Thursday, August 25, 2011

Alhamdullilah

Salam,
Alhamdullilah.... dh 25 hari kita berpuasa.... syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yg bagus untuk menempuhi bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Tak sabar rasanya tuk menyambut hari Raya....

Segala persiapan raya dh hampir siap.. cuma ada 2/3 jenis kuih raya yg mama ingin beli lagi tuk mencukupkan bekas kuih raya 6 balang kt umah tu...
Dh 5 tahun sambut Raya bersama suami tersayang, balang kuih raya belum pernah berganti lagi... almaklum ler beli dulu harga satu balang agak mahal kan...
berbaloi2 ler guna smpi 5/6 tahun kan.... masih cantik dan elok...
rasanya kalu jiran tetanga, kawan2 or sedara mara dtg umah sure tahu mama tk pernah lg tukar balang kuih raya tu...
ahaksssss jimatttt kannnn hehehe

Raya kali nie, mama dan hubby decided nk tukar langsir, alas meja dan kusyen sofa.
So agak byk gak ler berhabis tuk sambut raya tahun nie. Tapi tukar semua tu pun sbb dh hampir 3 tahun kami tk tukar... asyik pakai yg sama dan tukar2 ajer...
so tahun nie semuanya serba baru ler... hehehe sabtu/ahad minggu nie masa untuk kami membersihkan rumah serta mengantikan semua perhiasan dirumah.
eiii tk sabar plak rasanya nk tgk umah mama serba baru....
sure berseri2 kan... ahaksss

Oklah.. mama nk sambung kerje ler....
nanti kita sambung yea...!!!!

Tuesday, August 23, 2011

Ingatan Bersama : "Mana Mak?"

Salam,
Nk kongsi cerita pendek untuk tatapan dan ingatan kita bersama. Sayangilah ibu, mak, mama, bonda, ummi, dan apa shj panggilan yg diberikan kepada wanita yg mengandungkan kita 9 bulan serta melahirkan kita didunia ini....InsyaAllah bersama2 kita pahatkan di dlm fikiran kita... :-)

------------------------------------
Jam 6.30 petang.

Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama.
 Ayah baru balik dari sawah.
 Ayah tanya Mak, “Along mana?’
 Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
 Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
 Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
 Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
 Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
 Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
 Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah. 
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" 
Ateh  menjawab, “Entah.” 
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. 
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" 

Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 

Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan berlari mendakapnya seperti dulu. 

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 

Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
 Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.” 

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. 

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
 "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Monday, August 22, 2011

GOSSIP HANGAT - Knp Lofa Nak Jatuhkan Maruah Sendiri? - NEELOFA




Salam,
Mama ada cerita lain nk dikongsikan.. tp bila tgk blog OH BULAN sat nie... mama jd syok plak nk kongsi cerita nie... maklum ler sejak dua menjak nie kisah si Lofa sicantik manis nie menjadi2.. dari kisah tk bertegur sapa dgn Fazura, skang citer pasal jaja cerita diri disponsor ler plak.. tp tk tahu kebenarannya kan... mama sekadar memenuhi ruang mama nie ajer ler... dari sunyi tnpa cerita, baik havockan cerita artis2 nie..heheheh
 
--------------------------------------------------------------
 
Dikemaskini oleh pada August 22nd, 2011


Baru-baru ini, Neelofa, 22 telah ditaburkan lagi dengan gosip konon dia menyebarkan cerita kepada orang produksi bahawa keretanya telah ditaja oleh VVIP. Gosip tersebut turut menyebut Neelofa sengaja menyebarkan cerita berkenaan untuk membuktikan dirinya mempunyai hubungan yang rapat dengan VVIP berkenaan.

Walau bagaimanapun, Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa menafikan gosip tersebut ketika ditemui di One Utama, sempena program raya TV3 & TV9, Khamis lepas.

“Cerita tu tak betul, kenapa Lofa nak jatuhkan maruah sendiri? Lagi pun, keluarga Lofa tidak pernah mengajar untuk berbangga dengan barangan mewah. Kalau diikutkan, dari zaman Dewi Remaja lagi ramai orang sudah memperkatakan aset-aset seperti baju & handbag yang dimiliki oleh Lofa sendiri, ” jelas Lofa mengenai gosip berkenaan.

“Pada Lofa, buat apa nak minta barang-barang daripada lelaki, lebih baik Lofa cari sendiri, lagi puas hati. Melainkan kalau Lofa sudah berkahwin, suami sendiri yang berikan hadiah kepada Lofa, sudah tentu Lofa terima sebagai tanda penghargaan. Selagi lelaki itu bukan suami, memang Lofa tolak serta-merta,” kata Lofa menjelaskan pendiriannya.

“Kontroversi baik atau buruk, masih publisiti. Adakalanya ia membantu perjalanan kareer Lofa. Cuma, kalau gosip itu berpanjangan, tidak elok juga. Apa yang Lofa akan buat, insyallah apabila keluarnya produk-produk lakonan, ia boleh membantu mengubah persepsi orang terhadap Lofa.

“Walaupun kerap dilemparkan dengan gosip, itu adalah asam garam dunia hiburan. Yang penting, Lofa fokus pada kerjaya lakonan serta perniagaan kasut wanita yang diceburi. Insyallah, Lofa akan memperbesarkan bisnes kasut akhir tahun ini,” kata Lofa yang kini sudah pun membintangi 4 buah filem iaitu, Azura, King Kapcai, SAM & Lemak Ku Santan.

tk tahu ler siapa benar siapa salah... yg penting kita baca nie sekadar hiburan semata2... jgn simpan di dalam hati yea...
adiossssss

Friday, August 19, 2011

KOD LEMAK BABI - PERIKSA DULU SEBELUM BELI SESUATU

Sejak mengetahui yg mentega yang digunakan untuk membuat kek lapis di sarawak tk halal.. so apa kata mari kita semak makan2 yg kita makan selama nie.. kut kut mana ler tahu ada kandungan lemak babi ker kan....  let's check it out
                                          
DISERTAKAN LISTS OUT - KOD LEMAK BABI < DI BAWAH INI > UNTUK PANDUAN BERSAMA

MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT 
1  E100     16  E280     31  E434     46  E482
2  E110     17  E300     32  E435     47  E483
3  E120     18  E301     33  E436     48  E491
4  E140     19  E325     34  E440     49  E492
5  E141     20  E326     35  E441     50  E493
6  E153     21  E327     36  E470     51  E494
7  E160     22  E334     37  E471     52  E495
8  E161     23  E335     38  E472     53  E542
9  E210     24  E336     39  E473     54  E570
10 E213    25  E337     40  E474     55  E572
11 E214     26  E422     41  E475     56  E631
12 E216     27  E430     42  E476     57  E635
13 E234     28  E431     43  E477     58  E904
14 E252     29  E432     44  E478     59  E920
15 E270     30  E433     45  E481
           

Yg jelas nye pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk.ader E471 kat ingredients nya tu. mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu. Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua,laki,pompuan, sama jer. Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'? kalo dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni.
Yang herannyer caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut??? Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan. Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama. Suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... insyaAllah.
Semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt

tentu kita pernah makan keropok nie kan? Mama dulu masa kecik2 mmg suka bangat dgn keropok nie... hehehe
dh tahu dh kan? so kena ler tinggalkan keropok kegemaran nie...:-)


TOLL FREE!!!!

..
Salam,
Tentu ramai yg sedang bersiap sedia tuk pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya kan.... so tentu highway, jalanraya sesak penuh dgn kereta... yg paling tk bestnya jam giler kan.... so disini mama ingin mewar-warkan yg  semua tol yg ada di malaysia adalah percuma dan ada diantaranya memberikan diskaun sehingga 40% sempena Aidilfitri
so selamat duit kita yea.. boleh simpan tuk belanja kaum keluarga plak..
hehehehe...

tp  for surenya jalan jam giler spt ini.. heheheh

Berikut adalah senarai lebuh raya yang memberikan diskaun tol:

* Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura: 20 peratus diskaun kepada pengguna kenderaan ringan serta rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11.

* Lebuhraya Kulim Butterworth: Rebat tambahan 20 peratus kepada pengguna PLUSMILES sepanjang masa pada 27, 28 dan 29 Ogos serta 2, 3 dan 4 Sept 11

* Lebuhraya Metramac: diskaun tol RM 0.10 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 29 Sept.

* Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan bagi Plaza Tol di bawah sistem kutipan tol tertutup (Plaza Tol Kajang Selatan hingga Setul) mulai 12:01 tengah malam 27 Ogos hingga 11.59 malam 3 Sept, manakala tol percuma di Plaza Tol Ampangan untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos hingga 4 Sept.

* Lebuhraya Damansara Puchong (LDP): diskaun RM0.60 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari.

* Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint): diskaun RM0.20 untuk semua kelas kenderaan pada 27 Ogos mulai 12.01 tengah malam pagi hingga 12 tengah hari.

* Lebuhraya SMART: diskaun 15 peratus untuk semua kelas kenderaan mulai 12 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah hari 4 Sept.

* Lebuhraya Shah Alam (Kesas): diskaun 10 peratus untuk kenderaan kelas satu mulai 6.01 pagi 28 Ogos hingga 6 pagi 31 Ogos.

* Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie), Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga): diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam 29 Ogos.

* Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (Silk): diskaun lima peratus untuk semua kelas kenderaan pada 12 tengah malam hingga 11.59 malam 5 Sept.

* Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru: diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 11 malam 27 Ogos hingga 8 pagi 5 Sept.

* Lebuhraya KL Putrajaya dan Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) : diskaun 10 peratus untuk semua kelas kenderaan pada 29 Ogos mulai 12 tengah malam hingga 11.59 malam.

* Lebuhraya Senai Desaru: diskaun 32 hingga 36 peratus bagi kenderaan kelas satu pada 12.01 tengah malam 27 Ogos hingga 12 tengah malam 4 Sept.

Selamat memandu
Berhati2 di jalanraya
Biar lambat asalkan selamat....

MAS Hotline Sucks... Bencinya!!!

Salam,
Tentu ada yg terkejut dgn entri mama pagi nie.... mana tknya... dari kul 9am until now, mama still hangging the telephone tuk tggu customer services diorg angkat call mama nie.... geramnya.... tensionnya...

Mama cukup benci kalu bos kata nk tukar flight ker, nk cancel ticket ker sbb nk kena call diorg guna tol free tu... lepas tu tiap2 kali call mesti kata kena tggu.. lepas tu waiting list plak number shingga 30 org ke atas plak tu... minit plak dlm 80 minit.. giler ker apa? Apa.. staff diorg nie cuma 2/3 org ker.... smpai waiting list call cecah pulu2 tu... ramai sggh yea pepagi buta org dh call... erkkk geram nie...

Masalahnya mama dh call depa smlm tuk tukar flight... lepas tu dh clearkan apa2 yg penting, depa kata nanti depa kasi e-ticket... tggu punya tggu hgga nk habis waktu keje, email dari depa tk terima2... mama call lagi.. dan seperti biasa kena tggu lg.. kena gak ler dlm 40 minit... sabar... mama sabar.. sbb kerja punya... ada rasa nk maki dh depa nie... tp bawak2 mengucap bulan posa nie kan...

lepas dh dpt cakap dgn depa tu, depa janji ler akan kasi e-ticket selewat2nya petang smlm gak ler... mama tggu punya tggu tk ada2.. smpi ler pagi nie.. masih tk nampak bayang e-ticket tu... apa lg mama pun call ler hotline depa tu... bayangkan dari kul 9..hingga mama sedang menulis nie.. mama masih tk dpt cakap dgn depa... tensionnya....nie dh lebih dr 80 minit nie...mana pegi customer service depa nie? Mama dh nk naik hantu nie.... bos duk sibuk tanya e-ticket tu... sbb hari nie kan jumaat, then flight tu ari isnin... giler gaban mama bengang nie... ada kan mama suruh depa wat shhg mama dpt baru mama letak telefon.. kalu tk mama sanggup tggu depa siapkan permintaan mama tu tk kira ler kena 2 jam-3jam......yg penting objektif mama tuk dpt e-ticket akan tercapai..

Haaaa... dh kul 1010am.. baru ler mama dpt cakap dgn depa nie... ok... nanti kita jumpa lagi.. nk concentrate ckp dgn diaorng nie... daaaa

Thursday, August 18, 2011

SimplySiti Tak Halal?

Sajer.. sajer kongsi ilmu..heheheh

   Isu SimplySiti Tak Halal: Siti Nurhaliza Akui Terkesan!
altKUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor Negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin akui benar-benar terkesan dengan tuduhan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengatakan produk keluarannya, SimplySiti sebagai tidak halal .

Malah, lebih teruk lagi Siti Nurhaliza memberitahu, kejatuhan jualan produknya juga berlaku dengan kadar segera dan ketara sebaik sahaja ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan tuduhan tersebut di sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu. Laporan dalam blog tersebut juga mendakwa bahawa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi

"Terus-terang tuduhan mengenai SimplySiti tidak halal ini telah memberi kesan dan impak yang besar terhadap jualan terhadap produk kami. Apa tidaknya, bayangkan bila isu ini dibangkitkan pada hari Jumaat, serta-merta pada hari Sabtu dan Ahad jualan kami terus jatuh merudum!

"Selain itu, ia telah secara tidak langsung memburukkan nama baik SimplySiti. Malah, kami dapat tahu ada pengguna yang sudah pun membuang dan terus tidak memakai produk kami. Saya sangat kesal dan sedih dengan pada yang berlaku.

"Sebenarnya, semua yang berlaku adalah dari salah tafsiran beberapa pihak. Memang susah untuk mendapatkan logo halal daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan kami pun menunggu lama untuk mendapatkannya.

"Namun, kami berjaya mendapatkannya sebelum SimplySiti keluar lagi. Kini, kami rasa berbesar hati apabila Jakim sekali lagi menyokong dan membantu meyakinkan orang ramai bahawa produk kami memang halal," jelasnya kepada murai.com.my

Bagaimanapun Siti Nurhaliza sebelum ini sudah pun mengeluarkan kenyataan balas dari tuduhan tersebut dan menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar dan berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM.

Siti Nurhaliza yang kesal dan kecewa dengan apa yang berlaku bagaimanapun akur dan terima dugaan yang ditempuhi itu sebagai lumrah naik jatuh perniagaan.

"Alhamdulillah, spekulasi ini pun sudah terjawab dan peminat serta pengguna saya pun lega bila dapat tahu tuduhan itu sama sekali tidak benar. Apa-apa pun, saya akur dengan paa yang berlaku. Mungkin ada hikmah daripada semua ini terjadi,"jelasnya dalam selepas majlis doa selamat dan berbuka puasa SimplySiti di Masjid Wilayah, malam semalam.

Bagi mengeratkan ukhwah dan mengucapkan syukur di atas anugerah dan rezeki daripadaNya terhadap produk SimplySiti, Siti turut mengadakan majlis berbuka untuk para wartawan, rakan pernigaan, para pengguna setia dan anak-anak yatim.

"Majlis berbuka puasa ini adalah acara tahunan bagi SimplySiti dan ia memang saat dinanti-nantikan kami. Ini kerana bagi pihak Siti dan SimplySiti sendiri, acara berbuka puasa bersama semua tetamu bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim anatara kami disamping dapat berkongsi rasa syukur di bulan yang mulia ini," tambahnyanya lagi.

Selain majlis berbuka puasa, Siti serta pihak SimplySiti turut menyampaikan sumbangan dan penyerhanan duit raya buat anak-anak yatim dari rumah Anak Yatim Gombak yang turut hadir serta turut diraikan dalam majlis tersebut.
  
Dipetik dari murai.com

* yang pasti mama belum pernah lg guna or try produk ni... quite expensive ler.... hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!