Wednesday, August 10, 2011

Hapuskan Lemak dengan 11 Cara

Salam,
Dh lama mama tk menulis mengenai kesihatan diri. So kali nie mama nk kongsikan dengan anda semua bagaimana kita hendak membuang lemak dr badan kita nie.

Mungkin anda tleh berusaha dgn pelbagai cara untuk tampil langsing seperti berdiet dan bersenam, tetapi hasil yg diperolehi tidak seprti kita inginkan. Betul tak? Mama pun melaluinya begitu... selama 2 bulan mama pie gym, berat mama tk turun sgt... turun pun sekadar 1-2kg ajer. Tentu kita ada sedikit kecewakan!!! Boleh jadi amalan yg kita jalani tu salah. Untuk memantapkan lagi program membakar lemak adalah yg paling efektif, jom kita ikuti tip2 ini.

Lebihkan minum susu
bersahabatlah dengan susu kerana susu dipercayai dapat membakar lemak lebih byk jika mengambil 1000 hingga 1400 miligram kalsium per hari. Hal ini didedahkan hasil kajian oleh American Journal of Clinical Nutrition.



Waktu rehat ketika bersenam
Melalui kajian Journal of Applied Physiology bersenam selama 30 minti dgn waktu rehat selama 20 minit di antara waktu tersebut akan lebih efektif membakar lemak drpd bersenam secara terus menerus selama satu jam.


Banyakkan makan daging
Umumnya ramai yg memilih menghidari daging dan telur saat berdiet kerana takut berat badan meningkat. Padahal makan lebih banyak daging, telur dan sayur serta kekacang sgt membantu dlm menguruskan diet. Menurut kajian yg dilakukan oleh Skidmore College, mereka yg mengambil protein sebanyak 40% drpd pengambilan makanan setiap hari akan lebih cepat membakar lemak berbanding mereka yg hanya mengambil protein 15% sehari.


Cuba sepak bola
Bermain sepak bola dua atau tiga kali seminggu akan membakar lemak lebih byk drpd berjoging. Menurut kajian University of Copenhagen, Denmark gerakan menendang ketika menyepak bola membantu kamu bergerak lebih byk sehingga meningkatkan otot-otot badan. Semakin byk otot2 terbentuk, semakin byk lemak yg dibakar.


Bijiran Oat
Mungkin bijirin oat bkn makanan yg enak dimakan begitu shj, tapi oat memiliki kandiungan nutrisi yg sgt baik. Mugkin kita sudah sering mendengar oat dpt membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Hal ini disebabkan bijirin oats mengandungi serat larut yg membantu melunturkan kolesterol atau lemak keluar dr tubuh.


Pengambilan vitamin
Buah-buahan yg kaya dgn zat vitamin C seperti limau, oren, lemon, jambu biji, anggur dapat mengurangkan dan bertindak sbg penyingkir lebihan lemak dalam badan.



Makanan serat
Mmakanan tinggi serat biasanya mempunyai Indeks Glikemik yg rendah. Ia berfungsi membantu merendahkan tahap insulin dan gula dalam darah agar stabil. Tambahan pula salah satu tugas insulin itu sendiri adalah sebagai penyimpan lemak.


Komitmen waktu
Luangkan waktu setiap hari untuk diri sendiri bagi memulakan gaya hidup sihat. Misalnya, jika kamu memilih senanam aerobik atau yoga sbg kaedah pembakaran lemak kamu, tetapkan waktunya secara teratur dan jangan sesekali ponteng.

Berjalan selepas makan
Selain memberi peluang makanan utk turun, biasakan diri berjalan-jalan sesudah makan. Ini sebenarnya membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah kamu berjalan satu kalori akan digunakan. Lebih2 lagi jika kamu menaiki tangga. Tentu sja senaman ini harus dilakukan dengan santai kerana perut kamu baru sja terisi.


Minyak zaitun
Ada lemak tertentu yg diperlukan oleh tubuh, contohnya minyak zaitun.Minyak ini termasuk dalam lemak yg baik tuk tubuh dan menjaga kolesterol tdk berbahaya (tidak mendatangkan penyakit), sebaliknya ia merupakan salah satu lemak yg dapat menjaga tubuh kamu kekal tampil sihat.




Aktiviti fizikal yg mudah
Terdapat beberpa aktiviti fizikal yg mudah untuk tampil langsing iaitu
  • Jalan cepat, gunakan kasut yg cukup selelsa dipakai agar kaki tidak melecet.
  • Gunakan tangga utk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga utk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dgn menaiki lif.
  • Bersenam atau peregangan, sangat baik bg otot2 dan sendi2 yg kaku. Melenturkan otot dpt melancarkan peredaran darah.
  • Tunggang basikal dan kayuh perlahan2 tetapi dlm tempoh yg lama. Ini dapat mencantikkan dan merampingkan paha.
Itulah antara tip2 yg mama perolehi melalui pencarian google. Apa kata kali nie kita ikut tip2 ini utk tampil sihat dan langsing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!