Thursday, October 13, 2011

Sah Yasmin Hani & Shahrin Langsungkan Perkahwinan 21 Oktober 2011

hari ni mama sampai awal.... tk tahu nk wat apa... so terbaca ttg kisah nie di blog OH BULAN...
ini perkahwinan pertama Yasmin Hani tp perkahwinan kali ke-3 buat shahrin...
apa citer ida nerina yea... sian dia skang rasanya masih tk boleh berjalan
bergantung harap pada kerusi roda...ada suami kena tinggalkan sbb tk mampu nk jga dia agaknya...
semoga perkahwina mereka berdua kekal ke akhir hayat hendaknya... amin...


Mungkin masih ramai yang tertanya-tanya tentang tarikh perkahwinan Yasmin dan Shahrin sebelum ini. Namun beberapa keping gambar kad undangan yang di-tweet oleh @Klubbkiddkl menjawab persoalan kami.
Kad undangan perkahwinan yang mempunyai setem rekabentuk sendiri ini ditempah khas untuk majlis perkahwinan Yasmin Hani yang juga salah seorang pelakon Cicak-Man.

Majlis perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose bakal berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang pada 21 Oktober ini. Majlis resepsi Yasmin akan berkonsepkan majlis dalam taman dan Yasmin sendiri akan mengenakan baju pengantin rekaan Hatta Dolmat yang juga pernah mereka baju pengantin untuk Memey  Suhaiza.

Untuk pengetahuan anda, Shahrin adalah bekas ahli kumpulan Blackrose dan pernah berkahwin dengan Ida Nerina sebelum bercerai pada tahun 2009.

Kad kahwin Yasmin & Shahrin selepas ini.


credit to OH BULAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JUST CLICK ME!!!