Monday, August 29, 2011

Selebriti Wanita Dicalonkan Dalam Anugerah Anjuran Syarikat Arak

 Sebuah majalah telah mencalonkan 2 orang selebriti wanita popular, iaitu Lisa Surihani & Juliana Evans dalam pencarian “100 Most Wanted Women In The World 2011″ yang berkonsepkan undian orang ramai. Daripada segi pencalonan, memang tiada salahnya kerana kedua-dua selebriti wanita ini mempunyai rekod baik & persona yang cantik.

Persoalannya, pencarian “100 Most Wanted Woman In The World 2011″ ini telah melibatkan sebuah syarikat arak sebagai penaja utamanya. Sebagai peringatan, apa-apa aktiviti yang melibatkan arak sudah nyata & jelas hukumnya jatuh sebagai haram. Mengikut statistik, kebanyakan peminat Lisa Surihani (1.7 juta) & Juliana Evans (28 ribu) yang rata-ratanya terdiri daripada umat Islam yang sensitif dengan isu ini. Kepada peminat, jangan cepat melatah.

Kami pasti Lisa Surihani & Juliana Evans tidak dimaklumkan oleh pihak penganjur mengenai anugerah yang dianjurkan oleh syarikat arak ini. Sebelum terlambat, lebih baik pihak pengurusan kedua-dua selebriti ini mengambil langkah yang proaktif dalam menangani isu sensitif sebegini.

Baru-baru ini, Lisa Surihani & Juliana Evans telah disarankan oleh peminat untuk menghubungi sidang redaksi majalah berkenaan bagi memadamkan pencalonan mereka. Apalah sangat pencarian “100 Most Wanted Woman In The World 2011″ berbanding kontroversi yang bakal mereka terima andai kata terus berkeras dengan pencalonan tersebut, kan?

Tanpa anugerah ”100 Most Wanted Woman In The World 2011″, Lisa Surihani & Juliana Evans masih tetap menjadi buruan produser & peminat.

dipetik dari OH BULAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!