Assalammualaikum wbt dan selamat petang… tentu skang nie
ramai yang matanya macam di cucuk dengan pen kan… mengantuk kan waktu2 gini..
almaklumlah lepas lunch hour mesti kita akan rasa mengantuk sebab terlebih
makan kan.. ahaksssss
Sama ler dengan mama nie… rasa nak letak pencungkil gigi kat
kelopak mata nie supaya terbuka… boleh ker kita tido dengan mata terbuka? Mesti
best sbb bos ingat kita wat keje sebab mata asyik mengadap computer padahal
mata jer memandang tp roh dia dh jauh melayang ke mana kan.. hehehehe
Ok.. mama tak nk meleret pjg2 sgt mukadimah nie… kali nie
mama nk cerita pasal seorg wanita ini yang mengatakan anak-anaknya tk dikenal
jajan(junk food). Yang paling best tu anak dia ingat junk food tu adalah toys..siap
pijak2 jer kalu ada kat rumahnya…
Bagi mama ada positif dan negatifnya perkara nie. Macam mama
pun mmg tak mengalakkan anak2 mama makan junk food tapi sekali sekala mama kasi
reward dia bolah makan pada hari tertentu seperti birthday dia. Macam skang nie
ramai kaum2 ibu menyambut birthday anak2 mereka di sekolah. Di bekalkan kek
sebiji serta party pack skali. As usual dlm party pack tu mmg ada makanan junk
food spt gula2, coklat dan keropok2.
Anak2 mama mmg tahu yang diorg tk dibenarkan makan jajan tu.
Setiap kali depa dapat depa bawak balik kasi kat mama. Tp mama akan kasi depa
makan satu gula2 ker sbb masa nie jer depa dpt makan sbb kalu nk mama or papa
belikan mmg tak adala. Dan depa tahu sbb kalu makan terlebih byk sgt manis depa
akan allergic dan asma akan menyerang depa. Lebih2 lagi product yang berasaskan
blackcurrant. Yg si abg Nadim masa dia kecik2 mmg dia ikut tp dh besar nie cam
liat sket nak dgr. Yg si adik Zafril mmg dia akan bwk balik party pack camner
dia dapat. Tk usik pun langsung dalamnya. Cam mama kata tadi mama akan kasi
depa satu dua tuk mkn dan selebihnya mama akan bawak pie opis then jamu kwn2
opis… ahakksss tak ada buang ke tong sampah… tak baik reseki orang nk share
dengan kita tapi kita plak buang ke tong sampah.. hargailah reseki tu.. kalu
rasa tak nak pun kasi jer pd org lain yg suka mkn tu.. Depa mkn pun gula2 jer. Coklat
langsung depa tk blh makan. Cepat asma dia sampai.
Dek kerana ramai sangat rakan kelas si Zafril potong keke di
sekolah maka dia pun nak juga potong kek di sekolah. Masa abgnys si Nadim tk
pernah plak abg nya minta begitu. Tapi si Zafril hari2 mengingatkan mama kata
birthday dia nk smpai dah adik nak potong kek kat sekolah dan ada party pack.
Mula2 mama mmg malas nk layan.. dah habis hari2 dia Tanya walaupun birthday dial
g sebulan tau.. hari2 dia cakap nk potong di sekolah sehinggalah malam sebelum
hari Lahirnya… yang bestnya dia terus cakap “adik nak kek dan party pack esok
pg yea mama” yang mama dengan buat muka selamba kata bila masa plak mama nk beli
kek.. terus berubah muka dia muram. Tapi mama tak ler sekejam gitu kan…
Malam tu selepas dia tido mama dgn mata dh ngantuk sgt tu
gagahkan diri buat party pack tuk Zafril kasi kwn2 sklhnya.ada dlm 37org rakan2
kelasanya. Kek mama dah beli di kedai Pistachio dan akan amek pagi esok.
Keesokkan harinya dia nk pi sekolah dia Tanya lagi, mama keje ker harini? Mama
tanyalah kenapa? Adik nak potong kek… mama datanglah sekolah… mama diamkan ajer…
Nampak mukanya sedih.. hehehe
So akhirnya mama pun pergilah ke sklhnya dengan sebiji kek
dan party pack. Mama sampai jerk at kelas dia, senyum lebar terpancar di
wajahnya. Suka sgt bila kawan2 kata selamat hari lahir tuk Zafril… Masa nie
cikgu kelasnya tak ada sbb ada mesyuarat.. so mama pun mulakan la sbb budak2
nie semua tak sabar nak makan kek tu. Yang
bestnya Zafril kata tkyah pasang2 lilin.. kek jer… bila kwn2 dah nyanyi lahu
birtjhday dia pun dengan muka senyum manis potong kek. Mama pun past party pack
pd kawan2nya. Sempat dia Tanya mama bila mama buat nie semua. Mama senyum jer…
akhirnya tercapai sudah impian Zafril nak potong kek di sekolah.
Jom layan gambar sekitar majlis hari Lahir Zafril di
sekolah..
ok byeee....
No comments:
Post a Comment