Friday, July 10, 2020

Sesi Fotografi Adikku

Assalammualaikum wbt... 

Hi uollssssss.... Apa khabar? Lama tk bersua muka kan.. hahahaha
Kali ni mama nak cerita short vacation dgn family mama. Actually mama and family nak pergi rumah besan mak mama iaitu family adik ipar mama yang baru diijabkabulkan masa bulan Ramadhan baru2 nie. Oleh kerana masalah pandemic Covic19 tu, sebarang majlis tidak dapat diadakan. Hanya ijab kabul je buat di pejabat kadi je.

So disebabkan khidmat photographer telah diambil untuk 3 sesi iaitu nikah dan sanding di pihak perempuan dan lelaki, maka adik mama decide untuk sesi fotografi nikah dibuat mggu lepas 4hb July.

Mama dan family bertolak hari Jumaat lagi. Malas nk gerak hari sabtu 4hb tu... sbb takmau sampai lambat untuk sesi bergambar tu, lgpun tak tau trafic camner kn,,, since budak masih cuti, mam decide nk pie hari Jumaat. Mama amek cuti le.

Family adik ipar mama tu tinggal di Felda Chini. Kebetulan tarikh tu ialah hari mengundi Pilihanraya Kecil. Sibuk gak la tempat tu sket. Mama dan family sewa homestay kat Gambang Permai. Rumah teres setingkat yang berdekatan dengan Bukit Gambang Resort. 

Rumah tu ada 3 bilik dgn katil queen semua bilik. 2 bilik ada aircord dan 1 bilik kipas siling. Harga pun berpatutan sbb area tu senang nk makan sbb banyak gak restoran. Tak yah pikir nk masak2. Tapi kalu rajin nak masak ok je sbb rumah tu mmg dilengkapi semua peralatan masak. Kedai runcit pun dekat sgt kalau nak beli barang basah. 

Mama dgn family makan di restoran je mlm yang kasi sampai tu. Sedap gak masakan nya, cuma portion jr sikit tp kenalah harganya kan. hahaha

Hari Sabtu 4hb tu, kami pergi ke Felda Chini selepas zohor. Dalam pukul 2pm kami bertolak, Alhamdullilah jalan dr Gambang ke Felda Chini tak sesak pun. Dalam 45 minit sampai dah.  Kami dijamu dengan mee tomyam sementara menunggu penganti siap. hahahah bukan siap apa pun, cuma mereka lewat sket sbb photograper tu lewat sket sampai.

Sesi fotografi hanya ambil masa 1 jam je. Dalam pukul 6pm kami dah bertolak balik ke homestay di Gambang. Sampai homestay plan malam nk makan kat restoran semalam, tapi bila nampak ada pasar malam di depan perumahan tu, apa lagi mama pun amek peluang pergi pasar malam la. Kut kut ada yang boeh dimakan malam nanti. Senang kan makan di rumah je. huhu

Akhirnya ayah mama decide makan nasi kukus ayam berempah. Senang... budak2 mmg suka ayam kan.Lepas tu mama plak nampak petai besar2 matanya, apa lg mama belilah. Confirm berselera makan nasi kukus ayam berempah dgn berulam petai. hahahah

Oklah... dh panjang mama berceloteh nie. Nie mama share gmbr2 yg menarik yea.. huhu

















 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!