Friday, March 21, 2014

Tazkirah 21 March 2014 (19 Jamadilawal 1435H)

Asssalammualaikum wbt n slmt pg...
Salam pagi Jumaat .., penghulu segala hari...

TAZKIRAH HARI INI 

Husnu zan VS Su'uz zan !

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Allah s.w.t. berfirman, 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku."
(HR: Bukhari).

PENCERAHAN :
Maksud bersangka baik dengan Allah ialah rasa takut dan harap yang saling bergandingan, ataupun rasa takut mengatasi rasa harap. Ciri-ciri seorang hamba yang bersangka baik dengan Allah antaranya ialah :

1. Apabila melakukan sebarang ibadah, dia bersangka baik bahawa Allah akan menerima ibadahnya itu dan membalas dengan sebaik-baik ganjaran pahala.

2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan memakbulkan doanya.

3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah akan menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.

4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Ulama mengajar kita cara bersangka baik sesama manusia. Antaranya dengan tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yang lain. Amalkan nasihat-menasihati andai ada kekurangan yang terserlah pada individu tersebut. Saling mendoakan kesejahteraan dan mudah memaafkan kesalahannya.

Secara mudahnya, husnu zan ini sama maksudnya dengan 'positive thinking'. Berbeza pula dengan su'u zan atau 'negative thinking'. Allah berfirman yang bermaksud : "Sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang jahiliah." (QS: 'ali-Imran,154)

Rasulullah saw bersabda:

إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ،
“Hindarilah prasangka (buruk), kerana prasangka (buruk) adalah ucapan yang paling dusta” (HR: Muslim)

يأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اجْتَنِبُواْ كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Allah juga menyatakan : "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa" (QS: al-Hujurat, 12).

Punca manusia boleh buruk sangka kepada Allah antaranya ialah tidak yakin dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Tidak dapat menerima hakikat bahawa lumrah hidup manusia yang sentiasa diuji dan ragu-ragu sama ada ibadahnya akan diterima Allah atau pun tidak.

Buruk sangka kepada manusia pula antaranya dengan sentiasa menuding jari pada orang lain, bila sesuatu perkara yang buruk atau tidak diingini berlaku dengan tuduhan yang tidak berasas atau yang diada-adakan. Contoh, "Dulu berlaku peristiwa pencerobohan di Lahad Datu orang kata kerana dia...Kapal Terbang MH370 hilangpun kerana dia punyalah... Rasanya jerebu ni pun pasal dialah kot !"

KESIMPULAN :
Ayuh kita leburkan buruk sangka itu dengan berusaha menambah ilmu agama. Jangan sesekali berprasangka buruk tanpa asas kepada seseorang, pandang sisi baik dan lupakan sisi jahatnya. Jangan tergesa-gesa membuat sebarang andaian nagatif dan liar. Mintalah perlindungan Allah daripada bisikan syaitan dan mohon juga kepada Allah agar selalu diberikan sangkaan yang baik pada orang lain. Maka orang juga akan bersangka baik dengan kita.

Wallahu a'lam - Doakan istiqamah 

Thursday, March 20, 2014

JUST UPDATE -LAMA SGT TK MENULIS POSTING

Assalammualaikum n slmt pagi.... smg hari ni lebih ceria dan success dr smlm yea..... untuk waris2 penumpang MH370.. smg anda tabah dan bersabar menanti kepulangan org tersayang... aminnnm...

Lama bebenor mama tk singgah blog nie... almaklum ler laptop ku masuk bengkel... skrin nya pecah tk dpt ler nk mengupdate blog nie... nie pun guna tab 7 samsung jer... walaupun kecik tp masih blh berkhidmat ler... tp keyboard nya kecik sgt asyik tersilap ejaan jer... kalu anda jumpa ejaan yg tersilap then mama tk perasaan harap maafkan yea.... nk taip laju2 kannn..

Sebulan lebih mama tk menghantar sebarang posting kt blog nie... dn sepjg masa tu pelbagai perkara yg terjadi ni sekeliling mama samada kisah peribadi, negara dan bangsa.. chewahhhh cam bagi speech plak rasanya... muhaaa

Masalah peribadi tu tk ler serius sgt... cuma risau dgn kesihatan anak2 yg kejap sihag kejap demam.. sbbkan cuaca yg panas tk ada hujan aritukan... dgn jerebunya lagi... si abg Nadim sekolah kan..terdedah dgn jerebu yg teruk so dia asyik batuk n selesema jer... dia akan ada semput sket... si adik Zafril ok lg sbb duk kat taska pesan dgn pengasuh jgn kasi main kt tmn.. so ok ler...

Masalah Negara plak plg bnyak ler... masalah sumber bekalan air yg runcing sampai kena catu kann... sbb hujan tk da lebih sebulan gak.. tu yg panas terik sampai berjerebu sbb hutan kering kontang dan terbakar sendiri...

Dalam duk sibuk pasal catuan bekalan air, timbul plak masalah kehilangan Pesawat MH370 yg dr KL ke Beijing pada 8hb Mac 2014 yg membawa 227 penumpang dan 12 krew kabjn yg telah mengemparkan seluruh dunia... kehilangan yg sampai sekarang blum ditemui. Sudah memasuki hari ke 13 bayangan dimana pesawat tersbut masih samar2... tk tahu samada masih hidup atau sebaliknya ... bermcm2 spekulasi timbul... mama pjn byk gak dpt info2 yg mgk ada benarnya tp mama sekadar membaca shj... percaya tu mgk ada sket tp tk semua ler... mama harap waris2 serta keluarga mangsa yg terlibat harap bersabar dan berdoa bersama2 supaya pesawat MH370 kembali. Aminnn..

Oklahhh mama rasa dh pjg sgt mama membebel nie... so nanti bila berkesempatan lagi mama akan tulis yea....

Anyway... hjg bulan nie mama akan pie holiday ke Bandunbg Indonesia dgn kwn opis.... pie berdua jer... naik flight ler... wLaupun masih rasa takut naik flight sbb kes MH370 tapi nk wat cemana kannnn dh itu jer pengangkutan yg kita kena nai, tuk pie over the sea... huhuhu...

Doakan mama dan kwn mama selamat pergi dan selamagt pulang ke Malaysia yea... harap semuanya berjalan dgn lancar... aminnn ....

See u next time yeaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!