Thursday, March 14, 2013

Tip Suami Isteri : Ketahui Waktu Ghairah Isteri

Salam hari Khamis... seperti biasa kalu hari khamis nie mama akan post tip2 untuk suami isteri jer.... almaklum ler mlm nie kan mlm Jumaat...malam paling berkat untuk mengadakan hubungan intim dengan pasangan.....mama pun sentiasa bersiap sedia pd malam nie... kalu boleh pakai ler seksi2, pakai bau bauan supaya wangi jer bila dihampiri oleh suami... huhu

untuk para isteri nie sebagai panduan dan untuk para suami perlu amek pendekatan dan kalu boleh praktikan bila ia berlaku...

Bukan semua isteri berani untuk menyuarakan keinginan seks mereka kepada suami. (Mama pun begituler... malu ler nk mintak2 nie... ahaksss) Sekalipun teringin tetapi perasaan malu yg menebal membuatkan segelintir drpd mereka terpaksa bersabar dan menanti ajakan suami.

Hakikatnya tidak ramai suami yg faham gelora di hati isteri. Sekalipun sudah bertahun hidup bersama, dianugerahkan zuriat  tetapi selalunya suami masih belum dapat memahami kehendak seks isteri. Jadi bagi para suami belajarlah untuk  mengetahui bila waktu berahi dan menginginkan layanan daripada anda. Usah biar isteri menunggu, bimbang dia tertidur dalam kehampaan. (yg nie mmg selalu ler, tggu punya tggu, akhirnya terlelap)



Berjauhan dari pasangan
Isteri pastinya sunyi apabila suami meninggalkan dirinya berhari-hari dirumah atas urusan kerja. Paling dirasakan saat tidur sendirian di atas katil. Ketika inilah mainan kenangan manis bersama suami bermain di ingatan sekaligus membangkitkan perasaan ghairah untuk bersama. Secara tidak langsung, keinginan seksnya juga membuak-buak. Suami seharusnya mengerti perasaan ini dengan melaksanakan tanggungjawabnya sebaik pulang ke rumah. Perhatikan bagaimana reaksi isteri apabila anda mengajaknya untuk ‘bersama’.

Berada pada waktu subur
Suami perlu tahu bahawa setiap isteri mempunyai waktu subur iaitu hari ke 14 selepas haid. Ketika inilah isteri berkeinginan untuk melakukan hubungan seks. Biarpun tanpa rangsangan hebat daripada suami, isteri tetap bersemangat dan bersedia untuk ‘bersama’. Jadi usah terkejut sekiranyan isteri memulakan acara. Ia sebenarnya sesuatu yang normal apabila isteri benar-benar bernafsu. Sebagai suami ia seperti bulan jatuh ke riba. Oleh itu manfaatkan waktu tersebut sebaik-baiknya.

Selepas pertengkaran
Bergaduh dan berselisih faham adalah sesuatu yg normal dlm rumahtangga. Malah ia boleh dijadikan rencah untuk mengikat kasih sayang antara keduanya. Apa tidaknya waktu bertengkar, masing masing memasam muka malah isteri cukup gemar menyendiri. Senang cerita merajuk sambil menanti pujukan si suami, sentuhan dan belaian suami di waktu itu berupaya menyejukkan hati isteri biarpun marahnya tadi memuncak. Malah jika kena pada tempatnya, suami berpeluang mengakhiri babak penuh romantik in dengan momen yang lebih indah. Diranjang sambil ditemani pancaran lampu yang samar serta alunan muzik yang cukup mendamaikan. Perhatikan isteri, bagaimana reaksinya ketika itu. Sudah pasti menyeronokkkan.

Dihimpit tekanan
Ramai yang tahu bahawa seks mampu meredakan tekanan tak kiralah suami mahupun isteri, kaedah ini dikatakan cukup berkesan. Jadi sekiranya isteri dirundung masalah, murung dan suka menyendiri maka suami perlu memainkan peranan. Pujuklah pasangan dengan sabar dan berikan sentuhan yang diinginkan. Tetapi awas, sekiranya isteri tidak selesa diperlakukan begitu, jangan sekali-kali memaksa. Barangkali seks bukanlah yang diinginkan. Apa kata ajak isteri untuk bercerita sambil meluahkan masalahnya. Setidak-tidaknya beban yang ditanggung berkurangan juga dan tidak mustahil selepas itu dia akan terbuka hati untuk ‘beraksi’ dengan anda.

Saat berimiginasi
Bukan lelaki ajer yang berfantasi tentang seks, kaum wanita juga punya imiginasi atau fantasi tentang perkara ini. Namun fantasi mereka tidaklah se ekstrem lelaki. Kaum wanita atau isteri selalunya  berfantasi tentang dirinya yang dilayan penuh romantik dan dibelai manja oleh suami mereka. Jadi para suami, penuhilah fantasi isteri anda. Layan dan belailah mereka. Tak adillah jika anda sahaja yang mengharapkan fantasi anda dipenuhi.

1 comment:

  1. kebanyakkannya suami tak tahu bila isteri ghairah sbb suami memang tengah ghairah dan syok sendiri hehe.. jadi suami rajin2 lah baca tips ni ye supaya boleh amalkan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!