan.. hahahahah




so.... dikesempatan ini.. mama nk ucapkan
Selamat Tahun Baru...
smg tahun 2012 (Dragon Year tuk kepercayaan Cina)
memberi sinar kebahagian dan kejayaan serta
memperluaskan rezeki kita semua dan sentiasa jujur mencari
rezeki yg diredhai Allah swt.. amin

HAPPY NEW YEAR 2012...
daaaaaaaaaaaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!