Friday, April 26, 2013

Ilmu : Gambaran Hari Kiamat..


Salam pagi Jumaat, penghulu segala hari.. mama just nk share nie yg mama terima melalui email dr kwn mama.. smg menjadi pedoman dan marilah sama2 kita memperbanyakkan amalan kita untuk dibawa di akhirat... Amin


ASSALAMMUALAIKUM...

SAHABAT-SAHABAT ANA YG BUDIMAN

!!! Gambaran Hari Kiamat!!!
Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!

- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ? Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ? Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


SALAM UKHWAH FILLAH..Sebarkan Cinta Sebarkan Doa....
?

Thursday, April 25, 2013

Ilmu : Raikan Momen Bulan Madu Di Rumah

Salam.. dh lama mama tk update blog nie... sorry agak sibuk kebelakangan nie... nie mama singgah jap jer... just nk share ilmu pengikat kasih sayang suami isteri... huhuhu

mama just copy from minggun wanita yg menjadi majalah peberettt mama setiap minggu... lain kali mama citer pasal life mama yea... skang nie jom kita semarakkan kasih sayang antara kita dgn pasangan.. check it outttt

Raikan Momen Bulan Madu Di Rumah
 
Bulan madu bererti masa berdua. Tanpa anak-anak atau sesiapa pun di sisi anda kecuali pasangan. Di rumah, memelihara suasana romantis memerlukan sedikit usaha. Lagipun, ia tidaklah sesulit mana jika dilakukan dengan bersungguhsungguh. Sekiranya suasana romantik terus dipraktikkan, maka tidak mustahillah sampai bila-bila pun rumah tangga yang dibina akan bahagia. Untuk menjayakannya, anda dan pasangan harus sepakat dan sama-sama merencana aktiviti yang menarik. Jadikan diri persis pengantin baru sekalipun usia perkahwinan sudah menjangkau belasan tahun. Masih tercari-cari cara yang sesuai? Ikuti tip ini:
 
1. Pastikan kediaman kemas dan bersih
Lazimnya, pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga sering terlupa untuk mencari momen berbulan madu. Bagi mereka, istilah bulan madu hanya sesuai bagi pasangan raja sehari. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk bersikap romantik terhadap pasangan seperti malu dilihat anak-anak atau sibuk dengan urusan seharian. Usah sekalisekali jadikan alasan berkenaan sebagai penghalang untuk terus bermanja-manja dengan pasangan. Sepatutnya, anda berbangga kerana hingga ke tua, hubungan kalian masih mesra bak pasangan kekasih. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah membersihkan rumah luar dan dalam. Pastikan suasana lebih selesa dari biasa. Bagi memberi sedikit kelainan, mungkin susun atur perabot boleh diubah. Begitu juga dengan ruang kamar utama. Menggunakan kain cadar yang baru juga boleh memberi impak yang berbeza. Tak percaya? Cuba dahulu dan lihat keputusannya. 
 
2. Bunga segar bangkitkan cinta 
Wanita cukup suka apabila menerima jambangan bunga. Lebih-lebih lagi daripada insan kesayangannya. Sememangnya bunga adalah lambang romantik dan cinta  daripada seseorang kepada seseorang. Bagi mewujudkan suasana romantik di rumah, sediakan beberapa tangkai bunga segar dan letakkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan seperti meja makan, ruang tamu  atau kamar tidur anda. Haruman yang terhasil dari bunga berkenaan secara tidak langsung membangkitkan mood kasih sayang antara kalian berdua. 
 
3. Sediakan makanan yang istimewa 
Kata orang menambat hati suami adalah dari perutnya. Strategi seperti ini boleh juga dipraktikkan untuk aktiviti bulan madu anda. Siapkan menu yang istimewa  buatnya, lebih baik jika menu tersebut adalah dari kegemarannya. Lengkapkan suasana dengan nyalaan lilin bagi membangkitkan mood romantis. Jika masih samar mengenai menu serta cara penataan meja makan, layari sahaja internet dan belajar seketika. Jangan tak percaya bahawa pasangan akan rasa cukup dihargai apabila anda melakukan sedemikian. Irama romantik penyeri suasana 
 
4. Makan malam takkan lengkap tanpa iringan lagu-lagu romantis. 
Selesai sahaja urusan makanan maka fikirkan pula lagu apakah yang sesuai untuk menjadi peneman anda. Mungkin tidak menjadi masalah sekiranya anda mempunyai koleksi cakera padat lagu-lagu cinta tetapi bagaimana pula bagi yang tiada? Masih ada alternatifnya. Mungkin boleh mencuba kelainan dengan berdansa melalui lagu yang direkodkan dari internet atau menonton filem romantis. Pasti membangkitkan ghairah apabila tangan saling menggenggam sementara pinggang anda pula berada dalam rangkulannya. 
 
5. Nota cinta ingatan selamanya
Sebelum pasangan keluar bekerja, selitkan beberapa keping nota cinta di dalam poket seluarnya. Jika tidak, kirimkan sahaja pesanan ringkas di telefon mahupun e-mel mengenai perasaan anda terhadapnya. Ingatkan juga mengenai rancangan bulan madu yang telah diatur rapi. Perkara-perkara ini adalah langkah pertama sebelum adegan selanjutnya diteruskan. Dalam pada itu, tidak salah sekiranya anda minta dibelikan bunga, coklat atau apa sahaja sebagai hadiah kerana kebanyakan lelaki sukar memahami apa yang wanita kehendaki. Tiada gangguan dari telefon bimbit. 
 
6. Pastikan telefon bimbit dimatikan pada malam bulan madu. 
Deringannya hanya mengganggu dan mencacatkan suasana romantis yang telah anda atur sedari awal lagi. Biarkan diri bebas dari apa jua perkara sama ada hal-hal pejabat atau perkara-perkara lain. Nikmati momen tersebut sebaiknya, tanpa gangguan dari sesiapa pun lebih-lebih lagi kalian berada di rumah sendiri. Betah bergerak ke sana ke mari tanpa halangan atau kekangan masa. Jadi berseronoklah! 
 
7. Sesuaikan momen dengan pakaian yang seksi
Bagi membangkitkan suasana bulan madu yang romantik, aspek pakaian perlu diberi perhatian. Mentang-mentang berada di rumah jadi main tangkap muat sahaja baju-baju yang ada. Jangan begitu. Inikan bulan madu anda, jadi biarlah ia berlangsung sebaiknya. Yakinlah bahawa pakaian yang anda kenakan mampu mencetuskan kelainan dari hari-hari biasa. Sebaiknya gunakan pakaian yang seksi dengan material yang lembut. Berhiaslah untuk menarik perhatian pasangan kerana malam itu adalah malam anda berdua. 
 
8. Ambil cuti untuk lanjutkan waktu bulan madu
Urusan malam selesai dengan baik tetapi jangan pula terhenti di situ sahaja. Ingat bahawa anda masih dalam fasa bulan madu, jadi ambillah cuti sehari dua untuk berlibur bersama-sama. Meskipun bukan ke pulau-pulau atau tempat peranginan yang menarik, anda masih boleh mencipta suasana bulan madu yang lengkap. Berdua-duaan memandu dengan pasangan sambil berpegangan tangan sudah cukup membangkitkan rasa cinta. Apatah lagi apabila ada selingan lagu romantik di corong radio. Halakan kenderaan anda ke taman bunga atau mungkin ke pusat membeli-belah untuk membeli ‘cenderahati’ untuknya atau menonton wayang  gambar yang menjadi kegemaran anda berdua. Saat-saat begini tidak selalunya muncul jadi gunakanlah dengan baik!
 
* psssttt malam nie malam Jumaat kan... persiapkan diri anda sebaiknya... cantikkan diri hiasi peribadi... jgn pie keje jer lawa, tp dgn pasangan serabaiii.. huhuhu

Thursday, April 18, 2013

Info : 15 Sebab Suami Tolak Seks

Lelaki sentiasa berkeinginan untuk seks. Kalau boleh, setiap hari mahu melakukannya, cuma isteri saja yang tidak larat untuk memenuhi hasrat tersebut. Memang jarang sekali ada lelaki yang menolak bila ada permintaan seks daripada isteri. Ibarat perumpamaan kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, begitulah reaksi suami. Tidak mustahil juga suami akan terus saja menarik tangan masuk ke kamar.

Tetapi bagaimana perasaan bila suami bersikap sebaliknya? Percayakah kalau dikatakan ada masanya lelaki juga akan menolak seks mestipun ditawar dan digoda oleh pasangannya? Ketika ghairah sedang membara dan berharap respons positif darinya tiba-tiba suami menolak. Bukan saja harapan berkubur, terpaksa pula berdepan dengan perasaan malu. Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya akan kecewa dengan penolakan suami seperti ini.

Penolakan suami dalam melakukan hubungan seks akan menyebabkan isteri mengeluh dan memendam rasa. Selain itu pasti akan tersimpan sangkaan buruk di benak fikiran mereka apabila keinginan untuk hubungan seks ditolak atau tidak diendahkan. Tidak mustahil sekiranya, isteri yang berhadapan dengan situasi ini merasai suami tidak lagi mencintai ataupun beranggapan suami sudah tidak bernafsu lagi melihat dirinya. Lebih buruk lagi sekiranya isteri merasakan bahawa penolakan tersebut adalah kerana kehadiran pihak ketiga.

Namun begitu sebelum terlintas berbagai lagi anggapan buruk di fikiran, anda seharusnya menyedarkan diri. Fikirkan dahulu kemungkinan penyebabnya sebelum bersangka yang bukan-bukan tentang diri suami anda. Sebagai isteri anda hendaklah peka dengan perubahan suami dan tidak terus membuat tuduhan melulu. Perhatikan faktor di bawah kerana ia mungkin menjadi penyebabnya :

1 Keletihan
Terlalu penat dengan tugas seharian dan juga bebanan di tempat kerja boleh menjadi punca. Akibatnya terlalu banyak masa dihabiskan di tempat kerja, tempiasnya sudah tentu akan dirasai oleh anda sebagai isteri. Suami yang kepenatan pastinya tidak akan mempunyai tenaga melayani hasrat seks isteri. Bagi mereka jika hubungan seks dilakukan dalam keletihan ia sudah tentu akan mengecewakan dan menghampakan pasangannya.

2 Faktor kesihatan
Mungkin suami anda berada dalam keadaan tidak sihat hingga mengakibatkan nafsu seksnya menurun. Perkara sedemikian perlu diambil perhatian. Ada kalanya masalah kesihatan yang dialami oleh pasangan masing-masing tidak ditunjukkan tetapi didiamkan sahaja Walaupun hanya disebabkan pening kepala atau sakit perut, ia tetap akan memberi kesan terhadap nafsu seks. Jadi sebelum anda berfi kiran negatif tentang penolakan seks dari suami tanyakanlah tentang keadaan dirinya terlebih dahulu.

3 Tidak selesa
Penolakan mungkin juga disebabkan keadaan tidak selesa yang dirasai oleh suami. Mungkin kerana keadaan dirinya yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. Keadaan persekitaran seperti terlalu panas atau tidak tenang kerana anak masih belum tidur juga mungkin menjadi punca mengapa si dia menolak kehendak anda. Sebagai isteri anda haruslah bijak menyesuaikan masa dan keadaan pasangan anda sebelum mengambil keputusan untuk mempelawa suami mengadakan hubungan seks. Jika tidak ia mungkin berakhir dengan perasaan kecewa.

4 Perjalanan jauh
Jarang suami menolak permintaan seks daripada isteri melainkan dirinya betul-betul tidak berkemampuan untuk melakukannya. Keletihan yang amat sangat akibat perjalanan jauh boleh jadi penyebabnya. Sekiranya setelah suami memandu jauh dan pada malam harinya menolak ajakan, anda seharusnya memahami dan biarkan pasangan anda berehat saja.

5 Terlalu kerap
Ada juga pasangan yang enggan ataupun terpaksa menolak ajakan pasangannya untuk melakukan seks kerana mereka terlalu kerap mengadakan hubungan badan. Ia menimbulkan rasa jemu dan keletihan pada pasangan. Seelok-eloknya dalam seminggu, anda melakukan hubungan seks satu atau dua kali sahaja.

6 Rawatan atau pengambilan ubat-ubatan
Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan penyebab berlakunya disfungsi seksuali pada kaum ini.

7 Kurang tidur
Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang kala melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumahtangga. Pukul 3 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan utnuk seks apabila sedang membara. Tapi seiring dengan pertambahan usia dan temoh perhubungan itu sendiri, minat untuk ebrhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.

8 Tekanan atau stres 
Perkara ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stres berpunca daripada pelbagai hal seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga, perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan istu yang melibatkan keluarga besar. Tapi penyebabnya bukan setakat itu saja, masih banyak perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stres.

9 Kadar hormon 
Stimulasi sisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron. Terlalu banyak prolaktin dan SHBG (sex hormone binding globulin) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi, jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosterone, prolaktin, SHBG diperlukan.

10 Takutkan keintiman
Mungkin kedengaran agak aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tidak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.

11 Masalah identiti
Apabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan, maka minatnya terhadap seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalh kemurungan atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun atau mungkin langsung hilang.

12 Hati tersinggung
Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung, lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antaranya adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.

13 Berbeza pendapat
Lelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk ‘puasa bercinta’ apabila berbeza pendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga konflik selesai.

14 Masturbasi
Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.

15 Fungsi seksual terganggu
Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat, akan menghindari seks dengan pasangannya. Bagi lelaki ini, daripada kecundang sebelum ‘berperang’, lebih baik tidak memulakan langsung

Tuesday, April 16, 2013

Ilmu : SIFAT WANITA MELALUI UNSUR

~ WANITA TANAH ~
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak
Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September)
dan Capricon(22 Disember-20 Januari). 
  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosidan material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
  • Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
  • Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
  • Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


~WANITA API~
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),
Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

  • Dilahirkan sebagai pemimpin
  • Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
  • Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
  • Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


  • ~ WANITA ANGIN ~
     

    Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),
    Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
    • Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
    • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
    • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
    • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
    • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
    • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
    • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja

    ~ WANITA AIR ~
    Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak
    Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November)
    dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
     
    • Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
    • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
    • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
    • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

    ~ NASIHAT UNTUK WANITA ~
     Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
  • Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
  • Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

    Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

    Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

    Friday, April 5, 2013

    Terapi Hati : Zikir Lembutkan Hati Suami dan Anak2


    Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut:

    "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir "


    Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak.

    Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak)

    Selain daripada itu amalkan doa ini:

    "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) 

    sepertimana Engkau lembutkan besi"
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    JUST CLICK ME!!!