Friday, August 18, 2017

Tip :Kekuatan AsmaulHusna- Good Luck Student UPSR

Assalammualaikum dan salam Hari Jumaat.. penghulu segala hari… Alhamdullilah mama masih diberikan peluang untuk hidupdan menikmati hari2 yang indah di pagi Jumaat nie… walaupun ada rasa letih dan mengantuk sbb malam tadi ada opismate mama pesan buat rendang ayam dan nasi impit. Last minit order nie.. sib baik ler malam tadi ada pasar malam… so boleh ler mama buatkan utknya yg dah lama sangat teringin dengan rendang ayam mama tu… harap2 sedap ler lg kali nie… hehehehe

Ok.. mama bukan nk citer pasal tu yea… tapi pasal exam UPSR yang bakal diduduki oleh murid2 tahun 6. Tentu para ibubapa yg mempunyai anak yg akan mendudui peperiksaan ini berdebar-debar dan tak senang duduk sbb memeikirkan anak2 nak periksa UPSR tu kan…

Mama belum lagi la nk lalui nya.. tahun depan mama pun mgk salah seorg yg akan risau gak nanti. Tapi mama masih gak risau skang nie sbb anak mama akan ambil exam UPKK tuk skolah agama. Alhamdullilah.. mama yakin yg anak mama Nadim boleh menjawab dengan tenang dan sabar. Mama bkn mahu nk cemerlang dalam exam tu cukuplah sekadar dia peroleh keputusan yang baik. Mama tak stress pun pasal periksa2 sekolah rendah nie sangat sbb yang pasti mereka akan naik juga sekolah menengah kan… bezanya samada boleh pergi asrama penuh or tak jer. Mama dan hubby tak mahu antar anak pie boarding school sbb risau gejala2 tak sihat di asrama seperti buli nie. Biarlah anak2 mama membesar dan belajar depan mata mama jer… ada parents yg berlumba2 nak anak diorg masuk asrama lepas tu tekankan anak2 supaya dpt result yang bagus tuk depa masukkan sekolah asrama penuh yang bagus2. Mama tak camtu ler… masuk sekolah biasa pun ok jer. Pokok pangkalnya anak kita , kalu pandai belajar kt mana pun tetap pandai, kalu kurang cerdik tu kalau sekolah kat sklh yg cermerlang terbilang dan gemilang sekalipun belum tetntu berjaya kan.

Bukan nk kata anak2 org lain, tapi dr pemerhatian mama la, anak2 mama nie boleh jer belajar di skolah kebangsaan biasa…. Ok jer… baru darjah 6 pun kenapa nak stress dan beria-ia sangat nk push anak kita belajar teruk2 tuk dapat keputusan cemerlang? Mama kasi pelepasan pd anak2 mama. Ada masa baca buku dan buat latihan, ada masa tengok tv dan ada masa tuk main2 gak…tak ler asyik baca buku jer, tepu plak otak depa nanti.. heheheh

Oklah malas nk pjg lebar menaip nie… nie pun mama curi2 menulis kat opis nie.. sementara keja tk byk.. mama nak kongsikan tip dan zikir yang boleh menenangkan anak2 kita menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Ibu bapa dan anak2 boeh amalkan. Kita berusaha dan bertawakal kepada Allah, semuanya dengan keizinan dan kehendak Allah. Aminnnnn

Jom kita amlalkan Asmaul Husna.. 

Kekuatan Asmaul husna. 

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya..

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x
Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x
Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan  1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x
Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x

Ya Baari'. 40x
Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi. Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi skolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..


Mudah2an perkongisan ini dirahmati Allah.

Mama yg Vogue... hahahah
Saslina Sweetmama... :-)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!