Friday, August 4, 2017

SETAHUN MENGHILANG...

04082017- Jumaat

Assalammualaikum dan selamat pagi... Alhamdullilah harini mama berkesempatan menulis lagi...lama sungguh mama tak singgah sini... nak katakan busy di office tak ler busy mana pun... tapimungkin sejak umur sudah menjelang senja ni (kahkahkah) kemalasan menulis tu dtg tiba2. Sekarang nie pun mama bangun awal pagi seawal jam 4am tuk sediakan makanan untuk hubby mama yang sedang bercuti sakit. Alahhh sekadar masak bubur nasi campur2 dgn ssayuran jer... then sediakan bekalan tuk anak2 mama... 

Tak ada sangat mama nk kongsikan disini untuk harini cuma nak singah blog nie yang siudah lama berkarat dan tak ada cerita menarik untuk mama kongsikan.

Oh yea... Mama nak beritahu yang mama dah pindah officr dr MBC ke MCIMB KL Sentral. Mama suka sangat pindah sini sebab mama tak perlu tukar train. Terus jer dari Station Sri Rampai ke KL Sentral. Sebelum pindah sini ramai kwn2 mama di MBC kata kat KL Sentral susah makan la nak shopping pun susah sbb dulu masa di MBC mama suka sangat pie SOGO beli barang2 dapur di situ. Sekarang di KL Sentral mmg tak ada supermarket macam SOGO tapi di NU Sentral ada SAM Groseries. Harga ada yang murah ada yang mahal. Ikut hati la… Setakat harini mama selalu juga pergi Mid Valley sebab GRAB ada promotion tuk staff CIMB. Pergi balik dr Menara CIMB ke Mid Valley ada diskaun RM7.. so sah2 mama naik free.. hehehehe

Tenghari ni mama tak pasti mahu kemana. Mata mengantuk sangat ni.. nak berjalan or nak menelangkupkan kepala di atas meja jer (tido ler)….. Cadangan nak pergi Lulu Hypermarket or Aeon Big di Mid Valley. Maklum ler esok kan dah weekend. Kena ler ada main masak2.

Sejak hubby mama kurang sihat ni, weekend kami tak pergi mana2. Duduk rumah habiskan masa tengok TV jer. Kadang2 kesian juga dengan anak2 sebab lama sangat tk bawa diorang berjalan2 di shopping mall. Sejak Melawati Mall dah buka, kami belum berkesempatan untuk pergi. Anak2 asyik cerita kawan sekolah depa dah pergi Melawati Mall dan seperti hint2 kat mamanya bila mahu bawa mereka masuk sana. I boleh jer bawak mereka sebab tak jauh pun, jalan kaki pun boleh tapi tak sampai hati nak tinggalkan hubby sorang2 dirumah. Mama asyik pesan kat anak2 doakan papanya sihat mcm dulu supaya boleh bawak kita semua jalan2.

Alhamdullilah anak2 memahami sirusi kami ni. Diorang pun duduk rumah enjoy tengok TV dengan papanya..

Oklah dh panjang sangat nie mama menulis… esok lusa mama sambung lg yea…

Happy weekend uolsss….

Love till Jannah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!