Thursday, October 25, 2012

Salam AidilAdha

Assalammualaikum dan selamat pagi para pembaca yg mama kasihi.. chewahhhh berbunga2 plak mukadimah nya.. heheheheh

Syukur Alhamdullilah mama masih berpelung meneruskan kehidupan sbg hamba NYA... dan InsyaAllah akan bersama2 dgn umat Islam yg lain bakal meraikan Hari Raya Qurban... mgk di KL nie sambutan ala-ala jer kan.. tp mama tetap merayakannya...

pasti seronok yg tinggal di Pantai Timur spt Kelantan dan Terengganu yg meraikan Hari Raya Qurban dgn begitu meriah skali berbanding Hari Raya Aidilfitri yang lepas.... seronoknyaaaaa

Mama akan meraikan bersama mertua family dahulu di Sg Sering, Ukay Perdana..... rumah In-law baru ler... rumah sendiri.. sblm nie duk menyewa jer kan.. skang nie merasa duk umah sendiri so mau raya umah sendiri ler...

rumah agak kecil sket... mmg kecoh mlm nie sbb family mama dan family abg ipar akan berkampung di sana mlm kang... seperti biasa tidor pun bergelimpangan ler.... mmg syokkkk... masak pun sesama dgn kak ipar... meriah gitu...

Esok lepas solat Jumaat, mama berangkat ke rumah parents mama plak di Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam.... mama akan tido semalam gak kat umah parents mama tu.... ayah mama akan terlibat dalam program qurban nanti... sure byk tulang2 daging akan ayah mama bwk balik... so boleh ler wat sup tulang ler....hehehehe sedapnyaaaa...

so dikesempatan ini mama ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban kepad semua umat Islam di Malaysia serta di seluruh dunia (kalu2 ada readers mama yg dr luar negara ler).. huhu

adios

Tip Rumahtangga :6 Cara Romantik Dengan Isteri

Salam,
Emm.. mama kembali untuk tip rumahtangga... mama just ceduk dr majalah mingguan wanita yg covernya Nadiya Nissa bersama anaknya Omar. So sempena hari nie hari Khamis mlm Jumaat, mmg elok sesgt anda suami isteri membaca tip nie... untuk kemesraan dan kebahagian anda bersama kan...
Jom kita baca dan amalkan.. hehehhehe

6 Cara Romantik Dengan Isteri
Wanita cukup terkenal dengan kecantikan, kelembutan dan kehalusan perlakuannya. Pastinya, sifat-sifat inilah yang membuatkan lelaki tergoda dan lemah apabila bertentang mata.

Oleh itu tidak hairanlah jika mereka sentiasa mengimpikan satu layanan yang mesra, manja dan penuh kasih sayang dari pasangan yang dicintai sepenuh hati. Tak kiralah usia perkahwinan sudah menjangkau puluhan tahun, perkara romantik tetap diharapkan sepertimana yang pernah dilalui ketika bergelar pengantin baru.

Tetapi, tidak semuanya bertuah kerana semakin lama bersama, semakin banyak pula kekurangannya. Kebanyakan isteri sukar berterus-terang dengan suami agar bersikap romantik kepadanya. Tak usahlah selalu, sekali-sekala pun tidak mengapa asalkan ia masih dipraktikkan selama mana melayari perkahwinan.

Hakikatnya, impian isteri ini bukanlah sesukar mana pun. Setakat keluar makan malam bersama, jalan berpimpin tangan mahupun kucupan mesra sebelum keluar dari rumah. Rasanya semua itu mudah sahaja dilakukan.

Bagaimanapun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mungkin dengan langkah pertama mampu membuahkan langkah-langkah seterusnya. Buat lelaki yang bergelar suami, bersikap romantiklah kepada isteri. Sekalipun tidak diminta tetapi itulah yang membuatkan pasangan anda bahagia.

Lafaz I Love You

Kalau masa bercinta dahulu, ucapan I Love You pasti jadi perkataan yang wajib disebut kepada pasangan. Tak kiralah dalam telefon atau setiap kali berjumpa, ia seakan ‘pakaian’ yang harus digunakan sepanjang masa.

Tetapi setelah berumah tangga, perkataan ini cukup jarang kedengaran. Apatah lagi apabila perkahwinan sudah masuk ke peringkat senja. Malu bila ingin mengucapnya. Sebenarnya, apa yang diingini isteri adalah ucapan tersebut keluar dari mulut suaminya.

Walaupun bukan setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan tetapi ucapan tersebut masih relevan dalam perkahwinan mereka. Memanglah perasaan kasih dan cinta itu telah dizahirkan melalui perbuatan tetapi bagi wanita ia masih belum lengkap dengan luahan kata-kata.

Bukannya payah pun. Bisikkan sahaja perkataan I Love You ke telinganya. Itu pun sudah menampakkan sikap-sikap romantik anda.
 
Tak salah panggil ‘Sayang’
Benarlah kata orang bahawa waktu bercinta dan berumah tangga memang banyak perbezaannya. Kalau dahulu, macam-macam panggilan keluar dari mulut. Sekejap sayang, sekejap ‘abang’, sekejap ‘darling’, sekejap ‘honey’.

Semuanya bagi menampakkan betapa sayangnya anda pada pasangan di ketika itu. Namun setelah berkahwin, panggilan yang lazim kedengaran ialah nama isteri sahaja. Itu pun kadang-kadang dengan nada yang keras.

Apa salahnya gunakan gelaran di zaman bercinta setelah mendirikan rumah tangga. Gunakan panggilan sayang untuk berinteraksi dengan pasangan. Sudah pasti bergetar jantungnya mendengar panggilan yang jarang-jarang keluar dari mulut anda.

Ciuman yang tidak disangka
Walaupun zaman bercinta telah lama berlalu dan perkahwinan mencapai usia belasan tahun tetapi isteri tetap isteri. Hati mereka tak pernah berubah walaupun sedetik. Perhatian dan kasih sayang sentiasa didambakan dari suami yang dicintai. Mudahnya, semua itu boleh diluahkan dengan ciuman, apatah lagi jika ‘dihadiahkan’ secara spontan.

Pastinya, ciuman tersebut akan mengembalikan segala nostalgia ketika melalui zaman bercinta. Mungkin ketika isteri sedang memasak di dapur atau mengikat tali leher anda, ciuman itu boleh dikucup ke dahinya. Romantik bukan!!

Hadiah baju tidur
Sejauh mana berdikari pun seorang isteri tetapi mereka tetap mengharapkan perhatian dan belaian dari suami yang dicintai. Terutamanya dalam hal yang tidak suami lakukan kepada wanita-wanita lain. Sebagai contoh pemilihan baju tidur. Tidak dinafi kan, isteri boleh membelinya sendiri tetapi lebih bermakna dan bernilai’ apabila suami yang memilih dan menghadiahkannya. Secara tidak langsung, suami telah memberitahu mengenai cita rasanya.

Romantik bila berpegangan tangan
Mungkin segelintir suami menganggap, berpegangan tangan dengan isteri ketika keluar berjalan-jalan adalah satu perkara yang remeh. Malah tak kurang juga yang malu untuk melakukannya lebih-lebih lagi apabila usia makin meningkat. Bimbang dikata orang buang tabiat.

Tetapi sebenarnya, inilah kemesraan yang mudah dilakukan. Sekalipun sudah beranak pinak tetapi budaya berpimpin tangan tidak pernah dilupakan. Bagi isteri, berpimpin tangan menunjukkan betapa prihatinnya suami terhadap keselamatan isterinya malah di situ juga mencambahkan kasih sayang.

Malah Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membawa maksud “Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan maka luruhlah dosa-dosa di celah-celah jari mereka.”

Telefon dan pesanan ringkas cipta hubungan bahagia
Isteri yang bekerja pastinya tertekan dengan bebanan tugas dan fail yang bertimbun di atas meja. Tetapi bila nama suami tertera di skrin telefon, seakan hilang segala tekanan yang dirasai. Apatah lagi, panggilan tersebut di luar jangkaan malah topiknya juga menunjukkan keprihatinan suami kepada anda.

Cara ini benar-benar membuatkan isteri rasa dirinya dihargai dan diperlukan. Walaupun perbualan berdurasi sepuluh minit tetapi kesannya terasa sepanjang hari. Mudah bukan. Tidak banyak pembaziran yang berlaku malah ia berupaya meningkatkan perasaan kasih dan cinta di hati masing-masing sentiasa aman dan bahagia.

Adios.. selamat beramal!!! hehehehe

Wednesday, October 24, 2012

Info : Tanda2 Penyakit Berhubung Fungsi Badan

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).


Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan  toksin.

Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau   bebanan yang berat.

2. HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i)  Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).  
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
    a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK
a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian  kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok   atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG
   i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku  di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air  untuk membuang toksin.
   ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang           sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.                        
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya   tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah          berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam
 air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
      
 
12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas
proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.         



13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang..

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.            

 c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini  menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki  busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak              berfikir.


C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.


F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
 a. LOYA/MUNTAH. Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari  bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .. Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING
 a) KERAP KENCING ;Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR; Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan  proses pembuangan  toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
 a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..
   
 b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
    
c) NAJIS BERDARAH
          i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
          ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
    
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
 a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
          i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
          ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
          iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan                              dengan organ-organ badan.
          iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
    
 b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
     
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses                           pembuangan toksin.
    
 d) BADAN TERASA RINGAN :
 Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
      i)   Sistem jantung yang lemah.
      ii)   Sistem saraf otak yang lemah.
      iii)   Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Thursday, October 18, 2012

Tip : Belaian dan Sentuhan Malam Jumaat

ehem.. ehem... malam nie mlm jumaat kan... mmg elok ler mama kongsikan tip2 bagi menaikkan keindahan mlm nie... mana tahu rezeki anda dpt mlm nie.... syoknya... huhuhu

Belaian dan sentuhan nyata membangkitkan perasaan romantik dan aksih sayang antara suami dan isteri. Secara tidak langsung ia merupakan komunikasi jiwa yang diperlukan oleh setiap pasangan yang telah berkongsi hidup.

Satu kaedah membelai yg blh dilakukan secara bersahaja adalah dgn mengurut. Bkn setakat memberi keselesaaan malah mampu membangkitkan keghairahan kpd pasangan

ketahuilah bhw waktu terbaik utk melakukan urutan adalah slps suami atau isteri pulang dr tempat kerja. Maklum sajalah, ketika itu mereka pasti keletihan. Dlm masa yg sama ia membawa pengertian bhw anda cukup mengambil berat perihal kesihatan dan keadaaan pasangan.

Tambahan pula hubungan asamara yg dilakukan slps berurut lebih menyeronokkan berbanding keadaan biasa. Lagipun bknnya lama mana pun kan... Hanya 30 minit ke satu jam sudah cukup memadai. Mahu cuba.. jom ikuti tip nie...

Urutan belakang bahu
Pasangan berbaring dlm posisi meniarap agar mudah utk mengurut di bhgan belakangnya. Tugas anda adalah dgn meletakkan tapak tgn di atas bahu pasangan dan urut perlahan2 sepanjang otot belakang membawa ke paha dan lutut.

Lakukan perkara sama berulang kali. Slps itu, gunakan jari telunjuk utk mengurut bhg wajahnya secara perlahan2 dan berikan lebih tumpuan di bahagian tepi telinga. Sambil2 tu, susulkan dgn hembusan nafas berahi anda bg menyatakan perasaan cinta anda.

Urutan kaki
Bahagian kaki jgn dilupakan. Urut dgn perlahan2 dan lembut bg membangkitkan perasaan ghairah. Caranya mudah shj. Masukkan jari telunjuk setiap jari kaki dan menarik keluar secara lurus. Gunakan minyak urut yg menenangkan setiap kali tangan anda menyentuh tubuhnya.

Susuli dengan sedikit cakaran
Slps itu susulkan dgn sedikit cakaran ringkas yg manja dan tidak menyakitkan. Dlm keadaan yg relaks, cakaran itu lebih terasa spt mengeletek. Tambahkan sedikit tekanan bg menyemarakkan perasaan berahi pasangan. Sebolehnya gunakan smua jari dgn gerakan boleh ubah berbentuk pola bulatan, kipas, lurus dan berpusing.

Pakaian urutan bantu naikkan seksualiti
Masih dalam posisi yg sama tetapi kali ni gunakan tapak tangan secara silih berganti. Pastikan tangan anda sentiasa menyentuh bhg belakangnya. Dgn bantuan minyak dan losen, tekan tapak tangan anda dari lengan hingga ke bahunya. Selepas itu, tukar pula dr belakang membawa ke punggung dan belakang pahanya. Berikan lebih tumpuan dibhg tersebut bg menarik keghairahannya. Sekiranya anda mengurut suami maka carilah pakaian yang ‘menjolok’ mata. Mungkin dr material satin atau sedikit jarang kerana ia adalah strategi menggoda yang pasti berjaya. Tapi pastikan anak2 dh tidur, bg yg ada anak la… kalu tk ada boleh ler pkai baju tidur tnpa pakaian dlm… biar seksi nmpk susuk tubuh anda… mmg mujarab tuk pancing nafsu suami… cubalah…
   
Sentuhan urutan erotis dipaha
Bhg paha amat sensitive pd sentuhan. Lebih2 lagi sentuhan yg erotis dgn suasana yg menenangkan. Mulakan aktiviti urutan dgn minyak yg dilumur di telapak tgn anda. Letakkan tgn anda ke bhg dlm paha (berhampiran kepala lutut) dan lakukan sapuan silih berganti di bhgan yg sama. Awali urutan dgn tekanan yg lembut pd tempoh yg teratur. Halakan urutan ke bahagian punggung dan sekitarnya.

Kepala dan kaki
Penutup urutan adlh dgn menggunakan kesemua hujung jari. Urut  perlahan2 tubuh pasangan bermula dr bhg kepala hgg kaki. Selesai mengurut maka terpulanglah kpd anda dan pasangan utk lanjutkan ke ‘aktiviti’ seterunya. Mgk masih perlukan sedikit belaian atau kucupan pemanasan maka teruskanlah. Lagipun selepas berurut bdn jd lebih bertenaga. Sudah tentu hubungan kelamin lebih bermakna dan menyeronokkan dari biasa.

Selamat ‘bercanda mesra’ mlm nie yea… malam jumaat kan.. huhuhuhu

Gelak Sakan : Rahsia Bola Hitam dan Putih

Rahsia bola hitam & putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia Tak ada basikal...apa tuan tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal yang macam mana dan si anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..."

Hek eleh takkan macamtu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola itam dan putih?"


"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je."

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je. maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya membelikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. "anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat Papa?. No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak.. Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan papa?"

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya main permainan lain- main roller blade. musim rollerblade melanda kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman. Keesokkan harinya, dalam bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa. Nota tersebut berbunyi: "Papa, Kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakannya."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu. Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola putih tu, si anak tidak lagi mendesak bapanya.. Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa.. "trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dengan bas, member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.

Suatu hari, ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dengan motor Harley Davidson color biru laut. Si bapa menjadi sangat malu.
Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya.
Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya! Maka ditawarkan Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak tawaran ayahnya dengan alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh berbincang.

Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola hitam dan bola putih semestinya!!.

Tetapi si bapa masih kesal...
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam & bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam & bola putih..

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor je.

Sehingga aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik motoooooor jeeeee..

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam bola putih. Tak faham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn bapanya. So, selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpd si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam bola putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2 tu..huh..sampai awek anak aku pun tanya...bila si bapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yang di tanya?. Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagii..., fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anakmya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit bukau menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah, anak muda kan , ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospital.."macammana doktor, anak saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan.
Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya... Dia teringat kembali persoalan yang selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam bola putih"


"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk... sehingga kamu sering kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yang baik."

Anaknya menjawab dalam keadaan lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

 

(anda semua pun ingin tahu kan...?)
 






Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba....



"sebabnya ....saya.. saya... saya...."



*Aaahh* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitau bapanya tentang rahsia bola hitam & bola putih...
 
 


MACAM MANA ENDING CERITA NI??
 
 


Kalau si bapa yang hidup bertahun-tahun bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku yang cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape...
 
 


Isk!Isk! Isk! Buat penat je baca.......Rasa nak hempuk je orang yang mula-mula forwardkan cerita ni...

hahahahahahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, October 17, 2012

Today is Wednesday!!!!!



Salam...apa khabar my readers.... lama bebenor mama tk menulis disini...
agak sibuk sket...tp masih sempat ler tgk dan baca gosip2 terbaru kan....
antaranya ialah.....

Gambar: Farid Kamil Dan Diana Danielle Di Sekitar Tayangan Perdana PE3
Farid Kamil & Diana Danille nk bernikah 3 Nov 2012... Tahniah ler... mereka bertunang pada september lepas.. ingatkan 2 tahun nk bertunang.. tup2 dh kata nk kawin plak dh.. elok ler tu perkara baik cepat2 lah disatukan... menangis syaitan bila melihat manusia membuat masjid (berumahtangga)... maka perkara tk elok dpt dielakkan... dh kawin senang ler kalu nk wat fotografi kan.. leh ler peluk2 pegang2 ker sbb dh sahkan.. hehehehe
Paling menarik lagi baju yg akan digayakan pd hari bersejarah mereka adlah rekaan mereka sendiri... tumbs up ler..... caya la beb.... i likeeeeeee
----------------------------

Nie lg menarik nie....Hans Issacs mengaku berkawan serius dgn Neelofa, tapi Neolafa berdiam diri dan akui tertekan dgn kenyataan Hans tu... apa citer nie? tkkan takut peminat lari kut bila mengaku bercinta... tak aihhhh kalu ada peminat yg lari maka depa tu bkn peminat u ler.... patutnya sebagai peminat tegar kenalah menyokong dan gembira dgn perkhabaran tu.. wat apa plak nk tertekan2 nie.. tak sesuai ler...  huhu
-----------------------------------------------------
Sekarang nie setiap pagi malah setiap malam kut mama asyik dengar lagu yg sempoi tp sedap didgr... mula2 tu menyampah gak dgr sbb penyanyi nie cam nyanyi syok sendiri. suara tk ler sedap sgt... biasa ajer ler... cuma dh kerap sgt dgr mama jd suka plak.. bila dihayati liriknya lagi ler mama terpikat... ahakss...

nie mama kepilkan lirik lagu nya... jom kita nyanyi sama2.. huhu

Sayang - Shae
Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

oklah..sampai disini shj dulu yea... nanti mama sambung citer lg... adios...

Friday, October 5, 2012

Hujung Minggu- Long journey KL-KEDAH-KL

Salam..
Fuhhh lamanya mama tk update blog nie... hampir sebulan yea... maaflah sibuk sket la... tk berpeluang nk menaip pjg2 nie... lagipun mama dlm proses mengemas dan packing brg2 tuk pindah rumah... bkn ruma baru yea.. tp rumah sewa plak... skang nie mama duk umah sendiri, tp disebabkan thn dpn anak sulung mama si Nadim akan bersekolah darjah 1, mama kena cari skolah yg dekat dgn umah parents mama or in-laws.... sbb kalu duk umah skang nie mama kena kuar awal2 kalu nk antar skolah kt umah mak mama...so akhirnya kami dpt sewa umah kt area in-law... itupun umah sewa in-law sblm nie..in law pindah duk umah baru.. umah sendirila katanya....

pjg lebar plak mukadimah mama nie... jom straitgh to the point... esok mama n my lovely family akan pie outstation... jauh gak ler... nun ker Alor Setar, Kedah.. nk tgk mak sedara hubby yg sakit masuk spital... mula2 tu malas gak nk pie ler.. biarkan hubby mama pie sorang naik ketapi.. tp tk sampai hati plak nk biarkan dia pie sorang... tkperlah mama offer diri ikut skali... so drive ler kan... sian gak kt hubby kena drive jauh esok nie..tp mama plan nk minta drive ler masa kt highway ler... maklum ler dh lama tk bwk keta.. nama jer ada lesen, tp pegang stereng keta pun jarang bangat... so kalu dpt bwk esok kt highway.. cantik ler kan.. muhaaaa

so nampaknya mlm nie mama kena settlekan semua keje rumah... basuh baju, mengemas rumah, lipat baju dan gosok baju sket tuk persedian keje hari isnin nanti... manalah tahu balik dr Kedah, penat dn tk larat nk wat tu semua, mau mama amek mc ari isnin tu... opssss ahaksss.. tp tk leh gak sbb nadim ada exam semester ke-2 ari isnin tu.. nak tk nk kena bgn awal tuk antar dia ke sekolah ler... huhu

oklah.. jam pun dh hampir ker pukul 5.30pm.. masa untuk mama pulang.. mama tk catwalk arinie... tggu hubby dtg sini jer.. lgpun brg byk gak nie... tk larat plak nk carry ker sana...

so jumpa lagi di lain masa... doakan perjalanan mama dan family selamat tiba di Kedah dan selamat pulang ke KL nanti yea... selamat berhujung minggu....

adios...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!