Showing posts with label maya karin. Show all posts
Showing posts with label maya karin. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Ombak Rindu

Photobucket

huishhh.... sana sini depa sibuk citer yg movie ombak rindu nie best..
walaupun citer agak pelan sket tp tidak membosankan
dengarnya baru 4 hari tayangan dh cecah RM4juta..
nie yg mama tk sabar2 nk tgk nie...
nak pie tgk tk ada kwn.. nk pie dgn hubby... hubby mama tk berminat tgk citer romantika2 nie
so siapa yea yg sudi nk menemankan mama tgk? hehehehe

harap2 lepas 2minggu tayangan ada ler kuar kt astro first...
boleh ler subcribe dan tgk ler 2hari 2malam tanpa henti kan
harga pun berbaloi2 ajer RM15... puas ler tgk kan.. hehehehhe
terutama nk tgk si Hariz yg ensem tu... ahaksss..
giler bangat suka dgn Aaron Aziz tu... huhu

cepat ler masuk dlm astro first.. mama dh tk leh tggu dh nie..
novel mama dh baca...nk tgk camner pula bila difilemkan..
harap2 lg menarik ler terutama babak2 romantis antara hariz dan izzah kan heheheh
nk tahu sinopsis citer nie... leh pie SINI yea...

adiosssss

Wednesday, November 16, 2011

Ombak Rindu

emmm mama mmg excited dan tk sabar menanti filem terbaru
yang diadaptasi dari Novel iaitu Ombak Rindu
lakonan Maya Karin(Izzah), Aaron Aziz (Hariz) dan Lisa Surihani (Mila)
mama dh baca dh novel nie... lama dh rasanya dlm tahun 2005...
ceritanya mmg best ler... mama baca ada 2 kali rasanya...

tk tahu ler camner ler citer nie difilemkan..
rasanya tk leh dpt sebest cam dlm novel
sbb ada part2 yg sukar tuk diterjemahkan ke bentuk lakonan
terutama bab romantis2 suami isteri antara Haris & Izzah...
kalu lakonan mmg tk manis ler kalu nk tunjuk2 tang atas katil 24 jam kan.. hehehehhe

nie sinopsis filem Ombak Rindu

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
 
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
 
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
 
Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah
MAYA KARIN
AARON AZIZ
LISA SURIHANI
BRONT PALARAE
AZIZAH MAHZAN
ZAIDI OMAR
NORMAH DAMANHURI
NATASHA HUDSON
 
antara foto dr filem Ombak Rindu..
Photobucket
 
Photobucket
 
Photobucket
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!