Wednesday, August 29, 2012

Drama Adam & Hawa - Episod 3 @ 29 Aug 2012

Sinopsis - Episod 3 @ 29 Aug 2012 - 10mlm

Dee rancang untuk berkahwin dengan Adam secepat mungkin. Dee paksa mummy nya untuk meminang Adam. Marah sungguh Mummy Dee seolah macam terdesak aje. Dee tak peduli yang penting dia tetap nakkan Adam dengan cara apa sekalipun.

Ain mula rasa seronok dengan adanya Adam yang selalu mengusiknya..hanya perasaan suka kerana dia tahu Adam ada kekasih hati. Ain makin terkejut bila Sharina sepupunya turut kenal Adam. Bermakna Adam ni adalah dikalangan yang agak popular.

Kak Zah mula risau bila Adam mula sibuk bertanya hal-hal tentang Ain. Kerana tahu perangai Adam yang suka berpoya-poya dan kesian Ain masih mentah tentang soalhati dan cinta.

Ketika Ain balik bercuti di kampungnya Sharina sedaya upaya untuk terus rapat dan tackle Adam. Sharina lega bila Ain tak nampak langsung sukakan Adam. Ain bukan begitu kerana dia notis Sharina sukakan Adam. Dan Adam tetap dengan caranya...selesa dengan mana-mana perempuan yang sudi padanya…

Ain mula gila bayang dengan Adam...(hanya mimpi).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!