Saturday, July 30, 2011

GASTRIK VS PUASA

Gastrik Dan Cara Atasinya
Gastrik merupakan masalah lazim dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).
Biasanya, apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semula jadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.
Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.
Tanda Gastrik
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :
• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)
Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :
• Najis menjadi hitam seperti tar
• Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Siapa Yang Berisiko?
Gastrik boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih rama lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :
• Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
• Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
• Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
• Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
• Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.
Rawatan
Terdapat tiga jenis ubat untuk gastrik iaitu:
• Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil tiga kali sehari
• Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
• Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut.
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan
hilang.
Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa dua minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas tiga atau empat hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.
Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.
Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup
Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:
• Berhenti merokok dan minuman beralkohol
• Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
• Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
• Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
• Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
• Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
• Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan iniberbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

Friday, July 29, 2011

SOGO MEMBERS CARD SALE - 29 - 30 JULY 2011

uikkk.. ada sale ler....
maklum ler nk raya nie kan..
eheheh bukan puasa dulu ker baru raya..heheheh
tp yg pasti ramai org ingin shopping raya sebelum bulan puasa
sbb masa bulan puasa nanti tk leh minum,makan kalu dh penat shopping kannn
so ramai ler amek kesempatan bershopping dan begitu juga shopping complex mengadakan SALE!!!

so ari ni Sogo, KL ada sale bangat......tuk members ajer ler...
sogo nie kalu sale mmg giler bangat.... mmg tk ingat murahnya ler
mama pie ler kununnya nk membeli baju raya tuk anak2 mama
tp bila tgk keadaan org yg ramai smpai nk selit diri mama tuk pilih baju pun susah
jgn kata nk bayar plak... beratur sket punya panjang..
lepas tu kena plak ada floor yg tk ada aircond..
panas ler plus dgn bersesak2 tu.. mama rasa nk pitam ajer
terus mama naik pie foodcourt, lunch ler... lapar ler plak

Lepas lunch mama sambung ler shopping balik
pilih ler dalam 4/5 pasang baju tuk anak2 mama
sekali nk pie bayar tgk q panjang terus kensel beli
mama tgk yg beratur tuk bayar tu..
beli sakan sampai keletihan duduk tepi escalator
amek angin dulu sblm beratur panjang tuk membayarnya...

mama malas nk beli apa2... lebih baik mama balik opis
tido.. hehe tp smpi opis nie ler yg mama wat
blog ler....hehehe

jom tgk gmbr keadaan sogo tengahari tadi... heheheh



nie ler bag yg mama berkenan... harga lepas 50% RM 99
cam nk sambar jer td... tp bila difikirkan baju raya anak2 lg perlu dibelikan...

oklah.. tetebi mata terasa berat sgt... nk tido sat sementara bos tk ada nie..
jumpa lagi...daaaa

Thursday, July 28, 2011

ZAFRIL DEMAM

Salam...
siannya anak mama yg kecik tu Aliff Zafril demam dan muntah2... dh 3 hari dh... tp semalam teruk sket... smpi nk tido malam pun tk lena... mama asyik terjaga ajer sbb dia batuk2 sampai muntah... jenuh ler gak tukar toto ( skang nie tidor bawah ajer tk atas katail, takut zafrill jatuh katil)... lepas tu setiap sejam dia akan terjaga merengek2... susu pun dia tk mahu... terpaksa ler mama bangun mendodoikan dia.... baru nk letak kepala balik... zafril bangun lagi merengek2... siannya anak mama... tk sihat...

Dh asyik bangun tidur bangun.... sedar2 dh kul 5am.... rasanya mata baru ajer nk lena... sekali lagi zafril merengek... apa lg masa nie mama kejut hubby bangun tuk tgkkan si zafril.... masalahnya si zafril nie mana nk dgn papanya... kalu masa sihat tu nk ler... bila time demam tk larat, dia lebih suka kt mama ler.... tp sib baik ler dia lena atas pangkuan mama.... mama just transfer ajer zafril atas pangkuan papanya... then mama pun sambung ler wat keje... mama nk gosok tudung dan seluar slack hubby mama.... lepas tu masak nasi goreng tuk bekalan my hubby... :-)

harap2 zafril ok ler sepanjang hari nie... mama dh kasi ubat pg tadi... lupa nk bekalkan ubat kt mak mama... mama cuma pesan, kalu zafril demam panas sgt, mak just tuam jer ler... kasi sejuk skt bdn nya.... tk sabar plak mama nk balik... nk tgk keadaan zafril.... huhu

oklah.. jumpa lagi...

Wednesday, July 27, 2011

Buffet Ramadhan

Salam,

Tk sangka pejam celik pejam celik dh nak masuk bulan posa dah... bestnya.... masa nie tentu ramai yg dok sibuk seach kt internet buffet ramadhan.... yg pasti harga buffet ramadhan mesti mahal2 kan.. mana taknya semuanya kat hotel2 yg berstar2... hehehe

So mama nk kongsikan buffet ramadhan yg harga murah sket la... bawah RM 60/person.... menu2 yg dihidangkan pun menarik jugak.. try ler.... mama mgk akan berbuka puasa plus celebrate my anniversary 6yr pd 13 August 2011... jom kita lihat yg mana berkenan dihati!!!


Valid from 8/1/2011 till 8/31/2011
International Buffet, Local Buffet
Price :RM 29/person
 -----------------------------------------------------------

Crown Cafe
Berbuka Puasa at the Crystal Crown Hotel Kuala Lumpur. Early bird saving on Chef Sabri's scrumptious Buffet Ramadan.from 5 August 2011 to 25 August 2011
RM55.00++
(adult)
RM27.50++ (child between 4-12 yrs)

Children below 4 years old eat for free
For reservations or enquiries, please contact 03-6259-4422 ext 8244/8221

------------------------------------------------


Restaurant: Pannaz
TRADISI KLASIK DAN MODEN BERSATU“@ PANNAZ
RM 45.00 nett adult
RM 23.00 nett child age 5-12 years
FOR RESERVATION CALL: 03 – 77 1000 99

-----------------------------------------------------



SUNFLOWERS BRASSERIE

Berbuka Puasa @ Royale Bintang - The Royale Bintang Kuala Lumpur

3 August till 26 August 2011

Come and break fast with your family and friends at The Royale Bintang Kuala Lumpur. Indulge in delightful traditional Malay dishes coupled with a range of local Kampung favourites specially prepare by our team and chefs.
7.00pm - 10.30pm
RM60++ per person
 -----------------------------------

Ramadan Buffet Dinner
Berbuka Puasawith your family or friends at the Alfresco Poolside and enjoy our daily selections ranging from Pembuka Selera to Pencuci Mulut, Sup Daging, Kambing Dhalca, Ikan Keli Goreng Bercili, Sambal Sotong, Ayam Goreng Berempah and Nasi Bojari. Check out our chef's culinary  skills at our live stalls, dishing out Satay, Mee Kari, Murtabak Johor, Roti John, Sotong Kangkong and many more traditional selections.

RM50 nett (for Adults)
RM30 nett (for Children & Senior Citizen*)
From 8th to 28th August 2011
7pm to 10pm
For reservations, please call +(6)03 4251 3833 ext 457


oklah... nie ajer yg mama jumpa yg buffetnya murah.. yg lain semuanya harga mahal tahap gaban... tp kalu anda poket tebal.. apa salahnya kan... :-)

Tuesday, July 26, 2011

BEST DAN TAK BEST!!!

BESTnya.... gaji dh masuk!!!!! Mcm2 benda berlegar-legar dikepala mama....
maklum ler nk wat persiapan raya kannnnn...
nk beli susu anak, pampers dan brg dapur sket untuk stok bulan ramadhan...
nk kasi kt mak/ayah lagi....
bayar hutang lagi...
tolak itu ini... tgk balance dlm akaun..
mak aiiiii sketnya... camner nk raya nie?
Sib baik ler sblm raya ada gaji lagi...
boleh ler wat shopping...

Persiapan raya...mama nk beli baju raya tuk si Zafril dan nadim ajer...
Nk tukar langsir yg tk pernah tukar baru sejak raya 2009 lagi... muhaaaa
Baju kurung mama dh lama antar tempah... ada ler gak 3/4 pasang..
alamakkkk.. nk bayar duit tempah baju lg...
pening ler.... mana nk carik duit nie... muhaaaaa

Nak amek advance dr company... mmg syok dpt extra 1 month salary lagi...
tapi rasa cam TAK BEST ajer bila kena tolak tiap2 bulan lepas tu..
nk tggu abis installment.... dlm 6/7 bulan gak....
sakit oiiiii...

Takperlah... biarlah mama hidup sederhana ajer....
Cukup makan, pakai dan anak2 sihat...
itu yg paling mama utamakan... :-)

ok... jumpa lagiiiii

Monday, July 25, 2011

BERTAPA BANGGANYA MENJADI WANITA!!!!


Mama rasa ngantuk hari nie... mana taknya mlm tadi tidur lewat dekat kul 2.30am... lepas kul 5.30 dh bangun.... tu yg rasa ngantuk...sib baik ler ada artikel nie yg opismate mama kasi... terus segar mata nie... so mama nk kongsikan bersama di sini....

YES!!!!! MAMA BANGGA MENJADI WANITA, ISTERI DAN IBU!!!!!
---------------------------------------------------

Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.
Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.


Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA...
Salam,

Sunday, July 24, 2011

Kelebihan Puasa Untuk Tubuh

Salam,
Pejam celik pejam celik dh nk puasa dah yea.... tk sangka masa berlalu begitu pantas. Sedar2 dh nk masuk bulan 8 dan semestinya bulan Ramadhan, bulan yg mulia penuh keberkatan. InsyaAllah seminggu lagi kita akan berpuasa. Masa tu banyak juadah akan dijual di bazaar ramadhan. Kuih muih yg tk pernah tengok akan ada dijual waktu nie. Lauk pauk yg beraneka macam pasti memenuhi pasar ramadhan. Yang pasti harga pasti akan naik lagi. Biasalah tiap2 tahun harga akan naik. Walaupun tk byk tp masih jugak terasa akan kenaikan harga tersebut. Tp kalu dh terpaksa n nak sangat dgn makanan tu, kita pasti tk menghiraukan harga yg dikenakan oleh peniaga kannnnn? Itu kenyatan.

Oklah kali nie mama nk berkongsi mengenai kelebihan puasa untuk tubuh kita!!!

Realitinya tidak, pada bulan mulia inilah perniagaan makanan sangat lumayan. Pasar Ramadan tumbuh di serata tempat dengan aneka juadah lauk pauk dan kuih muih yang sukar ditemui pada hari-hari biasa. Di restoran dan hotel, pelbagai hidangan istimewa disediakan untuk pelanggan merai keluarga, kawan atau rakan niaga berbuka puasa. Di masjid-masjid dan surau-surau juga macam-macam makanan disediakan ahli khariah.

Sungguhpun begitu, kita tidak harus lupa puasa di bulan Ramadan adalah ibadat yang diwajibkan, dan kewajipan ini mempunyai banyak manfaatnya dari sudut kesihatan. Malah kini berpuasa menjadi satu kaedah yang digunakan untuk mengurangkan berat badan dan menjaga kesihatan.

Berpuasa adalah satu cara untuk menyahtoksik yang banyak terkandung dalam makanan yang kita ambil saban hari. Tanpa kita sedari, di dalam tubuh terhimpun racun perosak, bahan pengawet, sisa-sisa dadah dan bahan kimia bahan pencuci serta seribu satu bahan kimia lain yang boleh memudaratkan kesihatan.
Lapisan usus mengandungi berbilion parasit, dan organ-organ dalaman juga mungkin terkumpul dengan toksin dan melalui puasa detoksifikasi organ berlaku. Berpuasa boleh membersihkan saluran darah daripada racun yang disebabkan oleh toksin. Sesetengah orang mengamalkan puasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan sehingga sebulan kerana proses detoksifikasi sel-sel dalam tubuh mengambil masa yang lama.


Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
> Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
> Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
> Asid-asid lemak trans.
> Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
> Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
> Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
> Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu-tisu organ.
> Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
> Kolesterol berlebihan.

Apa kesannya?:
> Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
> Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
> Sistem saraf diseimbangkan.
> Paras tenaga dipertingkatkan.
> Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
> Biokimia selular diharmonikan.
> Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
> Lebih mudah bergerak.
> Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
> Sistem digestif direhatkan.

SELAMAT BERPUASA!!!!

Friday, July 22, 2011

Sakit Kepala!!

Lambatnya jam nk ke kul 5.30....
tetiba kepala mama sakit plak... sebelah ajer plak tu....
tension maaaaaaa... cepat ler jam berputar.... nk balik cepat...
nk beli kebab kt depan colliseum tu.. sedap bangat tau....

nie sbb pemintaan my hubby ler..
teringin sgt dia dgn kebab tu...
kalu makan mesti 2 keping tau...
patut ler badan tu dh naik montok dh... muhaaaaa
jgn mare yea hubby ku syangggggg!!!

Oh... yea korang pernah try tk makan kebab tu?
sedap tau... cuba ler rasa..
sekali cuba pasti nk lagi tau...
nanti mama beli, mama amek gambar yea..
then upload kt sini....

oklah... mama nk bersiap sedia tuk balik
kita jumpa lagi ....
daaaaaaaaaaaaaaaaa

AISHITERU!!! Zhifilia

Salam,
Skang nie siang, malam, pagi petang... mama asyik dengar lagu nie kerap diputarkan.... lagu tk ler braper sedap pun tp dek kerana DJ kerap memutarkan di radio... so lagu nie jd popular la skang nie... budak2 sekolah pun dh hafal lagu nie... anak mama si Nadim tu pun dh pandai nyanyi... kalu dlm keta dia dengar ajer lagu nie ke udara... terus kata "mama, kuatkan radio tuuuu".... lepas tu nadim dgn papanya nyanyi ler sama2. Yg sikecik zafril plak... angguk2 kepala ajer ikut rentak lagu.... jom kita nyanyi sama2 lagu nie, ikut lirik yg mama sediakan dibawah....


Zhifilia – Menunggu (Aishiteru)
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan terus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

*
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke * 

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

BERHIJRAH IMEJ

Salam,
Sekarang nie ramai artis yg telah bertukar imej. Imej yg baik ler mama maksudkan iaitu 'bertudung". Alhamdullilah mereka nie tyelah diberikan hidayah dan petujuk dr Allah swt. Sejuk mama tgk bila artis2 yg dulu agak seksi dan berani posing skang sudah bertudung litup. Pasal karier mereka tu, mama tak mau komen lah yea... itu hak masing2 yg pasti mama bersyukur ke hadrat Allah swt kerana memberikan mereka peluang untuk berubah dan memperbaiki diri.

Tp ada juga artis yg bukak..tutup..bukak..tutup pakai tudung nie... dh macam trend ler plak. Ada plak yg sekadar tutup rambut jer, then leher telinga biar nampak...  jgn kata artis.. bukan artis cam kita org2 biasa nie pun ramai gak yg gitu kan.... itu mama tk nafikan lah yea...heheheh

Ok jom kita tgk gambar2 kt bawah nie....



Raja Farah

Irma Hasmie

Wardina Safiyah

EKIN BERTUDUNG KAHWIN MAWI
Ekin (wife Mawi)

015348995
Hajah Sheila Rusly

017109238
Catriona Ross

Anne Ngasri

Farah Diana

Liza Hanim

Aida Rahim
ok...bertemu kita dilain kali... daaaaa


21 July 2011- ALIFF ZAFRIL 1THN

Salam,
Semalam adalah hari lahir anak mama, Aliff Zafril 1thn. Plan ptg semalam balik keje nk ler celebrate birthday zafril di umah my mum... tp bila my mum call kata letrik tk ada... terus kensel ler plan tu... so mama kena amek depa sket dr kebiasaan ler....

InsyaAllah... ptg nie nk celebrate birthday zafril nie.. alah beli kek dan satay ajer... sambut kecik2 ajer dgn family ajer.... jom tgk gelagat zafril yg makin lasak nie sbb dh boleh berjalan.. heheheh




SELAMAT HARI LAHIR ALIFF ZAFRIL
SEMOGA PANJANG UMUR DAN MENJADI ANAK YG BAIK DAN SOLEH..
AMINNNNNN

INDAHNYA IMAN

Salam,
Renungan bersama di pagi Jumaat. Selamat beramal!!!!

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?
Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?
Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Cuba
kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..





Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
 
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Jangan di nafi anugerah Ilahi,
Jangan disanggah Sunnah Rasullullah SAW

Aminnnnn

Thursday, July 21, 2011

OH!!!! HANDSOME GUYS

Salam,

altANNUAR ZAIN... siapa tk kenal dgn penyanyi lelaki popular yg handsome dan bersuara lunak dgn lagu2 yg meruntun jiwa wanita seperti mama.... Mama mmg meminati Anuar Zain.... tentu anda pun meminatinya kan.... Tapi pelik sampai skang annuar zain belum berkahwin lagi..... org yg sehandsome dan macho yg annuar zain takkan ler tk ada girlfriend kannnnn.. mustahil ler.... tp itu lah hakikatnya mmg anuar zain tak ada girlfriend.... kalu ler mama masih solo, mahu mama offer diri jd GF dia.. huhuu gurau ajer.... tahu hubby mama, mahu kena cekik...muhahahaaa

So semalam mama terbaca kisah anuar zain nie.... rupanya si anuar zain pernah putus cinta... patut ler tk kawin2 lg rupanya frust menongeng ditinggalkan kekasih hati... nie petikan yg mama amek dari blog ohbulan.com
-----------------

"Namun, entah mengapa, pada malam Jumaat lalu Anuar Zain begitu terbuka untuk menceritakan kisah peribadi tentang cintanya yang terputus di pertengahan jalan.

"Saya pernah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis sekitar tahun 2000. Ketika itu saya berusia 25 tahun manakala dia pula 19 tahun. Semuanya berjalan dengan baik sehinggakan dia sendiri menyuarakan kesediaannya untuk menjadi isteri saya.

"Tetapi, ketika itu saya belum bersedia kerana karier baru bermula. Dia faham dan tidak kisah untuk menunggu saya sehingga usianya mencecah 25 tahun.

"Namun akhirnya, dia meninggalkan saya dan berkahwin dengan orang lain. Sesungguhnya ia sesuatu yang cukup menyedihkan saya," kata Anuar sebelum menyampaikan lagu Kembalilah Kasih yang merupakan kisah sebenar pengalaman cintanya itu.
--------------------------


Jom kita hayati lirik lagu Kembalilah Kasih

Sendirianku di halaman
Bulan dan bintang menyaksikan
Perpisahan dua insan
Tiada rela

Diabadikan bunga merah
Menjadi lambang perpisahan
Percintaan dua insan
Tiada tara

( korus )
Kini... hilang dari pandangan
Jernih berkaca
Sayu kedengaran suaramu ( 2X )
Sayu... suaramu...

( bridge )
Kembalilah kekasih
Kembali segera
Hilangkan kerinduan
Yang masih melanda
Kudambakan bisikan asmara
Kasihmu penuh makna
Ku yakin bunga cinta
Pasti mekar semula

Byeeeee 

Kolesterol tidak mengira saiz badan

Salam, hari nie mama nk berskongsi info tentang kesihatan. Mama terbaca dalam utusan pagi nie.... amat sesuai untuk pengetahuan kita semua.

APABILA bercerita mengenai kolesterol, biasanya hanya mereka yang berbadan gemuk atau berisi dikatakan akan berdepan dengan masalah ini. Bagaimanapun tanggapan itu sebenarnya memang salah. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang. Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi.


Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.
''Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh," katanya. Katanya lagi, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.

''Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,'' katanya.

Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh. Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.

Mazuin memberitahu, ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok yang merupakan antara pembunuh utama kepada rakyat negara ini. Jelas Mazuin, lebih baik jika menjaga pemakanan setiap hari supaya tahap kolesterol tidak merbahayakan kesihatan.

"Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)," katanya.
Mazuin menambah, elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL).

Katanya, hadkan pengambilan makanan itu kerana ia akan merendahkan kolesterol baik (HDL). "Makanan yang mengandungi lemak tak tepu pula dapat mengurangkan risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL),'' katanya.

Bagaimanapun katanya, jika diambil dalam jumlah berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang. Jelas Mazuin antara makanan itu terdiri daripada jenis minyak seperti zaitun, bijan, kacang, jagung, kanola manakala ikan dari jenis salmon, tuna, mackerel, cencaru, tongkol, tenggiri, selain bijian, kekacang dan marjerin tidak tepu (soft).

Bagi mengelakkan penggunaan lemak yang berlebihan kata beliau, sebaiknya gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak seperti goreng ikan. ''Gunakan minyak jenis lemak tak tepu jika ingin memasak dengan minyak yang sedikit seperti mengoreng sayur dan sebagainya,'' katanya.

Selain itu, katanya elakkan menggunakan menggunakan minyak berulang-kali terutama apabila ia adalah minyak lemak tak tepu. ''Toskan dan keringkan minyak daripada makanan bergoreng dengan menggunakan tisu dapur sebelum dihidangkan,'' katanya.

Mazuin memberitahu, elakkan juga penggunaan bahan mencelup tepung kerana ia akan menyerap lebih banyak minyak. Sebaiknya pelbagaikan teknik masakan dalam seminggu iaitu mengukus, membakar, merebu dan sebagainya dan gunakan kuali tidak melekat. Selain itu, gantikan masakan yang menggunakan santan dengan susu rendah lemak.

info dari Utusan

Wednesday, July 20, 2011

Vaginimus Punca Isteri Tak Mampu Lakukan Seks

Salam,
Mama nk share artikel nie... mama copy and paste dari mingguan wanita. Sesuai untuk pengetahuan suami isteri...:-) Selamat membaca!!!!

Berbanding kaum lelaki, masalah seks kaum wanita jarang dipaparkan. Ramai yang lebih mengetahui tentang masalah mati pucuk dan ejakulasi pramatang yang dihadapi golongan lelaki berbanding dengan disfungsi seks wanita.

Antara masalah seks yang di hadapi oleh wanita adalah sakit untuk melakukan seks. Seks yang seharusnya memberi kenikmatan namun bertukar menjadi sebaliknya berpunca daripada beberapa sebab iaitu vaginimus dan dispareunia. Kali ini MW akan memfokuskan tentang vaginimus yang mungkin dihadapi oleh kaum isteri di luar sana.

Sudah Lama Wujud
Apa itu vaginimus? Mungkin agak asing bunyinya namun ia adalah masalah seks wanita yang telah lama wujud. Ia adalah satu keadaan yang menjejaskan keupayaan seseorang wanita menerima penetrasi vagina termasuklah penetrasi seksual, kemasukan tampon dan juga penetrasi ke vagina untuk tujuan pemeriksaan ginekologi seperti pemeriksaan pap smear.

Ia berlaku kesan daripada tindak balas otot lantai pelvik seseorang wanita. Tindak balas ini menyebabkan otot bahagian tersebut mengalami kekejangan dan menghalang sebarang penetrasi termasuklah kemasukan alat kelamin suami. Pemaksaan untuk melakukan hubungan seks ketika itu akan menyebabkan kesakitan ataupun kadang kala langsung tidak boleh dilakukan.

Menurut pakar terapi seks dari Australia, Dr. Rosie King, ramai wanita yang tidak pernah mendengar tentang masalah ini walaupun ia sebenarnya sudah lama wujud kalangan wanita itu sendiri. Di negara barat dua peratus daripada wanitanya mengalami masalah vaginismus dan di kalangan negara Islam peratusan tersebut mungkin lebih tinggi memandangkan seks adalah sesuatu yang tabu dan jarang diperkatakan. Ramai wanita yang mengalami masalah ini biasanya akan hanya memendamkannya sendirian.

Vaginismus Awal
Masalah vaginismus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Vaginismus awal dan vaginismus sekunder. Vaginismus awal berlaku apabila seseorang wanita itu tidak boleh melakukan sebarang penetrasi seks ataupun apa juga penetrasi ke dalam vagina. Ia selalunya dialami oleh wanita muda awal usia 20-an.
Mereka selalunya tidak mengetahui keadaan tersebut sehinggalah percubaan untuk penetrasi vagina dilakukan ketika hubungan seks. Keadaan ini selalunya akan diikuti dengan perasaan cemas dan juga takut. Beberapa penyebab vaginismus awal ini adalah pernah mengalami penderaan seksual pemikiran bahawa seks adalah sesuatu yang kotor ketakutan untuk melakukan hubungan seks.

Vaginismus Pertengahan
Ia berlaku pada wanita yang sebelum ini mampu melakukan penetrasi vagina namun pada satu keadaan mula mengalami vaginismus. Ia mungkin berlaku akibat sebab fizikal seperti jangkitan kulat, trauma melahirkan anak ataupun faktor psikologi.

Punca Psikologi Dan Fizikal
Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah vaginismus. Ia mungkin disebabkan faktor fizikal mahupun psikologi dan rawatan yang diberikan perlulah bergantung pada penyebabnya.
Sekiranya vaginismus disebabkan oleh faktor psikologi maka seseorang wanita boleh mendapatkan khidmat pakar terapi. Ramai kalangan masyarakat termasuklah golongan profesional tidak menyedari masalah emosi akan turut berkait dengan masalah vaginismus seperti ketakutan, kurang keyakinan diri dan juga kemurungan. Wanita yang mengalami masalah ini harus mendapat khidmat profesional yang berpengalaman dengan masalah vaginismus.

Rawatan Fizikal
Rawatan fizikal yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah vaginismus adalah dengan mengajar seseorang wanita yang menghadapi masalah ini teknik untuk menenangkan otot dan seterusnya mengelakkannya dari kejang.

Tekniknya termasuklah mengembangkan vagina dengan cara memasukkan rod plastik kecil ke dalam vagina. Senaman kegel juga boleh dipraktikkan. Ia akan membantu menguatkan otot pelvik sekitar vagina, urethra dan rectum. Senaman ini akan membantu wanita tersebut mengawal otot yang berkontraksi secara paksa hingga menyebabkan kekejangan.

Hubungan Seks
Sekiranya seseorang wanita itu menghadapi masalah vaginismus, penetrasi seksual akan hanya menyebabkan kesakitan dan hubungan seks sukar dilakukan sehinggalah masalah mereka dirawat. Bagaimanapun wanita mengalami vaginismus ini masih boleh melakukan aktiviti seksual lain yang tidak melibatkan penetrasi vagina seperti kucupan, belaian mahupun oral seks. Pasangan wanita yang mengalami vaginismus selalu beranggapan bahawa isteri mereka langsung tidak mahu melakukan seks, namun ini sebenarnya tidak benar. Ramai kalangan wanita dengan masalah ini mahu melakukan seks namun terhalang oleh rasa sakit dan juga tekanan emosi setiap kali percubaan seks dilakukan terutama sekali bila pasangan tidak melakukan proses pemanasan yang cukup.

Daaaaaaa

MASIH ROCK!!

Salam,
Suara mama hari nie masih lagi rock tp jelas dh sekt..... smlm langsung tk kuar.. bunyi hujung2 jer... sampai opismate kata... jgn cakap byk2 ler mama, seksa kami tgk ko cakap. So smlm mmg mama diam membisu ajer... hehehehe

So today.. kira ok ler... selesema pun dh hilang. Hari nie bos masih cuti lg. Mama ada masa ler nk update blog nie. Skang nie mama sibuk nk cari client/business partner tuk PB nie... ada sesiapa nk badan cantik menawan tk di pagi raya... jom pakai PB... alah pakai 8jam sehari jer... kalu yg bekerja tu lagi senang pakai masa kerja jer... balik umah leh bukak ler... tp kalu rajin pakai gak ler masa kita tidur... sure dalam 2 minggu anda dpt bentuk badan yg curve, montok dan mantap. Boleh ler kenakan baju kebaya di pagi raya... tk caya... try ler... hehehe

Nak tahu lebih lanjut jom pie sini... :-)

apa2 leh call/sms mama
012-2671716
or email to me

Tuesday, July 19, 2011

SUARAKU SERAK!!!

Salam,
Today.. mama tk ada suara. Sakit tekak dr semalam... batuk2 dan selesema... tp Alhamdullilah masih lg mampu pie keje. Cuma kena kurang bercakap ajer... sib baik ler bos tk ada... incoming call mama mintak tolong opismate tlg pick-up. Kalu mama amek pun sure tk dgr org yg call tu... sbb suara mama tk kluar.. huhu

So today... mama tk nk citer apa... just nk kasitau stating from today mama dah jadi AGENT PB (Premium Beautiful) so kepada sesiap yg berminat nk beli or nk jd business partner.. leh ler call mama. Mama akan bantu sedaya mungkin. Ditambah pula dgn team leader mama yg very sporting and understanding.... Nk jadi business partner pun baguih gak... ada bonus menanti anda tuk Hari Raya ni kalu anda join skang... so apa lgi call mama segera tuk wat appointment dgn mama. Dun worry mama and team akan bantu anda sehingga berjaya....nk tahu lebih lanjut mengenai PB leh pie sini yea..

 http://honeypremiumbeautiful.blogspot.com/ 


Jom kita bergaya sakan di pagi raya dgn bentuk badan yg menawan dan yg pasti kita sentiasa sihat...call skang..

SAS
+6012 2671716

Byeeeee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!