Thursday, September 29, 2011

WEDDING OF THE YEAR - MEMEY & NORMAN

Petikan dr OH BULAN

Perkahwinan Eksklusif 12 Juta, Memey Suhaiza & Norman Hakim!

Wedding Of The Year!  Itu yang mampu kami ucapkan apabila bermulanya majlis resepsi Memey Suhaiza & Norman Hakim yang ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia dan beberapa jenama besar yang lain. Bertempat di Crowne Plaza Mutiara Hotel, majlis yang bertemakan New York  in Black & White ini telah diilhamkan dari “Nas of Nas Great Ideas”.

Pada majlis yang penuh meriah ini, OHBULAN! telah dijemput secara eksklusif bersama 200 orang media dan tetamu lain untuk menyaksikan kecantikan dan keanggunan Memey Suhaiza & Norman Hakim ketika memakai persalinan “Rafflesia Pearl Gown“  dan gaun pengantin rekaan Vera Wang dibeli khas dari Hong Kong.

Kasut Memey Suhaiza juga ditaja oleh pereka kasut terkenal di dunia, Jimmy Choo yang berwarganegara Malaysia. Disamping itu, Memey turut dihiasi dengan rantai Rafflesia White South Sea Pearls dan Rafflesia Golden South Sea Pearls.

Tampil bergaya dan kacak, pengantin lelaki iaitu Norman Hakim pula ditaja sepenuhnya oleh Cosmopolitan dan Bohemian suit dari Lords Tailor.

Majlis resepsi ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh beberapa orang penyanyi terkenal yang terdiri daripada, Fauziah Latiff, Azhar Osman (Bintang Idola Berita Harian), Amanda Amani, Nubhan dan Deja Moss. Disamping itu, kumpulan choir Rteez.De Chorale Choir yang dibawa oleh konduktor Khairy Leman turut mempersembahkan nyanyian yang penuh emosi dan mampu menyentuh hati tetamu dan pasangan pengantin.

Kehadiran Profesor Dato’ (Dr) Jimmy Choo OBE. sebagai penaja utama shoe couture turut menyerikan lagi majlis yang sudah sedia meriah ini. Lebih meriah apabila Memey telah diapit oleh Miera Liyana, Julia Ziegler, Fathia dan Eina manakala Norman pula diapit oleh Afiq Muiz, Fizz Fairuz, Didi Riyadi (Pelakon Indonesia), dan Samuel Rizal (Pelakon Indonesia).Kesemua mereka telah ditaja sepenuhnya oleh Rafflesia.

Kesemua persalinan Memey & Norman, pengapit lelaki dan perempuan, kek perkahwinan, barang kemas dan kasut akan dipamerkan di Muzium Negara pada 26 November ini sehingga 31 December 2011.

Yang pasti, konsep majlis resepsi yang bertemakan New York  in Black & White benar-benar memukau kami dan tetamu yang dijemput. Saksikan gambar sekitar majlis resepsi Memey Suhaiza dan Norman Hakim selepas ini yang diambil oleh kumpulan fotografer rasmi, Annas Easkey! Yeahh!

Memey Suhaiza dan Norman Hakim



 Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Norman Hakim dan Memey Suhaiza

Norman Hakim dan Memey Suhaiza

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!