Friday, April 25, 2014

Renungan : Isteri Lelaki itu

Seorang lelaki mempunyai 4 orang ISTERI

Isteri Pertama : tidak diberi perhatian
Isteri Kedua dan Ketiga : selalu di beri perhatian
Isteri ke empat : terlalu diberi perhatian dan kasih sayang

Ketika lelaki itu mahu meninggal, dia memanggil ke empat-empat isterinya.
‘mahukah kalian menemaniku di alam kubur?’

Isteri ke-4 : ‘sorry!sampai sini sahaja aku mengikutmu’


Isteri ke-2 dan ke-3 : ‘kami akan menemanimu tapi hanya sampai ke liang kubur sahaja’

Lelaki itu kecewa. Lalu ditanya pula pada isteri pertama. Isteri pertama menjawab :
‘aku akan menemanimu ke mana saja kamu pergi dan akan selalu mendampingimu’

Siapa isteri pertama hingga ke empat?

Isteri ke 4 - adalah harta dan kekayaan kita
Isteri ke 3 - teman-teman kita
Isteri ke 2 - keluarga kita

Isteri Pertama - merupakan AMALAN kita selama kita hidup di dunia

Thursday, April 24, 2014

Ilmu : Ayat Al-Kursi

KEDAHSYATAN AYAT KURSI

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

7.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 


Photo: KEDAHSYATAN AYAT KURSI

1. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak mencegah akan dia daripada masuk surga, kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

4.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6.Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

7.Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

8. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

9. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 

<3 Saya Sayang Suami Saya Selamanya <3

Tuesday, April 22, 2014

Sejoli : SAAT PALING BAHAGIA SUAMI ISTERI...

SAAT PALING BAHAGIA SUAMI ISTERI...
Seorang isteri bertanya kepada suaminya, “Apakah saat paling bahagia dalam hidup abang?”

Suaminya memandang muka isteri dan berkata, “Saat itu belum terjadi lagi..”

Si isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi, “Dan bila saat itu akan terjadi?”

Suaminya berkata : “Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, “Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh” di dalam rumah kita di syurga..”

Rasulullah s.a.w pernah berdoa :

“Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, ayat ke-6)

“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya.” (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)

Saturday, April 19, 2014

Bandung Trip 28hb - 30hb March 2014 - Day 2

Assalammualaikum n selamat petang.... Buat apa petang nie? Mama baru jer lepas menjemput Nadim balik dari belajar silat di sekolahnya.. beginilah rutin mama setiap hari sabtu... bagun seawal pagi... masak bekpes then masak lunch before 1pm.. sbb nk kasi nadim lunch culu sebelum pie silat...mask simple jer... hehehe

Ok.. mama nk sambung citer trip mama ke Bandung bln lepas... ishh tak sangka dh hampir sebulan yeamama balik bercuti di Bandung tempoh hari... betapa cepatnya masa berlalu kan... pejam celik pejam celik dh nk smpi hjg bulan April kan... Syukur Alhamdullilah mama masih diberikan peluang untuk menikmati kehidupan disamping insan2 yg mama sayang... 

29 Mac 2014
Pagi2 lg dh bangun dalam kul 4.30am.. sbb Subuh di Bandung dlm kul 4.38am... kirangya kat KL nie dalam kul 5.38am ler... Sure kt KL masih lena dibuai mimpi enak di waktu tu kan... lgpun kat sini kul 6am dh terang benderang... bekpes pun kul 6am hgga 10am... awal sghh... 

Kul 7.30 kami dah turun breakfast. Ada nasi goreng, nasi bubur, salad dan mcm2 lagi... Kami janji dgn supir kul 8.30 pagi amek kami di hotel.. so kami ada satu jam tuk duk relax minum2 dulu... 830am kami nampak supir sudah menanti kami di Lobby hotel. Destinasi kami pertama hari ini adalah nk pie Jalan Cihampelas atau lebih dikenali sbg Chiwalk. Sebelum tu kami kena pie money changer dulu nk tukar duit. Almaklum ler duit dh susut sbb shopping semlm kan... huhuhu Kami tukar tk byk sgt ler.. sorang dlm 1juta rupiah jer sorang. Jadilahhh kan ada lg lebih rupiah smlm punya lg... Cukup ler...

Kami sampai agak awal jugak di Chiwalk nie... Blum ada lg kedai yg dibuka. Kami pun jln2 ler dulu sepanjang Chiwalk tu... menunggu shoplot2 buka kan... Kebanyakkan kedai dibuka pada jam 9.30am. Ada juga kedai yg dh dibuka tp tkler byk pun. Mula2 kedai kami masuk kedai snak yg jual pelbagai kerepek, kekacang dan paling famous pisang goreng berperisa. Bermacam2 perisanya.. spt blueberry, cheese, coklat, pandan, mint dn mcm2 ler.. byk sgt ler.. kami pun memborong ler... harga pun tk ler mahal sgt... 250gram 20,000 rupiah. Byk gak kami beli.. smpi tk m uat tgn nk angkut.. muhaaaaa.

Lepas kami borong tu kami tgk byk kedai yg dah dibuka. Kt Chiwalk nie kedai baju mmg byk. Kami shopping pun giler byk... rambang mata dibuatnya.. semuanya murah2 bangat kan... sibbaik ler duit yg dibawa pun limited. Kalu byk berjuta2 rupiah mahu kami shopping smpi mlm disini.. heheheheheh

Bila dh puas bershopping, kami dh penat rasa kaki ni. Apalgi ka i pun cari restoran tuk menghilang penat kami serta tekak yg makin haus nie. Sementara tggu supir dtg amek, kami pun duk ler minum dulu. Masa tu baru kul 12 Tghari... 

Masa nie ler mama first time mencuba makanan korea iaitu Ramen Soba.. sedap bangat... rupanya soba nie cam maggi goreng kita jer.. tp sedap lg ler dr maggi kari kita tu.. muhaaaa... habis gak ler mama mkn sorang, kwn mama tu tk mau dh sbb masih kenyang sbb mkn sarapan bagi td kt hotel tu kannn.

Lps tu destinasi kami seterunya ialah nk pie tmpt Brgan kulit iaitu Jalan Cinbaduyut. Supir kami kata tmpt nie byk brg kulit yg murah2 spt beg tangan, kasut kulit dan tali pinggang. semuanya dibuat dari kulit. Nk pie sini Ya Allah... jalan jammed bangattttt... nk smpi amek masa smpi 1 jam.. padahal cuma nblh smpi dlm 20 minit jer.. tp disebabkan jalan jammed, kami smpi lambat.. sempat ler kami terlena dlm keta. Lebih2 lagi hujan spjg perjalanan kami dr Chihampelas ke Cinbaduyut.

Smpi di Cinbaduyut kami pun jalan gak ler spjg jalan tu dlm hujan yg renyai2...tk beli apapun.. sbb mmg tk ada hati nk beli bag2 nie... cuma mam sempat sambar seliper jer.. sbb kasut mama dh koyak.. huhuh murah jer seliper tu dlm 25000 rupiah. 

Destinasi kami yg terakhir pada hari ini ialah Trans Studiao/TransMall. Kami tk ler masuk transtudio cuma sajer jer nk pie sini. So kami just jln2 kat dalam TransMall jer... ramai bangat org dlm mall nie... Kiranya inilah Mall yg terbesar dan cantik ler di Bandung nie. Byk shoplot yg berjenama... kami hanya jalan2 jer. Lepas tu ternampak plak pusat karaoke kan... apa lg mama pun ajak ler kwn mama koraoke jer.. kami cuma amek satu jam jer.. sekadar mahu melepaskan gian kami berdua. Apalagi lagu Indonesia mmg banyaksgt er.. kami nyanyi lagu indon jer ler... 

Dalam kul  6.30pm... kami pun balik dr TransMall. Masa nie dh gelap dh kiranya dh waktu maghrib. Sepanjang kami di Bandung kami jamak jer solat kami.  Dr TransMall kami nk makan mlm plak. Masa nie pun  masih hujan gak. Lebat gak ler. Mlm nie kami mkn nasi padang. Supir bwk kami kedai nasi Padang yg popular di sini. Mama lupa ler apa nama restoran tu. huhu. Sedap gak lauknya... mama sepanjang berada di Bandung no diet yea... semua mama bedal.. hehehehe Kali nie dinner kami ajak skali supir mkn dgn kami. Almaklum ler nie malm terakhir kami disini. Esok kami dh nak balik ke KL.

Dalam kul 930am kami dh smpi hotel. Tamat ler perjalan kami hari nie. Esok kami masih ada lg stgh hari  tuk jln2 di Bandung sblm kami berangkat pulang ke kL. Destinasi esok adalah ke Kartika Sari dan juga outlet2 branded yg murah2. Oklah kita sambung lagi yea... tggu sambungan trip ini tuk hari terakhir kami di Bandung. Sebelum mama akhir coretan ini... jom layan foto2 hari kedua kami di  Bandung.

 
posing jap sblm breakfast

Menukar duit dulu 

Kedai KASIR, tmpyt jual pelbagai snek, kekacang dan kerepek

 
Kedai Superman

Apa nie yea?

Dragon Ball

Dgn Spiderman

Blh jg partner Ultraman tak?

Rambooooo

Mkn Ramen Soba.. sedap bangatttt


Di TransMall

Tk masuk TransStudio.. gambar jer ler...

Kt Malaysia tk bergambar... kt Bandung jer dpt..

karaoke dulu...

Song list yg sempat kami nyanyi..

Mkn nasi Padang

Nie ler Lauk Nasi Padang

ok.. jumpa lg di lain kali yea.. nanti mama sambung hari ketiga mama di Bandung...

adiossss......



Tuesday, April 15, 2014

Tip Rumahtangga


Tip jadi ibu bapa terbaik
===============

1. Mulakan hidup anak anda dengan panggilan yang baik.Nama yang kurang baik menyebabkan anak anda berasa malu dan rendah diri

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Pelukan mampu memberikan kekuatan IQ kepada anak anda.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang.

4. Berikan pujian apabila anak anda mendapat kejayaan dan tegas apabila anak anda melakukan kesalahan.

5. Jangan sesekali mengeluh semasa membesarkan / mendidik anak-anak.

6. Dengar celoteh dan cerita mereka kerana saat itu tidak mampu diulang.

7. Jangan bezakan kasih sayang antara anak-anak kerana boleh menyebabkan mereka membenci antara satu sama lain.


Photo: Tip jadi ibu bapa terbaik
===============

1. Mulakan hidup anak anda dengan panggilan yang baik.Nama yang kurang baik menyebabkan anak anda berasa malu dan rendah diri

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. Pelukan mampu memberikan kekuatan IQ kepada anak anda.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang.

4. Berikan pujian apabila anak anda mendapat kejayaan dan tegas apabila anak anda melakukan kesalahan.

5. Jangan sesekali mengeluh semasa membesarkan / mendidik anak-anak.

6. Dengar celoteh dan cerita mereka kerana saat itu tidak mampu diulang.

7. Jangan bezakan kasih sayang antara anak-anak kerana boleh menyebabkan mereka membenci antara satu sama lain.

....
<3 Saya Sayang Suami Saya Selamanya <3


Dua Sejoli

Photo: Setuju..!! <3

....
<3 Cinta Suami Isteri <3

Wednesday, April 9, 2014

Bandung Trip 28hb - 30hb March 2014

Assalamualaikum... 

lama sggh mama tak mengupdate blog nie... kebusyan melanda diriku ini... dan yang paling teruk laptop mama skrinnya rosak tk boleh nk view... niepun mama beli tv jer sbg monitor laptop mama.. giler kentang besarnya monitor mama nie.. jelas dan puashati ler melihat kat tv nie... ahakss.

So mama nk citer trip berjimba mama dgn kawan mama ke Bandung hjg bulan lepas.... mama pie berdua jer... plan agak lama gak ler.. rasanya tahun lepas bulan 11 ... mama sentiasa pantau ytiket murah Air Asia ke Bandung nie... tup2 dpt gak ler murah .. tk ler murah mana pun tapi agak berbaloi gak ler.. huhuhu

Nie first tima mama bercuti tanpa suami dan anak2... sblm nie mesti pie dgn depa semua.. tp disebabkan mama nk pie Bandung nie sbb nk shopping so hubby mama pun malas nk follow ler then dia pun bagi green light ler tuk mama pie bercuti bersama kwn opis mama...

Bayangkan kami berdua blum pernah jejak kaki ker Bandung nie... so kami nak selamat kami upah supir tuk bawa kami ke destinasi yg kami ingin pergi semasa di Bandung. So tak ler sesatkannn..

DAY 1 - 28Hb March 2014

Flight kami pagi kul 6.40am... so kul 3.30am mama dah kuar dr umah. Mama guna teksi ex-klik opis mama dulu.... lps tu pie ke rumah kwn mama plak. Lebih kurang 1jam perjalanan kami smpai di LCCT. Ingatkan tk dak org tapi mak aiiii baru kul 4.30am LCCT tu penuh dgn manusia... tk ler rasa ngantukkan tgk org ramai..

kami pun terus check in kan luggage kami. Beg kami ringan jer, bwk baju 2 helai jer kut... lps tu siap ada spare beg lagi.. kut2 tak cukup beg nk isi barang yang kami beli nanti... kelakarkannn kami sempat ler minum pagi di Boarding area tu... 

Kul 6.30am kami dh berada didalam flight. berdebar dan takut mula menguasai kami berdua... almaklum ler kes MH370 masih lagi segar diingatan nie. Tapi nk wat cemana kan, kalu dah ajal ditentukan begitu terima ler. So Alhamdullilah mama masih diberikan peluang tuk bernafas dibumi ini dan boleh berkongsi pengalaman mama disini kan... huhuhu

Perjalanas mengambil masa 2 jam 50minit. Actually kami tak terasa sgt pun perjalanan tu... mama tk ler tido tp kwn mama tido gak ler kan.... mama spt biasa mmg tk blh lelap mata kalu dlm  flight nie.. sbb perasaan takut dan gementar tu byk sgttt.. muhaaaa

Touch down di Bandung dalam kul 8.05pg waktu Bandung (Malaysia 9.05am) Indonesia nie lambat 1 jam dr Malaysia. Lps dh collect bag tu nk lepaskan kastam, bag mama kena check... uikkk apa ingat mama nie nk bwk brg terlarang ker.. siap angkat pakaian dalaman mama tu.. malu sehhhh.. mgk sbb mama nie first time pie overseas kut... tuk yg nk check bagai tu.. urghhhh

Lps tu kami menunggu supir. Mngharapkan supir memegang nama kwn mama. Sbb kwn mama yg booking supir nie. Rasa bangga plak bila nama dipegang oleh supir kan.. muhaaaa.. tggu punya tggu.. tak muncul2 supir nie.... depat stgh jam gak ler kami menanti.. skali tgk supir yg datang alamak gantang bangattt.. pemalu polak tu... kami nie yg kepoh sketttt...

So lps dh jumpa supir tu... destinasi kami yg pertama ialah  Pasar Baru ler... sbb supir kata pasar tu dh buka dh kul 9am... apa lagi sesi membeli belah ler... tujuan ke pasar baru nk cari kain sulam, telekung serta kain ela.. depa kata murah kt sini.. tk tahu ler murah mana kan.. kami pun redah ler satu kedai ke satu kedai... 

Akhirnya kami memborong kain sulam dan ela di Seroja Jaya... giler ramai org Malaysia sopping disini... memborong giler ler.. kami cuma memberli sorang 5 pasang jer.. itupun beli sbb kwn kirim dan lebih sket tuk diri sendiri. Lps tu shopping baju anak2 plak... dan akhir skali kami membeli telekung sulam. Sini murah bangat.. mama beli byk gak ler telekung nie... ada telekung travel mama beli dan juga telekung sulam siap dgn beg. Yg sulam tu mama belikan tuk mak mama dan mertua mama skali,... murahkannn...

Yang bestnya mama siap beli beg roda lagi satu.. sbb byk sgt tk larat nk gendong, so mama pun beli ler satu lg beg. Murah gak ler beg tu... lps dh puas shopping kami makan kt food court bgn tu gak. Makan ayam enyek... sedap sghh... mama pie Bandung nie tk ada diet yea.. asyik mkn nasi jer.. huwaghhhh

Lps dh stgh hari di Pasar Baru, kami pun pie ke Hotel tuk check in. Kami menginap di Hotel California, Bandung. Agak baru hotel nie dan masih cantik serta bersih. Harga Semalam tk ler mahal mana pun dalam RM120 ler... tp biliknya cam 5* tauuu..

Ingat nk kuar ptg dlm kul 4pm nk jejalan lagi ler, tp hujan selebat-lebatnya plak kt Bandung nie... aktiviti ptg tu kami tangguhkan ler ke malam hari. Kat Bandung nie kul 6pm dah gelap tau dan maghrib pun kul 6.15malam... mmg cepat rasanya... lps maghrib kami pun kuar dan pie  Rumah Mode. Kedai nie depa kata baju dan seluar murahh2... mama sambar gak ler 2 helai kodroi burberry tuk mama sehelai dan hubby mama sehelai.. tu jer ler yg mampu sbb duit yg kami bwk dh hampir finishhh sbb shopping sakan di Pasar Baru pg td....

Lps tu kami pie mkn kt kedai Sunda.. kami tk mkn sgt sbb masih kekenyangan ku... lgpun mmg mlm kami nie mkn yg ringan2 jer... tk brp suka sngat plak mkn makanan sunda nie... rasanya restoran yg kami mkn ialah Sari Sunda tk jauh dari Rumah Mode....

Sampai hotel hujan renyai2 gak... sejuk dan nyaman... masa tuk jam dh menjangkau ker pukul 10.30 mlm... kalu kt Malaysia kul 11.30 mlm dahhh... so itulah cerita kami tuk hari pertama kami tiba di Bandung... nanti mama sambung citer tuk hari kedua dan ketiga plak yea.. sblm mama akhiri nukilan nie mama nk share foto2 semasa hari pertama kami di sini...

First Time mama mkn benda nie.. sedap gak...


Airport Bandung 

Nie ler kedai Seroja Jaya.. kami beli kain sulam...

Nie menu lunch kami iaitu Ayam penyekkk.. nie harga 75,000 rupiah 

Hotel California, Bandung.. selesa sgttt

Bersama kwn mama di Rumah Mode

Nie ler shopping di RUmah Mode... beli kodroi 2 helai.. dan 539,000 rupiah

Restoran Sari Sunda.. Mama mkn Kangkung goreng dan tempe goreng jer.. yg nasi goreng tu kwn mama punya...


adioss.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!