Friday, September 30, 2011

PELAMIN IMPIAN

Beri Sentuhan baru

Cantik sungguh pelamin skang nie... design semuanya terkini dan mmg cantik dipandang...
pelamin pun skang nie boleh buat ikut tema yg anda inginkan...
ada yg nk fairytales la, garden la, moden la, klasik la, timur tengah la, bollywood la, hollywood la...
mama dulu biasa2 ajer... tema tk ada ler... tp color theme tu mmg wajib ler...
mama semuanya nk color apple green... dari baju nikah, baju sanding, pelamin dan dekorasi hantaran pun color hijau.. hehehe.. teringat la plak momen tu... bestnya.. huhuh

jom kita tgk sentuhan terkini pelamin impian yg diangan2kan oleh setiap pasangan yang bakal berkahwin... hehehhe




Kini, pelamin turut dijadikan pilihan untuk diletakkan di luar rumah ataupun di bawah kanopi. Pilihan ini antara yang terbaik supaya ruang rumah tidak terlalu sarat dengan tetamu dan dekorasi pelamin yang besar. Oleh itu, dekorasi pelamin di kanopi ini sesuai buat anda yang inginkan keselesaan. Selain itu, pelamin di kanopi ini juga sesuai buat anda yang inginkan konsep perkahwinan dalam taman.



Cita rasa dan keinginan yang tinggi untuk majlis perkahwinan menjadi perkara biasa untuk semua pengantin. Pengantin baru pastinya ingin bersanding di  pelamin impian yang indah. Selain itu, dekorasi keseluruhan dewan juga perlu diambil kira untuk menyerikan lagi suasana. Hiasan dari muka pintu hingga ke  pelamin menggunakan sumber bunga segar pasti memukau padangan tetamu yang bertandang.


Merencanakan perkahwinan impian dalam suasana yang cukup indah dan gilang gemilang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Perancangan dari  peringkat awal haruslah dititik beratkan agar dapat anda mengabadikan kenangan teristimewa dalam kamus kehidupan bersama yang tersayang. Seiring dengan perancangan konsep dan tema hiasan dewan sudah pasti menjadi agenda pertama yang perlu anda fikirkan selepas pemilihan busana.


Konsep klasik dan moden kembali menjengah bagi anda yang gemarkannya. Tatkala kedua-duanya bertemu, pastinya menghasilkan satu dekorasi yang cukup indah, sekali gus menampilkan satu ekspresi yang cukup mendamaikan. Gabungan rona emas, kuning, dan putih cukup jelas untuk menghasilkan dekorasi yang indah nan mewah.



Konsep yang dipilih memberi impak yang besar terhadap dekorasi keseluruhan dewan. Melihat pada hiasan dekorasi kali ini mengingatkan kembali kepada ilham  rekaan dari Timur Tengah. Bermula daripada dekorasi dewan sehinggalah kepada cenderahati buat tetamu, semuanya hasil ilham Timur Tengah yang islamik. Gabungan warna dan hiasan, pastinya buat anda yang mengimpikan dekorasi seperti ini.


Mengadakan majlis perkahwinan di kampung halaman tidak bermakna ia tidak dapat digayakan mengikut konsep tert entu. Sama ada anda mahukan yang  konsep mewah atau sederhana, andalah yang menentukannya. Menggunakan tema warna iaitu melalui mainan warna tert entu bagi menghiasi pelamin dan dekorasi majlis juga dilihat begitu menyerlah.


Hasil kreativiti menerusi dekorasi pelamin kali ini memperlihatkan keringkasan dan keunikan yang ingin ditonjolkan mempelai. Berkonsepkan perkahwinan daripada adat Jawa Keraton, sememangnya memperlihatkan sesuatu idea yang baru. Penggunaan warna-warna yang harmoni di samping hiasannya, membuatkan pelamin idaman memikat hati tetamu yang datang. Tidak kira apa jua konsep dan juga pilihan tema perkahwinan, sudah semestinya pilihan tersebut mempamerkan ciri-ciri ringkas namun kelihatan mewah.


Sesiapa yang melihat pelamin nikah ini pastinya terpaku dengan konsep yang ditampilkan. Hasil kreatif perekanya membuktikan kreativiti mampu diserlahkan dengan kelainan konsep tersendiri seperti pelamin nikah yang tampak ringkas berkonsep 3D ini. Penggunaan warna cerah dan gabungan bunga-bungaan di sudut pelamin turut memberi pilihan yang segar. Pemilihan bingkai cermin berwarna emas ala Inggeris klasik seperti berada di alam fantasi cerita kanak-kanak. Namun kelainan dititipkan apabila ada bunga segar yang keluar dari bingkai cermin klasik tersebut.


Sebagai sebuah majlis yang dianggap penuh makna, upacara akad nikah yang dahulunya sering diadakan di rumah atau masjid kini turut menerima perubahan dari segi lokasi ia dilangsungkan. Disebabkan ketinggian nilai majlis itu sendiri serta tuntutan gaya hidup yang lebih tinggi pada masa kini, dewan semakin menjadi pilihan kebanyakan bakal pengantin untuk merealisasikan majlis pernikahan mereka.

artikel dr Pesona Pengantin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!