Salam,
Tentu ramai yg sedang bersiap sedia tuk pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya kan.... so tentu highway, jalanraya sesak penuh dgn kereta... yg paling tk bestnya jam giler kan.... so disini mama ingin mewar-warkan yg semua tol yg ada di malaysia adalah percuma dan ada diantaranya memberikan diskaun sehingga 40% sempena Aidilfitri
so selamat duit kita yea.. boleh simpan tuk belanja kaum keluarga plak..
hehehehe...
tp for surenya jalan jam giler spt ini.. heheheh
Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:
* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11.
* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11
* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.
* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 29 Sept.
* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 3 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos hingga 4 Sept.
* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.
* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.
* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah hari 4 Sept.
* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 28 Ogos hingga 6 pagi 31 Ogos.
* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 29 Ogos.
* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 5 Sept.
* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 27 Ogos hingga 8 pagi 5 Sept.
* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 29 Ogos mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.
* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah malam 4 Sept.
Selamat memandu
Berhati2 di jalanraya
Biar lambat asalkan selamat....
No comments:
Post a Comment