Friday, October 21, 2016

TIP : 10 Tip Bekerja Dengan Gembira

21102016
 
Assalammualaikum wbt dan selamat pg uollsss.... Salam Hari Jumaat penghulu segala hari... Alhamdullilah mama rasa bersyukur sgt sbb masih lagi diberikan peluang utk bernafas dimuka bumi Allah swt nie.... Mama berharap hari ini adalah hari yg baik dari semalam hendaknya.... :-) :-)

OK..... kali nie mama just nak share tip yg amat berguna sekali... terutama bagi anda yg berkerjaya dan bekerja demi mencari sesuap nasi... chewahhh ayat tak boleh blahhh ahakssssss.... tip nie amat bermanfaat sbb kalu kita mahu bekerja dengan happy sentiasa or setiap kali bangun pagi bersemangat nak pie keje.. bolehlah ikut tip nie... sure lepas nie dah tak ada istilah monday blues... hehehehe

check it out!!!!!

10 Tip Bekerja Dengan Gembira
Pencapaian kerjaya seseorang bergantung kepada sejauh mana individu tersebut mampu memberi perhatian penuh terhadap tugasannya ketika di pejabat. Manakala perhatian penuh itu pula didasari oleh rasa tenang, bersemangat dan gembira ketika bekerja. Jika anda bekerja dengan perasaan marah, sedih dan sebagainya, pastilah prestasi kerja anda merosot.
 
Dibawah mama ingin berkongsi 10 tip untuk anda praktikkan agar anda dapat mewujudkan perasaan gembira ketika berada di pejabat dan melaksanakan tugasan.
 
1-Ketepikan masalah peribadi
Jangan sekali-kali membiarkan fikiran anda dibelenggu dengan masalah peribadi di pejabat. Set di dalam minda, saat menjejak kaki di pejabat, terus ketepikan apa jua masalah peribadi untuk seketika.
 
2-Cipta ‘dimensi pejabat’
Apabila anda mencipta ‘dimensi pejabat ‘ di dalam fikiran, anda cuba untuk menjadikan ia sebagai ruang yang cukup selesa untuk anda bekerja dan terasing dari dunia luar.
 
3-Dapatkan teman pemberi semangat
Pastikan ada seseorang di dalam pejabat itu yang boleh dipercayai, menjadi tempat untuk anda berkongsi masalah dan meminta nasihat.
 
4-Jaga pola pemakanan
Makan makanan yang berkhasiat dan minum 8 gelas air putih sehari dapat meningkatkan tenaga serta membuatkan anda lebih segar. Kesihatan diri menyumbang kepada perasaan yang  positif.
 
5-Atur tugasan kerja
Tugasan kerja yang diatur dengan baik dan tersusun dapat menghilangkan rasa bebanan di dalam fikiran anda. Ia mengelakkan anda membuat kerja dalam keadaan tertekan dan kelam kabut.
 
6-Berjalan-jalan untuk seketika
Sekali-sekala ambillah 2-3 minit untuk berjalan-jalan di sekitar pejabat atau melihat pemandangan luar supaya fikiran anda boleh ‘refresh’.
 
7-Jangan cuba mengubah
Anda boleh mengubah sikap anda daripada bermuka masam ke bermuka manis dengan senyuman. Namun, anda tidak boleh mengharap atau memaksa orang lain berbuat begitu untuk anda.
 
8-Beri ganjaran
Apabila anda berjaya menyiapkan tugasan yang anda sasarkan pada hari ini, beri ganjaran kepada diri anda seperti pergi menonton wayang selepas waktu kerja bersama rakan.
 
9-Amalkan senaman
Dengan mengambil sedikit masa, mungkin 10 minit untuk melakukan senaman pernafasan, senaman ringan atau yoga akan membantu anda untuk lebih tenang melakukan kerja.
 
10-Fikir yang positif
Fokus kepada perkara yang positif sahaja di pejabat. Jika ada satu sahaja perkara positif, tetapi 10 perkara negatif, usaha untuk tetap membangkitkan semangat diri anda dengan yang positif itu sahaja.
 
OK... SELAMAT BEKERJA UTK ANDA SEMUA!!!!
 
ADIOSSSS!!!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!