Showing posts with label suamiisteri. Show all posts
Showing posts with label suamiisteri. Show all posts

Saturday, May 17, 2014

Ilmu Belajarlah Puji Pasangan


Belajarlah Puji Pasangan 


Hakikatnya pujian buat pasangan sebenarnya tidak semestinya dilakukan secara lisan. Bagi anda yg masih malu-malu utk meluahkannya, bolehlah memulakannya melalui bahasa tubuh. Pujian dgn bahasa tubuh ini ada berbagai, drpd sentuhan, pelukan erat tatkala suami melihat isteri bergaya anggun mahupun sekadar pegangan tangan. 



Setelah terbiasa maka belajarlah pula meluahkannya melalui kata-kata. Tapi kata2 pujian yg keluar itu hendaklah tulus ikhlas dr hati supaya ia kedenggaran jujur dan bukan sengaja direka2. Anda juga tidak perlulah menunggu suami atau isteri melakukan sesuatu yg bagus utk dipuji sebaiknya luahkan saja kata2 pujian jika merasakan si dia layak dipuji. 



Jangan Terlalu Kerap 
Pujian akan memberi kesan lebih positif jika anda tahu bila mahu mengucapknnya. ini adalah antara aturan pujian yg harus diketahui terutama buat pasangan yg baru membiasakan diri. 
Pujian akn memberi kesan lebih positif jika anda tidak terlalu kerap diucapkan dan tdk pula terlalu jarang. Berikan pujian pd saat2 penting, spt ketika pasangan mahu memulakan pekerjaan baru. Ini akan meniupkan semangatnya utk memulakan tugas dgn lebih baik. 
Atau berikanlah pujian ketika isteri atau suami mula berasa down atau hilang keyakinan diri. Pujian yg tulus di waktu ini akan memberikan harapan baru bagi suami atau isteri. Pilihlah kata2 pujian yg mampu mersap dalam jiwanya. 



TIdak berlebihan 
Memuji pasangan sikhalayak ramai juga tak kurang pentingnya tp jgnlah terlalu kerap. Sebabnya ia akan menimbulkan perasaan tdk senang pd pasangan yg dipuji. Ungkapkan bila benar2 perlu dan pd waktu yg tepat. Pilihlah pujian yg tdk berlebihan spt memuji hasil masakan atau kemahiran menghias rumah yg dimiliki oleh isteri. 
Sbnrnya kebiasaan memuji pasangan ini bukanlah sesuatu yg sukar dilakukan asalkan anda melupakan rasa ego dan juga perasaan malu. Keutuhan rumah tangga dan tali cinta anda berdua lebih penting drpd dua perkara tersebut. 

Petikan dr Majalah Wanita 

Thursday, May 15, 2014

Ilmu :Tarikah Tubuh Isteri Bakar Nafsu Suami


Tarikah Tubuh Isteri Bakar Nafsu Suami 

Awal perkahwinan pandangan dan l;irikan mata suami terhadap diri menyim[an seribu berahi, tapi kini tiada lagi. Diri anda di[andang sipi. Ibarat diri sudah hilang seri dan daya menariknya. 

Perkara ini menyebabkan ramai isteri yg sangsi suami ada wanita lain yg lebih cantik dan seksi sbg pengganti diri. Tak mahu perkara ini terjadi isteri ini mula melakukan pelbagai cara utk mengembalikan pandangan berahi suami. 

Ada yg menggunakan petua lama malah ada yg sanggup melakukan pembedahan plastik agar diri kembali menjadi pujaan dan dambaan suami. Hakikatnya anda tak perlu berhabis wang utk semua ini. Apa yang perlu anda lakukan utk menawan kembali pandangan suami terhadap diri adalah menggunakan apa yg ada di tubuh sendiri. Caranya seperti berikut : 

Harum Rambut undang nafsu 
Gunakan sepenuhnya mahkota diri anda ini. Rapikan rambut walaupun anda duduk dirumah. Jgn biarkan rambut yg panjgan kusut dan menggerbang sebaliknya dandanlah rambut agar menawan. Selain itu rawat rambut anda agar sihat, berkilat dan halus. Biarkan rambut yg panjang melurut ke bahu. Melihat rambut yg cantik halus dan berbau harum ada kalanya mampu mengundang nafsu suami. 
----> Tang nie mmg mama suka sgt. Rambut mama disapukan dgn Rose Hair Perfume. Baunya sggh harum jer bau ros. Mmg menyegarkan dan rasa confident bila mendekati cik hubby. 

Bibir mengoda tarikan mata 
Bibir mungil sememangnya tarikan mata lelaki. Namun jika anda tidak memiliki bentuk bibir begini, ada cara utk menjadikan  bahagian ini menjadi tarikan suami. Oleskan gincu ketika di hadapan suami anda kerana melihat gaya anda mengenakan gincu di bibir sebenarnya sudah dipandang seksi oleh lelaki. Lebih berkesan pilih warna gincu yg warna merah tua dan merah muda. 
----> Bibir mama agak mugil ler jugak kan... mama suka bebenor ler mengenakan lipstik walaupun berada dirumah. Cuma oleskan sket biar nmpk kemerah-merahan. Kalu waktu bekerja mmg lipstick brg make-up yg wajib mama pakai hehehe... dioleskan skali dgn lip liner tuk membentuk bibir lg menanwan. Cubalah.... 

Kulit halus rangsang suami 
Ketika keluar dari bilik mandi, elakkan berkemban dgn kain batik, sebaliknya pamarkan kulit tubuh pada suami dgn hanya bertuala. Ketika ini oleskan krim ke seluruh tubuh. Gerakan anda membelai tangan, badan dan kaki sebenarnya cukup erotis buat suami malah ia lebih erotis dari menonton adegan cumbu-cumbuan dalam filem barat. 
--> Nie lucah sket yea. Mama mmg suka berkemban dgn tuala jer lepas mandi. Kalu hubby ada mama sajer2 jer lap bdn slow2 supaya hubby tgk. Sambil oleskan losyen ke seluruh bdn. Hubby tgk pun geram, sure ler lps tu ada adegan seterusnya. 

Gerakan tubuh mengoda 
Gunakan waktu santai berdua dgn suami utk mempraktikkan gerakan tubuh yg menggoda. Pamerkan belahan dada sewaktu bersamanya. Kenakan pakaian yg menampakkan bentuk tubuh badan dan bermanjalah dgn dirinya. Semua ini akan bakal membakar nafsu suami. 
--->Yg nie mama jrg buat ler... Buat pun bila rasa2 nk berhubungan intim mlm tu ler... sbb ada anak2 kan agak sukar tuk seksi spt ini. Tggu anak tidur jer baru leh seksi gini. Tp kalu dh mlm sgt nanti tk pasal2 kena dayung plak kannn.. hehehe 

Gaya baru semarakkan keinginan 
Jika selalu anda berbaju kurung Kedah dan berkain batik ketika di rumah, apa kata tukar gaya tersebut. Ketika di rumah bersama suami tak salah kalau anda mengenakan sesuatu yg lebih cantik dan seksi utk tontonannya. Sekali sekala kenakan dress pendek tanpa lengan yg seksi utk tatapan suami. Perubahan gaya selalunya akn menyemarakkan keinginan suami apatah lagi jika ia dikenakan di malam hari. 
---> Dress pendek tu tk ler kan tapi dress labuh melekat di bdn tu mmg favourite mama ler... Cuma bila ada anak2 mama akan sarungkan dgn tshirt diluar... bila berdua dlm bilik jer mama hanya pakai dress tnpa lenggan tu then melekat menampak susuk tubuh tu. Sure hubby geram ler. 

Basah peluh cetus nafsu 
Biasanya anda akan berasa segar setelah bersenam, begitu juga dgn pasangan. Melihat wanita yg dicintai dlm pakaian yg ketat dan berpeluh, nafsunya akan naik seketika. 
---->Byk wat kejer rumah spt mengemas membasuh boleh mengeluarkan peluh yg byk ler. Mama tak rasa hubby mama suka tgk mama berpeluh kut, mahu baunya sekapal kan.. muhaaaa 

Organ Intim Paling Seksi 
Dalam byk2 bhg tubuh wanita yg dianggap seksi oleh lelaki, organ kewanitaan adalah bahagian yg paling seksi sekali. Oleh itu para isteri di saran menjaganya dgn baik. Pastikan vagina sentiasa bersih dan segar serta tidak berbau dan terhindar dr sebarang penyakit kelamin. Jgn biarkan suami anda mengadu apa2 perkara ttg organ intim ini. Bagi memberi lebih kepuasan suami, jgn lupa mempraktikan senaman Kegel yea. 
-------> Tang nie mmg mama plg ambil berat. Sehabis boleh mama akan pastikan bhg ini bersih dan segar. Yg plg ptg masih lg ketat. So mama amalkan pencuci vagina iaitu Feminine Wash JSD (cewah promote jap) utk mencuci bhg intin itu. Lepas tu sapu masker vagina (promote lg JSD) di sekitar bhg ini tuk mengetatkan bhg intim tu. Tk percaya cubalah... nk try produk JSD blh ler contact mama yea...

SAS 012-2671716 WHATSAPP PUN BLH SMS PUN BLH... 

Wednesday, May 14, 2014

Ilmu: Resepi Suami Sayang Isteri Ketat2


Resepi Suami Sayang Isteri Ketat2 

Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain ada beberapa cara mempererat atau mengetatkan kasih sayang suami pad isteri. Beberapa tip dan panduan dikongsi dalam ruangan ini. 

Wajah Ceria Isteri 
Isteri perlu sering memperliharkan wajah ceria kepada suami. Hal ini kerana ungkapan dengan riak wajah mempunyai pengaruh yg besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorg. Sorg isteri juga akan berasa senang jika melihat suaminya berwajah ceria dan tidak bermasam muka.
Nabi s.a.w bersabda : "Sedikit pun engkau janganlah menganggap remeh perbuatan baik iyu, meskipun ketika berjumpa dengan saudaramu engkau menampakkan wajah ceria." (Hadis riwayat Muslim) 


Paras rupa Bukan Ukuran 
Walaupub ada hadis yg mengatakan bahawa wanita itu dipilih berdasarkan kecantikkan dan faktor2 yang lain seperti nasab, pangkat dan harta. Namun ia bukanlah keutamaan, keran faktor agama dan akhlak adalah penentu pada kelestarian kebahagian berumah tangga. 
Nabi s.a.w bersabda: "orang yg paling sempurna imannya adalah yg terbaik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri kamu." (Hadis riwayah al-Tirmizi) 

Jadilah Isteri Yang Menenangkan Hati Suami 
Sebaiknya sesorg isteri dipilih bkn sekadar berdasarkan kecantikan tetapi kemampuan utk membantu si suami dlm apa jua urusan spt menyelesaikan tugas2 harian di rumah dan juga urusan2 yg lain. Selain itu, hendahlah si isteri bersabar apabila suaminya mempunyai masalah-masalaj dan membantuny dgn kata2 dorongan dan penuh semangat bagi memulihkan kebali keyakinannya. 

Akhlak Mulia 
Paras rupa dan bentuk badan isteri bukanlah penentu kebahagian rumah tangga. Apa yg perlu dln mencari jodoh adalah dikalangan wanita solehah yang menutup aurat, memiliki akhlak mulia, lemah lembut dan mempunyai sifat pengasih dan penyanyang. Ini kerana faktor inilah yg dapat melestarikan rasa kasih sayang di dalam rumah tangga sebagaimana yg didambakan di dalam al-Quran dan al-Hadis. 

Selamat beramal.. hehehhe

Thursday, April 25, 2013

Ilmu : Raikan Momen Bulan Madu Di Rumah

Salam.. dh lama mama tk update blog nie... sorry agak sibuk kebelakangan nie... nie mama singgah jap jer... just nk share ilmu pengikat kasih sayang suami isteri... huhuhu

mama just copy from minggun wanita yg menjadi majalah peberettt mama setiap minggu... lain kali mama citer pasal life mama yea... skang nie jom kita semarakkan kasih sayang antara kita dgn pasangan.. check it outttt

Raikan Momen Bulan Madu Di Rumah
 
Bulan madu bererti masa berdua. Tanpa anak-anak atau sesiapa pun di sisi anda kecuali pasangan. Di rumah, memelihara suasana romantis memerlukan sedikit usaha. Lagipun, ia tidaklah sesulit mana jika dilakukan dengan bersungguhsungguh. Sekiranya suasana romantik terus dipraktikkan, maka tidak mustahillah sampai bila-bila pun rumah tangga yang dibina akan bahagia. Untuk menjayakannya, anda dan pasangan harus sepakat dan sama-sama merencana aktiviti yang menarik. Jadikan diri persis pengantin baru sekalipun usia perkahwinan sudah menjangkau belasan tahun. Masih tercari-cari cara yang sesuai? Ikuti tip ini:
 
1. Pastikan kediaman kemas dan bersih
Lazimnya, pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga sering terlupa untuk mencari momen berbulan madu. Bagi mereka, istilah bulan madu hanya sesuai bagi pasangan raja sehari. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk bersikap romantik terhadap pasangan seperti malu dilihat anak-anak atau sibuk dengan urusan seharian. Usah sekalisekali jadikan alasan berkenaan sebagai penghalang untuk terus bermanja-manja dengan pasangan. Sepatutnya, anda berbangga kerana hingga ke tua, hubungan kalian masih mesra bak pasangan kekasih. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah membersihkan rumah luar dan dalam. Pastikan suasana lebih selesa dari biasa. Bagi memberi sedikit kelainan, mungkin susun atur perabot boleh diubah. Begitu juga dengan ruang kamar utama. Menggunakan kain cadar yang baru juga boleh memberi impak yang berbeza. Tak percaya? Cuba dahulu dan lihat keputusannya. 
 
2. Bunga segar bangkitkan cinta 
Wanita cukup suka apabila menerima jambangan bunga. Lebih-lebih lagi daripada insan kesayangannya. Sememangnya bunga adalah lambang romantik dan cinta  daripada seseorang kepada seseorang. Bagi mewujudkan suasana romantik di rumah, sediakan beberapa tangkai bunga segar dan letakkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan seperti meja makan, ruang tamu  atau kamar tidur anda. Haruman yang terhasil dari bunga berkenaan secara tidak langsung membangkitkan mood kasih sayang antara kalian berdua. 
 
3. Sediakan makanan yang istimewa 
Kata orang menambat hati suami adalah dari perutnya. Strategi seperti ini boleh juga dipraktikkan untuk aktiviti bulan madu anda. Siapkan menu yang istimewa  buatnya, lebih baik jika menu tersebut adalah dari kegemarannya. Lengkapkan suasana dengan nyalaan lilin bagi membangkitkan mood romantis. Jika masih samar mengenai menu serta cara penataan meja makan, layari sahaja internet dan belajar seketika. Jangan tak percaya bahawa pasangan akan rasa cukup dihargai apabila anda melakukan sedemikian. Irama romantik penyeri suasana 
 
4. Makan malam takkan lengkap tanpa iringan lagu-lagu romantis. 
Selesai sahaja urusan makanan maka fikirkan pula lagu apakah yang sesuai untuk menjadi peneman anda. Mungkin tidak menjadi masalah sekiranya anda mempunyai koleksi cakera padat lagu-lagu cinta tetapi bagaimana pula bagi yang tiada? Masih ada alternatifnya. Mungkin boleh mencuba kelainan dengan berdansa melalui lagu yang direkodkan dari internet atau menonton filem romantis. Pasti membangkitkan ghairah apabila tangan saling menggenggam sementara pinggang anda pula berada dalam rangkulannya. 
 
5. Nota cinta ingatan selamanya
Sebelum pasangan keluar bekerja, selitkan beberapa keping nota cinta di dalam poket seluarnya. Jika tidak, kirimkan sahaja pesanan ringkas di telefon mahupun e-mel mengenai perasaan anda terhadapnya. Ingatkan juga mengenai rancangan bulan madu yang telah diatur rapi. Perkara-perkara ini adalah langkah pertama sebelum adegan selanjutnya diteruskan. Dalam pada itu, tidak salah sekiranya anda minta dibelikan bunga, coklat atau apa sahaja sebagai hadiah kerana kebanyakan lelaki sukar memahami apa yang wanita kehendaki. Tiada gangguan dari telefon bimbit. 
 
6. Pastikan telefon bimbit dimatikan pada malam bulan madu. 
Deringannya hanya mengganggu dan mencacatkan suasana romantis yang telah anda atur sedari awal lagi. Biarkan diri bebas dari apa jua perkara sama ada hal-hal pejabat atau perkara-perkara lain. Nikmati momen tersebut sebaiknya, tanpa gangguan dari sesiapa pun lebih-lebih lagi kalian berada di rumah sendiri. Betah bergerak ke sana ke mari tanpa halangan atau kekangan masa. Jadi berseronoklah! 
 
7. Sesuaikan momen dengan pakaian yang seksi
Bagi membangkitkan suasana bulan madu yang romantik, aspek pakaian perlu diberi perhatian. Mentang-mentang berada di rumah jadi main tangkap muat sahaja baju-baju yang ada. Jangan begitu. Inikan bulan madu anda, jadi biarlah ia berlangsung sebaiknya. Yakinlah bahawa pakaian yang anda kenakan mampu mencetuskan kelainan dari hari-hari biasa. Sebaiknya gunakan pakaian yang seksi dengan material yang lembut. Berhiaslah untuk menarik perhatian pasangan kerana malam itu adalah malam anda berdua. 
 
8. Ambil cuti untuk lanjutkan waktu bulan madu
Urusan malam selesai dengan baik tetapi jangan pula terhenti di situ sahaja. Ingat bahawa anda masih dalam fasa bulan madu, jadi ambillah cuti sehari dua untuk berlibur bersama-sama. Meskipun bukan ke pulau-pulau atau tempat peranginan yang menarik, anda masih boleh mencipta suasana bulan madu yang lengkap. Berdua-duaan memandu dengan pasangan sambil berpegangan tangan sudah cukup membangkitkan rasa cinta. Apatah lagi apabila ada selingan lagu romantik di corong radio. Halakan kenderaan anda ke taman bunga atau mungkin ke pusat membeli-belah untuk membeli ‘cenderahati’ untuknya atau menonton wayang  gambar yang menjadi kegemaran anda berdua. Saat-saat begini tidak selalunya muncul jadi gunakanlah dengan baik!
 
* psssttt malam nie malam Jumaat kan... persiapkan diri anda sebaiknya... cantikkan diri hiasi peribadi... jgn pie keje jer lawa, tp dgn pasangan serabaiii.. huhuhu

Thursday, April 18, 2013

Info : 15 Sebab Suami Tolak Seks

Lelaki sentiasa berkeinginan untuk seks. Kalau boleh, setiap hari mahu melakukannya, cuma isteri saja yang tidak larat untuk memenuhi hasrat tersebut. Memang jarang sekali ada lelaki yang menolak bila ada permintaan seks daripada isteri. Ibarat perumpamaan kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan, begitulah reaksi suami. Tidak mustahil juga suami akan terus saja menarik tangan masuk ke kamar.

Tetapi bagaimana perasaan bila suami bersikap sebaliknya? Percayakah kalau dikatakan ada masanya lelaki juga akan menolak seks mestipun ditawar dan digoda oleh pasangannya? Ketika ghairah sedang membara dan berharap respons positif darinya tiba-tiba suami menolak. Bukan saja harapan berkubur, terpaksa pula berdepan dengan perasaan malu. Setiap wanita yang bergelar isteri pastinya akan kecewa dengan penolakan suami seperti ini.

Penolakan suami dalam melakukan hubungan seks akan menyebabkan isteri mengeluh dan memendam rasa. Selain itu pasti akan tersimpan sangkaan buruk di benak fikiran mereka apabila keinginan untuk hubungan seks ditolak atau tidak diendahkan. Tidak mustahil sekiranya, isteri yang berhadapan dengan situasi ini merasai suami tidak lagi mencintai ataupun beranggapan suami sudah tidak bernafsu lagi melihat dirinya. Lebih buruk lagi sekiranya isteri merasakan bahawa penolakan tersebut adalah kerana kehadiran pihak ketiga.

Namun begitu sebelum terlintas berbagai lagi anggapan buruk di fikiran, anda seharusnya menyedarkan diri. Fikirkan dahulu kemungkinan penyebabnya sebelum bersangka yang bukan-bukan tentang diri suami anda. Sebagai isteri anda hendaklah peka dengan perubahan suami dan tidak terus membuat tuduhan melulu. Perhatikan faktor di bawah kerana ia mungkin menjadi penyebabnya :

1 Keletihan
Terlalu penat dengan tugas seharian dan juga bebanan di tempat kerja boleh menjadi punca. Akibatnya terlalu banyak masa dihabiskan di tempat kerja, tempiasnya sudah tentu akan dirasai oleh anda sebagai isteri. Suami yang kepenatan pastinya tidak akan mempunyai tenaga melayani hasrat seks isteri. Bagi mereka jika hubungan seks dilakukan dalam keletihan ia sudah tentu akan mengecewakan dan menghampakan pasangannya.

2 Faktor kesihatan
Mungkin suami anda berada dalam keadaan tidak sihat hingga mengakibatkan nafsu seksnya menurun. Perkara sedemikian perlu diambil perhatian. Ada kalanya masalah kesihatan yang dialami oleh pasangan masing-masing tidak ditunjukkan tetapi didiamkan sahaja Walaupun hanya disebabkan pening kepala atau sakit perut, ia tetap akan memberi kesan terhadap nafsu seks. Jadi sebelum anda berfi kiran negatif tentang penolakan seks dari suami tanyakanlah tentang keadaan dirinya terlebih dahulu.

3 Tidak selesa
Penolakan mungkin juga disebabkan keadaan tidak selesa yang dirasai oleh suami. Mungkin kerana keadaan dirinya yang terlalu lapar atau terlalu kenyang. Keadaan persekitaran seperti terlalu panas atau tidak tenang kerana anak masih belum tidur juga mungkin menjadi punca mengapa si dia menolak kehendak anda. Sebagai isteri anda haruslah bijak menyesuaikan masa dan keadaan pasangan anda sebelum mengambil keputusan untuk mempelawa suami mengadakan hubungan seks. Jika tidak ia mungkin berakhir dengan perasaan kecewa.

4 Perjalanan jauh
Jarang suami menolak permintaan seks daripada isteri melainkan dirinya betul-betul tidak berkemampuan untuk melakukannya. Keletihan yang amat sangat akibat perjalanan jauh boleh jadi penyebabnya. Sekiranya setelah suami memandu jauh dan pada malam harinya menolak ajakan, anda seharusnya memahami dan biarkan pasangan anda berehat saja.

5 Terlalu kerap
Ada juga pasangan yang enggan ataupun terpaksa menolak ajakan pasangannya untuk melakukan seks kerana mereka terlalu kerap mengadakan hubungan badan. Ia menimbulkan rasa jemu dan keletihan pada pasangan. Seelok-eloknya dalam seminggu, anda melakukan hubungan seks satu atau dua kali sahaja.

6 Rawatan atau pengambilan ubat-ubatan
Ubat anti kemurungan dan ubat penurun tekanan darah sering kali menjadi penyebab hilangnya nafsu seks bagi lelaki. Ia juga sering dikatakan penyebab berlakunya disfungsi seksuali pada kaum ini.

7 Kurang tidur
Ketika lelaki mencecah umur kematangan atau dua puluhan, keinginan melakukan seks kadang kala melebihi minat tidur, apatah lagi jika baru mendirikan rumahtangga. Pukul 3 pagi pun mereka sanggup mengejutkan pasangan utnuk seks apabila sedang membara. Tapi seiring dengan pertambahan usia dan temoh perhubungan itu sendiri, minat untuk ebrhubungan intim juga semakin surut. Apatah lagi kepenatan bekerja dan kurang tidur.

8 Tekanan atau stres 
Perkara ini selalu menjadi penghalang urusan seks. Stres berpunca daripada pelbagai hal seperti masalah kewangan, penyakit serius yang dihadapi anggota keluarga, perubahan di tempat kerja, dilema keluarga dan istu yang melibatkan keluarga besar. Tapi penyebabnya bukan setakat itu saja, masih banyak perkara lain yang berpotensi untuk menjadi sumber stres.

9 Kadar hormon 
Stimulasi sisiologis yang terpenting terhadap minat seksual adalah hormon testosteron. Terlalu banyak prolaktin dan SHBG (sex hormone binding globulin) dapat menghalang nafsu untuk hubungan intim. Jadi, jika alasan hormon menjadi punca masalah, maka ujian darah untuk memeriksa tahap hormon testosterone, prolaktin, SHBG diperlukan.

10 Takutkan keintiman
Mungkin kedengaran agak aneh tapi hakikatnya ada sebilangan lelaki yang takut dengan keintiman kerana pengalaman tidak menyenangkan di masa lalu. Mungkin kerana diliwat atau sebagainya.

11 Masalah identiti
Apabila seseorang lelaki mengalami ketidakpastian mengenai fungsinya di dunia, dalam keluarga, lebih-lebih lagi pada pasangan, maka minatnya terhadap seks juga ikut terhakis. Ia selalu dikaitkan sebagai masalh kemurungan atau depresi. Masalah identiti ini selalunya berlaku apabila seseorang lelaki kehilangan pekerjaan, salah satu anggota keluarga meninggal, serta pertanyaan demi pertanyaan mengenai orientasi seksualnya. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan nafsu seks semakin menurun atau mungkin langsung hilang.

12 Hati tersinggung
Seperti wanita, hati lelaki juga akan terasa bila menyentuh perkara-perkara tertentu yang tidak menyenangkan hatinya. Bila perasaan tersentuh atau tersinggung, lelaki akan memilih tidak melakukan seks sebagai cara menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Perkara yang mungkin membuatkan seorang lelaki tersinggung antaranya adalah sikap pasangan yang suka mencela ataupun menjatuhkan air mukanya.

13 Berbeza pendapat
Lelaki juga akan memberontak dan ia akan melampiaskannya dalam bentuk ‘puasa bercinta’ apabila berbeza pendapat ataupun bertengkar dengan pasangan. Sebahagian lelaki memilih ‘menghukum’ pasangan dengan tidak melakukan aktiviti di tempat tidur hingga konflik selesai.

14 Masturbasi
Lelaki yang kerap melakukan masturbasi akan merasakan mereka tidak memerlukan pasangan untuk memuaskan nafsunya. Aktiviti ini semakin menjadi-jadi terutama sejak perkembangan teknologi informasi. Ia menjadi masalah jika terlalu asyik melakukannya sehingga melupakan pasangan sendiri.

15 Fungsi seksual terganggu
Terdapat lelaki yang mengalami disfungsi ereksi, ejakulasi awal ataupun lambat, akan menghindari seks dengan pasangannya. Bagi lelaki ini, daripada kecundang sebelum ‘berperang’, lebih baik tidak memulakan langsung

Tuesday, January 22, 2013

IKLAN JAP : PENTING NYA PANTANG SELEPAS BERSALIN


PENTING NYA PANTANG SELEPAS BERSALIN

Zaman dah semakin moden..semua benda orang buat nak cepat je..macam tu dengan pantang lepas bersalin..Walaupun mak aku selalu kata aku tak pantang, tapi bagi aku, aku cukup mengamalkan pantang dan mengamalkan segala aspek untuk menjaga kesihatan wanita. Walaupun aku bekerjaya dan hidup dalam kesibukan dan pemodenan, amalan nenek moyang dan tradisional tetap aku amalkan. Cuma aku improvise mengikut logik akal aku. Gabungan antara moden dan juga tradisional.

Kebelakangan ni aku tengok, ramai kawan2 aku langsung tak pedulikan hal berpantang ni..Baru 20 hari bersalin, sibuk nak keluar p shopping la apa la..bila kita tegur kata bosan, and kata badan dah cukup sihat dan kuat untuk berjalan. Angkut anak yang masih dalam hari (kata org2 tua bg baby yang tak hbs pantang lg). Memang aku tak nafikan seronok sebenarnya nak tayang anak..tapi apa salahnya tunggu sehingga habis pantang. Bukan lama pun..

Melalui info yang aku dapat dari internet dan juga pengalaman diri sendiri, kesan daripada kurang penjagaan ketika berpantang menyebabkan kita kelihatan tua dengan cepatnya berbanding usia kita. Bila kita bersalin tak kiralah melalui pembedahan atau normal, banyak urat yang menegang dan juga terdapat luka bersalin. Rahim kita juga memerlukan masa untuk mengecut semula dan ia tidak berlaku dalam masa yang singkat walaupun anda rasa perut anda kelihatan kempis dari luaran. Kerana itu penjagaan ketika berpantang amat penting.

Antara perkara yang aku rasa amat penting adalah
(1) menjaga pemakanan,
(2) kurangkan pergerakan (inilah masa kita perlu berehat. Jangan tunjuk sangat yang awak tu super mom ok).
(3) bertungku boleh mengecutkan urat2 dan juga peranakan
(4) berbengkung supaya perut boleh mengecut dan tidak mengelebeh
(5) memakai pilis bagi mengeluarkan angin mereyan dalam kepala dan badan
(6) memakan jamu untuk mengembalikan tenaga.
(7) berurut

Selain itu, sekiranya tidak tidak menjaga badan kita, ia mampu mengurangkan nafsu seksual kita. Sebab tu bila kita dah ada anak, kita selalu merasakan kurang bernafsu apabila bersama suami. Semua ini bukan nya disebabkan usia atau pun kononnya dah lama kawin, tapi adalah sebab badan kita kurang tenaga dan daya ketahanan. Dan melalui 1 blog waktu yang sesuai untuk berjimak selepas berpantang adalah 100 hari. Kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada kita.

C/P: 
BAGI IBU2 YANG BARU BERSALIN..DAPATKAN JAMU JALINAN CINTA..DI BUAT KHAS DENGAN REMPAH TERBAIK & BERKUALITI RM 48/40 BIJI..UNTUK KETERNAGAN LANJUT PM YE.

BERMINAT NK ORDER PIE SINI YEA....

Thursday, October 18, 2012

Tip : Belaian dan Sentuhan Malam Jumaat

ehem.. ehem... malam nie mlm jumaat kan... mmg elok ler mama kongsikan tip2 bagi menaikkan keindahan mlm nie... mana tahu rezeki anda dpt mlm nie.... syoknya... huhuhu

Belaian dan sentuhan nyata membangkitkan perasaan romantik dan aksih sayang antara suami dan isteri. Secara tidak langsung ia merupakan komunikasi jiwa yang diperlukan oleh setiap pasangan yang telah berkongsi hidup.

Satu kaedah membelai yg blh dilakukan secara bersahaja adalah dgn mengurut. Bkn setakat memberi keselesaaan malah mampu membangkitkan keghairahan kpd pasangan

ketahuilah bhw waktu terbaik utk melakukan urutan adalah slps suami atau isteri pulang dr tempat kerja. Maklum sajalah, ketika itu mereka pasti keletihan. Dlm masa yg sama ia membawa pengertian bhw anda cukup mengambil berat perihal kesihatan dan keadaaan pasangan.

Tambahan pula hubungan asamara yg dilakukan slps berurut lebih menyeronokkan berbanding keadaan biasa. Lagipun bknnya lama mana pun kan... Hanya 30 minit ke satu jam sudah cukup memadai. Mahu cuba.. jom ikuti tip nie...

Urutan belakang bahu
Pasangan berbaring dlm posisi meniarap agar mudah utk mengurut di bhgan belakangnya. Tugas anda adalah dgn meletakkan tapak tgn di atas bahu pasangan dan urut perlahan2 sepanjang otot belakang membawa ke paha dan lutut.

Lakukan perkara sama berulang kali. Slps itu, gunakan jari telunjuk utk mengurut bhg wajahnya secara perlahan2 dan berikan lebih tumpuan di bahagian tepi telinga. Sambil2 tu, susulkan dgn hembusan nafas berahi anda bg menyatakan perasaan cinta anda.

Urutan kaki
Bahagian kaki jgn dilupakan. Urut dgn perlahan2 dan lembut bg membangkitkan perasaan ghairah. Caranya mudah shj. Masukkan jari telunjuk setiap jari kaki dan menarik keluar secara lurus. Gunakan minyak urut yg menenangkan setiap kali tangan anda menyentuh tubuhnya.

Susuli dengan sedikit cakaran
Slps itu susulkan dgn sedikit cakaran ringkas yg manja dan tidak menyakitkan. Dlm keadaan yg relaks, cakaran itu lebih terasa spt mengeletek. Tambahkan sedikit tekanan bg menyemarakkan perasaan berahi pasangan. Sebolehnya gunakan smua jari dgn gerakan boleh ubah berbentuk pola bulatan, kipas, lurus dan berpusing.

Pakaian urutan bantu naikkan seksualiti
Masih dalam posisi yg sama tetapi kali ni gunakan tapak tangan secara silih berganti. Pastikan tangan anda sentiasa menyentuh bhg belakangnya. Dgn bantuan minyak dan losen, tekan tapak tangan anda dari lengan hingga ke bahunya. Selepas itu, tukar pula dr belakang membawa ke punggung dan belakang pahanya. Berikan lebih tumpuan dibhg tersebut bg menarik keghairahannya. Sekiranya anda mengurut suami maka carilah pakaian yang ‘menjolok’ mata. Mungkin dr material satin atau sedikit jarang kerana ia adalah strategi menggoda yang pasti berjaya. Tapi pastikan anak2 dh tidur, bg yg ada anak la… kalu tk ada boleh ler pkai baju tidur tnpa pakaian dlm… biar seksi nmpk susuk tubuh anda… mmg mujarab tuk pancing nafsu suami… cubalah…
   
Sentuhan urutan erotis dipaha
Bhg paha amat sensitive pd sentuhan. Lebih2 lagi sentuhan yg erotis dgn suasana yg menenangkan. Mulakan aktiviti urutan dgn minyak yg dilumur di telapak tgn anda. Letakkan tgn anda ke bhg dlm paha (berhampiran kepala lutut) dan lakukan sapuan silih berganti di bhgan yg sama. Awali urutan dgn tekanan yg lembut pd tempoh yg teratur. Halakan urutan ke bahagian punggung dan sekitarnya.

Kepala dan kaki
Penutup urutan adlh dgn menggunakan kesemua hujung jari. Urut  perlahan2 tubuh pasangan bermula dr bhg kepala hgg kaki. Selesai mengurut maka terpulanglah kpd anda dan pasangan utk lanjutkan ke ‘aktiviti’ seterunya. Mgk masih perlukan sedikit belaian atau kucupan pemanasan maka teruskanlah. Lagipun selepas berurut bdn jd lebih bertenaga. Sudah tentu hubungan kelamin lebih bermakna dan menyeronokkan dari biasa.

Selamat ‘bercanda mesra’ mlm nie yea… malam jumaat kan.. huhuhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!