Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Monday, November 21, 2011

INFO : HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Mama just nk share info yg mama baca dr majalah wanita...
sekadar pengetahuan bersama... mana yg baik kita ikut lah yea.. heheheh

---------------------------------

5 Masalah Seks Perlu Dirujuk Pakar

Hubungan suami isteri pastinya manis dan membahagiakan ketika fasa awal perkahwinan. Namun setelah masuk ke tahun-tahun berikutnya, satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa. Baik daripada kewangan, kesihatan, anak dan tidak terkecuali masalah melibat hubungan intim.

Jika masalah lain mungkin pasangan terbuka untuk berbicara tapi bila ia melibatkan urusan ranjang perasaan malu atau ego lebih menguasai diri. Masing-masing lebih rela mengunci mulut dan memendam rasa serta mengikut rentak yang ada kalanya sukar direncana.

Ada yang sanggup bertahan dengan keadaan ini bertahun-tahun lama daripada meluah dan mencari penyelesaian. Padahal masalah yang dihadapi sebenarnya amat serius dan perlu ditangani oleh pakar. Jika anda ternyata mempunyai masalah seperti di bawah ini maka anda sebenar memerlukan bantuan pakar atau kaunselor kerana ia serius dan boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga jika berterusan.

1. Seks Cetus Pertengkaran
Sering berselisih pendapat tentang posisi yang sesuai ketika bersama? Atau mungkin anda kurang selesa dengan layanan pasangan sewaktu berada di kamar tidur? Mungkin sudah beberapa kali isu yang sama dibangkitkan namun jalan penyelesaian masih belum kelihatan. Berhati-hatilah kerana bibit kebosanan mula bercambah. Sering bertengkar mengenai seks membuktikan anda memerlukan seseorang untuk rujukan dan tempat meluah perasaan. Bertindaklah dari awal bagi mengelakkan bahtera yang dikemudi karam di tengah lautan.

2. Cipta Pelbagai Alasan
Apabila pasangan mengajak duduk berdua-duaan dengannya dalam suasana yang romantik anda sering memberi alasan. Lebih-lebih lagi apabila niat untuk berhubungan meluncur laju dari mulutnya. Mulalah pelbagai cerita dicipta bagi mengelak dibawa ke ranjang.

Sekiranya hal ini berlaku sedarlah bahawa si dia menyimpan sesuatu di dalam hati. Ingatlah, bahawa seks adalah perkara yang menyeronokkan dan apabila ada alasan untuk melakukan, tidak mustahil telah berlaku sesuatu yang merencatkan keinginannya. Bersedialah untuk berjumpa dengan pakar terapi yang berpengetahuan agar masalah tidak berlarutan.

3. Cari Peluang ‘Makan Di Luar’
Tidak ‘bahagia’ dengan pasangan merupakan alasan yang sering dicipta untuk curang. Carilah punca sebenar dan jika seks jawapannya maka temuilah pakar terapi yang berupaya menyelamatkan rumah tangga anda. Praktikkan teknik serta ilmu yang diajar sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, tentu sinar bahagia ditemui.

4. Kecewa Sewaktu Berasmara
Ketika berhubungan, anda sering kali gagal menikmati puncak kenikmatan yang sepatutnya. Disebabkan itulah maka bila diajak ‘bersama’ sekali lagi, mood yang seharusnya gembira bertukar bosan.

Oleh kerana kasihan pada pasangan maka kemahuannya diturutkan sahaja. Sudahlah masalah itu tidak dibincang bersama malah anda pura-pura bahagia sewaktu berada dalam dakapannya. Usah berlengah lagi. Segeralah dapatkan bantuan pakar agar perkara tersebut tidak berulang lagi.

5. Masalah Kesihatan
Ada pasangan yang mengelak untuk bersama pasangan kerana masalah seks yang mereka hadapi. Boleh jadi kerana masalah nafsu yang semakin menurun, disfungsi ereksi, ejakulasi pra matang, vaginimus, frigid, penyakit kelamin dan sebagainya. Masalah sebegini sememangnya memerlukan khidmat pakar jadi berterus teranglah agar pasangan memahami malah mereka juga sebenarnya dengan rela hati menemani anda menemui pakar.

Thursday, October 20, 2011

Baru Betul!!!

smlm entry mama pasal skim perumahan pertama tu... walaupun mama mmg tk layak sbb dah ada rumah pun.. hehehe
so ari nie dlm kosmo online ada kuar pasal skim nie.. mana logik kan dgn gaji RM3K boleh beli rumah RM400K kannnnn...so kerajaan sedang dlm pertimbangan tuk naikkan had kelayakkan gaji dr RM3K ker RM6K-RM7K sebulan... so nie adalah berita yg amat baik dan memgembirakan kpd meraka yg bercadang tuk membeli rumah dibawah Skim Rumah Pertama..... jom baca cerita penuh dalam Kosmo Online...

Credit to Kosmo Online...

KUALA LUMPUR – Kerajaan menimbang untuk menaikkan had kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM3,000 sebulan sekarang kepada RM7,000 untuk membolehkan orang ramai membeli kediaman lebih selesa di bawah Skim Rumah Pertamaku.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, kajian menaikkan had pendapatan pemohon skim tersebut sebanyak dua kali ganda itu sedang dijalankan dengan institusi kewangan.

“Kita sedang kaji had kelayakan sekitar RM6,000 hingga RM7,000 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi mudah alih ‘Kurnia One Touch’ di sini semalam.

Katanya, kajian semula itu adalah sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2012 yang menaikkan had pinjaman di bawah skim itu daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Siang Chai memberitahu, kementerian itu sedang menunggu maklum balas dari bank-bank berkaitan cadangan tersebut.

“Kami telah meminta pihak bank memberikan kami angka yang mereka rasa selesa jika seseorang itu perlu meminjam lebih banyak wang (di bawah skim itu), katanya.

Sementara itu, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) mengalu-alukan inisiatif menaikkan had pendapatan isi rumah di bawah pindaan skim itu dengan syarat ia tidak memberi kesan meningkatkan kadar hutang.
-------------

Friday, October 14, 2011

Kerap hamil jejas tulang

Mama ada terbaca artikel nie dlm kosmo online tadi... mmg good for knowledge kita bersama.... terutama kpd para wanita.... dan kpd lelaki fahamilah perasaan kami... mgk ada antara para suami ingin anak yg ramai...tp jgn lah smpi terlalu kerap atau rapat2... seelok-eloknya jarakkan kehamilah tuk tempoh 2 tahun... sbb tu mama mengandung jarak dlm 4 tahun...skang zafril baru 1 tahun... ada lg 2 tahun tuk mama relaks sblm mengandung lg... lepas tu apalagi tutup kedai ler.. huhu

Kerap hamil jejas tulang Oleh SYALMIZI HAMID

WANITA disaran supaya menjarakkan kehamilan sekurang-kurangnya selama dua tahun.


MEMILIKI zuriat yang ramai selalunya mampu memberikan kebahagiaan dalam kehidupan berkeluarga.

Namun, kehamilan yang kerap dan dalam jarak masa yang singkat turut mengundang risiko kepada ibu mengandung.

Seorang pakar perubatan rehabilitasi dari Fakulti Kedoktoran, Universiti Indonesia, Dr. Siti Annissa Nuhonni berkata, bayi di dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses pembesarannya.

Kalsium tersebut disumbangkan oleh ibu dan kuantitinya perlu dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu hamil memerlukan kuantiti kalsium yang tinggi berbanding biasa.

Selain itu, setelah proses melahirkan anak, kuantiti kalsium yang banyak masih diperlukan untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

“Ini secara tidak langsung menyebabkan seorang ibu memerlukan jumlah kalsium yang lebih berbanding keadaan biasa,” jelasnya.

Tambah Annissa, jarak kehamilan dan kelahiran yang dekat akan turut menyebabkan ketidakseimbangan kandungan hormon estrogen di dalam tubuh.

Ketidakseimbangan hormon penting wanita tersebut secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang.

“Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Jadi, apabila ia terganggu, struktur tulang juga akan terganggu akibat kekurangan kalsium,” ujar Annissa.

Lebih memburukkan keadaan apabila darah kehabisan kandungan kalsium dan ia mula menyerapnya daripada tulang dan gigi pula.

Ini kerana sebanyak 80 peratus kandungan kalsium dalam badan terdapat pada bahagian itu.
MINUM banyak susu dapat menambah bekalan kalsium ibu hamil.

Setelah banyak kalsium diserap keluar, ia akan mengganggu struktur tulang dan gigi. Ia akan mengurangkan kepadatan struktur itu yang akhirnya mengundang penyakit berkaitan tulang.

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pemulihan Perubatan WQ Park, Dr. Tunku Nor Taayah Tunku Zubir menjelaskan bahawa kekurangan kalsium di dalam badan boleh menyebabkan masalah kerapuhan tulang.

Berpantang
“Kalsium adalah elemen terpenting dalam pembentukan tulang. Justeru ia diperlukan dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengekalkan kekuatan tulang.

“Apabila kurang kalsium, ia akan menyebabkan masalah osteoporosis yang sering menyerang wanita terutamanya yang sudah menopaus,” katanya kepada Jurnal.

Ibu hamil digalakkan minum banyak susu dan mengambil sumber kalsium lain seperti keju, yogurt dan sayur berdaun hijau sebagai cara untuk mengoptimumkan jumlah kalsium dalam badan.

Sebagai langkah untuk membantu mengekalkan kesihatan tulang dalam kalangan wanita, Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Dr. Mohd. Ismail Tambi menasihatkan mereka yang berisiko agar menjarakkan tempoh kehamilan.

Sambil merujuk kepada kepentingan amalan berpantang selepas bersalin, Ismail menjelaskan bahawa wanita perlu menjaga kesihatan reproduktif sepanjang tempoh mengandung sehingga melepasi waktu bersalin.

TULANG rapuh disebabkan kalsium di dalamnya telah diserap oleh tubuh.

“Amalan berpantang adalah penting kerana ia merangkumi tempoh seseorang wanita yang baru bersalin untuk pulih dari segi mental dan fizikal.

“Jarak masa yang lama sebelum kembali mengandung dapat digunakan oleh ibu untuk mengembalikan kalsium dalam badan dan menghilangkan trauma kelahiran,” katanya.

Seseorang ibu bukan sahaja memerlukan tempoh pantang sebelum kembali mengandung bahkan masa yang lebih lama sebagai langkah menjaga kesihatannya.

Sambil menyebut saranan Islam supaya wanita menjarakkan kehamilan selama dua tahun, Ismail menasihati pasangan agar merancang kehamilan dengan pelbagai kaedah.

“Terdapat banyak cara untuk mengelakkan kehamilan berlaku. Ini termasuk mengambil hormon dan pil selain menggunakan kondom atau IUCD iaitu alat pencegahan kehamilan dalam rahim,” katanya.

artikel from KOSMO ONLINE

Thursday, October 13, 2011

KHASIAT TIMUN

Tadi mama dpt email dr opismate... so mama nk share ler khasiat timun nie.... byk sghh kegunaannya dan khasiat yg boleh kita dapat.. apa kata jadikan timun sbg sayur yg mesti ada dlm peti ais kita... huhu

Khasiat Timun


1. Jika anda keletihan di siang hari makanlah timun, ia kaya dengan vitamin B dan karbohidrat untuk mengembalikan kesegaran anda dan ianya mampu bertahan berjamjam.

2. Jika cermin di bilik mandi anda sentiasa berkabus setiap kali selepas mandi, ambilkan sepotong timun dan sapu ke seluruh muka cermin tersebut, ia akan menghilang kabus dan menghasilkan bauan yang nyaman seperti di spa.

3. Jika ulat dan siput merosakkan tanaman anda, masukkan beberapa potong timun ke dalam bekas tin aluminium. Tindakan bahan kimia daripada timun dengan aluminium menghasilkan bauan yang tidak dapat dikesan oleh deria manusia tetapi mampu menghalau serangga perosak lari dari sekitar tanaman tersebut.

4. Jikan anda ada masalah selulit yang menghodohkan rupa kulit anda, potong beberapa keping timun dan sapukan selama beberapa minit pada kawasan bermasalah tersebut. Ia mengandungi fitokimia yang membuatkan kalogen pada kulit anda bertindak menegangkan lapisan luar kulit dan menghilangkan pandangan selulit itu. Ia juga bolehdigunakan untuk menghilangkan kesan berkedut pada kulit.

5. Jika anda mabuk atau pening kepala, makan beberapa potong timun dan pergi tidur. Anda akan segar semula sepelepas bangun. Timun mengandungi gula, vitamin B dan elektrolit yang cukup untuk mengebalikan nutrient yang hilang dari badan anda seterusnya mengembalikan kesimbangan tubuh badan anda. Mabuk dan pening hilang dengan mudah dan percuma.

6. Tak sempat makan kerana banyak kerja, makan saja timun dan ia mampu mengelakkan anda dari merasa kelaparan. Ia telah lama digunakan oleh para pelayar dan pedagang Eropah sejak dulu bagi mengelakkan kebuluran.

7. Tak sempat gilap kasut berkilat anda, ambil timun segar potong dan sapu padapermukaan kasut tersebut. Kasut akan segera berkilat bersinar-sinar dan bertahan la malah ia juga kalis air!

8. Timun boleh jadi pengganti kepada WD 40. Jika ensel anda ketat berbunyi, sapukan atau tenyeh saja dengan timun, engsel kembali lancar dan tiada lagi bunyi.

9. Rasa stress dan berserabut tak perlu pergi ke spa atau pusat urutan. Masukkan saja sebiji timun yang dipotong ke dalam air panas mendidih dan serkup muka anda dengan tuala untuk di salaikan pada stim air campuran timun itu. Anda akan rasa segar dan tenag kembali. Baik untuk kaum ibu dan pelajar yang stress.

10. Lepas makan dan anda khuatir mulut berbau. Ambil sepotong timun dan tekankan ia dengan lidah pada lelangit mulut anda selama 30 saat. Bahan kimia pada timun akan membunuh bakteria yang bertanggung jawab menghasilkan bau mulut.

Tuesday, October 4, 2011

Buang Baby lagi!!!!

sedih bila membaca artikel2 mengenai pembuangan bayi nie.... semalam kes buang bayi dlam perigi dan hari nie plak kes buang bayi dr flat ke longkang... sedih sggh... bayangkan perasaan baby yg teraniaya tu...
masa berasmara dana seronok... bila dh jd cam nie, tk mahu bertanggungjawab plak...

skang nie bulan 10.... kes nie mesti 9 bulan yg lepas berlaku... masa duk sibuk sambut krismas dan new year.......
masa ni ler pasangan kekasih menghabiskan masa bersama2 menyambut new year yg boleh dikatakan setiap tahun pasti sambutan akan diadakan di Dataran2 setiap negeri spt Dataran Merdeka, Dataran Shah Alam, Dataran Lang.... lepas tu yg cetek agama mulalah melakukan perbuatan yg kurang manis spt berpelukan, meraba2 la.. dan akhirnya terlanjur... mereka nie lah yg tk ada perikemanusiaan selepas 9 bulan berikutnya akan membuang baby yg tidak berdosa... tengoklah dlm seminggu dua nie pasti kes pembuangan baby akan byk kita dengar.... tunggulahhhh

nie kisah baby kena buang dlm paper utusan arinie... sedihhhh

Remaja campak bayi baru dilahir dari flat




Seorang anggota polis menjalankan siasatan di tempat bayi baru lahir dicampakkan ibunya ke dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Tiada perkataan dapat diungkapkan melainkan sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang remaja perempuan tergamak mencampakkan bayi baru dilahirkannya dari tingkat dua sebuah flat di sini.

Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu kemudian ditemui oleh orang awam di dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang, di sini hari ini.

Ketika ditemui pukul 7 pagi, mayat bayi itu dalam keadaan tertiarap.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan remaja perempuan itu yang berusia 19 tahun di rumahnya di tingkat dua di flat itu.

Katanya, remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, mengaku melahirkan bayi itu di dalam tandas rumah yang dijadikan asrama pekerja, pukul 4 pagi ini.

"Remaja itu mengaku yang bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.

"Tiada siapa mengetahui meskipun rumah tersebut turut didiami lapan lagi pekerja restoran termasuk empat pekerja Indonesia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Penduduk, Zarizan Shahari, 27, memberitahu, dia menemui bayi malang itu setelah diminta oleh seorang penduduk lain untuk memeriksa sebuah objek yang mencurigakan di dalam longkang.

"Ketika itu saya baru pulang dari kampung di Jengka, Pahang. Alangkah terkejutnya apabila saya dapati ia adalah mayat seorang bayi yang masih bertali pusat.

"Saya terus menghubungi talian 999, sebelum pihak polis datang memeriksa dan mengambil bayi berkenaan.

"Saya difahamkan, rakan mangsa tidak tahu kejadian itu dan hanya menyedarinya apabila melihat tilam dipenuhi dengan kesan darah," ujarnya yang memberitahu remaja berkenaan baru sahaja berpindah ke flat itu dua bulan lalu.


gambar dr Kosmo Online
semoga kita dijauhi segala kemungkaran Allah.... amin

Friday, September 30, 2011

PELAMIN IMPIAN

Beri Sentuhan baru

Cantik sungguh pelamin skang nie... design semuanya terkini dan mmg cantik dipandang...
pelamin pun skang nie boleh buat ikut tema yg anda inginkan...
ada yg nk fairytales la, garden la, moden la, klasik la, timur tengah la, bollywood la, hollywood la...
mama dulu biasa2 ajer... tema tk ada ler... tp color theme tu mmg wajib ler...
mama semuanya nk color apple green... dari baju nikah, baju sanding, pelamin dan dekorasi hantaran pun color hijau.. hehehe.. teringat la plak momen tu... bestnya.. huhuh

jom kita tgk sentuhan terkini pelamin impian yg diangan2kan oleh setiap pasangan yang bakal berkahwin... hehehhe




Kini, pelamin turut dijadikan pilihan untuk diletakkan di luar rumah ataupun di bawah kanopi. Pilihan ini antara yang terbaik supaya ruang rumah tidak terlalu sarat dengan tetamu dan dekorasi pelamin yang besar. Oleh itu, dekorasi pelamin di kanopi ini sesuai buat anda yang inginkan keselesaan. Selain itu, pelamin di kanopi ini juga sesuai buat anda yang inginkan konsep perkahwinan dalam taman.



Cita rasa dan keinginan yang tinggi untuk majlis perkahwinan menjadi perkara biasa untuk semua pengantin. Pengantin baru pastinya ingin bersanding di  pelamin impian yang indah. Selain itu, dekorasi keseluruhan dewan juga perlu diambil kira untuk menyerikan lagi suasana. Hiasan dari muka pintu hingga ke  pelamin menggunakan sumber bunga segar pasti memukau padangan tetamu yang bertandang.


Merencanakan perkahwinan impian dalam suasana yang cukup indah dan gilang gemilang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Perancangan dari  peringkat awal haruslah dititik beratkan agar dapat anda mengabadikan kenangan teristimewa dalam kamus kehidupan bersama yang tersayang. Seiring dengan perancangan konsep dan tema hiasan dewan sudah pasti menjadi agenda pertama yang perlu anda fikirkan selepas pemilihan busana.


Konsep klasik dan moden kembali menjengah bagi anda yang gemarkannya. Tatkala kedua-duanya bertemu, pastinya menghasilkan satu dekorasi yang cukup indah, sekali gus menampilkan satu ekspresi yang cukup mendamaikan. Gabungan rona emas, kuning, dan putih cukup jelas untuk menghasilkan dekorasi yang indah nan mewah.



Konsep yang dipilih memberi impak yang besar terhadap dekorasi keseluruhan dewan. Melihat pada hiasan dekorasi kali ini mengingatkan kembali kepada ilham  rekaan dari Timur Tengah. Bermula daripada dekorasi dewan sehinggalah kepada cenderahati buat tetamu, semuanya hasil ilham Timur Tengah yang islamik. Gabungan warna dan hiasan, pastinya buat anda yang mengimpikan dekorasi seperti ini.


Mengadakan majlis perkahwinan di kampung halaman tidak bermakna ia tidak dapat digayakan mengikut konsep tert entu. Sama ada anda mahukan yang  konsep mewah atau sederhana, andalah yang menentukannya. Menggunakan tema warna iaitu melalui mainan warna tert entu bagi menghiasi pelamin dan dekorasi majlis juga dilihat begitu menyerlah.


Hasil kreativiti menerusi dekorasi pelamin kali ini memperlihatkan keringkasan dan keunikan yang ingin ditonjolkan mempelai. Berkonsepkan perkahwinan daripada adat Jawa Keraton, sememangnya memperlihatkan sesuatu idea yang baru. Penggunaan warna-warna yang harmoni di samping hiasannya, membuatkan pelamin idaman memikat hati tetamu yang datang. Tidak kira apa jua konsep dan juga pilihan tema perkahwinan, sudah semestinya pilihan tersebut mempamerkan ciri-ciri ringkas namun kelihatan mewah.


Sesiapa yang melihat pelamin nikah ini pastinya terpaku dengan konsep yang ditampilkan. Hasil kreatif perekanya membuktikan kreativiti mampu diserlahkan dengan kelainan konsep tersendiri seperti pelamin nikah yang tampak ringkas berkonsep 3D ini. Penggunaan warna cerah dan gabungan bunga-bungaan di sudut pelamin turut memberi pilihan yang segar. Pemilihan bingkai cermin berwarna emas ala Inggeris klasik seperti berada di alam fantasi cerita kanak-kanak. Namun kelainan dititipkan apabila ada bunga segar yang keluar dari bingkai cermin klasik tersebut.


Sebagai sebuah majlis yang dianggap penuh makna, upacara akad nikah yang dahulunya sering diadakan di rumah atau masjid kini turut menerima perubahan dari segi lokasi ia dilangsungkan. Disebabkan ketinggian nilai majlis itu sendiri serta tuntutan gaya hidup yang lebih tinggi pada masa kini, dewan semakin menjadi pilihan kebanyakan bakal pengantin untuk merealisasikan majlis pernikahan mereka.

artikel dr Pesona Pengantin!

Thursday, September 29, 2011

HONEYMOON!!!

Bestnya kalu dpt bulan madu skali lagi... muhaaaaa
mama dulu honeymoon kt Tasik Raban, Lenggong ajer... lepas tu baru pie kuching sarawak...
teringin plak nk pie honeymoon skali lg... tkpun menghabiskan masa berdua bersama hubby tanpa anak2.... mesti syok kan.. hehehehhe

bagi bakal pengantin yg sdg mencari tmpt menarik tuk honeymoon boleh ler pie ke sini... tempat yg tenang dan damai ajer.. huhu

credit to Pesona Pengantin...

Destinasi indah, sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Langkah tersusun menuju ke destinasi bulan madu yang menjanjikan ketenangan dari kesibukan kota. Golden Palm Tree Resort & Spa pastinya tidak akan mengecewakan percutian bulan madu anda. Dari pandangan jauh sebelum menjejakkan kaki destinasi, hati terpegun dan membuak-buak ingin terus mendekati lokasi percutian ini. Jatuh cinta pandangan pertama hanya itu yang mampu diungkapkan setelah merasai sendiri keindahan di tempat percutian ini. Resort ini dibina terapung di atas permukaan air merupakan resort bertaraf lima bintang yang mempunyai hampir 400 jenis villa.

Di sini anda boleh menikmati aktiviti sukan air bersama orang tersayang. Rehatkan minda, cergaskan badan di pusat rekreasi dan hilangkan tekanan di SPA yang disediakan. Resort yang terletak lebih kurang 25 minit perjalanan dari Kuala Lumpur International Airport pastinya menanti kehadiran pasangan bahagia menyematkan kenangan manis saat berbulan madu.

Anda tidak akan menoleh ke belakang lagi setelah menikmati sesuatu yang berbeza di lokasi ini. Suasana malam yang sungguh menenangkan. Kedengaran deruan ombak memukul pantai sambil menikmati hidangan yang disediakan. Anda boleh memilih cita rasa sendiri di Restoran Perahu, Stimbot, Bila Bila, Hai Sang Lou, Buloh Bar, Sepoi-sepoi Cafe dan Selat Bar. Memilih suasana romantik ketika makan malam atau menikmatinya sambil dihiburkan dengan persembahan yang tersedia.






SELAMAT BERHONEYMOON... MUHAAAA

Fesyen Terkini Untuk Nikah, Resepsi Dan Bertandang

Skang nie pelbagai fesyen bertudung tuk majlis bersejarah kita..
dulu masa zaman mama nk kawin, tk ada pun fesyen2 nie
nampak lebih angun dan bergaya..
jom tgk fesyen bertudung untuk majlis nikah, resepsi dan Bertandang...

credit to majalah Pesona Pengantin... huhu










cantik bangat modelnya nie.. huhuhu

Friday, September 23, 2011

Benda baru dlm Facebook

Salam,
Tentu ramai pengguna facebook sedia maklum yg terdapat benda baru dlm Facebook 2/3 hari ni... mama pun nk pening dgn perubahan yg ingin dibuat oleh facebook... sedangkan perubahan sblm nie pun mama baru nk familiar.. tup2 dh tambah perubahan baru yg lain plak... pening sehhhhh heheh
nie ada artikel mengenai facebook dlm Kosmo hari ini...

Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut.

Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.

Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter.

"Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya.

Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.

Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru.

Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.

GAMBAR fail menunjukkan Mark Zuckerberg di ibu pejabat Facebook di Palo Alto, California pada 5 Februari 2007.
--------------------------------------------------------

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Facebook banyak memberi tumpuan untuk mencipta kaedah-kaedah baharu supaya para pengguna dapat mengawal aspek penerimaan dan perkongsian maklumat dengan lebih baik.

Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter.

Selain itu, Facebook juga membenarkan penggunanya membuat pilihan tentang jenis kemas kini daripada rakan-rakan yang dibenarkan dipaparkan di laman Facebook mereka.

Panel sembang Ticker di kolum kanan skrin Facebook pula membolehkan orang ramai bersembang melalui mesej teks jika terdapat paparan imej baharu atau penghantaran lain.

Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini.

Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional.

Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook. - AFP

sumber : Kosmo Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!