Assalammualaikum dan salam tahun baru 2015...
Alhamdullilah mama masih diberikan peluang untuk hidup di tahun ini. Dan semakin naik tahun semakin naik ler umur kita.... Udara yang nyawan dan keindahan alam yg diciptakan oleh NYA masih mampu mama nikmati. Allah masih memberikan mama masa untuk mmeperbaiki diri menjadi hambanya yang taat akan perintah NYA. In Shaa Allah akan mama manfaatkan peluang yang diberikan ini....
Tahun baru nie mam tk ad setkan azam pun.. sbb dulu punya azam pun tk ada yg tercapai pun... cuma kali nie mama cuma mahu perbaiki diri menjadi insan yang diredhai dan sirahmati oleh NYA. Mgk dulu mama ada lalai dan terleka dgn keghairahan dunia... mulai tahun nie mama nk merperbaiki diri, mempersiapkan diri serta memenuhi ilmu didada dgn amalan yang diredhai oleh NYA.
Mgk dulu mama hanya buat solat 5 waktu jer-perbanyakkan solat sunat... sejak bln 12 2014 mama dh mula buat solah Dhuha dan juga solat sunat sebelum dan selepas Solat 5 waktu tu... Alhamdullilah mama dh boleh buat ... Puasa pun mama akan cuba untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis.. harap keinginan puasa sunat ini akan dapat mama tunaikan... In Shaa Allah..
Dari segi keperluan di dunia pula, mama cuba ingin mengurangkan sikap berbelanja mengunakan Kad kredit dan IN Shaa Allah bonus tahun nie mama ingin menyelesaikan hutang yg berbaki lagi nie.. so mama mahu hidup tanpa hutang kad kredit.. In Shaa Allah... :-)
Hari nie mama cuti tuk antar Zafril yg mula bertukar ker Taska lain.. terpaksa berpisah dgn abgnya Nadim sbb taska lama tk ada sekolah Pra Sekolah .. so mama pilih Zafril tuk dihantar ke Taska yang ada Tadika skali.. senang... dan Mama telah memilih Tadika Emas Cahaya - Islamic Pre School.
Pagi tadi mama antar Zafril ok jer.. walaupun muka mcm tak puashati jer tapi dia tk menangis... Masa kami nak beredar dari Tadika tu.. dia ok jer.. tgh layan tgk tv... sakang waktu skolah blum buka lagi.. so aktiviti bebas ler... Mggu depan baru mula Tadika.. skang hanya day care jer... harap petang nanti balik amek dia.. dia excited nk pie lg Tadika tu... almaklum ler esok lusa cuti.. nk tggu hari isnin lama plak.. huhuhu
Oklah.. mama nk sambung tido ler... ngantuk plak mata nie... cuti kita rehat la sepenuhnya kan.. anak2 kt taska.. huhu
anyway... Selamat tahun baru 2015 dan Salam Maulidur Rasul buat anda semua pembaca setia blog mama nie... ada ker? huhu
Hati Berbisik, Naluri Berbicara Akhirnya Jejariku Menari Meluahkan Rasa... Inilah hakikat hidup didunia perlu tempuhi dan lalui walau pahit untuk diingati tapi ada juga manis untuk dikenangi.Maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlanjur kata menyinggung hati anda semasa singah sebentar di blog mama ini.
Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Friday, January 2, 2015
Selamat Tahun Baru 2015 & Salam Maulidur Rasul
Wednesday, November 14, 2012
Salam MaalHijrah 1434M
Salam 1 Malaysia... Pejam celik pejam celik kita akan menyambut Maal Hijrah iaitu tahun baru Islam hari ni. Ini sesuatu yang menarik. Maka ucapan Salam Maal Hijrah yang paling banyak kita terima samada dlm bentuk email, sms or e-card gak... mama pun turut ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434...heheheh
Apa azam tahun baru anda?? Adakah azam tahun lepas dah terlaksana sepenuhnya? Bagi mama, tk ada azam yg mama buat setiap kali tahun baru Islam atau bkn Islam... yg pasti azam mama sentiasa sama ajer... "Semoga mama dilindungi oleh NYA dan sentiasa dipanjangkan umur, dilimpahi rezeki yg halal serta permudahkan segala urusan mama samada di dunia atupun di akhirat. Yg paling penting amalan ibadat mama semakin bertambah-tambah dan menjauhi larangan yg dimurkai oleh NYA. Insya Allah.. Mama amat bersyukur sepenuhnya kepada Allah kerana dengan limpahan nikmat dariNya yang memberikan kita peluang menjumpai tahun baru"...
Tanpa kita sedar umur kita meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah Taubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?
Untuk tahun 1434H ni mama panjangkan doakan agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.
Tanpa kita sedar umur kita meningkat. Banyak perbuatan salah yang kita buat. Apakah kita sudah Taubat? Bukankah Kiamat boleh jadi bila-bila masa saja?
Untuk tahun 1434H ni mama panjangkan doakan agar kita bersama-sama dipermudahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepadaNya. Moga jiwa makin tenang, muka makin ceria dan hidup lebih berkat. Insyaallah.
Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah
§
Pada tahun ini, akhir tahun hijriah ialah pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT, InsyaAllah
Doa Akhir Tahun:Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun:Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)