Wednesday, December 14, 2011

Perkahwinan Vanessa Chong & Moots, Vokalis Pop Shuvit

 Just nk share ajer... mama copy and paste dari Blog OH BULAN... check it out!!!!
-----------------------------------------------------

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa pada bulan November lepas, kita terlepas pandang tentang perkahwinan antara seorang penyanyi dan juga kakak kepada bekas juara Akademi Fantasia 1, Vince Chong.


 
Dikhabarkan, Vanessa Chong telah berkahwin dengan vokalis kumpulan Pop Shuvit iaitu, Moots dan majlis mereka disambut meriah bertemakan tradisional India di Kalamandabam Hall, Brickfields dan majlis disebelah Vanessa Chong pula diadakan di Bali. Menariknya, kebanyakan tetamu yang datang berasal dari negara seperti UK, Germany, Australia, Hong Kong, Thailand, Jepun, Filipina dan Singapore.
 
Mungkin ini disebabkan Vanessa Chong adalah bekas peserta jelita "The Amazing Race Asia" dan juga Moots yang popular kerana album Pop Shuvit telah terjual di beberapa buah negara seperti Jepun. OHBULAN! sendiri tidak tahu bahawa mereka berdua telah melangsungkan perkahwinan pada bulan November lepas.
 
Apa-apa pun, kepada peminat diluar sana, doakan mereka berdua bahagia bersama. Mari lihat foto perkahwinan mereka selepas ini khas dari Vanessa Chong oleh Iwan Photography dan Rudy Lightroom.
 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!