Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Tazkirah : Ayat Seribu Dinar

Salam pagi Jumaat.. penghulu segala hari... Alhamdullilah kita masih lagi bernafas dan diberi peluang untuk meneruskan kehidupan... so bermula dr hari ini mama akan cuba untuk menghantar tazkirah untuk dikongsi bersama... samada berbentuk artikel, doa dan apa2 ajer yg baik dikongsi bersama..

So arini mama nk kongsikan Ayat seribu dinar. Ayat ini biasanya dikenali sebagai pelaris atau pemurah rezeki.

Kalu ada perasan, ramai peniaga yang mengantung ayat ini di permis perniagaan agar perniagaannya maju.

Ramai juga yang membacanya setiap hari agar rezeki bertambah.

Keberhasilan murah rezeki bukan hanya pada menggantung ayat ini, juga bukan hanya pada membacanya, tetapi pada MEMAHAMI MAKSUD DAN MENGAMALKAN kandungan ayat ini.

*Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga :


Friday, January 18, 2013

Doa Qunut - Sunat Dituntut..

Allah humah dini fiman hadait.
Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.


Maksudnya:

 
Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.
 


 
Jika anda menjadi imam, kalimah-kalimah berikut hendaklah dibaca dan ditukar, manakala orang-orang yang menjadi makmum tidak perlu membaca pada kalimah kalimah tersebut, makmum hanya perlu menadah tangan serta menyambutnya dengan Amin sahaja.:-
 
"Allah humah dini" kepada "Allah humah dina"
"Wa'a fini" kepada "Wa'a fina"
''Watawallani" kepada "Watawallana"
"Wabarikli" kepada "Wabariklana"
"Waqinii" kepada "Waqina"
 
 
Sujud Sahwi:


 
Perkara-perkara sunat di dalam sembahyang ada banyak, di antaranya adalah sunat aba'dh di mana apabila tertinggal melakukannya maka hendaklah diiringi dengan sujud sahwi. Sebelum salam hendaklah kita sujud dahulu dua kali dan ucapkan dalam sujud itu:

 
Subhaana man laa yanaamu walaa yas hu
Maksudnya:

Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!