Salam.. dh lama mama tk update blog nie... sorry agak sibuk kebelakangan nie... nie mama singgah jap jer... just nk share ilmu pengikat kasih sayang suami isteri... huhuhu
mama just copy from minggun wanita yg menjadi majalah peberettt mama setiap minggu... lain kali mama citer pasal life mama yea... skang nie jom kita semarakkan kasih sayang antara kita dgn pasangan.. check it outttt
Raikan Momen Bulan Madu Di Rumah
Bulan madu bererti masa berdua. Tanpa anak-anak atau sesiapa pun di sisi anda kecuali pasangan. Di rumah, memelihara suasana romantis memerlukan sedikit usaha. Lagipun, ia tidaklah sesulit mana jika dilakukan dengan bersungguhsungguh. Sekiranya suasana romantik terus dipraktikkan, maka tidak mustahillah sampai bila-bila pun rumah tangga yang dibina akan bahagia. Untuk menjayakannya, anda dan pasangan harus sepakat dan sama-sama merencana aktiviti yang menarik. Jadikan diri persis pengantin baru sekalipun usia perkahwinan sudah menjangkau belasan tahun. Masih tercari-cari cara yang sesuai? Ikuti tip ini:
1. Pastikan kediaman kemas dan bersih
Lazimnya, pasangan yang telah lama mendirikan rumah tangga sering terlupa untuk mencari momen berbulan madu. Bagi mereka, istilah bulan madu hanya sesuai bagi pasangan raja sehari. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk bersikap romantik terhadap pasangan seperti malu dilihat anak-anak atau sibuk dengan urusan seharian. Usah sekalisekali jadikan alasan berkenaan sebagai penghalang untuk terus bermanja-manja dengan pasangan. Sepatutnya, anda berbangga kerana hingga ke tua, hubungan kalian masih mesra bak pasangan kekasih. Langkah pertama yang harus dilakukan ialah membersihkan rumah luar dan dalam. Pastikan suasana lebih selesa dari biasa. Bagi memberi sedikit kelainan, mungkin susun atur perabot boleh diubah. Begitu juga dengan ruang kamar utama. Menggunakan kain cadar yang baru juga boleh memberi impak yang berbeza. Tak percaya? Cuba dahulu dan lihat keputusannya.
2. Bunga segar bangkitkan cinta
Wanita cukup suka apabila menerima jambangan bunga. Lebih-lebih lagi daripada insan kesayangannya. Sememangnya bunga adalah lambang romantik dan cinta daripada seseorang kepada seseorang. Bagi mewujudkan suasana romantik di rumah, sediakan beberapa tangkai bunga segar dan letakkan di kawasan yang sering menjadi tumpuan seperti meja makan, ruang tamu atau kamar tidur anda. Haruman yang terhasil dari bunga berkenaan secara tidak langsung membangkitkan mood kasih sayang antara kalian berdua.
3. Sediakan makanan yang istimewa
Kata orang menambat hati suami adalah dari perutnya. Strategi seperti ini boleh juga dipraktikkan untuk aktiviti bulan madu anda. Siapkan menu yang istimewa buatnya, lebih baik jika menu tersebut adalah dari kegemarannya. Lengkapkan suasana dengan nyalaan lilin bagi membangkitkan mood romantis. Jika masih samar mengenai menu serta cara penataan meja makan, layari sahaja internet dan belajar seketika. Jangan tak percaya bahawa pasangan akan rasa cukup dihargai apabila anda melakukan sedemikian. Irama romantik penyeri suasana
4. Makan malam takkan lengkap tanpa iringan lagu-lagu romantis.
Selesai sahaja urusan makanan maka fikirkan pula lagu apakah yang sesuai untuk menjadi peneman anda. Mungkin tidak menjadi masalah sekiranya anda mempunyai koleksi cakera padat lagu-lagu cinta tetapi bagaimana pula bagi yang tiada? Masih ada alternatifnya. Mungkin boleh mencuba kelainan dengan berdansa melalui lagu yang direkodkan dari internet atau menonton filem romantis. Pasti membangkitkan ghairah apabila tangan saling menggenggam sementara pinggang anda pula berada dalam rangkulannya.
5. Nota cinta ingatan selamanya
Sebelum pasangan keluar bekerja, selitkan beberapa keping nota cinta di dalam poket seluarnya. Jika tidak, kirimkan sahaja pesanan ringkas di telefon mahupun e-mel mengenai perasaan anda terhadapnya. Ingatkan juga mengenai rancangan bulan madu yang telah diatur rapi. Perkara-perkara ini adalah langkah pertama sebelum adegan selanjutnya diteruskan. Dalam pada itu, tidak salah sekiranya anda minta dibelikan bunga, coklat atau apa sahaja sebagai hadiah kerana kebanyakan lelaki sukar memahami apa yang wanita kehendaki. Tiada gangguan dari telefon bimbit.
6. Pastikan telefon bimbit dimatikan pada malam bulan madu.
Deringannya hanya mengganggu dan mencacatkan suasana romantis yang telah anda atur sedari awal lagi. Biarkan diri bebas dari apa jua perkara sama ada hal-hal pejabat atau perkara-perkara lain. Nikmati momen tersebut sebaiknya, tanpa gangguan dari sesiapa pun lebih-lebih lagi kalian berada di rumah sendiri. Betah bergerak ke sana ke mari tanpa halangan atau kekangan masa. Jadi berseronoklah!
7. Sesuaikan momen dengan pakaian yang seksi
Bagi membangkitkan suasana bulan madu yang romantik, aspek pakaian perlu diberi perhatian. Mentang-mentang berada di rumah jadi main tangkap muat sahaja baju-baju yang ada. Jangan begitu. Inikan bulan madu anda, jadi biarlah ia berlangsung sebaiknya. Yakinlah bahawa pakaian yang anda kenakan mampu mencetuskan kelainan dari hari-hari biasa. Sebaiknya gunakan pakaian yang seksi dengan material yang lembut. Berhiaslah untuk menarik perhatian pasangan kerana malam itu adalah malam anda berdua.
8. Ambil cuti untuk lanjutkan waktu bulan madu
Urusan malam selesai dengan baik tetapi jangan pula terhenti di situ sahaja. Ingat bahawa anda masih dalam fasa bulan madu, jadi ambillah cuti sehari dua untuk berlibur bersama-sama. Meskipun bukan ke pulau-pulau atau tempat peranginan yang menarik, anda masih boleh mencipta suasana bulan madu yang lengkap. Berdua-duaan memandu dengan pasangan sambil berpegangan tangan sudah cukup membangkitkan rasa cinta. Apatah lagi apabila ada selingan lagu romantik di corong radio. Halakan kenderaan anda ke taman bunga atau mungkin ke pusat membeli-belah untuk membeli ‘cenderahati’ untuknya atau menonton wayang gambar yang menjadi kegemaran anda berdua. Saat-saat begini tidak selalunya muncul jadi gunakanlah dengan baik!
* psssttt malam nie malam Jumaat kan... persiapkan diri anda sebaiknya... cantikkan diri hiasi peribadi... jgn pie keje jer lawa, tp dgn pasangan serabaiii.. huhuhu
No comments:
Post a Comment