Monday, October 3, 2011

Eksklusif : Nabil & Zira sah menjadi suami isteri



Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi (30 September 2011)

Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.



Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.

Pasangan suami isteri ini telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi bertemakan Wonderland pada 2 Oktober minggu lalu di Digital Park i-City, Seksyen 7, Shah Alam. Tahniah diucapkan kepada Nabil & Zira!

Jom tgk gmbr sekitar majlis pernikahan beliau...

Nabil & Zira NIkah

SONY DSC
I LOVE CHOCOLATE!!!
SONY DSC
MAKE-UP

 
SONY DSC
KASUT
SONY DSC
CAKE
SONY DSC
PS3 tuuuuu
SONY DSC
BUAH-BUAHAN
SONY DSC
nie tk tahu apa ke bendanya... muhaaa
SONY DSC
tepak sireh
SONY DSC
duit hantaran ... cantik digubah!!!

credit to OH BULAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!