Thursday, August 18, 2011

SimplySiti Tak Halal?

Sajer.. sajer kongsi ilmu..heheheh

   Isu SimplySiti Tak Halal: Siti Nurhaliza Akui Terkesan!
altKUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin akui benar-benar terkesan dengan tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan produk keluarannya, SimplySiti sebagai tidak halal .

Malah, lebih teruk lagi Siti Nurhaliza memberitahu, kejatuhan jualan produknya juga berlaku dengan kadar segera dan ketara sebaik sahaja ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan tuduhan tersebut di sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu. Laporan dalam blog tersebut juga mendakwa bahawa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi

"Terus-terang tuduhan mengenai SimplySiti tidak halal ini telah memberi kesan dan impak yang besar terhadap jualan terhadap produk kami. Apa tidaknya, bayangkan bila isu ini dibangkitkan pada hari Jumaat, serta-merta pada hari Sabtu dan Ahad jualan kami terus jatuh merudum!

"Selain itu, ia telah secara tidak langsung memburukkan nama baik SimplySiti. Malah, kami dapat tahu ada pengguna yang sudah pun membuang dan terus tidak memakai produk kami. Saya sangat kesal dan sedih dengan pada yang berlaku.

"Sebenarnya, semua yang berlaku adalah dari salah tafsiran beberapa pihak. Memang susah untuk mendapatkan logo halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kami pun menunggu lama untuk mendapatkannya.

"Namun, kami berjaya mendapatkannya sebelum SimplySiti keluar lagi. Kini, kami rasa berbesar hati apabila Jakim sekali lagi menyokong dan membantu meyakinkan orang ramai bahawa produk kami memang halal," jelasnya kepada murai.com.my

Bagaimanapun Siti Nurhaliza sebelum ini sudah pun mengeluarkan kenyataan balas dari tuduhan tersebut dan menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar dan berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM.

Siti Nurhaliza yang kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku bagaimanapun akur dan terima dugaan yang ditempuhi itu sebagai lumrah naik jatuh perniagaan.

"Alhamdulillah, spekulasi ini pun sudah terjawab dan peminat serta pengguna saya pun lega bila dapat tahu tuduhan itu sama sekali tidak benar. Apa-apa pun, saya akur dengan paa yang berlaku. Mungkin ada hikmah daripada semua ini terjadi,"jelasnya dalam selepas majlis doa selamat dan berbuka puasa SimplySiti di Masjid Wilayah, malam semalam.

Bagi mengeratkan ukhwah dan mengucapkan syukur di atas anugerah dan rezeki daripadaNya terhadap produk SimplySiti, Siti turut mengadakan majlis berbuka untuk para wartawan, rakan pernigaan, para pengguna setia dan anak-anak yatim.

"Majlis berbuka puasa ini adalah acara tahunan bagi SimplySiti dan ia memang saat dinanti-nantikan kami. Ini kerana bagi pihak Siti dan SimplySiti sendiri, acara berbuka puasa bersama semua tetamu bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim anatara kami disamping dapat berkongsi rasa syukur di bulan yang mulia ini," tambahnyanya lagi.

Selain majlis berbuka puasa, Siti serta pihak SimplySiti turut menyampaikan sumbangan dan penyerhanan duit raya buat anak-anak yatim dari rumah Anak Yatim Gombak yang turut hadir serta turut diraikan dalam majlis tersebut.
  
Dipetik dari murai.com

* yang pasti mama belum pernah lg guna or try produk ni... quite expensive ler.... hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!