Wednesday, November 14, 2012

Salam MaalHijrah 1434M

Salam 1 Malaysia... Pejam celik pejam celik kita akan menyambut Maal Hijrah iaitu tahun baru Islam hari ni. Ini sesuatu yang menarik. Maka ucapan Salam Maal Hijrah yang paling banyak kita terima samada dlm bentuk email, sms or e-card gak... mama pun turut ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434...heheheh

Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya? Bagi mama, tk ada azam yg mama buat setiap kali tahun baru Islam atau bkn Islam... yg pasti azam mama sentiasa sama ajer... "Semoga mama dilindungi oleh NYA dan sentiasa dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki yg halal serta permudahkan segala urusan mama samada di dunia atupun di akhirat. Yg paling penting amalan ibadat mama semakin bertambah-tambah dan menjauhi larangan yg dimurkai oleh NYA. Insya Allah.. Mama amat bersyukur sepenuhnya kepada Allah kerana dengan limpahan nikmat dariNya yang memberikan kita peluang menjumpai tahun baru"...

Tanpa kita sedar umur kita meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah Taubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?

Untuk tahun 1434H ni mama panjangkan doakan agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah
§
Pada tahun ini, akhir tahun hijriah ialah pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT, InsyaAllah

Doa Akhir Tahun:Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun:Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).

Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!