Thursday, June 30, 2011

WAREHOUSE SALE!!!

Salam,

Apa nk diceritakan hari nie yea? Yg pasti mama suka bangat sbb bos mama cuti pie holiday di Bali. So opis nie mama yg punya.. muhaaaa

Hari nie kt opis mama ada karnival membeli belah... LOL... tk ler... ada booth dibuka menjual peralatan dapur. Ada periuk, kuali, termos air, pinggan mangkuk, cawan, brg elektrik dan mcm2 lg ler.... harga boleh tahan murah gak ler...diskaun sehingga 80%.. ada brand maxim, gourmet, Kenwood, Ocean dan mcm2 lagi ler... 

Mama tk ler beli.... poket mama nipis daaaaa..... baru ajer 2/3 hari gaji.. tgk dlm akaun.. alamakkkkk ciputnya baki yg tinggal.... cukup2 tuk survive hgg hujung bln depan.... so mama just cuci mata ajer ler.... lagipun bukan brg keperluan asas pun.... kt umah pun dh ada yg masih boleh dipakai... hehehehe

Jom tgk kemeriahan di opis mama.. muhaaa









Oh yea.... InsyaAllah.... mama akan jadi agent untuk PB. Haaaa... apa itu PB? Ada yg tk tahu ker... nanti mama ceritakan di posting yg lain yea....:-)

Till see u again!!!

Wednesday, June 29, 2011

SEOUL GARDEN RESTORAN

Salam,

Apa khabar anda semua hari nie? Harap2 sihat lah yea.... kat luar mama tgk hujan renyai2.. syok nie kalu kat umah dpt tidur tarik selimut.... huhu

So.. hari nie mama just nk share pasal makan..... mama mmg suka bangat makan steamboat dan grill nie... terutama bila kita wat sendiri... syokkkkkk... mggu lepas mama ada ler pie melepaskan hajat yg dh lama terpendam di hati mama sejak mengandung tahun dulu lagi.... so isnin lepas mama pie ler dinner dgn hubby mama kt restoran nie yg menyajikan bufeet steamboat dan grill... macam2 ada tau... makan la byk mana pun selagi anda termampu... nama restoran nie ialah SEOUL GARDEN.. ada byk cawangan.. tp mama mmg suka pie yg kt Plaza Pantai (Di stesen Putra LRT Kerinci).

Nie gmbr yg mama sempat snap untuk tatapan bersama...



Jom ler makan sini... pasti terbaekkkkkkkkkkkkkk!!!! muhaaaa

Tuesday, June 28, 2011

Rahsia Rumahtangga Bahagia!!!<--- Utk Para Suami!!!

Salam,

Bertemu kita kembali di ruangan Ilmu. Hari nie mama tk ada cerita menarik ttg diri mama.. so mama sekadar ingin berkongsi rahsia rumahtangga kekal ceria dan bahagia sentiasa. Agak "kurang manis" sket utk dibaca... tetap demi mendapatkan kebahagian, kita harus mengetahui dan juga memahami.... Sesuai utk para suami untuk mempraktikkannya dan para isteri mengetahui keistimewaan diri... :-)

Selamat membaca!!!!!

Perlu Diketahui Suami 6 Rahsia Seks Wanita


Dalam memastikan kehidupan seks suami isteri berlangsung dengan harmonis, ada beberapa aturan yang harus disepakati. Antara yang paling utama, adalah masing-masing tidak boleh bersikap ego. Keduanya perlu memahami keinginan pasangan agar sama-sama mencapai kepuasan dan kebahagiaan dalam berumah tangga.

Namun begitu yang selalu menjadi masalah adalah para isteri tidak berani menyatakan apa yang mereka rasakan dan apa yang mereka ingini ketika hubungan intim. Akibatnya, ramai suami bertanya-tanya, bagaimana mereka mampu memuaskan pasangannya.

Sebenarnya wanita memiliki rahsia yang boleh membuat ghairahnya makin menggebu-gebu. Jika perkara ini diketahui dan dipraktikkan oleh suami maka seks akan sentiasa memberi kepuasan dan kebahagiaan buat isteri. MW kali ini membocorkan 6 rahsia tersebut untuk para suami:

1. Ungkapan Cinta Dan Sayang
Ghairah atau nafsu isteri anda akan mudah menyala bila mereka mendengarkan ungkapan-ungkapan tentang perasaan cinta dari pasangannya. Oleh itu seharusnya belajar mengungkapkan perasaan mereka pada isteri. Ringan mulut untuk meluahkan kata-kata cinta I Love You, I Miss You dan sebagainya. Kata-kata seperti ini membuatkan isteri rasa terbuai dan hasrat seks mereka mampu muncul dalam tempoh yang singkat.

2. Lontarkan Pujian
Setelah berkahwin dan melahirkan anak, ramai wanita merasa kurang yakin tentang penampilan mereka. Tubuh dirasakan gemuk, wajah tidak lagi cantik malah penampilan dirasakan serba tidak kena.
Cara terbaik untuk meningkat keyakinan diri isteri adalah pujian daripada suami tersayang. Oleh itu lontarkanlah pujian buat orang rumah anda. Katakan kepadanya kecantikannya tetap terserlah biar sudah punya cahaya mata. Jika mungkin tubuhnya sudah tidak selangsing dulu, pujian aspek lain yang selayaknya dipuji. Hal ini akan memberi kesan ketika isteri beraksi di ranjang.

3. Sentuhan Lembut
Isteri memerlukan perasaan dan sentuhan yang lembut sebelum menyerahkan tubuhnya pada suami. Belaian manja, pelukan, ciuman serta perlakuan suami yang menyenangkan di tempat tidur amat diharapkan.
Perkara-perkara ini sangat mempengaruhi respons dan ‘persembahannya.’ Sikap suami yang tidak memberi perhatian, menggunakan bahasa kasar, kata-kata menyakitkan ataupun sentuhan kasar hanya membuat isteri sukar terangsang dan kurang bersemangat sewaktu berhubungan intim dengan suami.

4. Bukan tentang orgasma semata-mata
Ramai suami berpendapat bahawa pasangan yang hebat adalah yang mampu isterinya sentiasa mencapai puncak kenikmatan seksual. Memang tidak salah pendapat ini tapi hakikat sebenarnya adalah klimaks itu bukanlah segala-galanya bagi seseorang wanita. Ada antara wanita yang sudah puas dengan aktiviti pemanasan yang dilakukan oleh suami sahaja.

5. Jangan terlalu serius
Hubungan intim yang diselangi dengan canda sebenarnya lebih berkualiti. Ia menjadikan suasana hubungan intim lebih relaks dan santai sekali gus lebih berkualiti. Tapi ramai suami yang terlalu serius tentang acara seks. Mereka lupa untuk ketawa, romantis, nakal, dan bersenang-senang. Hubungan yang dipenuhi dengan unsur-unsur ini akan menjadikan seks sebagai momen indah dan menyenangkan.

6. Perhatian selepas seks
Ramai isteri mengeluhkan pasangan mereka terus tidur selepas bercinta. Memang benar bahawa selepas seorang lelaki melakukan hubungan seks, mereka melalui sebuah fasa refraktori. Ketika ini dia kehilangan ereksi dan berasa kepenatan selain rasa relaks menyebabkan serangan mengantuk.
Namun begitu tahanlah seketika perasaan ini demi isteri. Wanita masih memerlukan sentuhan daripada suami selepas berhubungan intim agar dirinya berasa terus di hargai bukan habis madu sepah dibuang. Jika terlalu mengantuk tidak salah anda memeluknya sambil berbual seketika, setidak-tidaknya anda tidur ketika masih memeluk dirinya.

credit to Majalah Wanita
---------------

Semoga menjadi panduan dalam melayari bahtera rumahtangga!!! Adiossssss

Monday, June 27, 2011

Suamiku Pemalas !

Hi...Pasti ramai yg terkejut dgn posting mama kali nie. hehehehe mama bukan nk bercerita pasal suami mama yg pemalas... sorry yea suami mama rajin tau.... kadang2 jer dia nie berat tulang terutama lepas lunch time... maklum ler masa tu mmg waktu tuk tido.. heheehe

Pasti yg ramai menghadapi masalah begini kan!!! Kadang2 bukan suami kita pemalas cuma rasa ego diorang akan tercabar bila membantu isteri melakukan tugas2 di rumah. Lebih2 lagi bila kwn2 diorg dgr dan kata.. ko nie kena "queen control" kena buat kerja rumah. Salah ker membantu isteri? Bayangkan ler seorg isteri yg 7 hari seminggu 24 jam tnpa henti wat kerja rumah, jaga anak.... kalu isteri tu kerja pulak.... lg ler terbeban dan tertekan bila tgk suami goyang kaki baca paper/tgk tv... sedangkan si isteri balik kerja terus campak beg, pie dapur masak, basuh baju, lipat baju smpi tak sempat nk mandi. Demi menjadi seorg isteri solehah.. buat sahaja... hehehe

Dahlah pjg lebar mama memekak... apa kata kita baca artikel nie yg mama copy dari majalah Pa & Ma... Semoga terhibur...!!!

Suamiku Pemalas !

“Suami sejak awal berkahwin sememangnya sangat berat tulang dalam membantu saya menguruskan rumah tangga. Saya tertekan dengan sikapnya itu. Apakah benar kata orang, sikap pemalas yang dimiliki suami berasal daripada didikan ibunya sewaktu zaman kanak-kanak yang tidak mendidiknya agar berdikari?

Pandangan Kaunselor :
Pepatah Melayu ada menyatakan; bagaimana acuan begitulah juga bentuk kuihnya. Tetapi ramai yang terlupa, ada tikanya kuih yang dibentuk oleh acuan tidak kekal bentuknya disebabkan adunan bahan yang ada tidak tepat menyebabkan bentuk berubah terus berbeza daripada acuan. Sama jugalah dengan sikap dan tingkah seseorang. Bererti tidak semestinya sikap malas suami yang enggan membantu kerja-kerja isteri di rumah bermula daripada sikap si ibu yang tidak membentuk anaknya agar rajin membantu.

Satu perkara yang ingin saya kongsikan, cara hidup masyarakat Melayu sebenarnya membentuk situasi sebegini. Bukan semata-mata asuhan ibu. Masyarakat Melayu mendidik agar anak perempuan bertumpu di dapur sementara anak lelaki dengan kerja-kerja luar rumah. Amalan tradisi ini diperjuangkan tanpa sedar sejak turun temurun dan kini tika anak perempuan mula menjejak luar rumah, kebanyakan anak lelaki masih tidak dibenarkan ke dapur.

Biar pun itu tradisinya, ia bukan sebab untuk suami enggan atau malas membantu isteri melaksanakan kerja-kerja di rumah. Setiap individu yang menjejakkan kaki ke dunia perkahwinan perlu faham dan maklum mengenai tanggung jawab yang perlu dilaksanakan di dalam perkahwinan. Mengemas rumah, memasak dan mencuci pakaian yang menjadi tugas rutin wanita sebenarnya bukanlah tanggung jawab isteri. Ulama menjelaskan; seandainya lelaki mengambil gadis dari rumah yang mempunyai pembantu rumah maka suami bertanggungjawab menyediakan pembantu rumah bagi membantu isterinya yang biasa dibantu dalam melaksanakan kerja-kerja rumah.

Bezanya, segala kerja yang sinonim dengan wanita yang sebelum ini dikhususkan untuk tinggal dan menetap di rumah sahaja – jika dilakukan akan menjadi bonus kepada suami malah isteri sendiri kerana mampu menambah kasih sayang suami kepada isteri. Satu perkara yang menukarkan bonus ini kepada wajib dilakukan ialah apabila pekerjaan ini disuruh oleh suami setelah segala kelengkapan bagi menyelesaikan tugasan tersebut disediakannya. Sebagai contoh, jika suami belikan beras, ikan, sayur dan kelengkapan memasak yang lain kemudian suami perintahkan isteri memasak maka, isteri wajib memasak dan jika engkar, isteri boleh disabitkan sebagai nusyuz.


Kembali kepada permasalahan ini; ada benarnya pendapat tersebut tetapi tidak tepat 100 peratus. Seperti huraian saya di awal jawapan, sikap sebenar bergantung kepada individu itu sendiri. Biarpun terdidik dengan cara ibu yang tidak biasakan anak lelakinya ke dapur tetapi jika dia sedar tentang peranan dan tanggung jawab yang perlu dipikul selepas memasuki gerbang perkahwinan, tiada alasan wajar yang boleh dipegang lagi.

Setiap individu perlu sedar, di dalam sesebuah perkahwinan terdapat 3 siri tanggung jawab iaitu tanggung jawab tersendiri seorang suami (melayani isteri dengan baik, memberi nafkah zahir yang sempurna mengikut kemampuan, menyediakan rumah dan keperluan berkaitan, melayani keperluan seks, bersikap romantik, meluangkan masa bersama isteri, mewujudkan suasana ibadah di dalam rumah tangga, sentiasa tunjukkan wajah ceria, menjaga penampilan diri dan bersabar melayani kerenah isteri).

Tanggung jawab tersendiri seorang isteri (taat kepada suami selagi tidak bercanggah dengan syariat, melayani kehendak seks, menjaga harga diri, suami dan keluarga, hormatkan suami dan menyenangkan hatinya) dan tanggung jawab bersama suami dan isteri (menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak serta bersama-sama menguruskan rumah tangga).

Perkara paling utama ialah minta bantuan suami daripada awal perkahwinan. Insya-ALLAH jika sejak mula suami biasa membantu, tidak akan ada masalah di belakang hari. Masalahnya, ramai isteri yang mahu tunjuk hebat pada awal perkahwinan. Semua mahu dibuat. Lama-lama, suami yang terbiasa, sukar ubah perangai.

Cara paling baik meminta suami menolong ialah dengan meminta dia menemankan anda melakukan kerja-kerja tersebut seperti ketika memasak. Mungkin suami mengelak kerana ingin berehat. Jangan marah, pujuk dengan lembut. Katakan, ada cerita menarik yang mahu dikongsi. Jika itu alasannya, pastikan anda benar-benar mempunyai cerita menarik.

Jika mahu lipat baju, bawa baju-baju tersebut ke tempat di mana suami anda berada. Sambil melakukan kerja tersebut, luahkan rasa penat dan keseronokan jika suami dapat membantu. Jika dia pura-pura tidak dengar, anda perlu berterus terang, minta dia membantu secara berhikmah. Jangan mendesak atau mengarah! Suami memang pantang menerima arahan isteri. Sebaliknya mulakan dengan perkataan “tolong” dan ucapan dalam nada yang lembut, seakan-akan merayu.

Jika anda terbiasa melakukan segala-galanya seorang diri, jangan bimbang! Mulakan daripada sekarang. Cara paling baik, luahkan hasrat hati anda yang pasti seronok jika suami dapat membantu menguruskan rumah tangga.

Bila nak luah? Kata orang, masa paling baik ialah selepas sama-sama menyelesaikan hajat batin. Belai rambutnya, mainkan jari-jari di badannya dan cakaplah dalam nada suara yang lembut, mendayu dan merayu. Gunakan kuasa memikat anda sepenuhnya sampailah suami mengaku ‘YA’ akan tolong anda.
 
Jika malam pertama gagal, cuba lagi malam esoknya dan jangan putus asa. Dalam masa yang sama, berdoa minta ALLAH SWT lembutkan hati suami. Isteri suri rumah sepenuh masa pun boleh cuba lakukan yang sama, sekurang-kurangnya suami membantu anda waktu hujung minggu. Dapat jugalah sesekali anda beristirahat.

Kepada para suami, tugas menguruskan rumah tangga dan anak-anak bukanlah tugas dan tanggungjawab isteri anda sahaja. Lakukanlah bersama-sama, insya-ALLAH akan bertambah semarak cinta.

  
-----------------

Emmm.. so kpd para suami, harap mengerti dan memahami kami. Mgk ada yg takut, malu, segan dan risau utk meminta bantuan anda, tapi apa salahnya sekali sekala anda ringankan tgn anda membantu isteri di hujung minggu ajer seperti menyapu rumah, mencuci bilik air, melayan karenah anak sementara isteri boleh memasak, membasuh baju atau melipat baju. Sure ikatan perkahwinan ini akan lebih mesra dan ceria sentiasa.... semoga bertemu lagi!!!

Adiosssss

Saturday, June 25, 2011

MARI MEMASAK!!!

Salam,

Dh kul 3pm rupanya dah.... mama tk sedar pun... nk kata busy, tkpun.... duk asyik tgk internet ajer... Emmm esok cuti 2hari (sabtu/ahad), rasanya mggu nie tk pie mana2 sbb gaji tk masuk lg.... duk umah diam2... hehehe

Bila dh plan nk duk umah, maka dgn ini mama kena ler masak tuk 2 hari nie... fuhhh kekadang tu mcm malas aje rnk masak.. sbb mknnya 2 org ajer... anak2 mama bukannya mkn sgt pun... hehehe

Apa menu best tuk mggu nie yea? Oh yea dr mggu lepas lg mama teringin sgt nk makan lauk ketam goreng masak berempah... fuhhh besntnya.. tp bila pie pasar malam tgk ketam tk ada pun... bukan musim ketam kut... huhu balik keje nie mama nk tgk kut2 ada ketam... boleh ler masak esok... ada yg sesiapa ker yg tk tahu camna ghupanya masak ketam goreng berempah nie... jom tgk gmbr n dikepilkan bersama resepinya.. huhu




Bahan-bahannya:
3 ekor ketam(dipotong 2 dan dibersihkan)
1 cm halia(dihiris halus)
8 biji bawang merah (ditumbuk)
4 biji bawang putih (ditumbuk)
2 batang serai (diketuk)
Sedikit daun kari
3 s/b tempah kari ketam (dijadikan pes)
2 s/b serbuk cili (dijadikan pes)
Garam dan perasa
Minyak (untuk mengoreng ketam)

Cara-caranya:

Panaskan minyak, goreng ketam sekejap hingga kuning dan ketepikan. Tumis bahan tumbuk hingga garing,masuk pula halia,serai dan daun kari,biarkan seketika. Lepas tu  masukkan pes kari dan pes cili,tumis lg hingga garing,masukkan sedikit air kacau sebati. Lepas dh garing dan berkilat baru masukkan ketam dan gaul sebatikan rempah dengan ketam. Kalu kering kari tu, tambahkan sedikit saja air,dan akhir sekali masukkan garam dan perasa. Kacau sebati sehingga semua ketam disaluti rempah dan bolehlah ditutup api.
Selamat mencuba masak yea!!!

Friday, June 24, 2011

TATACARA MENGIKUT SUNAH MANDI WAJIB

Salam,

Alhamdullilah... berjumpa kita lagi di pagi Jumaat, penghulu segala hari. Apa khabar anda semua? Harap semuanya sihat dan ceria selalu.. lebih2 lagi pd mereka yang sudah gaji... apa lagi meh ler dtg sini Sogo tgh sale bangat!!!!!  Mama gaji mgk esok atau lusa... so no shopping ler today... cuci2 mata jer.....

So hari nie mama nak berkongsi ilmu. Awal smpi opis, mama pun mengemas ler meja... sambil tu selak2 majalah lama. Selak punya selak mama tertarikh dgn topik di atas. Jom kita sama2 membaca... Renungan di pagi jumaat!!!!

Credit to Dara.com Edisi Nov 2010

Pada edisi kali ini saya ingin mengajak para pembaca untuk mengulangkaji sebuah subjek fiqh iaitu mandi wajib. Ia adalah sesuatu yg lazim dilakukan ketika suci dr haid dan sesuatu yg penting kerana ia menjamin ibadah kita sah dan diterima Allah. Merujuk kepada sebuah hadis spt berikut :

Asma bt Syakal bertanya kpd Rasulullah SAW berkenaan mandi wajib ketika suci dr haid, maka baginda menjwb :"Siapkan air dgn campuran daun bidara lalu berwuduklah kamu dgn baik. kemudian tuanglah air ke atas kepala smbl mengosoknya bersungguh2 shgga air merata ke pangkal rambut. Kemudian tuangkan air ke atas bdn (lalu mengosok bdnnya). Kemudian ambilah kapas yang telah dilumuri minyak kasturi dan gunakanlah utk membersihkan diri."

Asma bertanya: "Bagaimana cara membersihkan dirinya itu?" Rasulullah menjwb: "Subhanallah! Kamu bersihkanlah dengannya." Aisyah (isteri Rasulullah yg ada bersama ketika itu) berkata dgn perlahan kepada Asma: "Kamu bersihkan tmpt bekas darah dgn kapas itu". Asma kemudian bertanya ttg mandi wajib selepas junub. Maka Rasulullah menjwb: "Ambillah air dan berwuduklah dgn baik, Kemudian tuanglah air ke atas kepala sambil mengosoknya dgn sungguh2 shgg air merata ke pangkal rambut. Kemudian tuanglah air ke atas badan (lalu mengosok badannya)." Berkata Aisyah: "Sebaik-baik wanita ialah kamu Ansar. perasaan malu tdk menjadi penghalang utk mereka bertanya dlm rangka memahami agama." [Shahih Muslim no:332-2]

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita pelajari beberapa perkara penting berkenaan mandi wajib.

1. Siapkan air yang dicampur dengan daun bidara. Pd masa kini sabun dpt diganti dgn sabun buku atau sabun cecair (shower cream). Ia adalah benda biasa kita gunakan utk membersih dan mengharumkan badan.

2. Berwuduklah dgn baik.

3. Menuangkan air ke atas kepala dan mengosoknya dgn bersunguh2 shgga air sampi ke pangkal rambut. Menuang air adalah bagi mereka yg mandi menggunakan gayung. Bagi yang menggunakan pancuran air (shower), memadai dgn berdiri dibwhnya. Bagi wanita yg mengikat rambut atau menggunakan klip rambut, tdk perlu membukannya jika air dpt smpi ke pangkal rambut. Namun jika ikatan atau klip rambut tersebut menjadi penghalang, hendaklah dibuka. Ini berdasarkan sebuah hadis lain dimana Umm Salamah tlh bertanya kpd Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku ialah sorg wanita yg memiliki ikatan rambut yg kuat. Adakah aku perlu meleraikannya ketika mandi wajib selepas berjunub?" Rasulullah menjwb: "Tdk , cukup bagi kamu menuang air tiga kali ke atas kepala kamu, kemudian kamu menuang air ke atas bdn kamu dan bersihkan dengannya." [Shahih Muslim, no:330)

4. Menuang air ke atas badan dan mebersihkan dgnnya. Sekali lagi, menuang air adalah bg mereka yg mandi menggunakan gayung. Bagi menggunakan pancuran air memadai dgn berdiri dibwhnya. Dianjurkan utk membersihkan bhg kanan bdn kemudian barulah bhg kiri. Aisyah menerangkan : "Apabila salah seorg drpd kami ingin mandi wajib slps junub, dia mengambil air dgn kedua tgnnya lalu menuang di atas kepala sbyk 3kali, lalu menuang air ke bhg kanan (bdnnya) dgn sebelah tgn dan menuang air ke bhg kiri(bdnnya) dgn tgn yang satu lagi.' [Shahih al-Bukhari, No 277]

5. Khusus bg mandi wajib slps suci dr haid, hendaklah mengambil kapas yg dilumuri dgn minyak kasturi dan membersihkan kemalunnya (vagina). Kapas boleh diganti dgn kain atau tisu sementara  minyak kasturi boleh diganti dgn apa2 minyak, losen atau krim lain yg harum baunya. Imam al-Nawaqi menjelaskan hikmahnya : "Para ilmuwan berbeza pendapat mengenai hikmah memakai minyak aksturi. Pendapat yg sahih lagi terpilih yg dikemukakan oleh majoriti rakan2 kami dan selainnya adalah memberikan wangian pd tmpt keluarnya darah dan utk menghilangkan bau yg kurang menyenangkan (darinya)." [Syarah Shahih Muslim, 1/49].

Berkenaan perkara kelima ini terdapat pendapat yg mewajibkan utk memasukkan kapas tersebut ke dlm vaginanya. Ada yg sehingga mensyaratkan wanita duduk dlm posisi tertentu agar pembersihan dapat disempurnakan jauh ke dalam. Ada juga mengubah tertib mandi wajib ini, iaitu langkah membersihkan vagina didahulukan sblm mandi wajib dan bukan diakhirkan sebagaimana hadis di atas.

Semua ini adalah pendapat yg berlebih-lebihan bagi memberatkan umat islam. Memadailah kita dgn tunjuk ajar Rasulullah SAW dlm hadis di atas dimana pembersihan hanyalah diluar kemaluan(vagina) tdk di dalamnya. Ia juga dilakukan selepas mandi wajib dan bukan sebelumnya.

Wallahhuallam....

Berjumpa lagi!!! adiossssssssssssssssssssss

Kenapa Perlu Bersenam?

Salam...

Mama nk cerita kebaikan bersenam. Sejak bekerja di tempat baru yg ada fasiliti gym (actually kt umah mama pun ada gym, cuma malas nk gie ajer) so waktu lunch jika mama tk mahu makan, mama akan pie gym. Selalunya mama mengambil masa dalam 40 minit bersenam. Mama selalu buat treadmill, cycling and etc. Niat mama pie gym bukan nk kurus ler, tp mama fokuskan untuk kesihatan.

Bersenam bukan sahaja untuk memantapkan fizikal tubuh. Ia juga baik utk mengatasi masalah kolestrol. Pakar kesihatan juga mengesyorkan agar kita melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari. Oleh itu, kualiti penafasan dan kadar denyutan jantung boleh ditingkatkan. Aktiviti senaman bukan sahaja mengelakkan risiko sakit jantung bahkan juga mengatasi masalah tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Waktu terbaik untuk kita bersenam adalah bergantung kepada kesesuaian masa kita. Tiada spesifikasi masa yg sesuai sama ada pagi,petang atau lewat petang. Kajian saintifik mengatakan bersenam di waktu ptg (3pm-9pm) lebih ideal kerana dipercayai dpt meningkatkan tahat ACTH (adrenocortical hormone). Hormon ini membantu tubuh di dalam proces pembakaran lemak lebih efektif.

Tak pernah bersenam? Apakata lepas nie kita mulakan bersenam. Sebagai permulaan untuk memulakan aktiviti bersenam boleh mencuba senaman secara berkumpulan seperti bermain badminton, bolasepak, bolajaring, aerobik dan joging seminggu sekali di taman rekreasi.
 
Jika anda berhajat untuk melakukan senaman di gym, mulakan dengan beginner. Cuba tanya instructer tentang senaman beginner. Selalunya terdapat pelbagai variasi senaman dan jenis alat senaman yg blh digunakan seperti step board, trampolin, fitball, exertube, hula hoop, twister dan juga peralatan gymnasium. Seperti di opis mama, kelas seperti yoga, power step, mtv dance dan mcm2 lg disediakan pd setiap hari pd waktu tengahari secara berjadual.



Bagi mereka yg baru berjinak2 dengan aktiviti senaman, teruskan usaha anda. Jgn cepat putus asa jika hasilnya lambat..... hehehe

Thursday, June 23, 2011

7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda

Salam,

Hari mama nk berkongsi ilmu mengenai emosi anak2 kita..... Jom kita baca artikel ini yg mama copy dari majalah Pa & Ma Bulan Mac 2011..... Semoga menjadi ilmu kita bersama...

----------------

Anak yang semakin membesar, pastinya menguja ibu bapa. Kasih sayang diberikan sepenuhnya kepada anak kecil ini. Bak kata pepatah, Ibu mana tidak sayang terhadap anaknya. Tetapi bagaimana pula anda mengetahui anak sayang anda. Bersama NORHASLIZA YUSOFF untuk mengetahui tanda-tanda si kecil menyayangi anda.

1. Si Kecil Ceria Melihat Wajah Anda
Sejak bayi dia berusaha untuk mengingati wajah anda. Dia akan merenung wajah anda dalam tempoh yang lama. Memang benar, dia tidak memahami apa-apa tentang dunia sekitarnya. Tetapi dia tahu, anda sangat penting buat dirinya. Apabila usianya meningkat satu tahun dia memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya. Dia mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari ibu bapa.



2. Si Kecil Berfikir Tentang Anda

Walaupun anda tidak berada di sampingnya, dia tetap mengingati anda. Lazimnya antara 12 hingga 24 bulan, dia akan mengerutkan wajahnya dan melihat sekelilingnya apabila ditinggalkan sendirian dalam bilik. Kandang kala, menunjukkan reaksi gelisah apabila anda tidak berada di sampingnya. Tetapi kembali ceria dan tersenyum apabila anda kembali mendapatkannya.
 





3. Si Kecil Buat Ragam

Jangan salah faham! Jeritan tangisan yang diluahkan bukan tanda dia tidak menyukai anda dan tidak sayang anda. Dia bersikap begitu kerana dia terlalu mempercayai anda sepenuhnya. Dia mahu meluahkan rasa tidak selesa kepada anda tanpa rasa bersalah dengan harapan anda akan menenangkannya.



 


4. Si Kecil Bertatih Berlari Kepada Anda

Dia berlari ke sana sini tanpa henti, lalu terjatuh dan menangis. Dia berlari mendapatkan anda. Dia amat memerlukan anda apabila menghadapi kesulitan. Walaupun pada awal usia satu tahun, pertuturannya masih belum lancar tetapi tingkah laku ini jelas menunjukkan dia sayang anda. Malah ada sesetengah kanak-kanak kecil masih belum mengetahui pengertian sebenar ‘mama saya kamu’.









5. Si Kecil Membuat “Kejutan” Kepada Anda

Sedang anda minum petang di halaman rumah, anak kecil memberi ciuman di pipi anda. Emosi yang ditunjukkan oleh anak ini menunjukkan perkembangan emosinya yang positif. Dia begitu menghargai anda dengan memberi kejutan buat anda.










6. Si Kecil Minta Persetujuan Anda

Dia akan mulai meminta anda untuk bersetujuan terhadap apa yang ingin dilakukannya. Dia mahu segala perbuatan yang dilakukannya nanti akan dihargai oleh ibu bapanya. Walaupun ia menunjukkan ada unsur si kecil bimbang akan dimarahi oleh anda, tetapi secara tersirat, si kecil sentiasa mengingati kata-kata nasihat anda supaya berkelakuan baik setiap masa. Sikap sebegini menunjukkan tingkah laku si kecil semakin baik.




7. Si Kecil Dengar Arahan Anda

“Adik, tolong mama kemas permainan dan masukkan dalam beg ini.” Si kecil menuruti arahan anda itu walaupun dia sedang seronok menonton rancangan kartun kegemarannya. Walaupun kerja mengemas itu hanya sekejap dilakukannya, tetapi kesanggupannya untuk berhenti membantu anda itu jelas menunjukkan dia menyayangi anda. Pendekatan ini juga mampu melatihnya pada awal usia tentang disiplin diri.







Jumpa lagi.... adiossss

Wednesday, June 22, 2011

PETUA MAK2 KITA

Salam,


Kali nie mama nk pelbagaikan posting mama. So... sket2 mama akan cuba posting mengenai kecantikan, ilmu alam rumahtangga, resepi masakan, penjagaan anak2 serta apa2 sahaja yg terlintas difikiran mama nie.... so aritu dh cerita kisah rumahtangga kan.. so kali nie mama ingin berkongsi petua kecantikan untuk para gadis, anak dara, ibu serta nenek.


Nie adalah petua yg tersimpan rapi didalam drive mama... ada juga mama mengamalkannya masa anak dara dolu-dolu ler.... skang nie dh tk sempat dah.... cuma satu ajer amalan yg mama amalkan sejak dr anak dara hgg skrg ialah minum air suam sblm mandi pagi dan jamu ler... hehehe


Mari kita amalkan petua nie...


Menghaluskan dan melicinkan kulit yang kasar
Ambil hampas kelapa yang telah digunakan, gosokkan pada bahagian yang kasar seperti siku, lutut dan tumit. Boleh juga digosokkan pada tangan dan kaki.Biarkan selama beberapa minit, kemudian basuhlah bersih-bersih dan anda akan dapat hasilnya. Lakukan selalu, insyaallah kulit anda akan menjadi lembut.
Mencerahkan Muka
Ambil hujung timun,kemudian parut halus.Setelah diparut timun itu dicampurkan dengan tepung jagung, gaul sebati dan lumurkan dimuka sehingga kering. Selepas itu bolehlah dibilas dengan air bersih.sekian petua dari saya.

Menghilangkan Jerawat Dan Parutnya jerawat adalah masalah yang banyak dihadapi oleh remaja masakini.untuk menghilangkannya ambil serbuk daun teh cina dan rendamkan dalam air panas kemudiannya embunkannya semalaman.Seterusnya ambil airnya dan sapu ke muka biarkan selama setengah jam. Bilas dan anda akan merasakan hasilnya.Ulangi setiap hari.

Hilangkan Bintik-Bintik Hitam Di Hidung
Ambil sehelai tisu muka dan dipisahkan antaranya untuk memperolehi helaian nipis, potong ikut bentuk hidung, seperti biore "pore-pack" dan celupkan dalam putih telur. kemudian lekapkan pada hidung. Biar hingga kering dan tarik perlahan-lahan. bintik-bintik itu akan keluar sedikit demi sedikit. lakukan 2 atau 3 kali sehari selama seminggu lama kelamaan bintik² hitam yg terkumpul akan hilang. ia memang berkesan dan diperakui oleh pengamalnya (saya ler)yg penting tiada ringgit terlibat.

Menghilangkan Parut
Ambil kulit kayu manis,tumbuk hingga halus , dan campurkan sedikit dengan madu . Kemudian , sapukan pada parut , tidak kira parut jerawat atau luka dan sebagainya. Biarkan hingga kering , dan selepas itu basuh.Sebaik-baiknya , pakai sebelum tidur,dan basuh pada esok paginya . Saya telah mengamalnya sendiri,sejak 3 tahun yang lepas hingga kini,dan Alhamdulillah , ia berkesan.Selamat mancuba!

Mengatasi Kulit Muka Berminyak
Untuk mengatasi masalah kulit muka yang berminyak, ambil daun Aloe Vera (lidah buaya)bersihkan dan potongkan dibahagian tengahnya untuk mendapatkan gel nya.Bersihkan muka anda kemudian sapukan di seuruh muka kecuali bahagian mata.Lakukan pada bila bila masa terutama semasa anda tidur di malam hari. Jika kerap dilakukan muka anda kelihatan lebih bersih dan kurang berminyak terutama di bahagian T-zone.Pengamal yang baru akan merasa sedikit gatal-gatal.Amalkan selalu.

Kulit Muka Lebih Cerah, Gebu, Tegang Dan Halus
Untuk mendapatkan kulit muka yang diidamkan oleh kebanyakkan wanita mahupun lelaki, amalkan petua ini: Dapatkan satu sudu Yogurt Asli (likes dadihlah bukan nya minuman Yogurt tau)yang boleh didapati di pasaraya (murah jer cuma $1.30 per unit) brand tu ikut suke you all la (Good day ker, Everyday ker etc),kemudian sapukan yogurt tersebut keseluruh muka anda kecuali kawasan sekitar mata dan bibir. Pas tu biarkan Yogurt menjadi kering di muka anda tu then bolehlah ditanggalkan tapi jangan guna air dulu sebab hasilnya tidak memuaskan. Oleh itu, gunalah jari-jemari anda tue dengan menggosokkan yogurt yang ada kat muka tue (gosok dengan tekanan yang sederhana).Jadi tunggu apa lagi, leh le bilas ngan air bersih yang suam-suam kuku gitu..Anda boleh lakukan seminggu 3-4 kali..Selamat Mencuba, InsyaAllah kesannya memang menakjubkan..

Selamat memcuba!!!


Tuesday, June 21, 2011

MEMUJI ISTERI

Salam,

Lama tk singgah sini... tk ada benda nk diceritakan... so mama nk berkongsi pengetahuan dgn anda semua.... sesuai utk para suami praktikkan dan para isteri tahu... Jom kita baca sama-sama...

Seni Memuji Isteri

Wanita memang suka dipuji, tapi hairannya biar mengetahui perkara ini ramai lelaki tidak mengendahkannya. Tak mustahil pujian terakhir yang didengar dari seorang isteri dari mulut suami adalah mereka dalam fasa bercinta.

Memasuki alam rumah tangga, kata-kata manis memuji isteri sudah tidak lagi kedengaran. Malah ada isteri yang kempunan untuk mendengarnya dari mulut suami. Pujian yang didengar apatah lagi dari mulut suami sangat bermakna buat seorang wanita. Ia satu bentuk penghargaan yang boleh meningkatkan motivasi.
Tahukah para suami bahawa dengan hanya memuji hidangan yang disediakan isteri enak, hati wanita akan berbunga dan akan bersemangat untuk terus menyediakan menu yang lebih lazat untuk suami tercinta.

Panduan Memuji
Memberi pujian memang cukup mudah sekali tapi, ada juga lelaki yang terjebak dengan masalah gara-gara silap memberi pujian. Sememangnya memuji wanita itu ada aturannya, jadi bagi suami yang belum mengetahuinya, eloklah membaca panduan di bawah ini.

1. Memuji Tanpa Ada Udang Di Sebalik Batu
Ada suami yang meluahkan pujian bila mahukan sesuatu daripada isterinya. Malah ada juga yang hanya memuji isteri tatkala berkehendakkan layanan batin di malam hari. Sebenarnya jangan terlalu kerap memberi pujian yang berbau erotis kerana tak mustahil isteri beranggapan bahawa suami menganggap dirinya sebagai objek pemuas seks saja.

2. Dalam Bentuk Kalimat
Luahan pujian selain secara lisan adalah dalam bentuk bahasa tubuh seperti sentuhan. Tak kurang juga hanya dengan cara pandangan dan siulan. Tapi lelaki yang memuji dengan cara ini, menunjukkan mereka tidak kreatif. Wanita yang dipuji juga boleh berasa kurang selesa. Pujian yang lebih tepat adalah melalui kata-kata. Tatap mata isteri dan luahkan kata-kata manis buat dirinya. Cara ini lebih berkesan malah hingga menusuk ke jiwa.

3. Tidak Berlebih-lebihan
Walau wanita itu senang dan suka bila dipuji, tetapi kalau pujian itu ‘over’ ia boleh membuatkan dirinya tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika seseorang wanita itu bersifat amat pemalu. Pujian berlebihan terutama sekali di hadapan rakan atau ahli keluarga akan membuatkan dirinya jadi serba tak kena.
Sebaiknya pujilah isteri pada perkara yang patut dipuji. Misalnya jika isteri pandai merias rumah, katakan bahawa dirinya punya bakat terpendam dalam seni hiasan dalaman, begitu juga kalau isteri pandai bergaya, kata bahawa dirinya pandai mengikuti fesyen semasa.

4. Ikhlas
Pujian yang diberikan oleh seorang suami tentunya lebih bermakna jika ia adalah ikhlas dari hati. Bukan kerana mahu menampilkan diri adalah seorang suami yang ramah, atau mengharapkan pujian balik.

5. Belajarlah
Akhir sekali seni memuji isteri ini bukan datang begitu saja. Anda perlu belajar memuji barulah skil itu kelihatan seperti semula jadi. Oleh itu selalulah memuji isteri, bukan itu saja puji juga ahli keluarga dan majikan anda kerana tiada ruginya tindakan yang anda tahu memberi kegembiraan pada seseorang.

Perkara Kecil Namun Bermakna Buat Wanita
Perkara yang bermakna buat wanita bukanlah dengan hanya memberikan mereka hadiah yang mahal seperti kereta, emas berlian mahupun rumah yang cantik. Sebenarnya perkara-perkara kecil yang dilakukan oleh suami boleh saja memberi kesan yang besar dan bermakna buat diri mereka. Tindakan-tindakan yang mudah ini boleh membuatkan isteri rasa benar-benar dicintai dan disayangi.

1. Pujian Meskipun Tanpa Solekan
Ketika baru bangun dari tidur, suami memuji kecantikan. Tentunya perkara ini datang dari keikhlasan hati. Malah pujian sebegini memberi mood dan membuat dirinya ceria sepanjang hari.

2. Mendengarkan Keluhan
Setelah sepanjang hari bekerja, wanita selalunya mahu meluahkan apa yang dilalui. Ketika suami mendengar luahan ini tanpa menghakimi, isteri akan berasa lega dan merasai dirinya punya pasangan yang cukup memahami.

3. Bantuan Tanpa Dipinta
Ketika isteri sedang membawa barang berat, suami pantas membantu tanpa perlu diminta. Begitu juga tindakan suami membantu kerja-kerja rumah tatkala melihat isteri kepenatan. Ini memberi petanda bahawa suami begitu prihatin tentang dirinya.

4. Memikirkan Hal-hal Kecil
Ketika gula atau kopi di rumah sudah habis, tanpa diminta si dia sudah membelikannya untuk anda. Ketika suami mengingati perkara-perkara yang dilupai isteri, suami akan makin dicintai.

5. Membuatkan Teh
Suami memang suka bila isteri melayani makan dan minumnya. Tapi jika sesekali suami pula berbuat demikian pada isteri, tentunya isteri rasa gembira dan bahagia sekali. Dijamin isteri akan tersenyum sepanjang hari.

Sama2 ler kita mengamalkannya...

*credit to Majalah Wanita

Tuesday, June 14, 2011

14 Jun 2011-Selasa

Salam...
Today nk citer kt u all yg mama n opismate lunch kt hotel gitu.. muhaaa ala pie makan buffet dim sum ajer.... sedap n menyelerakan tau.... harga tk ler mahal sgt pun.. tp mmg sedap dan yang penting halal... mama makan dim sum kt Hotel Quality KL...dekat dgn opis jer... jalan kaki jer.. huhu

so jom tgk picture yg mama amek semasa lunch tadi..check it out... muhaaaa










jumpa lagi!!!


Monday, June 13, 2011

13 Jun 2011

So Sad!!!

Salam.....Really sad!!! huhhhhhh Lunch tadi ikut my leader tuk wat loan tuk join bisness dgnnya.. tp so sad.. loan tk approved.... rasanya sbb mama nie dh byk sgt loan kut... no nama sure dh blacklist..:-(

Tapi mama akan cuba try apply loan kt bank lain... harap2 dapat ler... excited nk mulakan bisness nie.... huhu

So ada sesiapa yg nk follow mama tak? Jom kita ber PB!!

huhu








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!