Friday, August 18, 2017

Tip :Kekuatan AsmaulHusna- Good Luck Student UPSR

Assalammualaikum dan salam Hari Jumaat.. penghulu segala hari… Alhamdullilah mama masih diberikan peluang untuk hidupdan menikmati hari2 yang indah di pagi Jumaat nie… walaupun ada rasa letih dan mengantuk sbb malam tadi ada opismate mama pesan buat rendang ayam dan nasi impit. Last minit order nie.. sib baik ler malam tadi ada pasar malam… so boleh ler mama buatkan utknya yg dah lama sangat teringin dengan rendang ayam mama tu… harap2 sedap ler lg kali nie… hehehehe

Ok.. mama bukan nk citer pasal tu yea… tapi pasal exam UPSR yang bakal diduduki oleh murid2 tahun 6. Tentu para ibubapa yg mempunyai anak yg akan mendudui peperiksaan ini berdebar-debar dan tak senang duduk sbb memeikirkan anak2 nak periksa UPSR tu kan…

Mama belum lagi la nk lalui nya.. tahun depan mama pun mgk salah seorg yg akan risau gak nanti. Tapi mama masih gak risau skang nie sbb anak mama akan ambil exam UPKK tuk skolah agama. Alhamdullilah.. mama yakin yg anak mama Nadim boleh menjawab dengan tenang dan sabar. Mama bkn mahu nk cemerlang dalam exam tu cukuplah sekadar dia peroleh keputusan yang baik. Mama tak stress pun pasal periksa2 sekolah rendah nie sangat sbb yang pasti mereka akan naik juga sekolah menengah kan… bezanya samada boleh pergi asrama penuh or tak jer. Mama dan hubby tak mahu antar anak pie boarding school sbb risau gejala2 tak sihat di asrama seperti buli nie. Biarlah anak2 mama membesar dan belajar depan mata mama jer… ada parents yg berlumba2 nak anak diorg masuk asrama lepas tu tekankan anak2 supaya dpt result yang bagus tuk depa masukkan sekolah asrama penuh yang bagus2. Mama tak camtu ler… masuk sekolah biasa pun ok jer. Pokok pangkalnya anak kita , kalu pandai belajar kt mana pun tetap pandai, kalu kurang cerdik tu kalau sekolah kat sklh yg cermerlang terbilang dan gemilang sekalipun belum tetntu berjaya kan.

Bukan nk kata anak2 org lain, tapi dr pemerhatian mama la, anak2 mama nie boleh jer belajar di skolah kebangsaan biasa…. Ok jer… baru darjah 6 pun kenapa nak stress dan beria-ia sangat nk push anak kita belajar teruk2 tuk dapat keputusan cemerlang? Mama kasi pelepasan pd anak2 mama. Ada masa baca buku dan buat latihan, ada masa tengok tv dan ada masa tuk main2 gak…tak ler asyik baca buku jer, tepu plak otak depa nanti.. heheheh

Oklah malas nk pjg lebar menaip nie… nie pun mama curi2 menulis kat opis nie.. sementara keja tk byk.. mama nak kongsikan tip dan zikir yang boleh menenangkan anak2 kita menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Ibu bapa dan anak2 boeh amalkan. Kita berusaha dan bertawakal kepada Allah, semuanya dengan keizinan dan kehendak Allah. Aminnnnn

Jom kita amlalkan Asmaul Husna.. 

Kekuatan Asmaul husna. 

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x

Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi. Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi skolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..


Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Mama yg Vogue... hahahah
Saslina Sweetmama... :-)

Friday, August 11, 2017

Petua : TEKNIK MENGHINDAR GANGGUAN JIN DAN SYAITAN

Salam Jumaat uolss.... Mama nie dah mula mengantuk la… tak tahu nk wat apa… bayangkanlah tengok pc dan menaip pun boleh tersenguk jap… mata mmg berat sangat nk buka.. agaknya setan bergayut kut kat kelopak mata nie sbb nk suh tido… Nak menaip nie pun mama gagahkan diri gak.. sampai satu tahap boleh menaip dengan mata tertutup tau… kahkahkah… almaklum ler dah boleh hafal keyboard tu…

Ok nie mama nk share untuk pengetahuan kita semua dan juga istimewa tuk mama sendiri.. hehehehe

46 teknik hindar gangguan jin/syaitan laknatullah.

1. Jgn sidai baju dlm bilik air. Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai,kita yg kena. 

2. Jgn biar baju di sidai di luar berembum.Biarkan di luar,esok basuh balik br jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dlm rumah. Ambik sblm maghrib. 

3. Jgn biar nasi berterabur di lantai. Jin akan makan. Seolah2 menjemput masuk dlm umah,hbs makan malam bersihkan.

4. Jgn buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang2 yg terbuka.

5. Bykkn bersedekah utk hindar penyakit...termasuk penyakit hati,hasad dengki. 

9. Jgn kencing berdiri. Jin / syaitan yg disambar petir yg cacat akan sihat semula bila kena air kencing org berdiri. 

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambik taik dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup. 

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dgn sudu dan bc bismillah... kalau tutup penuh lg bagus. Setan akan berak kencing dlm makanan terbuka lama.

12. Jgn makan mknn yg terbuka lama.

13. Jgn tido kaki mngadap ke kiblat. Tido mengiring ke kanan, bdn muka hala ke arah kiblat...
sihir mudah masuk kalau tido kaki mengadap ke kiblat. Masuk melalui kaki. 

14. Jgn gantung gambar bernyawa dlm rumah.

15. Jgn pamerkan patung kecuali mainan anak. 

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Utk dptkan aura tawaf. Ada satu kes, gantung jam tawaf dlm umah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

18. Basuh pad wanita sebelum buang dlm tong sampah. Kalau tidak, jin suka makan darah. 

19 Jgn makan/minum dgn tangan kiri.

20. Basuh pinggan makan slps makan malam.

21 Sediakan semburan air yg telah di ruqyahkan utk persiapan. Kalau apa2 spray je.

22. Solat jemaah dlm keluarga at least 3x seminggu.

23. . Masuk rumah bg salam, Nauzubillah, bismillah, masuk kaki kanan.

24 Jgn tido antara asar dan maghrib.Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.                                                                             

25Peluk isteri suami setiap bgn pagi. 

26. Peluk dan cium anak bila pergi sekolah. 

27 Tiupkan al fatihah di ubun2 anak2 ms tido dan niatkan . 

28. Genggam beras. Selawat 3x, al fatihah 1x, kacau ikut tawaf ms nk masak nasi. Niat. Utk kebahgiaan.

29Jgn makan organ dalaman binatang. Cth hati. 

30 Letak ais pd pipi sekali sekala. Zon himunisasi. 

31. Mandi ais sekali skala. Mandi sebelah malam. Utk keluarkan haba panas dlm badan dan kebaikan organ dalaman.

32 Mandi garam pg dan petang.

33Pakai minyak kasturi kijang gold sebelum tidur 1 keluarga, jin tak suka wangi2an.

34. Digalakkan berhubungan dgn suami/isteri 3x seminggu.

35 Dilarang berhubungan dgn isteri/suami dlm tandas.

36. Amalan zikir asma ul husna.

37 Sedekah selepas subuh. Utk income byk, banyakkan bersedekah. Zakat dulu di awal bulan. 

38. Makan kurma 1 hari 1 biji

39.Makan garam bukit setiap pg. Garam utk neutralkan asid dlm bdn.

40. Baca doa utk lembutkan hati suami isteri... Tiup kat ubun dan telinga dia.

41. Bc surah al falaq 11x sblm tido, 3 kali ayat qursi.

42. Bc bismillah 5, 3x sblm makan. Bismillahillazi...terlindung dr santau.

43 Selawat nabi 3x pd nabi sulaiman ketika nk ambik daun waktu malam.

44. Psg lampu ketika tggl rumah,Kgn biar gelap. 

45. Pagar rumah 3x sebulan.Pakai garam.

46. Segalanya serah pd Allah taala.. Tawakal pd dia...berdoa setiap pg waktu subuh.


SHARE dan peringatan pada kita semua.

Thursday, August 10, 2017

ISU MERUANG

Hi uolls.. selamt petang.. dh minum petang? Mama baru jer makan Donut Big Apple opismate bagi.. rezeki hari ini.. hehehehe...

Mama rasa terpanggil tuk komen pasal #isumeruang ...Kecoh sejak ada sorg Doctor Wanita malas nk mention nama yg mengatakan memasukkan jari ke dlm miss Vagina kita bahaya akan membawa kanser la apa la.. mama  panggil proses Meruang... mmg jd amalan mama... hehehe

Nk promote gak produk JSD yg blh digunakan tuk mencuci miss  bunga kita..  iaitu JSD feminine wash rm68.. blh juga beli dgn mama.... whatsapp  0122671716 😂😂😂

Nk share nie.. copy paste jer.. huhuhu
Mlm td muzakarah dgn suami bab bersuci dari hadas besar.. 

Sy : abg, klu nk mandi hadas besar kerana junub, kne korek keluar sisa air mani kat dlm tu kan? Nk tau, korek tu sunat ke wajib? Pastu korek tu kne guna jari atau boleh guna apa2 je selain jari?

Suami : yg penting bersihkan bahagian dlm tu, x kira mcm mana cara pun.. guna jari tu khaifiyat dia je, yg wajibnya bersihkan. Mandi wajib ni sama dgn mandi jenazah, bukan mandi sbb junub je.. sbb haid pun sama la. wajib korek keluar segala kotoran dalaman setiap rongga yg terbuka.

Sy : dlm kitab apa yg ada sebut pasal ni?

Suami : semua kitab feqah ada.. 

Sy : ada hadis x bgtau mcm tu?

Suami : bukan semua menda ada dlm hadis, benda ni ulama' dh kaji masaalah ni semua. Banyak perkara lg yg nabi x sebut dlm hadis, xpayah tanya la hadis mana, kitab mana tu semua.. mcm wahabi,.. bila kita dh bgtau semua tu bukan nya dia nk pergi cari ke apa, mmg saja nk menguji.. klu kita tipu pun dia bukan tau, sebut je hadis riwayat sekian2, dia percaya je.. sbb dia bodoh.

Sy : hahahahaha.. saje tanya.. sbb ramai sgt org bahas bab ni, ada yg kata x boleh korek la apa bagai nnt kne kanser, jangkitan kuman la mcm2..

Suami : habis tu dia bersihkan mcm mana? Bersihkan tu wajib, x bersih x sah mandi wajib. Solat dlm keadaan berhadas.. 

Sy : tu la.. xtau nk terangkan mcm mana.. haha..

* tiba2 teringat masa belajar dlu.. lepas ustz bahas bab ni ada lah beberapa pelajar yg x faham kemudian tanya soalan kat ustz...

Pelajar : Ustz, mmg kne gunakan jari ke? X boleh ke guna menda lain selain jari?

Ustz : jari tu salah 1 cara kita nk mudah bersihkan, klu kamu rasa ada menda lain boleh guna buat bersihkan silakan la guna menda lain, penyapu ke penyodok ke, terpulang lah..
Lg 1, ini utk wanita yg dh berkahwin sahaja, yg belum berkahwin x perlu.. jangan kamu cuba2 pulak.

P/s: suami sy, ustz sy n pengarang2 kitab tu semua bukan penjual jamu atau feminin wash tau.. nnt ada pulak yg kata "ust tu mengajar mcm tu semata2 nk lariskan jualan dia la tu.. no no no... mereka ajar semata2 menyampaikan ilmu yg ramai x tau, ilmu berkaitan sah/batal ibadah kita.. xde sedikit pun atas kepentingan peribadi masing2.
sy juga bukan penjual jamu tau.

*jd mana yg ckp meruang xde dlm islam tu anda silap.. mmg dlm kitab apa2 pun xde guna istilah meruang, perkataan meruang tu penggunaan bahasa dlm bidang perubatan tradisional melayu sahaja.. tp maksudnya masih sama. Sy pun baru je dgr perkataan ni..

#isuMeruang


Credit : Iffah Al-farafisya

Monday, August 7, 2017

JUNK FOOD, PARTY PACK & BIRTHDAY CELEBRATION - ZAFRIL

Assalammualaikum wbt dan selamat petang… tentu skang nie ramai yang matanya macam di cucuk dengan pen kan… mengantuk kan waktu2 gini.. almaklumlah lepas lunch hour mesti kita akan rasa mengantuk sebab terlebih makan kan.. ahaksssss

Sama ler dengan mama nie… rasa nak letak pencungkil gigi kat kelopak mata nie supaya terbuka… boleh ker kita tido dengan mata terbuka? Mesti best sbb bos ingat kita wat keje sebab mata asyik mengadap computer padahal mata jer memandang tp roh dia dh jauh melayang ke mana kan.. hehehehe

Ok.. mama tak nk meleret pjg2 sgt mukadimah nie… kali nie mama nk cerita pasal seorg wanita ini yang mengatakan anak-anaknya tk dikenal jajan(junk food). Yang paling best tu anak dia ingat junk food tu adalah toys..siap pijak2 jer kalu ada kat rumahnya…

Bagi mama ada positif dan negatifnya perkara nie. Macam mama pun mmg tak mengalakkan anak2 mama makan junk food tapi sekali sekala mama kasi reward dia bolah makan pada hari tertentu seperti birthday dia. Macam skang nie ramai kaum2 ibu menyambut birthday anak2 mereka di sekolah. Di bekalkan kek sebiji serta party pack skali. As usual dlm party pack tu mmg ada makanan junk food spt gula2, coklat dan keropok2.

Anak2 mama mmg tahu yang diorg tk dibenarkan makan jajan tu. Setiap kali depa dapat depa bawak balik kasi kat mama. Tp mama akan kasi depa makan satu gula2 ker sbb masa nie jer depa dpt makan sbb kalu nk mama or papa belikan mmg tak adala. Dan depa tahu sbb kalu makan terlebih byk sgt manis depa akan allergic dan asma akan menyerang depa. Lebih2 lagi product yang berasaskan blackcurrant. Yg si abg Nadim masa dia kecik2 mmg dia ikut tp dh besar nie cam liat sket nak dgr. Yg si adik Zafril mmg dia akan bwk balik party pack camner dia dapat. Tk usik pun langsung dalamnya. Cam mama kata tadi mama akan kasi depa satu dua tuk mkn dan selebihnya mama akan bawak pie opis then jamu kwn2 opis… ahakksss tak ada buang ke tong sampah… tak baik reseki orang nk share dengan kita tapi kita plak buang ke tong sampah.. hargailah reseki tu.. kalu rasa tak nak pun kasi jer pd org lain yg suka mkn tu.. Depa mkn pun gula2 jer. Coklat langsung depa tk blh makan. Cepat asma dia sampai.

Dek kerana ramai sangat rakan kelas si Zafril potong keke di sekolah maka dia pun nak juga potong kek di sekolah. Masa abgnys si Nadim tk pernah plak abg nya minta begitu. Tapi si Zafril hari2 mengingatkan mama kata birthday dia nk smpai dah adik nak potong kek kat sekolah dan ada party pack. Mula2 mama mmg malas nk layan.. dah habis hari2 dia Tanya walaupun birthday dial g sebulan tau.. hari2 dia cakap nk potong di sekolah sehinggalah malam sebelum hari Lahirnya… yang bestnya dia terus cakap “adik nak kek dan party pack esok pg yea mama” yang mama dengan buat muka selamba kata bila masa plak mama nk beli kek.. terus berubah muka dia muram. Tapi mama tak ler sekejam gitu kan…

Malam tu selepas dia tido mama dgn mata dh ngantuk sgt tu gagahkan diri buat party pack tuk Zafril kasi kwn2 sklhnya.ada dlm 37org rakan2 kelasanya. Kek mama dah beli di kedai Pistachio dan akan amek pagi esok. Keesokkan harinya dia nk pi sekolah dia Tanya lagi, mama keje ker harini? Mama tanyalah kenapa? Adik nak potong kek… mama datanglah sekolah… mama diamkan ajer… Nampak mukanya sedih.. hehehe

So akhirnya mama pun pergilah ke sklhnya dengan sebiji kek dan party pack. Mama sampai jerk at kelas dia, senyum lebar terpancar di wajahnya. Suka sgt bila kawan2 kata selamat hari lahir tuk Zafril… Masa nie cikgu kelasnya tak ada sbb ada mesyuarat.. so mama pun mulakan la sbb budak2 nie semua tak sabar nak makan kek tu.  Yang bestnya Zafril kata tkyah pasang2 lilin.. kek jer… bila kwn2 dah nyanyi lahu birtjhday dia pun dengan muka senyum manis potong kek. Mama pun past party pack pd kawan2nya. Sempat dia Tanya mama bila mama buat nie semua. Mama senyum jer… akhirnya tercapai sudah impian Zafril nak potong kek di sekolah.


Jom layan gambar sekitar majlis hari Lahir Zafril di sekolah.. 







ok byeee....





Friday, August 4, 2017

SETAHUN MENGHILANG...

04082017- Jumaat

Assalammualaikum dan selamat pagi... Alhamdullilah harini mama berkesempatan menulis lagi...lama sungguh mama tak singgah sini... nak katakan busy di office tak ler busy mana pun... tapimungkin sejak umur sudah menjelang senja ni (kahkahkah) kemalasan menulis tu dtg tiba2. Sekarang nie pun mama bangun awal pagi seawal jam 4am tuk sediakan makanan untuk hubby mama yang sedang bercuti sakit. Alahhh sekadar masak bubur nasi campur2 dgn ssayuran jer... then sediakan bekalan tuk anak2 mama... 

Tak ada sangat mama nk kongsikan disini untuk harini cuma nak singah blog nie yang siudah lama berkarat dan tak ada cerita menarik untuk mama kongsikan.

Oh yea... Mama nak beritahu yang mama dah pindah officr dr MBC ke MCIMB KL Sentral. Mama suka sangat pindah sini sebab mama tak perlu tukar train. Terus jer dari Station Sri Rampai ke KL Sentral. Sebelum pindah sini ramai kwn2 mama di MBC kata kat KL Sentral susah makan la nak shopping pun susah sbb dulu masa di MBC mama suka sangat pie SOGO beli barang2 dapur di situ. Sekarang di KL Sentral mmg tak ada supermarket macam SOGO tapi di NU Sentral ada SAM Groseries. Harga ada yang murah ada yang mahal. Ikut hati la… Setakat harini mama selalu juga pergi Mid Valley sebab GRAB ada promotion tuk staff CIMB. Pergi balik dr Menara CIMB ke Mid Valley ada diskaun RM7.. so sah2 mama naik free.. hehehehe

Tenghari ni mama tak pasti mahu kemana. Mata mengantuk sangat ni.. nak berjalan or nak menelangkupkan kepala di atas meja jer (tido ler)….. Cadangan nak pergi Lulu Hypermarket or Aeon Big di Mid Valley. Maklum ler esok kan dah weekend. Kena ler ada main masak2.

Sejak hubby mama kurang sihat ni, weekend kami tak pergi mana2. Duduk rumah habiskan masa tengok TV jer. Kadang2 kesian juga dengan anak2 sebab lama sangat tk bawa diorang berjalan2 di shopping mall. Sejak Melawati Mall dah buka, kami belum berkesempatan untuk pergi. Anak2 asyik cerita kawan sekolah depa dah pergi Melawati Mall dan seperti hint2 kat mamanya bila mahu bawa mereka masuk sana. I boleh jer bawak mereka sebab tak jauh pun, jalan kaki pun boleh tapi tak sampai hati nak tinggalkan hubby sorang2 dirumah. Mama asyik pesan kat anak2 doakan papanya sihat mcm dulu supaya boleh bawak kita semua jalan2.

Alhamdullilah anak2 memahami sirusi kami ni. Diorang pun duduk rumah enjoy tengok TV dengan papanya..

Oklah dh panjang sangat nie mama menulis… esok lusa mama sambung lg yea…

Happy weekend uolsss….

Love till Jannah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!