Thursday, January 24, 2013

INFO : 6 Tanda Si Dia Mahukan Seks


Wanita ada kalanya mudah membiarkan perasaan malu menyelubungi diri saat berhajat untuk melakukan hubungan seksual. Ada kalanya hati mahu namun mulut pula berat sekali untuk berkata. Oleh itu, lelaki jangan ambil ringan akan situasi ini. Amati tanda-tanda ini agar anda berdua tidak terlepas.

1. Melihat Anda Penuh Ghairah
Sudah pasti anda akan dapat mengenal pasti jika si dia melihat anda penuh ghairah. Baca bola matanya. Jika matanya memandang halus diselang-selikan dengan pandangan sinis, ini menandakan dia sudah bersedia merelakan dirinya kepada anda. Ambil kesempatan ini dan teruskan tindakan.

2. Aura Si Dia
Mungkin ia agak sukar dilihat dari mata kasar tetapi jika anda berdua sudah biasa hidup bersama, pasti anda akan merasakan satu aura hangat yang lahir dari segenap tubuhnya. Apabila isteri anda inginkan seks, ada satu aura dari badannya yang akan beri isyarat kepada anda. Apabila dia rapat dengan diri anda, anda akan rasa terangsang. Jika anda rasa aura ini, isteri anda perlukan seks. Kenyataanya, ia nampak pelik bila disebut berkaitan aura, tetapi ia memang nyata kerana ada tenaga yang dihasilkan apabila mula terangsang. Sebagai bukti secara nyata, organ seks lelaki akan menegak apabila terangsang atau bernafsu begitu juga sebaliknya untuk isteri anda.

3. Si Dia Yang Mulakan
Apabila dia mula menyentuh dan mencium diri anda, itu menunjukkan dia memang inginkan seks dan mahu anda segera bertindak. Ada sesetengah situasi, isteri akan lebih bertindak pantas dengan merangsang suami secara sentuhan fizikal seperti mengenggam zakar. Pada ketika ini, gelora keinginannya memang nyata. Dia perlukan si suami melakukanya dengan kadar segera.

4.Dia menggoda anda
Anda dapat lihat isteri anda seakan – akan menggoda anda dengan senyuman dan keseksian tubuh badannya. Jika anda dapat rasakan godaan dari isteri anda, itu petanda dia inginkan hubungan seks. Sesetengah isteri lebih suka memakai pakaian seksi bagi meraih perhatiannya seperti memakai lingerie yang pasti tampak seksi. Sekaligus memberikan si suami ransangan secara visual yang mana memberikan simbol hubungan seks harus berlaku.

5.Dia mula memasuki topik nakalApabila anda bersembang, dia mula bersembang topik lucah untuk merangsang anda. Isteri tidak akan bersembang perkara lucah melainkan dia inginkan seks. Pada dasarnya, wanita adalah sangat pemalu dan sukar untuk dibawa berbicara mengenai topik berbaur lucah, namun apabila si isteri memulakan topik itu, sebenarnya ia adalah mesej yang ingin disampaikan kepada si suami terhadap keinginanya melakukan seks.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!