Thursday, July 18, 2019

Bolehkah Ibubapa Mencium Bibir Anak-Anak


Assalammualaikum guys dan salam sejahtera.. :-)

Apa khabar uolls semua? Smg semuanya sihat2lah hendaknya yea... mama sihat2 je.... tgh amek mood tuk menulis nie.... tgh rajin dan ada masa terluang nie...harap2 berterusan la yea... hahaha

Ok... topik kali ni mama just nk berikan pendapat dan pandangan je la yea... terpulang masing2 nk menerima... lain orang lain caranya. Selagi tk bercanggah dalam Islam, selagi tu kita boleh buat. 


Image result for ciuman seorang ibu kepada anak

Sejak akhir-akhir ini,memang dah menjadi ‘trend’ ibu bapa mencium bibir anak sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga. Termasuklah mama juga. mmg suka cium mulut dgn hero2 mama. Dh besar2 pun sorang umur 13 tahun dan sorang lagi umur 9 thn. Mmg setiap malam sebelum tidur, depa akan datang ke bilik mama say "goodnite' dan salam cium tangan, pipi dan last my lips. Dah jd rutin setiap malam. Bagi mama ciuman selamat malam je. Tak ada pun bernafsu la. Hanya sekadar tanda kasih sayang je. 

Bagi mama tak salah nk cium bibir anak2 kita. Selagi tk menimbulkan nafsu syahwat, ia diharuskan. Tapi kalau anak2 dh meningkat dewasa dan akil baligh better kita jauhkan. cukuplah cium di dahi dan pipi je. Mama pun kurang senang gak bila tgk ibu cium bibir anak lelaki yg dh besar panjang dan juga bapa cium bibir anak perempuan yg dh akil baligh senang citer yg dh sekolah menengah. Tak manis dan boleh menimbulkan syahwat. 

Frangkly speaking mama pun kiss bibir anak bongsu mama yg umur 9thn je. Yg 13 thn tu mulai thn ni, setiap malam dia just salam dan cium tangan mama je. Lepas tu mama just cium pipinya je. Tiada dah ciuman di bibir. Sbb mama tau dia dh besar dan boleh bernafsu. Bahaya... nanti terjadinya sumbang mahram. Begitulah mama mengharapka nanda juga turut jauhkan perbuatan cium bibir anak2 yg berlainan jantina dengan uolls. Faham kan?

Bukan untuk menakutkan ibu bapa tetapi kajian yang dilakukan oleh seorang penulis yang juga pakar psikologi Pendidikan dan anak di University California Los Angeles (UCLA), Dr Charlotte Reznick yang mengatakan bahagian bibir itu sama sekali merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat ketika seorang anak itu mencapai usia dua hingga enam tahun!

Buat ibu bapa, tidak salah sekiranya anda mahu mencium bibir anak bagi tujuan kasih sayang tetapi dalam masa yang sama anda dinasihati untuk tidak mengamalkannya dan menjadikannya sebagai amalan harian bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini. 

Antara Ciuman Yang Digalakkan Pada Anak


Selain memberi ciuman di bahagian bibir, sebenarnya ada empat tempat ciuman yang digalakkan pada ibu bapa untuk melakukannya pada anak.

Ibu bapa diharuskan untuk memberi ciuman pada bahagian ubun-ubun, dahi, pipi dan tangan.


Related image


Image result for ciuman seorang ibu kepada anak



Malah, amalan mencium kanak-kanak, anak atau cucu sendiri adalah sunnah Rasulullah SAW tanpa berniat yang bukan-bukan.

So anda semua dah jelas dan terangkan. Pokok pangkalnya hati. Kalu dlm hati cium hanya kerana sayangkan anak itu anda boleh teruskan tetapi kalu ia boleh merangsangkan syahwat samada ibubapa or anak2 baiklah kita jauhkan. Cukup sekadar kita sayangnya di dahi di pipi sahaja. InshaAllah anak2 mesti memahami kan... :-)

Oklah... cukup sampai disini sahaja... Esok2 mama citer pasal hal lain plak yea... 

adios... muahhhhhh

Wednesday, July 17, 2019

Petua : 5 Langkah Alami Atasi Masalah Rambut

5 Langkah Alami Atasi Masalah Rambut

Siapa kata wanita bertudung tidak perlu menjaga kecantikan rambut? Sebenarnya wanita bertudunglah yang perlu membuat penjagaan rapi bagi mahkota wanita ini kerana jika rambut tidak mendapat penjagaan yang secukupnya ia akan terdedah kepada kerosakan rambut seperti kelemumur, rambut bercabang/berbuah, berminyak/kering dan lain-lain lagi.

Di sini kami kongsikan 5 langkah semulajadi untuk mengatasi masalah rambut.

Rambut Kelemumur - Aspirin
Aspirin adalah ubat yang mengandungi asid Salisik yang digunakan dalam kebanyakan syampu anti kelemumur.
Caranya : Hancurkan 3 tablet aspirin hingga menjadi serbuk. Campurkan bersama syampu yang anda gunakan untuk mencuci rambut dan biarkan sekurang-kurangnya dua minit sebelum bilas rambut anda  dengan air.

Rambut Kering - Pisang
Pisang kaya dengan Potassium boleh dijadikan sebagai mask rambut.
Caranya : Kisar sebiji pisang bersama dengan madu. Lumurkan pada rambut dan bakut kepala anda dengan menggunakan topi mandi. Biarkan selama 15-20 minit dan kemudian bilas rambut anda.

Kulit Kepala Berminyak - OAT
Oat bukan sahaja memberi kelembapan pada kulit malah ia berfungsi untuk menyerap minyak yang terdapat di kulit kepala selain membantu mengurangkan kegatalan pada kulit kepala.
Caranya : Panaskan oat mengikut sukatan yang diperlukan dan biarkan ia sejuk. Selepas itu, ramas oat tersebut di kepala dan bilas hingga bersih.

Melebatkan Rambut- Bawang
Bawang selain merupakan bahan penting dalam masakan, ia sangat kaya dengan sulfur yang dapat membantu meningkatkan penghasilan tisu kolegen.
Caranya. : Acincang halus bawang merah dan bawang besar. Ambil air daripada bawang itu. Ratakan pada kulit kepala dan biarkan selama 15 minit. Cuci rambut seperti biasa  menggunakan syampu.

Gatal Kulit Kepala - Minyak Zaitun dan Lemon
Minyak zaitun dan lemon dapat mengurangkan masalah kegatalan kulit kepala.
Caranya : Campurkan dua sudu jus lemon, minyak zaitun dan air. Lumurkan pada kulit kepala.
 
Selamat Mencuba.

Tuesday, July 16, 2019

Asalammualaikum... hi uollssssss...
Lamanya mama tk menulis disini....rindu sgt nk update apa2 yg patut tp masa tk mengizinkan...

Alhamdullilah mama dh semakin kuat dan tabah dan redha dgn ketentuan yg telah diberikan oleh NYA.... walau pahit utk dtelan tapi manis tuk dikenangkan.

Setelah setahun suami tersayang pergi mengadap Ilahi...mama dh boleh terima takdir ini. Fokus mama skang ni membesarkan hero2 mama yg makin membesar dan mula memberontak. nk ikut kehendak sendiri. Agak memeningkan la... almaklum la lelaki kan.... mana boleh nk tahan sgt...

oklah... tk leh nk pjg sgt.. idea tk ada nie... baru nk mula menulis balik... mgkn next post mama n share sambutan raya mama tahun nie. Raya tahun ke-2 tanpa suami... :-)

adios... jumpa lagi yea... muah2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!