Salam
Masih ingatkah anda dgn pelakon Wilma Muhamad yg pernah berlakon di dalam filem Ghazal Untuk Rabiah dan juga Pasrah.... tentu ingatkan wanita yg cantik dan juga seksi...itu dahulu tetapi skang beliau telah bertudun litup sejak berkahwin dgn pilot dlm tahun 2002 rasanya.... tk ingat plak ler mama bila dia kawin.. huhu
Terbaru beliau telah dikhabarkan menjalinkan hubungan cinta dgn suami org.. haa pasti ada yg terkejut kan.. mana taknya kan dia dh kawin... hehehe jgn marah yea... ada sambungan citer nie lg..hehehe
Suami wilma telah meninggal dunia pada januari yg lepas... wilma mempunyai 5 org anak yg masih kecil...
nk tahu cerita selanjutnya... meh baca kt bwh nie yea....
dipetik dr mstar
Wilma Tepis Tuduhan Ganggu Suami Orang
PETALING JAYA: Pelakon Wilma Muhammad (gambar) belum terbuka hati untuk bercinta atau berkahwin lagi selepas suaminya, juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Mahir Effendi meninggal dunia pada Januari lalu.
Lantaran itu katanya tiada istilah untuk dia bercinta dengan suami orang seperti didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar pada Ahad lalu.
“Saya terkejut apabila nama saya tiba-tiba dikaitkan bercinta dengan suami orang sedangkan saya belum terfikir ke arah itu buat masa ini.
“Buat pengetahuan semua, saya belum ada perancangan untuk berkahwin kerana belum terbuka hati,” katanya kepada mStar Online, Selasa.
Nama Wilma kembali hangat apabila timbul dakwaan kononnya dia sedang bercinta dengan suami orang sehingga menyebabkan rumah tangga lelaki berkenaan yang juga aktif dengan kegiatan tabligh berantakan.
Bagaimanapun, pelakon filem Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah ini tidak menolak jika ditakdirkan Allah mengenai jodohnya pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain Wilma turut memberitahu ada terdengar tentang hajat seseorang untuk merisiknya selepas dimaklumkan oleh keluarga.
“Keluarga saya ada memberitahu bahawa ada orang yang bertanya sama ada saya bersedia untuk menerima lamaran atau tidak.
“Tetapi terus terang saya masih menyayangi arwah suami dan sekarang ini mahu menumpukan kepada kerja yang baru bermula pada tiga bulan lalu selain mahu menyara lima orang anak yang masih kecil,” katanya yang bekerja di bahagian pemasaran di sebuah syarikat swasta di Taman Tun Dr Ismail, dekat sini.
Kini dia menyewa di sebuah rumah di Damansara Utama bersama-sama anak-anak yang dijaga oleh ibu mertua dan pembantu rumah.
“Saya perlu teruskan kehidupan dengan kembali bekerja. Namun, saya belum bersedia untuk berlakon walaupun ada menerima beberapa tawaran lakonan untuk watak wanita bertudung.
“Tetapi untuk masa akan datang saya tidak pasti sama ada akan menerima atau tidak,” ujarnya lagi.
tata titi tutu
No comments:
Post a Comment