Friday, June 26, 2020

Musim Durian Jun 2020

Assalammualaikum...

Hai uolls.... apa khabar? Sekejap je dh hari Jumaat kan.... Mama masih work from home. Bila work from home (wfh) ni, mama ada banyak masa sbb sebelum ni mama kerja balik rumah dh sampai waktu malam. Mmg masa terhad. 

OK.. back to cerita yang mama nk ceritakan. MUSIM DURIAN kembali lagi. Memang setiap tahun mama akan balik kg di Lenggong, Perak untuk makan durian. Actually tu kampung arwah hubby mama. Tanah mak mertua. Hubungan mama dgn mertua mmg baik. Mertua ajak mama dan anak2 balik kampung untuk makan durian. mmg syok sbb kita sendiri yang kutip durian. Dusun durian tu agak besar gak la. Paling best ada sungai. Anak2 mama mmg suka kalu kata balik kg kutip durian, sbb bkn sbb nk kutip durian tp nak mandi sungai je. hahaha

Plan nak balik kg ni last minute. Mama balik dgn family mama. Ada parents, ada adik dan isterinya serta tk lupa anak2 mama dan anak saudara mama. Kami pie 2 buah kereta. Dari KL bertolak dah pukul 12pm. Sepanjang perjalanan tu kami lalui sekejap hujan sekejap panas, sekejap jam sekejap jalan laju je. Kami hanya singgah di RNR Tapah utk lunch. Lunch pun agak lambat la dalam kul 3pm. Lepas lunch dan solat kami meneruskan perjlnan. Sampai kawasan Lenggong lewat petang dah. Tak sempat nak singgah dusun tuk kutip durian dan nk kasi anak2 mandi sungai. Lagipun hujan so mama malaslah nk singgah. Terus balik ke rumah mertua mama. 

Mertua mama ada juga kutip durian dlm hujan2 tu. Banyak gak la. Mama dapat merasa durian tu fresh baru gugur tu. huhu..... 

Kesesokkan nya, pagi2 selepas subuh hahah taklah dalam kul 7am mama dh bersiap2 tuk pie dusun. Anak2 tak sabar nak mandi sungai. Pie satu keta je le. Sampai dusun anak2 terus nk pie mandi sungai. Bayangkan pagikan.. sejuk tu, depa nak mandi gak. Mama kasi jelah asalkan pandai jaga diri. Mama dgn adik dan isterinya pie le mencari durian yang baru gugur. Alhamdullilah banyak gak dapat durian baru2. Adik ipar mama suka sangat dgn durian. Banyak sungguh dia makan. Mama tak berapa sangat durian ni, bukan addict la sgt. Mama paling suka buah manggis, boleh hadap la 3 4 kilo sorang. hahaha

Mertua dan abg ipar mama ada dtg kendian, Mereka plan nak bakar ayam, ikan dan jagung manis. Mama ada gak tolong2. Kami tengahari dah bersiap2 nak balik, sempat la jamah ayam bakar tu. Anak2 dah puas mandi dr pagi smpi tengahari.  Oklah meh mama share gmbr2 disana....

Check it out!!!!















oklah.. till we meet again.. 😘😘😘😘😘😘













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!