Thursday, September 21, 2017

Awal Muharram / Maal Hijrah 1439 Hijrah : Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun (1 Muharram 1439 H) Beserta Tata Caranya!

Assalammualaikum dan selamat petang… Alhamdullilah mama masih diberikan peluang untuk menikmati hari2 indah pada hari ini. Pada lewat petang nie aiaitu jam 7.12pm @ 21 Sept 2017  kita bakal melangkah ke Tahun Baru Islam 1439 Hijrah. Dah bersedia untuktutup buku lama dan buka buku baru? Masih ada yg belum kita capai lg untuk tahun ni?

Apa maksud Maal Hijrah / Awal Muharram? Masih ada yang tak tahu ker?

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan bagi umat Islam dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalendar Hijrah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya tarikh hijrah yang menjadi anjakan paradigma dalam sejarah agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang nabi dan rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia.

*Sumber drpd : WIKIPEDIA






‘Doa Akhir Tahun’ dibaca tiga kali tatkala menjelang berakhir tahun baru Islam, dilakukan sesudahAsar atau sebelum masukwaktuMaghrib di hari terakhir bulan Zulhijjah, sama ada pada tarikh 29 atau 30 Zulhijjah sesuatu tahun tersebut


Dengan doa ini, kita memohon agar ketika akan mengakhiri perjalanan setahun yang bakal ditinggalkan, moga akan mendapat keampunan daripada Allah SWT atas segala perbuatan kita yang dilarang oleh-Nya; Dan jika dalam tahun yang akan ditinggalkan, terdapat amal perbuatan yang kita lakukan diredhai oleh Allah SWT, maka mohon supaya amal soleh tersebut diterima oleh Allah Ta’ala.

Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun terbelakang.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata“Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.”


‘Doa Awal Tahun’ dibaca ketika menjelang masuknya tarikh 1 Muharam. Doa ini adalah rentetan daripada ‘Doa Akhir Tahun’ yang telah dibaca di penghujung waktu Asar hari terakhir pada 29 atau 30 Zulhijjah tahun sebelumnya.


Doa Awal Tahun boleh dibaca tiga kali yang dilakukan selepas Maghrib, sesudahnya ataupun pada malam 1 Muharam.
Dengan doa ini kita sebagai Mu’min, memohon kepada Allah SWT agar dalam memasuki tahun baru ini, kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.

Fadilat Doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Sesiapa yang membaca doa ini, InsyaAllah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun mendatang.

Sesiapa yang membaca Doa Awal Tahun ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”


Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia ini…
.
Wallahu A’lam bishowab



Tuesday, September 19, 2017

Al-Fatihah - Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Assalammualaikum dam slmt minum petang…Hujan lebat diluar mmg syok nie kalu pekena teh o suam dengan roti canai banjir... hehehehe lama sungguh yea mama tak posting kat sini. Almaklum la.. sibuk sikt.. sibuk dengan keje di office lepas tu balik rumah pula sibuk menguruskan anak2 kena sediakan makan malam diorang.. kalau lambat masak lambatlah mereka makan malam..  ok mama tk mahu melalut panjang sangat mukadimah nie..

Tujuan mama menulis kali ini sebab terpanggil mengenai kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat pada pagi Khamis 15 Sept 2017 dalam jam 5.30am. Sayu hati mama bila mengetahui kebakaran ini mengorbankan 21 anak2 tahfiz yang berusia seawal 6thn hgga 17 tahun. Bila lihat senarai nama dan gambar2 anak2 syurga nie mama sedih sangat sbb masih kecik2 lagi sama cam anak mama Nadim dan Zafril. Tak dapat mama bayangkan bagaimana family anak2 syurga menerima musibah ini dengan rela hati dan redha. Pada masa yang sama mama amat kesal kejadian ini berlaku adalah dari perbuatan khianat.

Bila mengetahui yang kes kebakaran itu adalah kes khianat hati mama turut memarahi suspek2 yang telah ditangkap tapi pada masa yang sama mama tersentuh hati sebab suspek ini semuanya tidak bersekolah kerana masalah peribadi or paling tepat agak susah dan yang paling mama tersentuh hati ada yang berhenti sekolah dan rajin membantu ibunya berniaga. Kita jangan cepat menghukum mereka semua kerana mereka hanyalah suspek dan selagi belum dijatuhi hukuman mereka belum lagi disabitkan salah. Jangan cepat kita melemparkan tuduhan yang kejam kepada mereka. Kita tidak tahu apa yang menguasai diri diorang sehingga boleh berfikir membuat perkara ini sehingga mengorbankan nyawa anak2 syurga. Hanya Allah yang Maha mengetahui…

Tak dapat mama bayangkan perasaan ibubapa suspek tersebut. Mungkin berasa malu dan takut untuk munculkan diri di khayalak ramai sebab mesti ada yang menghukum mereka kerana tidak tahu menjaga or mendidik anak2nya menjadi orang yang waras. Kita jangan salahkan ibu bapa mereka. Kita tidak tahu apa masalah mereka sebenarnya. Jangan terlalu marah sehingga sanggup memberikan hukuman sendiri kepada suspek2 tersebut sedangkan kebenaran belum lagi terjawab.  Perlakuan anak2 sekarang kadang kala bukan sebab salah didikan ibubapa tapi adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Salah pemilihan kawan maka kita akan salah lah langkah nampaknya… Kita jangan cepat menghukum mereka. Ingat kita pun ada anak2 juga kan… tak tahu lagi camner coraknya anak2 kita nanti. Walaupun kita dah memberikan didikan yang sempurna, pergi sekolah,cukup makan minum, ada tempat tinggal namun belum pasti anak2 kita menjadi orang yang disayangi oleh Allah dan masyarakat.

Sama-samalah kita berdoa semoga suspek2 yng terlibat ini diberikan hidayah dan petunjuk oleh NYA. Mereka masih boleh dicorakkan. Berikan mereka bimbingan dan kaunseling  dan harap family yang anak2 menjadi mangsa kebakaran itu  sudi memaafkan mereka. Marah macamna sekalipun bukan boleh menghidupkan kembali anak2 syurga itu. Ingatlah mereka akan menanti ibu bapa mereka di syurga dengan senyuman paling indah.  InShaAllah…

Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk anak2 syurga Darul Quran Ittifaqiyah. Semoga mereka tenang di sana dan ditempatkan dengan orang2 beriman dan di syurga yang paling indah.


Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!