Tuesday, August 28, 2012

Drama Adam & Hawa @ MustikaHD

Hiiii..... mama tk ada benda nk citer sgt ler... mood raya masih terasa n mood malas kerja pun terasa gak..
terutama skali skang nie bos dh terbang ker Bangkok untuk hadiri meeting dgn BOD kt sana... so mama hip hip hoorayyyy ler...

so ada peluang nie mama nk kongsikan drama yg bakal popular nanti... mlm td episod pertama telah pun bermula... apa lg cerita ADAM & HAWA la... di saluran Astro Mustika HD.... drama yg diadaptasi dri novel hasil nukilan Aisya Sofea....huisshhh hensem sggh si Aaron tu... terutama dlm suit pilot lg tu... walaaaa... yg tk bestnya ceritanya hanya 30minit jer.... tolak iklan adalah 25minit kut ceritanya...baru tgh syok2 tgk dh habis... potong stim ajer.. huhu...

Actually mama tk pernah pun baca novel nie...baguih gak tk baca kan.. so mama excited ler nk tgk ceritanya.... kalu dg baca novel, sure kan mesti ada part2 yg tk leh sama dgn novel.... so lebih baik tk tahu citer camna kan.. heheheh



Para pelakon yg menjayakan drama ini adalah Aaron Aziz (Adam Mukhriz), Nadiya Nisa (Ain Hawani), Rozie Rashid (Kak Zah), Anzalna Nasir (Dee), Amyza Adnan (Cikgu Zauyah), Elfaeza Ul Haq (Azie), Dazrin Kamarudin (Johan), Norman Hakim (Zul) dan Aznah Hamid (Maria).

Sinopsis Drama Adam Dan Hawa

Drama Adam dan Hawa mengisahkan AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku.

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah… Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.
 
so bermula hari ini mama akan kongsikan sinopsis setiap episod Adam & Hawa nie... pukul 10mlm nie jgn lupa kita tgk sambungan citer nie yea... nie sinopsis episod ke-2 tuk mlm nie.. huhu

Sinopsis - Episod 2
Mama Adam, Maria mula sibuk bertanya tentang pilihan hati Adam untuk berkahwin awal. Adam sentiasa mengelak dan berbagai alas an diberi. Tetapi yang pasti Dee bukan pilihan mama Adam.

Ain rasa seronok bila mula bekerja. Adam akan cari peluang untuk berjumpa dengan Ain di Tadika. Mula rasa seronok melihat dan mengusik Ain. Ain tetap dengan gaya bersahaja yang masih keanak-anakan. Ain risau bila Adam menganggu dan tak mahu cikgu-cikgu dan terutamanya Kak Zah anggap lain padanya.

Dee yang cuba menghubungi Adam geram bila tiada jawapan dari Adam. Dee terus ke tadika dan terkejut melihat Adam bukan main mesra lagi dengan Ain.

Sebenarnya Ain rasa 'sesuatu' bila Adam ada di depan nya…aura Adam membuat Ain mula rasa suka pada Adam tapi tetap jual mahal.

Cikgu Zauyah geram bila Adam melayan Ain dan Ain juga kelihatan seolah respon pada Adam. Cikgu Zauyah cari menganggu perbualan mereka. Cikgu Zauyah juga mencucuk tentang keburukan Adam pada Ain.

Dee rancang sesuatu untuk terus Adam bersama...dan dalam masa yang sama Dee terus melayan Adam seperti biasa. Dee cuba nak 'hapuskan' Ain dari terus menganggu Adam .
--------------------------------------
Jgn lupa tgk drama nie mlm nie yea pada pukul 10mlm di Astro Mustika HD... :-)


adiosssss

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!