Salam,
Tentu hari nie ramai yg last kerja kan.. ada juga yg mama rasa dh mula amek cuti hari nie, samada tuk pulang ke kampung atau last shopping raya b4 balik kampung kan... yang pasti kt Jalan TAR sepanjang hari nie penuh dgn org tuk shopping.. terutama yg baru dpt gaji hari nie cam company mama nie... hehehehe
Mama pun mmg ada plan nk pie jln TAR lunch nanti... nk beli apa2 yg kurang ler... hehhee so kpd anda yg pie shopping jap lagi tu... ingat2lah berbelanja...jgn membazir dan kpd yg balik kampung tu.. berhati2 memandu, jgn ikut hati... ingatlah orang tersayang yea....
Nie ada pantun Hari Raya tuk tatapan anda!!!!
Assalammualaikum salam ku beri
Buat anda semua yang baik hati
Izinkan ku berpantun disini
Pada yang berduka pasti tersenyum nanti
Hampir sebulan kita berpuasa
Hari yang dinanti menjelang tiba
Ucapan Selamat hari Raya
Semoga gembira dihari bahagia
Tangan ku hulur maaf dipinta
Atas perbuatan yang tidak sengaja
Terkasar bahasa tersilap bicara
Sudilah anda memaafkannya
Sungguh sibuk di pagi raya
Solat sunat Aidilfitri tidak dilupa
Tua muda miskin dan juga yang kaya
Turut sama berkongsi gembira
Setelah seharian kita berpuasa
Menahan lapar dan juga dahaga
Yang tidak berpeluang beraya di desa
Jangan bersedih kerana tahun depan kan ada
Yang jauh berutus kad ucapan
Yang dekat kunjung mengunjungi
Pada yang tiada tidak dilupakan
Al-Fatihah kita sedekahi
Bersiap sedia untuk berangkat,
Sanak saudara sedang menunggu
Biar lambat asalkan selamat
Pesanku buat anda yang memandu
Pesanan dari kerajaan kita
Berhati-hati di jalan raya
Tiap kali raya macam-macam cerita
Semoga kita dijauhi dari bahaya
Membeli belah di Bazar Ramadhan
Untuk persiapan hari Raya
Jangan belanja berlebih-lebihan
Habis raya duit tak ada
Bahang raya sudah terasa
Tak sabar kita menanti kehadirannya
Walau bagaimana sibuknya kita
Ibubapa jangan di lupa
Ketupat dan rendang juadah istimewa
Makan bersama sanak saudara
Sudah puas bercuti raya
Jangan lupa untuk pulang bekerja
Manis sungguh si dara berkebaya
Tak kurang juga si teruna
Kanak-kanak kumpul duit raya
Untuk saya takkan tak ada?
Hari Raya hari yang mulia
Marilah kita meraikannya
Kalau ada rumah terbuka,
Jangan lupa jemput saya yea
Sampai disini sahaja ku berseloka
Takut nanti ada yang tak suka
Jika ada terlanjur kata
Maaf ku pohon dari anda semua
SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
DARI KAMI SEKELUARGA
NADIM, MAMA, PAPA & ZAFRIL
No comments:
Post a Comment