Wednesday, May 28, 2014

Holiday Time

Asslammualaikum n slmt mlm...

Tk ada apa yg menarik tuk mama kongsikan dgn u olls.. Hari nie cuti sekolah dh bermula... mama mmg ada plan nk bwk anak2 pier bercuti.. tiket awal tahun lg dh beli... bercuti dlm negara jer.. itu jer yg mampu kan..

In Sha Allah jika tiada aral melintang dan diizinkan kesihatan yg baik, mama sekeluarga akan bercuti ke Langkawi, naik flight... bagi anak2 merasa naik kapal terbang kan.. mama dh puas dh sejak zaman anak dara lg dh puas naik dh kapal terbang nie...

Nadim dh pernah naik kapal terbang.. masa tu dia berumur 2 tahun. Lepas 6 tahun baru dia berkesempatan nk naik baik kapal terbang.. gila teruja dia, asyik mengira hari jer... adik seperti biasa tk rasa apa2.. almaklum ler tk berapa paham lg. Cuma dia tahu nak naik kapal terbang jer... 

Oklah.. mama just nk kasitau tu jer... nanti lepas balik bercuti mama akan ceritakan kenang mama dan family di Langkawi yea...

Adiossss

WORDLESS WEDNESDAY

Thursday, May 22, 2014

Petua Layan Isteri

PETUA MELAYAN ISTERI

Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...

1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. 

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

kredit: rakangroup

Tuesday, May 20, 2014

Ilmu :Tanda2 sakit

Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
Mata menjadi merah :
●Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

Mata menjadi kabur :
●Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi mata :
●Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air mata :
●Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

Ketegangan mata dan kelopak :
●Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
Selesema :
●Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sumbat :
●Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
● Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

BATUK
Batuk keluar kahak :
●Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

Batuk tanpa kahak :
● Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
● Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
Kerongkong kering.
● Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
● Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
Bibir pucat
● Sistem penghadaman yang lemah.
● Perut mengandungi angin.
● Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

Bibir kering dan pecah.
● Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
Lidah atau gusi bengkak, sakit :
●Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser).
● Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.🌿Mulut berbau busuk .
●Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
Telinga terasa tersumbat :
●Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

Telinga berdengung :
●Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT Berpeluh :
🌿 Peluh masin :
●Badan mengandungi lebihan asid urik.
🌿Peluh berbau :
●Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

RUAM DAN BISUL :
●Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
\
KULIT PECAH DAN BERAIR :
● Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR : 🌿Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
Sakit Sendi rasa panas. ●Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

Tidak rasa panas
●Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

Sakit di bahagian bahu. ●Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

KEBAS TANGAN :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

KEBAS KAKI :
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

SAKIT TAPAK KAKI : ●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

 SAKIT TUMIT KAKI :
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
● Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :●Menandakan penyakit migrain.

BISUL TERJADI DI KEPALA
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

RASA PENING YANG MEMUSING
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

MUNTAH DARAH
● Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.🌿LIDAH 
RASA TEGANG DAN PENDEK :
●Tanda sakit jantung.

KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . 
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

KENCING
KERAP KENCING
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

AIR KENCING BERKAPUR 
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

AIR KENCING BERMINYAK :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

AIR KENCING BERDARAH :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

BUANG AIR BESAR
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

SEMBELIT:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

NAJIS BERWARNA HITAM :
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

BADAN :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
Sakit menyucuk :
● Proses menyeimbangkan urat saraf.

Sakit sengal:
● Menandakan luka di dalam badan.

Sakit menyentap:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

Sakit menegang :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

BADAN TERASA PANAS .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

BADAN TERASA RINGAN :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

RASA TAKUT MENGEJUT: 
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

RASA BIMBANG DAN TAKUT :
Sistem paru-paru yang lemah.

 RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
Sistem jantung yang lemah.
Sistem saraf otak yang lemah.
Masalah pengaliran darah.

SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah..

BUANG AIR BESAR
CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
● Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

SEMBELIT:
●Membersihkan toksin dari usus kecil.

NAJIS BERDARAH
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

NAJIS BERWARNA HITAM :
●Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

Disediakan oleh:
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Monday, May 19, 2014

Ilmu : 3 HAL

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :          
          1. Waktu           
          2. Kata-kata          
          3. Kesempatan          
          
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :          
          1. Kemarahan           
          2. Keangkuhan          
          3. Dendam ..          
          
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :          

          1. Harapan          
          2. Keikhlasan          
          3. Kejujuran          
          
Ada 3 Hal yg paling berharga :          
          1. Kasih Sayang ..          
          2. Cinta           
          3. Kebaikan          
          
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :          
          1. Kekayaan  ..          
          2. Kejayaan           
          3. Mimpi           
          
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :          
          1. Komitmen          
          2. Ketulusan          
          3. Kerja keras          
          
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
          1. Tekad          
          2. Kemahuan          
          3. Fokus ..          
          
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu : 
         1. Rezeki          
          2. Umur           
          3. Jodoh           
          

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :          
          1. Tua           
          2. Sakit          
          3. Kematian?          
          


Ya ALLAH, insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan &  lancarkan segala pekerjaannya..          

          
Selamat beramal,.

Sunday, May 18, 2014

Garam?

Nabi cakap apa? Celup jari pada garam dan hisap jari tu sebelum dan selepas makan.          

Sebab apa?         
1. Garam mengurangkan selera makan kita, jadi kita boleh bersederhana waktu makan, tak berlebihan, tak membazir.   
       
2. Boleh buat kita rasa kenyang.   

      
3. Kalau ada santau dalam makan, garam boleh menghapuskan santau itu. Sama juga dengan sihir.  
       
4. Elak keracunan makanan.   
      
5. Boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.          

Kita buat tak? 

Jom amalkan.
         
Hadis tentang garam :         
1. Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda, "Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam. Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam."  
       
2. Hadis riwayat AlBazzar. Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan. Baginda berkata : "Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakitm gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."   

Moga bermanfaat untuk smua

Saturday, May 17, 2014

Ilmu Belajarlah Puji Pasangan


Belajarlah Puji Pasangan 


Hakikatnya pujian buat pasangan sebenarnya tidak semestinya dilakukan secara lisan. Bagi anda yg masih malu-malu utk meluahkannya, bolehlah memulakannya melalui bahasa tubuh. Pujian dgn bahasa tubuh ini ada berbagai, drpd sentuhan, pelukan erat tatkala suami melihat isteri bergaya anggun mahupun sekadar pegangan tangan. 



Setelah terbiasa maka belajarlah pula meluahkannya melalui kata-kata. Tapi kata2 pujian yg keluar itu hendaklah tulus ikhlas dr hati supaya ia kedenggaran jujur dan bukan sengaja direka2. Anda juga tidak perlulah menunggu suami atau isteri melakukan sesuatu yg bagus utk dipuji sebaiknya luahkan saja kata2 pujian jika merasakan si dia layak dipuji. 



Jangan Terlalu Kerap 
Pujian akan memberi kesan lebih positif jika anda tahu bila mahu mengucapknnya. ini adalah antara aturan pujian yg harus diketahui terutama buat pasangan yg baru membiasakan diri. 
Pujian akn memberi kesan lebih positif jika anda tidak terlalu kerap diucapkan dan tdk pula terlalu jarang. Berikan pujian pd saat2 penting, spt ketika pasangan mahu memulakan pekerjaan baru. Ini akan meniupkan semangatnya utk memulakan tugas dgn lebih baik. 
Atau berikanlah pujian ketika isteri atau suami mula berasa down atau hilang keyakinan diri. Pujian yg tulus di waktu ini akan memberikan harapan baru bagi suami atau isteri. Pilihlah kata2 pujian yg mampu mersap dalam jiwanya. 



TIdak berlebihan 
Memuji pasangan sikhalayak ramai juga tak kurang pentingnya tp jgnlah terlalu kerap. Sebabnya ia akan menimbulkan perasaan tdk senang pd pasangan yg dipuji. Ungkapkan bila benar2 perlu dan pd waktu yg tepat. Pilihlah pujian yg tdk berlebihan spt memuji hasil masakan atau kemahiran menghias rumah yg dimiliki oleh isteri. 
Sbnrnya kebiasaan memuji pasangan ini bukanlah sesuatu yg sukar dilakukan asalkan anda melupakan rasa ego dan juga perasaan malu. Keutuhan rumah tangga dan tali cinta anda berdua lebih penting drpd dua perkara tersebut. 

Petikan dr Majalah Wanita 

Friday, May 16, 2014

Attitude 100%

If:
A B C D E F G H I J K LM N O P Q R S T U V W X Y Z
Is equal to;
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26


Then
H+A+R+D+W+O+R+K ;
8+1+18+4+23+15+18+11=98%


K+N+O+W+L+E+D+G+E ;
11+14+15+23+12+5+4+7+5=96%


L+O+V+E;
12+15+22+5 = 54%


L+U+C+K ;
12+21+3+11 = 47%


None of them makes 100%. 
Then what makes 100% ???

Is it Money?
NO !!!


M+O+N+E+Y
 13+15+14+5+25=72%

Leadership?
NO !!!

L+E+A+D+E+R+S+H+I+P
 12+5+1+4+5+18+19+8+9+16=97%

Every problem has a solution, only if we perhaps change our "ATTITUDE".

A+T+T+I+T+U+D+E ;
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


It is therefore OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes 
OUR Life 100% Successful..

Muhasabah pagi

Thursday, May 15, 2014

Ilmu :Tarikah Tubuh Isteri Bakar Nafsu Suami


Tarikah Tubuh Isteri Bakar Nafsu Suami 

Awal perkahwinan pandangan dan l;irikan mata suami terhadap diri menyim[an seribu berahi, tapi kini tiada lagi. Diri anda di[andang sipi. Ibarat diri sudah hilang seri dan daya menariknya. 

Perkara ini menyebabkan ramai isteri yg sangsi suami ada wanita lain yg lebih cantik dan seksi sbg pengganti diri. Tak mahu perkara ini terjadi isteri ini mula melakukan pelbagai cara utk mengembalikan pandangan berahi suami. 

Ada yg menggunakan petua lama malah ada yg sanggup melakukan pembedahan plastik agar diri kembali menjadi pujaan dan dambaan suami. Hakikatnya anda tak perlu berhabis wang utk semua ini. Apa yang perlu anda lakukan utk menawan kembali pandangan suami terhadap diri adalah menggunakan apa yg ada di tubuh sendiri. Caranya seperti berikut : 

Harum Rambut undang nafsu 
Gunakan sepenuhnya mahkota diri anda ini. Rapikan rambut walaupun anda duduk dirumah. Jgn biarkan rambut yg panjgan kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan. Selain itu rawat rambut anda agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yg panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yg cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami. 
----> Tang nie mmg mama suka sgt. Rambut mama disapukan dgn Rose Hair Perfume. Baunya sggh harum jer bau ros. Mmg menyegarkan dan rasa confident bila mendekati cik hubby. 

Bibir mengoda tarikan mata 
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir begini, ada cara utk menjadikan  bahagian ini menjadi tarikan suami. Oleskan gincu ketika di hadapan suami anda kerana melihat gaya anda mengenakan gincu di bibir sebenarnya sudah dipandang seksi oleh lelaki. Lebih berkesan pilih warna gincu yg warna merah tua dan merah muda. 
----> Bibir mama agak mugil ler jugak kan... mama suka bebenor ler mengenakan lipstik walaupun berada dirumah. Cuma oleskan sket biar nmpk kemerah-merahan. Kalu waktu bekerja mmg lipstick brg make-up yg wajib mama pakai hehehe... dioleskan skali dgn lip liner tuk membentuk bibir lg menanwan. Cubalah.... 

Kulit halus rangsang suami 
Ketika keluar dari bilik mandi, elakkan berkemban dgn kain batik, sebaliknya pamarkan kulit tubuh pada suami dgn hanya bertuala. Ketika ini oleskan krim ke seluruh tubuh. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah ia lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem barat. 
--> Nie lucah sket yea. Mama mmg suka berkemban dgn tuala jer lepas mandi. Kalu hubby ada mama sajer2 jer lap bdn slow2 supaya hubby tgk. Sambil oleskan losyen ke seluruh bdn. Hubby tgk pun geram, sure ler lps tu ada adegan seterusnya. 

Gerakan tubuh mengoda 
Gunakan waktu santai berdua dgn suami utk mempraktikkan gerakan tubuh yg menggoda. Pamerkan belahan dada sewaktu bersamanya. Kenakan pakaian yg menampakkan bentuk tubuh badan dan bermanjalah dgn dirinya. Semua ini akan bakal membakar nafsu suami. 
--->Yg nie mama jrg buat ler... Buat pun bila rasa2 nk berhubungan intim mlm tu ler... sbb ada anak2 kan agak sukar tuk seksi spt ini. Tggu anak tidur jer baru leh seksi gini. Tp kalu dh mlm sgt nanti tk pasal2 kena dayung plak kannn.. hehehe 

Gaya baru semarakkan keinginan 
Jika selalu anda berbaju kurung Kedah dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yg lebih cantik dan seksi utk tontonannya. Sekali sekala kenakan dress pendek tanpa lengan yg seksi utk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akn menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari. 
---> Dress pendek tu tk ler kan tapi dress labuh melekat di bdn tu mmg favourite mama ler... Cuma bila ada anak2 mama akan sarungkan dgn tshirt diluar... bila berdua dlm bilik jer mama hanya pakai dress tnpa lenggan tu then melekat menampak susuk tubuh tu. Sure hubby geram ler. 

Basah peluh cetus nafsu 
Biasanya anda akan berasa segar setelah bersenam, begitu juga dgn pasangan. Melihat wanita yg dicintai dlm pakaian yg ketat dan berpeluh, nafsunya akan naik seketika. 
---->Byk wat kejer rumah spt mengemas membasuh boleh mengeluarkan peluh yg byk ler. Mama tak rasa hubby mama suka tgk mama berpeluh kut, mahu baunya sekapal kan.. muhaaaa 

Organ Intim Paling Seksi 
Dalam byk2 bhg tubuh wanita yg dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yg paling seksi sekali. Oleh itu para isteri di saran menjaganya dgn baik. Pastikan vagina sentiasa bersih dan segar serta tidak berbau dan terhindar dr sebarang penyakit kelamin. Jgn biarkan suami anda mengadu apa2 perkara ttg organ intim ini. Bagi memberi lebih kepuasan suami, jgn lupa mempraktikan senaman Kegel yea. 
-------> Tang nie mmg mama plg ambil berat. Sehabis boleh mama akan pastikan bhg ini bersih dan segar. Yg plg ptg masih lg ketat. So mama amalkan pencuci vagina iaitu Feminine Wash JSD (cewah promote jap) utk mencuci bhg intin itu. Lepas tu sapu masker vagina (promote lg JSD) di sekitar bhg ini tuk mengetatkan bhg intim tu. Tk percaya cubalah... nk try produk JSD blh ler contact mama yea...

SAS 012-2671716 WHATSAPP PUN BLH SMS PUN BLH... 

Wednesday, May 14, 2014

Ilmu: Resepi Suami Sayang Isteri Ketat2


Resepi Suami Sayang Isteri Ketat2 

Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain ada beberapa cara mempererat atau mengetatkan kasih sayang suami pad isteri. Beberapa tip dan panduan dikongsi dalam ruangan ini. 

Wajah Ceria Isteri 
Isteri perlu sering memperliharkan wajah ceria kepada suami. Hal ini kerana ungkapan dengan riak wajah mempunyai pengaruh yg besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorg. Sorg isteri juga akan berasa senang jika melihat suaminya berwajah ceria dan tidak bermasam muka.
Nabi s.a.w bersabda : "Sedikit pun engkau janganlah menganggap remeh perbuatan baik iyu, meskipun ketika berjumpa dengan saudaramu engkau menampakkan wajah ceria." (Hadis riwayat Muslim) 


Paras rupa Bukan Ukuran 
Walaupub ada hadis yg mengatakan bahawa wanita itu dipilih berdasarkan kecantikkan dan faktor2 yang lain seperti nasab, pangkat dan harta. Namun ia bukanlah keutamaan, keran faktor agama dan akhlak adalah penentu pada kelestarian kebahagian berumah tangga. 
Nabi s.a.w bersabda: "orang yg paling sempurna imannya adalah yg terbaik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri kamu." (Hadis riwayah al-Tirmizi) 

Jadilah Isteri Yang Menenangkan Hati Suami 
Sebaiknya sesorg isteri dipilih bkn sekadar berdasarkan kecantikan tetapi kemampuan utk membantu si suami dlm apa jua urusan spt menyelesaikan tugas2 harian di rumah dan juga urusan2 yg lain. Selain itu, hendahlah si isteri bersabar apabila suaminya mempunyai masalah-masalaj dan membantuny dgn kata2 dorongan dan penuh semangat bagi memulihkan kebali keyakinannya. 

Akhlak Mulia 
Paras rupa dan bentuk badan isteri bukanlah penentu kebahagian rumah tangga. Apa yg perlu dln mencari jodoh adalah dikalangan wanita solehah yang menutup aurat, memiliki akhlak mulia, lemah lembut dan mempunyai sifat pengasih dan penyanyang. Ini kerana faktor inilah yg dapat melestarikan rasa kasih sayang di dalam rumah tangga sebagaimana yg didambakan di dalam al-Quran dan al-Hadis. 

Selamat beramal.. hehehhe

Saturday, May 3, 2014

JUjur Dalam Perhubungan

Assalammualaikum...tk ada menarik tuk dikongsikan... mama just want to say hello to all sbb sudi membaca coretan mama nie.... hari nie mcm2 benda terjadi... tp dlm bnyk2 tu cuma ada satu jer mmg mama tk boleh nk terima.. tapi terpaksa menerima.... :-)

"Setiap perhubungan perlu ada sikap jujur dan percaya. Kalu nk berlaku tidak jujur jgn smpi diketahui... skali dpt tahu maka selamanya akan hilang kepercayaannya. Ingatlah!!!"

Jujurlah sayang.. aku tak mengapa
biar semua jelas tak berbeda
jika nanti aku yang harus pergi
ku terima walau sakit hati...

so nothing interesting to sharing today... anyway have a nice day... good nite..

Friday, May 2, 2014

Ilmu : DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

seram bila baca ;
DUA BELAS (12) GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR
 =======================================
 1. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki. Mereka adalah orang yang ketika di dunia suka mengganggu jiran tetangga.

 2. Dibangkitkan dalam keadaan menyerupai babi. Mereka adalah golongan yang malas dan lalai dalam solatnya.

 3. Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh dengan ular dan kala jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

 4. Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga , mereka suka menipu.

 5. Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana ketika di dunia, mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat orang , tetapi tidak takut kepada Allah S.W.T.

 6. Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana ketika di dunia selalu memberi kesaksian palsu.

 7. Dibangkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

 8. Dibangkitkan daripada kubur dalam keadaan kepala terssungkur, sedangkan kedua – dua kakinya di atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika hidup, golongan ini suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

 9. Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya di penuhi api kerana ketika di dunia, mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

 10. Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia dia menderhaka kepada orang tua.

 11. Dibangkitkan dalam keadaan buta hati, giginya seperti tanduk, bibirnya menjulur sampai ke dada, lidahnya sampai keperut manakala perutnya pula menjulur sehingga ke paha dengan perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidupnya, mereka gemar meminum arak.

 12. Mereka yang dibangkitkan daripada kubur dengan wajah bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi sirat’ (titian Mustaqim) seperti kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh, meninggalkan maksiat dan menjaga solat lima waktunya dengan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!