Sunday, February 26, 2012

Tip : 12 Pertarungan Dalam Hubungan


Salam... hari tu mama share pasal tip tuk yg suami isteri... yg nie plak tip sesuai tuk yg couple dan juga suami isteri gak... huhu

oh yea... lupa nk beritahu.. yg artikel2 nie mama copy from majalah mingguan wanita yea...hehehhe

12 Pertarungan Dalam Hubungan
Pada tahap awal menjalin hubungan, anda tentunya begitu bersemangat untuk membuktikan kepada pasangan bahawa anda adalah lelaki yang layak untuk mendampingi dirinya. Berbagai cara anda lakukan dalam menawan hatinya namun dalam keghairahan men awan hatinya, ada beberapa peraturan yang perlu anda ketahui.

1. Hanya berdua, bukan bertiga
Maksudnya sangat mudah. Hanya anda berdua dengannya dan tidak ada orang ketiga. Orang ketiga biasanya akan merosakkan sebuah perhubungan dan ia berkait dengan soal kejujuran. Kalau anda jujur dengannya, dia juga akan jujur dengan anda.

2. Jangan rosakkan sebuah persahabatan
Ada kalanya pasangan anda sukar menerima sebuah persahabatan yang telah lama anda jalinkan bersama sahabat wanita. Mereka akan mula berasa curiga, cemburu dan bermacam andaian lain. Akhirnya, silap langkah, anda akan berpisah dengannya.

3. Jangan terlalu selesa
Kadang-kala ramai orang suka berada di zon yang selesa dan mereka meyakini pasangan akan terus setia dan tak akan berpaling kepada orang lain. Namun ada kalanya anda tersilap percaturan kalau anda tidak mengikrarkan kata-kata cinta kepadanya setiap masa. Cinta berkaitan dengan hati, justeru itu ia perlukan kata-kata untuk meyakinkan bahawa cinta anda masih utuh.

4. Jangan membandingkan
Resam orang pernah jatuh cinta, mereka tentunya akan membuat perbandingan antara insan yang terdahulu dan seka rang. Sebaiknya, anda pandang ke hada pan, lalui hidup ini dan jangan sesekali menoleh ke belakang.

5. Hanya anda boleh mengawalnya
Cinta membuatkan semua perkara sukar menjadi senang. Kepada tidak menjadi ya. Justeru itu, hanya anda sahaja yang boleh mengubah semua mengenai pasangan dari buruk menjadi baik dan sebagainya.

6. Jangan memaksa
Sesetengah orang beranggapan, kekasih adalah hak mutlak. Justeru itu, mereka akan mengarah sesuka hati. Sebaik nya, jangan suka memaksa pasangan, hormati lah dirinya.

7. Jangan mudah menyebut “I love you”
Menyebut memang mudah namun tidak mudah melaksanakannya. Jangan terlalu mudah menyebut perkataan tersebut jika anda tidak bersedia untuk berkorban segala-galanya dan memikul semua tanggungjawab terhadap pasangan.

8. Putus dan jangan menipu
Jika anda sudah bosan dengan pasangan, beritahulah secara terus-terang. Jangan sesekali menipunya dengan pelbagai alasan. Pergi dan jangan menoleh lagi kerana sekelumit harapan, anda membuka kembali ruangan bersamanya lagi.

9. Perlu berkorban
Apabila anda bersedia untuk menjalin perhubungan, bermakna anda perlu berkorban segala-galanya. Jika saat dia mahukan pertolongan dan anda gagal membantunya, mungkin muncul seseorang yang akan mengambil peluang tersebut. Anda mungkin terlepas gadis idaman anda.

11. Jangan cerita kisah peribadi anda
Sebelum menjalin hubungan yang serius, jangan sesekali anda bercerita kisah peribadi dalam pertemuan pertama. Lagi anda menceritakan masalah anda seperti kewangan, bekas kekasih dan sebagainya, maka hubungan tersebut sudah pasti tidak akan dapat diteruskan kerana dia pasti bosan dengan cara anda itu.

12. Jangan rosakkan kebahagiaan di awal hubungan
Pada peringkat awal menjalin hubungan, anda perlu bersedia. Persediaan ini pula termasuklah mental dan fi zikal agar hubu ngan yang anda melewati hubungan yang lebih serius dan bermakna.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!