Monday, August 7, 2017

JUNK FOOD, PARTY PACK & BIRTHDAY CELEBRATION - ZAFRIL

Assalammualaikum wbt dan selamat petang… tentu skang nie ramai yang matanya macam di cucuk dengan pen kan… mengantuk kan waktu2 gini.. almaklumlah lepas lunch hour mesti kita akan rasa mengantuk sebab terlebih makan kan.. ahaksssss

Sama ler dengan mama nie… rasa nak letak pencungkil gigi kat kelopak mata nie supaya terbuka… boleh ker kita tido dengan mata terbuka? Mesti best sbb bos ingat kita wat keje sebab mata asyik mengadap computer padahal mata jer memandang tp roh dia dh jauh melayang ke mana kan.. hehehehe

Ok.. mama tak nk meleret pjg2 sgt mukadimah nie… kali nie mama nk cerita pasal seorg wanita ini yang mengatakan anak-anaknya tk dikenal jajan(junk food). Yang paling best tu anak dia ingat junk food tu adalah toys..siap pijak2 jer kalu ada kat rumahnya…

Bagi mama ada positif dan negatifnya perkara nie. Macam mama pun mmg tak mengalakkan anak2 mama makan junk food tapi sekali sekala mama kasi reward dia bolah makan pada hari tertentu seperti birthday dia. Macam skang nie ramai kaum2 ibu menyambut birthday anak2 mereka di sekolah. Di bekalkan kek sebiji serta party pack skali. As usual dlm party pack tu mmg ada makanan junk food spt gula2, coklat dan keropok2.

Anak2 mama mmg tahu yang diorg tk dibenarkan makan jajan tu. Setiap kali depa dapat depa bawak balik kasi kat mama. Tp mama akan kasi depa makan satu gula2 ker sbb masa nie jer depa dpt makan sbb kalu nk mama or papa belikan mmg tak adala. Dan depa tahu sbb kalu makan terlebih byk sgt manis depa akan allergic dan asma akan menyerang depa. Lebih2 lagi product yang berasaskan blackcurrant. Yg si abg Nadim masa dia kecik2 mmg dia ikut tp dh besar nie cam liat sket nak dgr. Yg si adik Zafril mmg dia akan bwk balik party pack camner dia dapat. Tk usik pun langsung dalamnya. Cam mama kata tadi mama akan kasi depa satu dua tuk mkn dan selebihnya mama akan bawak pie opis then jamu kwn2 opis… ahakksss tak ada buang ke tong sampah… tak baik reseki orang nk share dengan kita tapi kita plak buang ke tong sampah.. hargailah reseki tu.. kalu rasa tak nak pun kasi jer pd org lain yg suka mkn tu.. Depa mkn pun gula2 jer. Coklat langsung depa tk blh makan. Cepat asma dia sampai.

Dek kerana ramai sangat rakan kelas si Zafril potong keke di sekolah maka dia pun nak juga potong kek di sekolah. Masa abgnys si Nadim tk pernah plak abg nya minta begitu. Tapi si Zafril hari2 mengingatkan mama kata birthday dia nk smpai dah adik nak potong kek kat sekolah dan ada party pack. Mula2 mama mmg malas nk layan.. dah habis hari2 dia Tanya walaupun birthday dial g sebulan tau.. hari2 dia cakap nk potong di sekolah sehinggalah malam sebelum hari Lahirnya… yang bestnya dia terus cakap “adik nak kek dan party pack esok pg yea mama” yang mama dengan buat muka selamba kata bila masa plak mama nk beli kek.. terus berubah muka dia muram. Tapi mama tak ler sekejam gitu kan…

Malam tu selepas dia tido mama dgn mata dh ngantuk sgt tu gagahkan diri buat party pack tuk Zafril kasi kwn2 sklhnya.ada dlm 37org rakan2 kelasanya. Kek mama dah beli di kedai Pistachio dan akan amek pagi esok. Keesokkan harinya dia nk pi sekolah dia Tanya lagi, mama keje ker harini? Mama tanyalah kenapa? Adik nak potong kek… mama datanglah sekolah… mama diamkan ajer… Nampak mukanya sedih.. hehehe

So akhirnya mama pun pergilah ke sklhnya dengan sebiji kek dan party pack. Mama sampai jerk at kelas dia, senyum lebar terpancar di wajahnya. Suka sgt bila kawan2 kata selamat hari lahir tuk Zafril… Masa nie cikgu kelasnya tak ada sbb ada mesyuarat.. so mama pun mulakan la sbb budak2 nie semua tak sabar nak makan kek tu.  Yang bestnya Zafril kata tkyah pasang2 lilin.. kek jer… bila kwn2 dah nyanyi lahu birtjhday dia pun dengan muka senyum manis potong kek. Mama pun past party pack pd kawan2nya. Sempat dia Tanya mama bila mama buat nie semua. Mama senyum jer… akhirnya tercapai sudah impian Zafril nak potong kek di sekolah.


Jom layan gambar sekitar majlis hari Lahir Zafril di sekolah.. 







ok byeee....





Friday, August 4, 2017

SETAHUN MENGHILANG...

04082017- Jumaat

Assalammualaikum dan selamat pagi... Alhamdullilah harini mama berkesempatan menulis lagi...lama sungguh mama tak singgah sini... nak katakan busy di office tak ler busy mana pun... tapimungkin sejak umur sudah menjelang senja ni (kahkahkah) kemalasan menulis tu dtg tiba2. Sekarang nie pun mama bangun awal pagi seawal jam 4am tuk sediakan makanan untuk hubby mama yang sedang bercuti sakit. Alahhh sekadar masak bubur nasi campur2 dgn ssayuran jer... then sediakan bekalan tuk anak2 mama... 

Tak ada sangat mama nk kongsikan disini untuk harini cuma nak singah blog nie yang siudah lama berkarat dan tak ada cerita menarik untuk mama kongsikan.

Oh yea... Mama nak beritahu yang mama dah pindah officr dr MBC ke MCIMB KL Sentral. Mama suka sangat pindah sini sebab mama tak perlu tukar train. Terus jer dari Station Sri Rampai ke KL Sentral. Sebelum pindah sini ramai kwn2 mama di MBC kata kat KL Sentral susah makan la nak shopping pun susah sbb dulu masa di MBC mama suka sangat pie SOGO beli barang2 dapur di situ. Sekarang di KL Sentral mmg tak ada supermarket macam SOGO tapi di NU Sentral ada SAM Groseries. Harga ada yang murah ada yang mahal. Ikut hati la… Setakat harini mama selalu juga pergi Mid Valley sebab GRAB ada promotion tuk staff CIMB. Pergi balik dr Menara CIMB ke Mid Valley ada diskaun RM7.. so sah2 mama naik free.. hehehehe

Tenghari ni mama tak pasti mahu kemana. Mata mengantuk sangat ni.. nak berjalan or nak menelangkupkan kepala di atas meja jer (tido ler)….. Cadangan nak pergi Lulu Hypermarket or Aeon Big di Mid Valley. Maklum ler esok kan dah weekend. Kena ler ada main masak2.

Sejak hubby mama kurang sihat ni, weekend kami tak pergi mana2. Duduk rumah habiskan masa tengok TV jer. Kadang2 kesian juga dengan anak2 sebab lama sangat tk bawa diorang berjalan2 di shopping mall. Sejak Melawati Mall dah buka, kami belum berkesempatan untuk pergi. Anak2 asyik cerita kawan sekolah depa dah pergi Melawati Mall dan seperti hint2 kat mamanya bila mahu bawa mereka masuk sana. I boleh jer bawak mereka sebab tak jauh pun, jalan kaki pun boleh tapi tak sampai hati nak tinggalkan hubby sorang2 dirumah. Mama asyik pesan kat anak2 doakan papanya sihat mcm dulu supaya boleh bawak kita semua jalan2.

Alhamdullilah anak2 memahami sirusi kami ni. Diorang pun duduk rumah enjoy tengok TV dengan papanya..

Oklah dh panjang sangat nie mama menulis… esok lusa mama sambung lg yea…

Happy weekend uolsss….

Love till Jannah


Saturday, October 22, 2016

Resepi ; Keuyteow Ladna

Hi Uollsss.....

Mama nie mmg suka memasak....tapi masak lauk pauk dan makanan ler... bab buat kuih muih moden dan traditional tu mmg tk brp pandai ler... ada ler 5 6 jenis kuih yg mama blh buat.... hehehe

Kali nie mama nk kongsikan resepi yg sgt mudah dan senang disediakan iaitu KEUYTEOW LADNA... Nie salah satu makanan favaorite mama selain Laksa. Sejak minggu lepas mama asyik nk makan nie jer... pie kedai makan order nie... kadang2 sedap kadang tak sedap makan kt kedai nie... ada tu sayur sket la... udang 2 ketul ler sotong kecik sgt ler... hehehe

Akhirnya mama pun jumpa cik Google dapat ler resepi mudah nk buat Keuyteow Ladna nie... apalagi mama pun masak ler ikut apa yg kita nak letak...udang sotong dan ayam letak byk2 ... sayurpun pelbagai mama letak tuk kasi cantik dan meriah bile dihidangkan...hehehe

ok nie resepinya yg mamaolah sket

Keuyteow Ladna Cara Mama

Bahan-Bahan "menghitamkan kuey tiaw"

  • Kuey Tiaw (1bungkus) - ikut la bape rmai yg nk mkn..Cuci sehingga bersih n hilangkan bau..
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
Bahan-Bahan tuk kuah ladna
  • Sayur sawi
  • Kobis bunga
  • Putik jagung
  • Lobak merah
  • Cili merah- yg nie mama tk letak sbb dh habis dlm peti ais
  • 2 Ulas Bawang putih (mama ketuk jer) 
  • 2 sudu Tepung jagung 
  • Udang/ayam (Ikut rasa brp byk nak letak)
  • 1 Kiub ayam - mama guna maggi brand
  • Sos Tiram
  • Air
Cara-cara Memasak

1. Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.

2. Panaskan kuali/frying pan dan goreng keuyteow tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..

3. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tumis bawang putih 

5. Masukkan ayam 

6. Masukkan sos tiram & kiub ayam

7. Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + jagung + tepung jagung.

8. Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.

11. Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....
12. Hidangkan. 


Inilah hasilnya mama punya Keuyteow Ladna...mama mkn dgn cilipadi potong letak kicap... heheheh
smpi 2 mangkuk tau mama makan... hehehehe


Oklah...slmt mencuba...adiosssssss

Friday, October 21, 2016

TIP : 10 Tip Bekerja Dengan Gembira

21102016
 
Assalammualaikum wbt dan selamat pg uollsss.... Salam Hari Jumaat penghulu segala hari... Alhamdullilah mama rasa bersyukur sgt sbb masih lagi diberikan peluang utk bernafas dimuka bumi Allah swt nie.... Mama berharap hari ini adalah hari yg baik dari semalam hendaknya.... :-) :-)

OK..... kali nie mama just nak share tip yg amat berguna sekali... terutama bagi anda yg berkerjaya dan bekerja demi mencari sesuap nasi... chewahhh ayat tak boleh blahhh ahakssssss.... tip nie amat bermanfaat sbb kalu kita mahu bekerja dengan happy sentiasa or setiap kali bangun pagi bersemangat nak pie keje.. bolehlah ikut tip nie... sure lepas nie dah tak ada istilah monday blues... hehehehe

check it out!!!!!

10 Tip Bekerja Dengan Gembira
Pencapaian kerjaya seseorang bergantung kepada sejauh mana individu tersebut mampu memberi perhatian penuh terhadap tugasannya ketika di pejabat. Manakala perhatian penuh itu pula didasari oleh rasa tenang, bersemangat dan gembira ketika bekerja. Jika anda bekerja dengan perasaan marah, sedih dan sebagainya, pastilah prestasi kerja anda merosot.
 
Dibawah mama ingin berkongsi 10 tip untuk anda praktikkan agar anda dapat mewujudkan perasaan gembira ketika berada di pejabat dan melaksanakan tugasan.
 
1-Ketepikan masalah peribadi
Jangan sekali-kali membiarkan fikiran anda dibelenggu dengan masalah peribadi di pejabat. Set di dalam minda, saat menjejak kaki di pejabat, terus ketepikan apa jua masalah peribadi untuk seketika.
 
2-Cipta ‘dimensi pejabat’
Apabila anda mencipta ‘dimensi pejabat ‘ di dalam fikiran, anda cuba untuk menjadikan ia sebagai ruang yang cukup selesa untuk anda bekerja dan terasing dari dunia luar.
 
3-Dapatkan teman pemberi semangat
Pastikan ada seseorang di dalam pejabat itu yang boleh dipercayai, menjadi tempat untuk anda berkongsi masalah dan meminta nasihat.
 
4-Jaga pola pemakanan
Makan makanan yang berkhasiat dan minum 8 gelas air putih sehari dapat meningkatkan tenaga serta membuatkan anda lebih segar. Kesihatan diri menyumbang kepada perasaan yang  positif.
 
5-Atur tugasan kerja
Tugasan kerja yang diatur dengan baik dan tersusun dapat menghilangkan rasa bebanan di dalam fikiran anda. Ia mengelakkan anda membuat kerja dalam keadaan tertekan dan kelam kabut.
 
6-Berjalan-jalan untuk seketika
Sekali-sekala ambillah 2-3 minit untuk berjalan-jalan di sekitar pejabat atau melihat pemandangan luar supaya fikiran anda boleh ‘refresh’.
 
7-Jangan cuba mengubah
Anda boleh mengubah sikap anda daripada bermuka masam ke bermuka manis dengan senyuman. Namun, anda tidak boleh mengharap atau memaksa orang lain berbuat begitu untuk anda.
 
8-Beri ganjaran
Apabila anda berjaya menyiapkan tugasan yang anda sasarkan pada hari ini, beri ganjaran kepada diri anda seperti pergi menonton wayang selepas waktu kerja bersama rakan.
 
9-Amalkan senaman
Dengan mengambil sedikit masa, mungkin 10 minit untuk melakukan senaman pernafasan, senaman ringan atau yoga akan membantu anda untuk lebih tenang melakukan kerja.
 
10-Fikir yang positif
Fokus kepada perkara yang positif sahaja di pejabat. Jika ada satu sahaja perkara positif, tetapi 10 perkara negatif, usaha untuk tetap membangkitkan semangat diri anda dengan yang positif itu sahaja.
 
OK... SELAMAT BEKERJA UTK ANDA SEMUA!!!!
 
ADIOSSSS!!!!!!

Tuesday, October 18, 2016

Drama Online : myflm4u

17102016

Assalammualaikum dan selamat malam.... jam di komputer mama nie sudah melewati jam 11.50pm. Mata mama masih lg celik nie... sebenarnya mama baru bangun tido td dlm kul 10.30 bangun... itupun sbb teringat nak tgk drama "Patahnya Sebelah Sayap". hehehe

Mama tahu tentu ada antara anda yg sdg layan citer "SuriHati Mr. Pilot" kan.... drama nie pun mama layan gak tp mama tgk online jer.... sbb mama nk tgk Patahnya Sebelah Sayap dimana siarannya sama.... so mama akan tgk citer SuriHati Mr. Pilot tu di online ler... mgk jap lg mama akn tengok.... kalu anda nk tgk drama2 melayu secara online blh ler tgk kat website nie.... mmg up to date....nie websitenya.....


 myflm4u : http://myflm4u.org/


 Kpd anda yg tk berkesempatan nk tgk Drama Patahnya Sebelah Sayap Episod12 @ 17102016 ...blhla click SINI
 
 Image result for patahnya sebelah sayap



oklah... mama nk tgk citer Surihati Mr Pilot nie.... esok kita sambung lagi..

 Image result for surihati mr pilot


Adios
11.56pm

Monday, October 17, 2016

TIP: 10 Petua Islami Untuk Tampil Cantik & Segar

 17102016 @ 10.49pm
 
Assallammualaikum dan hi uollsss..... nie kali ke-2 mama post tuk tahun 2016....masih tak ada idea... mama just nk kongsi tip2 jer.... kali nie tip yg mama ingin kongsikan adalah

10 Petua Islami Untuk Tampil Cantik & Segar
Kecantikan yang ditampilkan melalui penggunaan kosmetik bukanlah bersifat hakiki. Ada kala ia mengundang bahaya. Ayuh ikuti petua untuk cantik, segar dan sihat secara Islami. Ia membantu menyerlahkan kecantikan diri anda dari luar dan dalam.
 
1-Amalkan meminum air teh ‘o’ setiap pagi sebelum menjamah sarapan pagi. Amalan ini boleh menurunkan berat badan secara peringkat demi peringkat.
 
2-Untuk melansingkan badan, amalkan mandi pagi iaitu sebelum Subuh. Amalan ini mampu mengurangkan lemak berkumpul dalam badan dan mampu menguruskan badan.
 
3-Ikut cara Rasulullah SAW iaitu meminum segelas air sejuk setiap pagi. Ini boleh mengelakkan anda terkena penyakit yang boleh menghilangkan seri.
 
4-Bagi yang mempunyai masalah migrain, amalkan sesudah Solat Subuh kita sujud selama lima minit. Ia mampu menyembuhkan penyakit migrain berikutan edaran darah yang betul kepada otak dan kepala.
 
5-Makanlah dengan menggunakan tangan kerana dikatakan enzime banyak terkandung dicelahan jari, dan ezime-enzime ini mampu mencernakan usus dan penghadaman.
 
6-Selalulah berwudhuk’. Ia mampu menaikkan seri wajah tanpa perlu bersolek tebal.
 
7-Amalkan meminum air masak yang mencukupi iaitu 8 hingga 10 gelas setiap hari. Pengambilan air putih mencukupi mampu menghilangkan wajah kusam dan kulit menjadi lebih lembut.
 
8-Elakkan mengambil kafein berlebihan kerana ia boleh menjadikan kulit wajah lebih kering.
 
9-Bagi yang bertudung, jagalah rambut dengan rapi dan jangan biarkan ia menjadi kering atau rosak.
 
10-Bijak tangani tekanan dan banyakkan beristighfar. Cara ini membantu anda untuk terus awet muda dan memiliki jiwa yang tenang.

Mari kita amalkan.... mana tahu ia menjadi.... InShaAllah... heheheh

Sehingga bertemu lagi 

ADIOS!!!!!

Sunday, October 16, 2016

HI... Tanya Khabar jer!!!!!

Assalammualaikum...

Hi uollsss....lamanya mama tak menjenguk blog mama nie...agak sibuk sket dan ada masalah keluarga. Anyway ni sekadar utk permulaan bagi tahun 2016 setelah setahun lebih mama tak menulis. Skills pun dah lupa... tak reti nk menulis panjang lebar dah....ahaksss

Buat masa nie...hanya ini yg mampu mama coretkan... nanti mama citer apa yg berlaku sepanjang tahun 2016 yg hampir melabuhkan tirainya lg 2 bulan....

sehingga jumpa lagi... rajin2lah singgah sini yea...

adios
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!