Thursday, July 26, 2012

Kerja Kosong di CIMB!!!

Salam....
Alhamdullilah... hari nie kita sudah 6hari berpuasa... Syukur ke hadrat Illahi kena masih memberikan kesihatan yang baik dan peluang untuk menikmati puasa dgn gembira....

Tentu ramai yg tertanya2 apahal plak tetiba mama citer pasal keje kosong kat CIMB nie... almaklum ler namanya pun kerja kt CIMB.. so mama just nk share ler pd anda semua kalu2 ada ker jiran2, kwn2 atau adik beradik anda yg sedang mencari kerja boleh ler pas2 kan iklan nie...

mana tahu ada rezeki depa, dpt plak keje kt CIMB.... best keje sini... gaji pun menarik, benefit pun ok, increment pun ok.. yg paling best bonus nya best... tp bergantung pada tahap pencapaian anda ler...

mai ler ker sini setiap hari Rabu dari jam 9am - 12pm di Menara Bumiputra Commerce, Level 18, Jalan Raja Laut....nie mama kepilkan iklan tersebut....


datanglah beramai2... kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk turut serta dgn CIMBian...
best dekat dgn SOGO, Jln TAR... shopping raya menarik kt sini...
ahaksss... enjoice!!!!!

Wednesday, July 25, 2012

Sihat :Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?


Salam...
Bulan2 posa nie, idea kt kepala kering ler... nk citer pasal puasa tk ada yg menarik sbb skang nie berbuka pun sekadar yg ada ajer... blum pernah lg pie pasar ramadhan.. maklum ler poket nipis skang nie.. sedang menanti gaji masuk ajer.. mgk esok masuk ler... baru leh pikir nk makan apa yg besat waktu berbuka.. hehehhe...

duk opis nie pun agak melembabkan otak mama skan nie.... kerja tk ada sgt, kalu ada setakat filing ajer ler.. itu pun boleh siap dlm 1jam ajer kut... selebihnya mama byk habiskan masa search apa2 yg patut...

Mama nk carik info mengenai surat yg dari Kementerian kesihatan mengenai Pemberian Imunisasi kepada kanak2 yang tercicir dari jadual Imunisasi di Taska/Tadika".. dpt surat nie dr tadika Nadim ler... so mama pun check ler buku injection nadim tu.. rupanya ada gak injection yg blum diambil ... so apa lg mama pun copy ler buku injection nadim dan kepilkan skali surat tu, ptg nanti nk pass ke tadika nadim ler....

so mama pun gatal2 ler bukan website Kementerian Kesihatan nie.. terjumpalah artikel2 yg menarik boleh mama kongsikan bersama anda semua... jom kita baca untuk menambahkan lagi pengetahuan kita nie.. check it outttt... huhu

-------------------------------------------------------
Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

 Adakah anda biasa dengan senario ini?

Kasim suka snek manis
Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan
Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk
Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.
 

Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

  • Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

  • Kekurangan zat makanan 
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

Monday, July 23, 2012

Buffet Ramadhan 2012


Pejam celik pejam celik dah 3 hari kita berpuasa... dan hari pertama berpuasa di pejabat... mama rasa tenteram sket.. sejuk nyaman ajer kt opis nie... hehehe


so mama pun searh ler buffet ramadhan tuk tahun nie... sure ramai yg bercadang2 nk berbuka di hotel2 bersama family dan rakan2...

ok ni saya senaraikan restoran dan hotel sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Johor dan Sabah yang sediakan buffet berbuka puasa ye..


1) Bufet Ramadan PICC 2012
Jul 23 – Aug 17, 2012
Restoran Lakeside View, Aras Concourse, PICC (map)
DescriptionTema : Bazar Ramadan 1 Malaysia
Early Bird Price : 20% dari 23 – 25 Julai 2012
Harga Dewasa : RM 60
Harga Kanak-Kanak (7-12 tahun) : RM 29
Harga Kanak-Kanak (Bawah 6 tahun) : Percuma
Harga Berkumpulan : 10 tempahan percuma 1 tempahan
No. Tel. Tempahan : 019 259 4334 / 03-8887 6230 / 03-8887 6231
No. Fax Tempahan : 03-8887 6416
2) Istana Bambu Ampang
Istana Bambu ampang (map)
Harga Dewasa : RM 55 nett
Harga Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM 27.50 nett
Harga Kanak-Kanak (Bawah 5 tahun) : Percuma
Tel : 603.4251.4717 / 603.4252.4718 / 010.254.0131
Fax : 603.4251.4717
3) Quality Hotel, KL bersama DEE
Quality Hotel, KL (map)
Tema: Sajian tradisi bersama DEE
Harga Dewasa : RM 65++
Harga Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM 35++
Tel : 603.26148000/ 8023/ 8017
Fax : 603.26936332
De Palma Hotel (map)
Tema: Citarasa Warisan, Berbuka puasa sambil bertarawikh
Harga Dewasa :
De Palma Ampang: RM75 (dewasa) RM39 (kanak-kanak)
De Palma Shah Alam: RM68(dewasa) RM35 (kanak-kanak)
De Palma Kuala Selangor: RM45 (dewasa) RM22 (kanak-kanak)
Palma Cafe SACC: RM50 (dewasa) RM25 (kanak-kanak)
Tel :
De Palma Ampang: 03-42707070
De Palma Shah Alam: 03-55428080/0695
De Palma Kuala Selangor: 03-32897070
De Palma SACC: 03-55100294
Email: info@depalmahotel.com
HALAL: sah halal Jakim
5) Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu
Grand Borneo Hotel (map)
Tema: Bazaar Ramadhan
Harga Dewasa : RM 60++
Tel : 6088.526888
Fax : 603.26936332
Emel : info@grandborneohotel.com
HALAL: sah halal Jakim
5) Naza Talyya, Melaka & Pulau Pinang
Naza Talyya Hotel, Melaka (map) & Penang (map)
Tema: Selera Ramadhan
Harga Dewasa : RM 35++
Harga Kanak-Kanak : RM 20++
Melaka Tel : (06)-288 2288 Fax : (06)-288 2289
Penang Tel : (04) 890 9300 Fax: (04) 890 8600
Emel : melaka@nazahotels.com  & penang@nazahotels.com
Facebook Naza Talyya Melaka : http://www.facebook.com/nazatalyyamelaka
Facebook Naza Talyya Penang : http://www.facebook.com/nazatalyya.penang
HALAL: sah halal Jakim

6. Hotel Shangri La, Kuala Lumpur

Lemon Garden Cafe presents a scrumptious spread of Malaysian specialities at its buka puasa (breaking of fast) buffet. Among the savoury specials are Lemang, Ketupat, Serunding, Kari Kepala Ikan (fish head curry), Sup Ekor Lembu (spicy oxtail soup) and many more local delights to tantalise your palette. Barbecue lovers can enjoy barbecued dishes such as lamb or satay with our open-air barbecue stations.
This offer is available from 21 Jul 2012 through 18 Aug 2012

Buffet Dinner (Sunday to Friday, 6.30pm – 10.30pm)
Price:
MYR 115 per adult ; MYR 57.50 per child (aged 6 to 12)     

Seafood Night (Saturday, 6.30pm – 10.30pm)
Price:
MYR 135 per adult ; MYR 67.50 per child (aged 6 to 12)

Complimentary for maximum two children under 6 years old per booking
For reservations, call (60 3) 2074 3900.


7. Hotel Sheraton Imperial KL

Ramadan Buffet Offer- Santapan de Raja

Treat your senses to a gastronomic indulgence as the culinary maestros of Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel bring forth a feast not to be missed! During the Holy month of Ramadan, we invite you to breakfast in style as the halal-certified Essence features a delectable spread of imperial specialities from the nine royal states of Malaysia.

Ramadan Buffet's DinnerRM108++ per person (food only)

(A complimentary seat for every 09 paying guests and 30% discount off for dinners from 23 to 29 July 2012 and from 13 to 17 August 2012.)

Plus, receive an attractive organza bag containing a golden chocolate egg giveaway.

Bookings may be made on-line. For table reservations or further enquiries, please call Essence at 603 2717 9900 or e-mail
restaurants.imperial@sheraton.com

Available for dinner only from 23 July 2012 to 17 August 2012. Bookings may be made on-line, or for table reservations or further enquiries, please call Essence at 603 2717 9900 or e-mail restaurants.imperial@sheraton.com


Byk lg tmt yg mama tk sempat nk carik...  

Sunday, July 22, 2012

Ilmu : Perkataan JANGAN


Salam
Alhamdullilah sudah hari ke-2 kita berpuasa... mood nk menulis tk dtg2 lg.. so mama just nk share artikel mengenai "Perkara JANGAN dalan ISLAM yg ditekankan oleh Uztaz Don... jom amalkan...

Senarai beberapa perkara dan perbuatan yang JANGAN dibuat oleh kita sebagai umat Islam dan implikasinya dalam kehidupan seharian. Sebagai renungan dan tauladan untuk kebaikan bersama.
JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

Antara Perkara JANGAN Dalam Islam Dari Ustaz Don

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Selamat beramal.....dan Selamat Berpuasa....

Wednesday, July 18, 2012

Petua : Merawat Selulit



Hari nie mama nk share petua atau  tip untuk merawat selulit yg sering dihadapi oleh wanita terutama sekali para isteri2...mama pun tk menafikan yg mama pun menghadapi masalah selulit nie.. terutama bahagian paha... sbb tu ler mama suka pakai baju kurung ajer.. kalu pakai seluar mama mesti pakai blouse yg labuh smpi paha, sbb nk tutup tang selulit... walupun inci kt paha tu dh kurang sket sbb mama diet and pakai PB... masih ada lg selulit yg berkumpul kat bwh punggung mama nie...

mcm2 gak ler mama cuba, sapu minyak mustajab ler, sapu krim selulit ler pie gym wat cycling ler... masih begitu ajer rupanya... huhu..

lepas tu mama search ler cara nk merawat selulit nie.. jumpa ler artikel ni dari blog hiburan popular OH BULAN.... jom kita baca dan amalkan.. mana tau dgn berkat usaha kita serta izin dr Allah, berjaya pula... boleh ler kita bergaya sakan pagi raya nanti....hehehe...

selamat beramal...
-------------------------------------------------------

Kebanyakan wanita berisiko memiliki selulit di bahagian peha, pinggul dan perut. Pada dasarnya, selulit merupakan gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit, dan sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit sehingga menyebabkan tekstur kulit menjadi seperti menggerutu.

Secara umumnya, menghilangkan selulit merupakan satu perkara yang mustahil. Akan tetapi selulit dapat dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan dan aktiviti yang sihat seperti beriadah, banyak minum air kosong dan kurangkan pengambilan makanan berlemak.


Tahukah anda, kopi juga merupakan salah satu penawar untuk mengurangkan pembentukan selulit di bahagian badan. Ini kerana, kandungan kafein pada kopi dikatakan mampu memperbaiki aliran darah, mempercepatkan pengelupasan sel-sel kulit mati dan yang paling penting adalah ia mampu mengurangkan timbunan lemak pada badan.
Berikut merupakan cara-cara untuk merawat selulit menggunakan serbuk kopi :
  1. Pertama sekali sediakan bahan-bahan seperti serbuk kopi, garam laut/gula dan minyak urut / massage oil.
  2. Campurkan kesemua bahan tersebut dalam satu bekas dan kacau sampai sebati.
  3. Lulur atau sapukan campuran tadi ke seluruh tubuh. Sambil itu, urut secara lembut tubuh anda terutamanya pada bahagian yang ada selulit.
  4. Akhir sekali, bilas tubuh anda dengan air suam.
Untuk hasil yang lebih efektif, anda hendaklah mengamalkan cara ini dua atau tiga kali seminggu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.

Mana tahu boleh dpt badan cam JLo.. huhu


Selamat mencuba!

Tuesday, July 17, 2012

Tip : Mendidik anak yang degil

Salam... mama nk share dinner yg mama pie dgn opismate last Friday haritu..
tk sempat nk upload gambar lg... terlupa yg gmbr dlm kamera kt umah... 

so ari nie mama just nk share ilmu yg mama baca dr internet.. 
mama juga menghadapi masalah anak2 yg agak nakal dan degil...
apa yg kita larang tu yg dia nk buat..
lagi kita pukul makin menjadi perangainya... tension mama dibuatnya...



just copy and share ajer... sama2 kita menjadi ibubapa yg sabar dalam mendidik anak2 yg degil

InsyaAllah berkat kesabaran kita akan membuahkan hasilnya... check it outtttt..



Mengatasi Masalah Anak Yang Degil


Kadangkala, sebagai ibu bapa memang sukar untuk kita bersabar dengan karenah anak-anak. Corak kehidupan masa kini menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi bagi yang menjadi ibu atau bapa tunggal, beban dan tanggungjawab menjadi berlipat kali ganda. Anak-anak pula sering meminta perhatian, dan ada pula yang tidak tahu berdikari walau sedikit pun. Mereka semakin pandai merungut, mengambil kesempatan atau membuat helah yang mereka tidak boleh melakukan sesuatu hanya untuk mendapatkan perhatian hingga kita kadang-kadang merasakan tidak ada apa-apa lagi yang boleh diberikan.

Di zaman moden ini, pengaruh dari apa yang berlaku di sekeliling seringkali membuatkan kebanyakan kita tergesa-gesa, memberitahu anak-anak apa yang perlu dilakukan sambil berlalu di hadapan mereka, dan kemudian pergi. Malangnya, apa yang berlaku ialah selepas membuat 15 permintaan untuk melakukan sesuatu misalnya, kebanyakan kita akan menjadi kecewa. Ada yang terpaksa meninggikan suara, walau pun perkara itu tidak mereka sukai. Ramai yang merasakan, "Kenapa anak saya hanya mendengar apabila saya menjerit kepada mereka?" Bagi kanak-kanak, mungkin ia merupakan masa untuk mendapatkan sedikit rehat atau pun melihat apa yang sedang berlaku.

Kebanyakan kanak-kanak sudah mempelajari bahawa mereka boleh mengenepikan suruhan kita apabila kita bercakap pada nada suara biasa, kerana tidak lama kemudiannya kita akan keluar ataupun sibuk melakukan hal-hal tertentu. Maka kanak-kanak tersebut boleh meneruskan semula apa yang sedang mereka lakukan tanpa gangguan. Walau bagaimana pun, mereka tetap "peka" kepada nada suara kita ibu bapa mereka dan tahu bila mereka patut mendengar permintaan kita. Mereka tahu pada nada mana ancaman ibu bapa mereka akan jadi kenyataan. Justeru itu, bagaimana untuk membuatkan mereka mendengar kata tanpa kita perlu menjerit dan mengugut?

·          Jangan tergesa-gesa sambil menggesa dalam memberi arahan. Kadangkala lagi banyak menggesa, keadaan menjadi lebih buruk. Jika kita mahu mereka melakukan sesuatu, kita perlu meluangkan sedikit masa hanya untuk memberitahu perkara itu. Hampirilah anak itu, pandang kepadanya dengan pandangan yang mesra dan katakan apa yang kita mahu dia lakukan. Anda boleh menyentuh bahunya dengan lembut ketika membuat permintaan itu. Kadangkala, anak yang degil ini sengaja bersikap demikian untuk meguji kesabaran kita. Oleh itu, kita akan kalah jika kita hilang sabar.

·          Berlembut dengan nada kasih sayang. Anak-anak seperti ini bersikap keras di luar, tetapi sebenarnya mereka masih lembut di dalam. Tawanlah hatinya. Untuk itu, kita perlu gunakan cara yang lembut. Gunakan kata-kata pujukan dan rayuan seperti, "Man, mak penat betullah, Man. Man kesian mak tak? Boleh tak Man tolong sapu halaman di luar tu? Emak tak tahu siapa lagi yang boleh tolong emak. Kalau mak buat juga, sakit pinggang mak akan menjadi bertambah teruk lagi. Boleh ya, Man? Man anak baik kan?" Memanglah kita perlu meluangkan sedikit masa untuk memberikan kata-kata seumpama ini. Tetapi apa salahnya kalau kata-ata arahan seperti, "Man, pergi sapu halaman," itu tidak berkesan?

·          Tunggu sebentar di sisinya sehingga dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Kehadiran kita di sisinya lebih meyakinkan dia bahwa kita benar-benar serius mahu dia melakukan suruhan tersebut. Ia lebih berkesan daripada mengulang-ulang arahan yang sama dari jauh.

·          Berikan komen yang positif apabila dia bangun untuk melakukan apa yang disuruh. Sewaktu dia sedang melakukannya, datang dan jenguk dia serta berikan terus komen-komen positif. Jangan tunggu sehingga dia selesai, baru anda hendak berikan komen yang positif. Anak-anak seperti ini perlu didorong dengan lebih kuat daripada anak yang sedia mendengar kata-kata ibu bapa mereka.

·          Apabila tugas itu sudah dilaksanakan, berikan pujian atau ucapkan terima kasih kepada anak itu kerana telah melakukannya dengan segera. Selitkan juga ucpan terima kasih kerana "dia sanggup mendengar kata-kata anda". Dengan ini, kanak-kanak akan dapat merasakan yang ibu bapanya benar-benar mengambil perhatian terhadap apa yang dikatakan dan mereka juga dapat merasakan betapa besar maknanya kepada ibu bapa untuk mereka mematuhi suruhan tersebut.

·          Tetapi jika kerja itu tidak dilakukan, hampiri anak tersebut dan bincangkan tentang apa yang kita mahu dia lakukan. Terus awasi dia sehingga dia selesai melaksanakannya. Apabila dia semakin menunjukkan peningkatan melakukan kerja dengan pengawasan, kita boleh kurangkan memberi kata-kata pengesahan setiap kali dia melakukan sesuatu kerja, tetapi sekali-sekala, berikan komen bahawa mereka bertanggungjawab dan tunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka itu.

·          Kita boleh janjikan sesuatu yang menarik kepadanya sekiranya dia melakukan apa yang disuruh. Contohnya membawa dia bersiar-siar di hujung minggu nanti sekiranya dia bersikap rajin dan melakukan apa yang disuruh.

·          Terangkan juga kepadanya betapa besarnya pahala anak yang mentaati kedua ibu bapanya. Anak sebegini yang akan mendapat keredhaan ibu bapa, yang merupakan antara syarat utama untuk masuk syurga kelak.

·          Selalu bacakan kisah-kisah mengenai anak yang mentaati kedua ibu bapanya dan balasan yang Allah s.w.t. berikan. Kisah-kisah semasa boleh diceritakan. Contoh di kalangan saudara mara juga adalah baik untuk disebutkan kepada anak-anak. Umpamanya, anak yang seringkali berjaya di dalam hidup mereka berkat ketaatan mereka kepada kedua ibu bapa. Ceritakan juga kisah-kisah anak yang tidak mendengar kata-kata ibu bapa mereka serta kesusahan dan bala yang Allah turunkan untuk anak-anak seperti ini.

·          Jika menonton drama di televisioan mengenai anak yang baik atau akibat anak yang degil, berikan komen atau iktibar daripadanya selepas kita menontonnya bersama. Lebih baik lagi jika kita dapat merakamnya untuk ditonton lagi di masa-masa yang akan datang.

·          Perhati dan periksalah diri kita sendiri. Kadang-kadang anak yang bersifat degil itu adalah cermin diri kita. Mungkin kita juga seorang yang degil, cuma cara dan bidangnya berbeza. Mungkin, hanya satu bentuk kecuaian kita dalam menjaga syariat, sudah cukup untuk menjadikan kita gagal dalam memimpin dan mendidik anak-anak. Kecuaian kita menunjukkan kita juga `degil' untuk mematuhi perintah Allah s.w.t., justeru itu Allah berikan teguran-Nya melalui sikap anak-anak. Cuba perbaiki diri kita dari masa ke semasa, untuk menjadi hamba Allah yang taat, semoga anak kita juga taat kepada ibu dan ayahnya.

·          Jangan terlalu banyak mencemuh atau mengutuk anak kalau dia bersikap degil. Ini tidak akan memberi apa-apa kebaikan. Malah, ia akan merosakkan hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak. Anak-anak yang merasakan dirinya `tidak berguna' dan dibenci oleh ibu bapa akan bersikap lebih degil lagi, kerana dia juga sedikit sebanyak turut mebenci kedua ibu bapanya.

·          Jangan biarkan anak terus dengan sikap degilnya itu. Kalau kita menyuruh berbuat sesuatu dan dia tidak mengendahkannya, kita harus terus memujuknya supaya dia tetap melakukannya. Jangan pula di waktu-waktu tertentu kita biarkan dia lepas begitu sahaja, manakala di waktu lain kita begitu marahkan dia.

·          Elakkan daripada menyuruh anak melakukan perkara yang memang tidak disukainya, melainkan kalau perkara itu memang perlu dilakukan. Sebaliknya banyakkan suruhan pada perkara-perkara yang digemarinya atau yang lebih mudah untuk dilakukan. Contohnya, anak lelaki mungkin lebih suka pergi ke kedai dan menyapu halaman manakala anak perempuan pula lebih mudah disuruh membasuh pinggan, mengemas rumah dan sebagainya.

·          Akhir sekali, jangan terlalu mengharapkan kesempurnaan. Kadangkala ibu bapa yang terlalu mengharapkan anak-anak mereka cepat berubah akan kecewa apabila anak-anak tidak melakukan apa yang disuruh. Apabila kecewa, kita mungkin akan menjadi hilang sabar lalu hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang keterlaluan dengan menghukum anak-anak. Bayangkan diri kita sewaktu kecil, adakah kita mudah melakukan setiap apa yang disuruh? Begitulah juga situasi anak-anak kita sekarang. Yang penting, teruskan memberi mereka didikan dengan penuh sabar, Insya-Allah semakin mereka meningkat umur ke arah dewasa, mereka akan faham bagaimana untuk menjadi anak yang taat, mendengar kata dan bertanggungjawab.



Selamat beramalllll

Friday, July 13, 2012

Menarik Mggu Ni!!!

Apa cerita menarik spjg mggu nie... lama bebenor mama tk singgah blog2 hiburan yg mama suka baca...jom kita tgk apa yg menarik!!!

Lisa Surihani sakit mata, cuti 2 mggu.... MStar

Pelakon Lisa Surihani terpaksa bercuti daripada berlakon selama dua minggu gara-gara mengalami viral conjunctivitis iaitu sejenis penyakit mata yang disebabkan oleh virus.
Lisa berkata, masalah itu berpunca daripada suaminya, Yusry Abdul Halim yang dijangkiti penyakit berkenaan pada hujung Jun lalu sehingga mengambil masa selama tiga minggu untuk pulih.
“Lisa menghidap penyakit itu berpunca daripada Yusry. Disebabkan dia alah kepada ubat, dia hanya pulih selepas tiga minggu. Selepas itu, penyakit tersebut merebak pula kepada Lisa.

AC Mizal ajak Abby Abadi Berdebat.... OH Bulan
 
AC Mizal di laman Twitternya berkata, “Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!”

Fauzi Nawawi Ke Mekah .... MStar

Fauzi yang akan berangkat ke Tanah Suci itu pada malam Jumaat (malam ini) juga meminta semua pihak yang mungkin pernah berkecil hati dengannya agar dapat memaafkan segala kesilapan yang berlaku tanpa disedari.

Anita Sarawak Bertudung?... Rotikaya

Anita Sarawak di’lihat oleh beberapa orang peminat memakai jubah & bertudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah di Texas, Amerika Syarikat baru baru ini.
Laporan akhbar itu turut menyebut yang Anita Sarawak di’lihat berjalan seorang diri tanpa di’temani oleh suami’nya Mahathir Abdullah yang mungkin bekerja ketika itu.

so.. ok.. mama nk pie sogo members days nie.. jumpa lain kali yea.. tadaaaaaaaaaa

Thursday, July 12, 2012

Tip Suami Isteri : Kepenatan Jejas Aktiviti Seks Wanita

Salam...
Hari nie mama nk share info yg mama baca dr majalah wanita... amat sesuai untuk pasangan suami isteri.... supaya menjadi guideline untuk kita melayari bahtera rumahtangga agar sentiasa ceria dan bahagia sehingga  ke akhir hayat... Insya Allah...
selamat membacaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
-------------------------------------------

Kepenatan Jejas Aktiviti Seks Wanita



Kepala pening memikirkan kerja yang perlu diselesaikan. Di pejabat fail-fail penting menimbun di atas meja, di rumah pula anak-anak merengek minta perhatian. Ada yang ingin makan, minta dipantau kerja sekolah dan macam-macam lagi.

Menjelang sahaja waktu malam, suami pula minta dibelai dan dimanja sedangkan diri keletihan lantaran seharian bekerja. Esok, masih banyak lagi kerja-kerja yang patut diselesaikan sedangkan rehat yang diinginkan ‘diambil’ sedikit waktunya oleh suami yang setia merangkul tubuh isteri di sebelahnya.
Sudah tentu perasaan bercampur-baur. Kata orang hendak diluah mati bapak, ditelan pula mati emak. Jadi, apakah cara terbaik mengatasinya?

Beri Penerangan Yang Jelas
Sebaiknya jelaskan pada suami bahawa anda betul-betul penat. Jelaskan dengan nada yang paling lembut agar suami tidak tersinggung. Ketahuilah, suami yang baik pasti memahami dan menghormati kata-kata tersebut. jadi, berdoalah agar suami menerimanya dengan hati yang terbuka.

Ekspresikan Kepenatan Anda
Sekiranya suami masih berkeras untuk berintimasi dengan anda sekalipun telah dijelaskan sebabnya maka ekspresikan kata-kata dengan wajah penuh kasihan bahawa anda benar-benar kepenatan.
Bagaimanapun, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya meluangkan sepuluh ke lima belas minit untuk melayan kerenah nakalnya. Sudah pasti selepas itu dia akan lebih menghormati dan menghargai masa sepuluh minit yang anda korbankan itu.

Susulkan Penolakan Dengan Kasih Sayang
Ingat. Sekali-sekali jangan menolak permintaan suami dengan suara atau perlakuan yang kasar. Gunakan cara diplomasi atau bisikkan ke telinganya bahawa anda terlalu letih dan ingin berehat. Selepas itu, hadiahkannya dengan kucupan hangat penuh pengertian agar suami sedia bertolak ansur. Sudah pasti ada sedikit belas di hatinya lantas menangguhkan ‘acara’ pada malam itu ke malam berikutnya.

Berikan Sedikit Syarat
Jika suami mengajak anda berintimasi sebaik pulang dari kerja maka kenakan syarat padanya. Pertama, anda bebas dari memasak dan kedua di waktu malamnya anda ingin tidur lebih awal tanpa gangguan. Biarpun anak menangis di waktu itu maka suamilah yang perlu tanganinya. Apabila dia bersetuju dengan syarat yang diberi maka bolehlah diteruskan niat itu sebaik mungkin. Kesimpulannya, penting untuk bekerjasama agar masing-masing merasa seronoknya hubungan berkeluarga.

Suami Bantu Urus Rumah
Digalakkan melakukan hubungan kelamin setiap malam sekiranya suami berbesar hati membantu menguruskan kerja-kerja rumah. Mungkin sekadar membasuh pinggan dan menyapu di ruang tamu, itu sudah cukup meringankan bebanan yang ditanggung isteri. Secara tidak langsung, penat yang dirasai sedikit terubat dengan usaha yang suami tunjukkan. Maka penat bukan lagi alasan untuk menolak permintaan suami sewaktu berada di atas ranjang.

Tolak Dengan Lembut
Seandainya anda betul-betul penat tetapi suami mahu melakukan hubungan seks maka sebaiknya tolak perlahan-lahan tangannya seraya berkata bahawa anda tak mampu beraksi di malam itu. Isyarat serta bahasa tubuh yang ditunjukkan perlu dilakukan dengan lembut. Sebaiknya jangan sampai suami tersinggung kerana mereka boleh dikategorikan sebagai individu yang sensitif.

selamat beramal!!!

Wednesday, July 11, 2012

TT BBQ EOCM 3G @ Sg Lopo, Hulu Langat


Salam... Lamanya mama tk updfate blog nie..
sorry yea.. agak sibuk sket then ada masalah kesihatan plak...
Isnin tu biasalah mood tk braper best..
penat sket sb last weekend pie picnic dgn group keta....
masih rasa sengal2 badan nie..
smlm plak tetiba tk tahu apesal perut i tetiba sakit bangat..
smpi menangis mama menahan sakit...
pie klinik plak kena tggu kul 9am... mama dh rasa cam nk beranank ajer sakitnya tu... sib baik my hubby
sudi menemankan mama... dia pun amek ler mc gak...
dia pun sakit perut cerry berry... huhu
bila doctor check kata perut mama penuh dgn angin...
 tk mahu terlepas kuar.. huhu...

ok.. berbalik pd posting yg mama patut tulis ialah TT BBQ EOCM...
seperti biasa nie club keta hubby mama ler.. ada ajer aktiviti depa nie..
mama just follow ajer... yg penting bkn expenses bkn kuar dr poket mama.. ahaksssss...

Tmpt yg kami pie picnic ni ialah Hutan Lipur Sg Lopo, Hulu Langat..
tmpt picnic yg kami pilih nie agak baru gak... baru buka Nov 2011...
mmg masih cantik.. kolam yg dibuat secara beperingkat....
1st kolam mmg dikhaskan untuk kanak2 yg berumur bwh 6 thn..
kedalamnya dari paras lutut baby umur 2 tahun hingga paras pinggang kanak2 6thn..... mmg sesuai ler kita lepaskan anak2 kita yg berumur bwh 6 thn...

2nd kolam plak... sesuai untuk kanak2 bwah 12thn...
kedalamamnya sampai paras dada kanak2 12thn...
dewasa pun mmg sesuai gak ler......

3nd kolam plak... yg mmg tahap ekstremm...
 sbb dewasa pun paras2 dada... mama mmg gerun ler...
maklum ler mama nie tk tahu berenang...
kang tetiba tk rasa kaki jejak pasir mau mengelabah mama nanti..
hehehehhe

Kawasan sekeliling pun agak tenang dan nyaman..
cuma kt area sungai mengalir tu kurang sket pokok..
so bila tengahari panas berdenting masa tu...
tk ada tanda2 nk hujan plak.. elok bebenor cuaca ari tu..
si Nadim mandi dari kul 10am hgg 3pm... naik kecut2 tangan dan kakinya..
tu pun paksa benti mandi..
suh salin baju mengamuk2 kata nk mandi lagi...
suka bebenor nadim nie...
si zafril plak... mandi dgn mama ajer.. duk kt atas batu ajer..
mandi pun sekejap2 ajer.. sejuk kuttt...

Sambil mandi sambil menjamu selera...
ada bbq time plus dgn potluck punya menu.. terlalu banyak...
mama mkn gak ler... ayam yg dibakar sedap dan menyelerakan...
mama cuka mkn 2 ketul ajer...
laksa pun agak sedap tp kalu pekat sket kuahnya tentu lg sedap..huhu

Mama bwk sandwish sardin and spagetti goreng...
then sajer bawak kurma badam bersalut coklat..
nk promote ler... mana tahu ada yg berminat nk beli ker kannnnn... ahakssss

ok.. jom layan foto yg mama sempat snap ler... kalu nk tgk lebih byk lg foto leh pie FB mama SAS HONEINA... huhu












adiossssssssssssssssss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!